CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, December 17, 2010

Abdullah Naufal ~ Permata Hati Iman Dan Umar

Assalamualaikum.

Iman dah balik perak 3 hari selepas bersalin. So saya yg sememangnya amat sukakan baby akan kacau baby Iman yg comel tu hari-hari sebab si kecik baby F ni tak nak keluar lagi dari tummy ummi dia. Pagi-pagi lagi saya dah pegi bilik Iman nak tengok baby. Tolong jemur baby kat luar (nak bagi kurang kuning), tukarkan pampers, sapu minyak, pakai barut.. Nikmatnya rasa dapat buat semua tu..

Petang, balik dari kedai je terus cari baby. Macam anak sendiri la pulak, hehe.. Sebelum ni kalau boring2 waktu malam saya akan tengok tv. Tapi sekarang jadual dah berubah. Waktu malam akan dimanfaatkan duduk dengan baby berjam-jam lamanya. Time baby nak menyusu je bagi kat ummi dia.. :)

Semalam genap 7 hari mujahid kecil Iman dilahirkan. Maka diisytiharkan la nama baby comel tu Abdullah Naufal bin Umar Afifi. Mak ngah doakan Naufal membesar dengan sihat dan sempurna, serta menjadi anak yg soleh, penyejuk hati ummi dan walid. Ok sayang~


Naufal yg comel n selalu buat mak ngah geram.
Nanti dah ada baby sendiri baru mak ngah berenti kacau Naufal ye.. :)
Naufal kena doakan semoga baby mak ngah selamat lahir ke dunia. Ye sayang..


Anak walid..
Mata ikut walid, kulit ikut walid, rambut pun macam walid..


Naufal dalam dakapan mak ngah.
Kepala dah botak kena cukur petang hari ke 7.. Lena betul dia tidur ye~
Sambil peluk Naufal ni, baby F kat dalam perut asyik bergerak-gerak dan menendang-nendang.
Macam tau2 je ummi tengah pegang kawan dia :)

Friday, December 10, 2010

Kelahiran

Assalamualaikum.

Alhamdulillah adik ipar saya (Nurul Iman) yg due datenya sama dengan saya dah selamat melahirkan baby boy malam tadi, pada jam 12.45 malam. Baby lahir tak cukup bulan, tapi alhamdulillah semuanya ok. Berat baby 2.45 kg.. Iman bersalin di Hospital Besar Kota Bharu, Kelantan. Jadi orang kelantan la anak buah mak ngah yg sorang ni.. :)

Allah izin mak dan mertua iman memang ada di kelantan sekarang. Mereka hajat nak shopping barang-barang baby. Tapi tak sempat shopping, baby dah keluar dulu. Rezeki Iman.. Semuanya dipermudahkan. Kalau tak, maunya pening jugak kepala Umar ye? Semua kena handle sorang2..

Buat masa ni Iman masih berada dalam wad. Mungkin lepas seminggu baru akan balik ke perak sebab Iman nak selesaikan final examnya dulu. Tahniah diucapkan buat Iman dan Umar atas kelahiran mujahid kecil yg di nanti-nanti. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kalian... (^-,^)

Thursday, December 9, 2010

Sambutan Birthday & Maal Hijrah

Assalamualaikum.

7hb Disember 2010 genaplah 1 tahun umur Azzuhri (anak kak long Raihanah). Kebetulan sehari sebelum tu kak long bagitau dia akan balik kampung sebab abg Issam kena bagi ceramah kat Tasek keesokannya sempena sambutan Maal Hijrah. Maka, pagi 6hb tu sebelum ke kedai, kami singgah Secret Recipe dulu.. Tempah kek. Petangnya bila sampai rumah tengok2 mak pun ada beli sebijik kek. Bertuah Zuhri sambut birthday dengan 2 biji kek, hehe..


Chocolate Indulgence saya belikan istimewa untuk mak n zuhri..
Alhamdulillah ramai yg ada kat rumah masa ni. Takde la berlaku pembaziran..


Kek perisa pandan yg mak belikan untuk cucu sulungnya.
Warna hijau sangat menarik perhatian saya. hehe...


Sesi memotong kek oleh mak n zuhri. Selalu orang potong kek dulu baru makan nasi..Kami makan nasi dulu baru potong kek, hehe.. Pak chor (pipi) tolong pegang zuhri sambil tumpang glamour. Lepas makan tu kami sembang ramai2 kat meja makan. Mak ceritakan pengalaman dia mengandung, melahir, dan membesarkan anak-anak seramai 7 orang. Seronok.. Bukan senang nak berkumpul ramai2. Tambah-tambah saya tengok mak hepi je malam tu.. :)


Esoknya kami pegi ke SRAR Azamiah, ada sambutan maal hijrah.
Kat sana dapat jumpa Hafsah and her baby, Muhammad Syamil. Macam-macam yg kami sembangkan. (macam tak pernah jumpa pulak. Padahal tiap-tiap minggu jumpa kat halakat)


Syamil ni comel betul. Tapi dia tak nak dengan orang, kecuali mak dan ayahnya je..


Sambutan Maal Hijrah tahun ni dibuat sekali dengan majlis berkhatan beramai-ramai.Lepas habis ceramah dan penyampaian hadiah, semua budak-budak yg nak berkhatan dipanggil naik ke pentas. Ada upacara renjis-merenjis n bagi "duit raya".. Lepas tu budak2 tu dibawa berarak kat sekitar kawasan kampung dengan kenderaan kat atas ni. Dah selesai berarak, mereka ni direndam kat dalam kolah pulak. Dah puas mandi air sejuk baru la dikhatankan sorang demi sorang. Seronok dapat tengok upacara orang kampung ni depan mata. Selalunya tengok kat dalam tv je..


Budak2 yg dah selamat dikhatankan..
Baring n rehat kat atas pentas, ditemani ibubapa masing2..


Tuesday, December 7, 2010

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum.

Sekarang cuti sekolah dah pun bermula. Cuti sekolah = Musim orang kawin.. Setiap hujung minggu penuh dengan jemputan walimatul urus kawan2 dan saudara mara. Dan dalam kesibukan bekerja, banyak jugak kenduri kawan2 yang tak dapat dihadiri n terlupa dihadiri, hehe..

Hari sabtu baru ni adik ipar along kawin. Abah, ibu dan adik2 pun datang dari pahang. Hajatnya nak sangat jumpa diorang. Tapi tak sempat sebab kami sampai tempat kenduri agak lewat.. Jiran depan rumah opah pun buat kenduri jugak. So pagi tu pegi tolong2 diorang dulu. Dah tengahari baru bertolak ke Teluk Intan.

Sampai rumah mak mertua along dah petang. Dapat jumpa kak Nadiah Ghazali yang baru habis pantang. Teruja sangat dapat tengok baby dia yang cute sampai lupa nak bergambar ngan pengantin, hehe..


~FAHMI & ZULFA~

Ni la pengantin barunya.. Pengantin lelaki ni adik ipar along yang bongsu.
Sama cantik, sama padan. Didoakan moga mereka bahagia hingga ke syurga...


Pengantin malu-malu makan beradab.. Masa ni saya n hubby belum sampai lagi.
Grab gambar dari facebook abg long je...


Ni gambar along dan birasnya masa kenduri belah perempuan.


Sebelum balik dapat 4 gudybag special.. hehe terima kasih buat along dan abg long sebab sudi jemput n layan kami. Ada masa lainkali insyaAllah kami datang ke Teluk Intan lagi..


Saturday, December 4, 2010

Solehnya dia...

Assalamualaikum.

Sebelum ni masa pegi check up, nurse cakap baby saya songsang. Kepala kat atas dan punggung di bahagian bawah. So diorang refer saya ke hospital. Kena jumpa doktor le.. Apa doktor nak buat, saya pun tak tahu. Dalam hati ni risau la jugak. Maklumlah pengalaman pertama mengandung, macam-macam benda yang bermain di fikiran.

Hari rabu (1 disember), awal-awal pagi lagi saya dah keluar. Hubby hantar ke hospital. Dia tak dapat tunggu sebab ada urusan lain yang nak diselesaikan. Sampai kat bahagian ibu mengandung terus ambil nombor giliran. Sebelum jumpa doktor kena cek urine n darah dulu. Alhamdulillah tak lama menunggu, terus dapat jumpa doktor.

Doktornya cina, muda, tapi sangat baik. Macam-macam yang dia tanya untuk dapatkan maklumat lengkap tentang kandungan saya. Lepas tu doktor suruh pegi bilik scan untuk tengok sama ada baby masih songsang atau tak. Hasil scan menunjukkan kepala baby dah duduk di bahagian bawah. Dah tak songsang la maknanya.. :) Alhamdulillah... Solehnya anak ummi ni..(^^,)

Doktor cakap disebabkan baby dah tak songsang, saya tak perlu ke hospital dah lepas ni. Boleh buat check up kat klinik macam biasa. Kalau ada masalah lagi nanti baru pegi hospital. 2 atau 3 minggu lagi saya kena scan lagi, takut baby berpusing semula. Moga-moga tak la ye.. Baby jangan pusing kepala naik atas balik tau.. Anak ummi ni kan soleh~

Saturday, November 27, 2010

1st Pregnancy: Semuanya Pengalaman Pertama

Assalamualaikum.

Saya disahkan mengandung pada bulan mei 2010, 2 bulan selepas walimah dan sebulan selepas kedai hubby terbakar. Alhamdulillah, saya dan hubby sangat-sangat bersyukur. DIA berikan kami ujian, kemudian menghadiahkan kami satu anugerah yang tak ternilai harganya.

Dua hari selepas mengetahui ada benih yang sedang berkembang di dalam rahim saya, saya mula merasa loya-loya dan pening. Alahan yang saya alami tersangatlah teruk. Selepas makan atau minum, saya akan muntah dengan banyaknya sampai dah takde apa yang tinggal kat dalam perut ni. Minum air kosong pun boleh muntah. Bau makanan apatah lagi. Saya langsung tak boleh masuk dapur atau dekat dengan meja makan. Masa tu rasa seksanya hanya Allah yang tahu. Perut lapar, tapi tak boleh nak makan. Saya hanya terbaring je kat bilik sepanjang hari, memaksa diri untuk tidur sebab dah tak mampu nak menahan rasa loya.

Semua yg tau tentang alahan saya akan cakap, "ala takpe, sekejap je tu..Masuk bulan keempat nanti ok la.." Seronoknya la saya dengar orang cakap macam tu. Rasa macam tak sabar nak tunggu kandungan mencecah 4 bulan. Namun masuk masuk bulan yg keempat, keadaan saya masih sama, takde perubahan. Hari-hari saya hanya boleh makan laksa. Ada juga saya cuba menu lain. Tapi langsung tak boleh masuk kat tekak ni..

Alhamdulillah menjelang hujung bulan kelima, alahan saya mula berkurangan. Dah boleh cuba-cuba makan selain daripada laksa. Tapi still tak lalu nak makan daging, ayam, dan seafood. Saya hanya makan sayur n telur dadar. Masuk bulan keenam, alahan saya hilang sepenuhnya. Alhamdulillah... Nikmatnya dapat makan macam-macam hanya Allah yg tahu..hehe.. Time ni la berat saya naik dengan mendadaknya, sampai doktor suruh minum air gula. Serik..Serik... Lepas tu terus control makan. Takut terlebih naik berat lagi..

Sekarang kandungan saya dah mencecah 34 minggu.. Tapi alahan saya macam datang semula. Makan agak memilih sikit (kurang selera).. Kadang-kadang ada rasa pening n loya. Salah cara atau masa makan sikit mula la muntah dengan banyaknya..Kenapa ye??

Baby alhamdulillah sentiasa aktif bergerak. Terutamanya kalau saya tengah solat atau baca Al-Quran. Mula je solat, automatik dia akan bergerak-gerak sampai la saya habis solat. Soleh betul mujahid kecil ni.. :) Minggu depan saya kena jumpa doktor di Hospital Besar Ipoh. Nurse cakap sebab punggung baby duk kat sebelah bawah. Doakan saya ye.... (^^,)

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum.

Dah terlewat sebenarnya. Tapi saya tetap nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada 2 orang insan terdekat dalam hidup saya ini.


Cik ~ 17 November 2010


Mak ( mertua saya) ~ 20 November 2010


Semoga Allah panjangkan usia dan memberkati hidup kalian serta berbahagia di samping insan-insan tersayang. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah dan berubudiyah kepadaKu."

Tuesday, November 23, 2010

Sekadar Berkongsi

Assalamualaikum.

Ayah Derhaka Pada Anak. Pernah dengar? Baru-baru ini saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Seorang penonton telah bertanyakan kepada ustaz tersebut (saya tak ingat ustaz apa),
"apa yang dimaksudkan dengan ayah derhaka kepada anak?"
Ustaz tersebut menjawab, "Ayah derhaka kepada anak ialah apabila ayah tidak menunaikan hak-hak anak".
Baru-baru ini juga saya mendengar ceramah di radio perak.fm turut membincangkan tajuk yang sama, Hak-Hak Seorang Anak. Isinya lebih kurang sama, tetapi sedikit berlainan. Maka di sini saya gabungkan kedua-duanya, untuk panduan dan perkongsian kita bersama.

Ayah derhaka kepada anak --> Ayah tak tunaikan hak-hak anak. Apa hak seorang anak?

1) Pilih ibu yang baik. Bermakna, seorang lelaki itu mestilah memilih perempuan yang baik untuk dijadikan calon isterinya, memandangkan perempuan itulah yang akan melahirkan dan bertanggungjawab mendidik zuriatnya kelak. Bagi yang dah berkahwin, jangan pula diceraikan isteri yang dirasakan tidak baik. Didiklah isteri tersebut sehingga dia mampu menjadi isteri dan ibu yang baik dan solehah.

2) Beri nama yang baik. Nama boleh mempengaruhi sikap dan tingkahlaku anak-anak. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dengan nama bapa-bapa kamu."

3) Ajar anak itu Al-Quran. Mengenal huruf, membaca, dan menghayati isi-isi yang terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.

4) Ajar anak beradab. Jika anak berkelakuan yang tidak sopan, tidak menghormati orang lain, mahupun mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, hendaklah menegurnya. Tegur dengan cara yang baik sehingga anak faham, kerana jika dibiarkan, anak akan merasakan apa yang dilakukannya tidak salah.


Friday, November 19, 2010

~Salam Aidil Adha~

Assalamualaikum.

Salam aidiladha saya ucapkan buat semua. Raya haji tahun ni saya dan hubby beraya di temerloh pahang. Plan asal nak balik sehari je, tapi disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal, kami stay lama sikit. (Mood gembira), hehe..

Sebelum balik pahang, sempat saya belajar cara2 nak membuat lemang. Seronok. Sebelum ni tak pernah buat, kalau nak makan, beli je yang dah siap. Kali ni hubby suruh belajar ngan Opah n Mak Yang. Letihnya boleh tahan juga. Tambah-tambah saya dah makin sarat sekarang. Tapi takpe, yang penting seronok, dapat tambah ilmu..hehe..

Raya kali ni ramai yang takde. Along ngan abg long raya kat teluk intan. Angah tak balik sebab raya kedua dah start final exam. Andak pulak tak dibenarkan balik memandangkan SPM dah makin hampir. Kena stay kat asrama, and STUDY! hehehe.. Gud luck to angah n andak~

Memory raya kedua: Pagi2 lagi dah ikut hubby gi bandar cari barang-barang nak memancing. Proses nak memilih batang pancing dan mesin tersangatlah lama, sampai sakit pinggang2. Kedai kedua saya dah taknak turun, nak tunggu dalam kereta je. Dah dapat semua barang, balik rumah setting2 pancing dulu. Pastu hubby gi survey tempat terus. Saya duduk rumah, masak.. Dah petang sangat baru hubby balik dengan hepinya. Dapat kawan baru, n dapat port memancing yang sangat best. Udang galah~

Disebabkan siang tadi takde dapat ikan atau udang, malam ni sekali lagi hubby gi mencuba nasib. Saya doakan dari rumah je.. Tak larat nak ikut, hehe.. Esok pagi dah nak bertolak balik ipoh.. :)


P/S: Kena latih diri dan anak-anak dari awal supaya sanggup berkorban apa sahaja, bila-bila masa sahaja, dan di mana-mana sahaja. Contohi pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail a.s (Ceramah kat radio pahang petang tadi)

Friday, November 12, 2010

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum.

Semalam tengah duduk2 kat kedai sambil menahan sakit perut meragam, tetiba dapat panggilan dari Shayyidah. Mula-mula terkejut jugak sebab tak penah2 pun dapat panggilan dari kawan lama yg sorang ni, hehe..

Idah bagitau dia ada dekat ipoh. So nak datang la berjumpa dengan saya. Saya sangat excited! Maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Last sekali kami jumpa akhir tahun 2008. Masa tu Idah tengah sarat mengandungkan anak pertama. Lepas baby Idah lahir (Muhammad Al-Khawarizmi), saya teringin sangat2 nak gi jumpa Idah n babynya yg comel, tapi tak berkesempatan. Allah tak izin..

Akhirnya setelah Idah beranak dua Allah temukan juga kami. Alhamdulillah...


Saya tak sempat nak ambik gambar Idah ngan Rizmi.
So grab dari facebook je.. hehe.. Idah still lagi cun macam dulu even dah ada dua orang permata hati. Dua-dua comel macam bondanye..


Imi yang sangat sweet~...
Suka buat senyum manja. Dahla ada lesung pipit. Geram saya tengok, hehe.. Pastu pandai je nak manja2 ngan bonda dia. Senyum2 pastu dekatkan muka ngan muka bonda, bila bonda kiss dia pun senyum sampai nampak gigi.. Sweet sangat~
(Yang ni pun saya grab dari facebook.. Mintak halal ye Idah~ hehe...)


Najah Zahirah, permata kedua Idah.
Tengok pipi dia, tembamnya~.. Sampai2 kedai je terus nangis mintak susu kat bonda dia. Lepas dapat susu terus tido.. hehe... Najah ni putih sangat2 sampai nampak urat-urat halus kat pipi dia. Maklum la bonda ngan abinya dua2 berkulit putih..


Dapat la saya sembang2 dengan Idah mintak pendapat n tanya apa2 yg saya tak tau pasal mengandung n bersalin. Kena kutip ilmu dari orang berpengalaman nih. Nak jumpa bukannya senang, hehe.. Suka betul saya tengok cara Idah melayan anak2 dia. Sangat lembut n penuh dengan sifat keibuan.. Thats why la Rizmi pun nampak loving.. Bondanya pandai melayan..


Lepas habis sembang Idah bawak Rizmi gi jenguk kedai mak sekejap. Najah tinggal ngan saya sebab dia tido lagi.. Bangun je terus nangis sebab tengok bonda takde. Alhamdulillah senang nak memujuknya.. Saya dukung n tepuk2 terus je dia diam.. Solehahnya Najah ni~


P/S: Terima kasih ye Idah sebab sudi datang ziarah saya. InsyaAllah ada masa n peluang kita jumpa lagi... :)

Wednesday, November 10, 2010

Kisah Kami...

Assalamualaikum.

Disebabkan malas nak buat banyak2 entry, maka saya pun meng'update' la blog ini dengan kisah saya, hubby, n baby F dalam 1 tajuk.. Senang.. tak yah post banyak2 kali.. hehe...

Kisah saya n hubby

Semalam hubby bagitau kat saya yg dia akan ke kedah selama 3 hari. Jadi sukarelawan bantu mangsa banjir kat Jitra dan Alor Setar. Dengar je hubby cakap macam tu terus saya rasa macam tak sihat. Siap baring2 lagi kat kedai. hehehe...

Bukan saje buat2 tau.. Tapi memang badan rasa lain macam. Maybe jugak kesan saya makan ubat tambah darah. Bau dia kuat sangat sampai membuatkan saya mabuk. Rasa macam nak pitam, tangan ngan mulut rasa kebas semacam (seolah-olah pucat takde darah).. Tapi bila tengok kat tapak tangan, ok je merah2.. Bibir pun tak pucat..

So saya baring jela.. Cuba paksa diri utk tidur tapi tak boleh. Lama jugak saya berkeadaan macam tu. Agak2 dalam 2 jam lebih. Seksa jugak la nak menahannya.. Sampai akhirnya air mata mengalir.. Alhamdulillah ada hubby datang pujuk.. Pastu hubby siap belikan nasi suruh saya makan. hehe.. Love u sayang~

Pagi tadi berlaku pulak satu insiden memalukan yg dicetuskan oleh saya.. huhu.. Kalau ingat balik memang malu sangat2. Tapi takleh nak buat apa la.. Masa tak boleh nak undur balik..

Pagi2 lagi saya dah buat kecoh kat rumah opah. Masa tu baru pukul 6 lebih, langit pun gelap lagi. Tiba-tiba ada la pulak katak pisang buat aksi lompat melompat dalam bilik kami. Boleh tahan tinggi gak katak tu melompat. Dari lantai lompat ke atas meja solek, pastu lompat pulak ke dinding. Tinggi pulak tu.. Nak dekat sampai siling la jugak. Yg saya tengah duduk kat atas katil..

Tiba-tiba boleh pulak katak tu berpusing arah n terus lompat ke katil.. Apa lagi.. Menjerit sakan la saya. Eee geli.. geli.. Saya baling selimut, katak tu lompat balik kat meja. Pastu dia buat lagi aksi yg sama macam tadi buat kali kedua. Menjerit lagi saya. Hubby tengah mandi, tak dapat la saya nak mintak tolong. Mak pulak yg datang menjenguk sebab hairan sebab apa saya terjerit-jerit. hehehe... Semangat mak nak tolong, siap panggil 'maid' datang tolong lagi. Habis semua kecoh disebabkan saya. huhu~

Akhirnya hubby yg baru sudah mandi yg menyelamatkan keadaan. Hubby tangkap katak yg hyperaktif tu n buang kat luar rumah. Lega.. Tergelak-gelak je hubby tengok saya. Memang takleh lupa la peristiwa pagi tadi. huhu..

Sebelum bertolak ke kedah saya salam n cium tangan hubby. Hubby peluk saya n pesan, "doa banyak2 kat Allah mintak Dia jauhkan benda2 yg awak takut. Yg menjaga awak Dia, bukan saya.." Saya angguk n jawab,"insyaAllah.." Hubby pun senyum je.. (manis sangat~ hehehe...)

Kisah baby F

Kandungan saya sekarang dah mencecah 31 minggu.. Lagi 3 hari genap la 8 bulan usia baby F kat dalam tummy saya. Alhamdulillah...

Bermula 5 november hari tu nurse suruh saya tanda carta pergerakan baby kat dalam buku merah. Sehari saya mesti tanda 10 pergerakan bermula jam 9 pagi. Kalau baby bergerak kurang dari 10 kali hingga jam 8 malam, saya kena cepat2 ke hospital.. Diorang takut baby lemas.. Na'uzubillahi min zaalik.. Minta dijauhkan ya Allah.. Sebagai ibu yg mengandungkan, perasaan sayang saya terhadap baby F sangat menebal walaupun dia belum lahir dan saya belum dapat menatap wajah dia.. Itulah kuasa Allah...

Hari pertama menanda, pergerakan ke 10 baby F saya tanda pada jam 5.15 petang.. Hari kedua lewat sikit dari hari pertama, 5.20 petang. Hari ketiga n seterusnya baby F semakin aktif bergerak. Gerakan ke 10 semakin awal saya catat. Kelmarin 4.30 petang, semalam 3.50 petang.. Hari ni lagi awal! Pukul 3.25 tadi baby F dah bergerak buat kali yg ke 10.. Alhamdulillah, syukur ya Allah...

Tapi nurse pesan walaupun baby dah bergerak sebanyak 10 kali, saya masih kena pastikan ada pergerakan baby selepas tu.. Takut baby lemas selepas gerakan yg ke 10.. Alhamdulillah setakat ni baby F sangat aktif walaupun lepas saya habis menanda. Sampai malam pun dia aktif.. Sayang anak ummi ni~... Semoga baby F terus sihat dan aktif hingga tiba saat kelahirannya ke dunia ini.. Dan terus sihat dan aktif selepas kelahirannya nanti. Ameeennn... Mohon doa dari semua... :)


P/S: Tak sabar nak tunggu hubby balik khamis ni. Moga Allah melindunginya di mana saja dia berada...

Tuesday, November 9, 2010

~Kembali~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni saya kembali bekerja setelah bercuti selama 2 hari. Hari jumaat orang lain cuti saya kerja. Hari sabtu pulak saya ke kuala kangsar dengan hubby, kak long raihanah, abang issam, azzuhri, dan afifi (adik ipar). Sepatutnya kami kena berada di kuala kangsar jam 10 pagi sebab ada mesyuarat, tapi Allah izin kereta hubby pulak rosak. Terpaksa la kami bertolak lewat sedikit. Kena pegi bengkel dulu tukar kereta. Tinggal kereta hubby kat bengkel, ambik kereta abang issam. Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami kat tempat mesyuarat walaupun lambat.

Sebelum pegi tu kak long dah pesan dekat saya supaya bawak baju lebih sebab kat tempat mesyuarat tu ada sungai. Tapi saya lupa. Tak dapat la mandi. Main celup-celup kaki je. Dapat la jugak merasa air sungai yg sejuk tu, hehe.. Balik tu singgah rumah mak cik ani, semua syahid kecuali kak long n zuhri. Pukul 6 petang baru bertolak balik ipoh...


Kat rumah mak cik ani.
Sebelum tidur @ rehat saya sempat main ngan zuhri dulu.
Tengok tuuu... Dia gigit beg ibu dia~


Kat kedai.
Hubby ajar zuhri main pusing2 botol deodorant, hehe...


Sebelum balik rumah, kami gi makan chicken chop dulu. Kak long teringin. Saya makan sikit sangat, sebab tak lalu. Minum air barli ais jela.. Pastu singgah kat gerai buah pulak. Yang lelaki semua turun gi sembang ngan tauke kedai buah tu. Tinggal saya ngan kak long n zuhri je kat dalam kereta.


Zuhri gelak sebab saya main2 ngan dia..


Nampak gigi 2 batang~


Sukanya anak buah mak ngah ni~~


Ahad hubby ngan abang issam pegi pertandingan memancing. Saya duduk rumah je dengan kak long n zuhri. Sekali sekala ambik cuti nak rehat..hehe~


P/S: Alhamdulillah setakat ni baby F sangat aktif tak kira siang atau malam. Tapi dah mula rasa sakit sikit2 bila dia moving. Semoga anak ummi ni terus sihat dan aktif hingga tiba saat kelahirannya. Mohon doa dari semua ya... :)




Friday, November 5, 2010

Check Up

Assalamualaikum.

Hari ni saya ke klinik utk pemeriksaan rutin. Memandangkan usia kandungan sekarang dah mencecah 30 minggu, so saya kena buat check up 2 minggu sekali. Alhamdulillah tekanan darah ok, HB pun dah naik 10.3, baby aktif.. Asyik bergerak je dia. Nurse yg tolong cek pun confuse. Kepala baby sekejap duk kat tengah, sekejap duk kat tepi belah kanan. Hehe...

Nurse bagi ubat baru pulak tadi, utk tambah darah (softgel). So mulai hari saya akan makan 3 jenis ubat, semuanya utk tambah darah. Semangat demi baby F! hehe... Nurse pesan, mulai esok saya kena tanda kat dalam buku merah 10x pergerakan baby. Kalau baby tiba-tiba kurang atau tak bergerak langsung, cepat2 pegi hospital. Ni utk mengelakkan perkara yg tak baik berlaku pada baby. Contohnya macam lemas ke...

Pastu sebelum balik tadi kena cucuk ubat. Sakit~.. Lenguh tangan ni. Tapi takpe. Lepas ni tak kena cucuk dah. Yg tadi tu last nurse cakap. Pasni kalau kena cucuk pun sebab ambik darah jela. Then nurse pesan, petang ni kena gi klinik gunung rapat pulak, jumpa doktor n scan baby. Harap-harapnya takde la doktor marah-marah lagi. Saya dah cuba sehabis baik dah (bagi darah naik n kawal supaya berat badan tak naik mendadak). "Permudahkan urusanku ya Allah...."


Selitan ~ gambar raya 2010.
Pertama kali beraya dengan hubby n baby F kat dalam perut.
( Raya tahun lepas saya masih single, hubby pun saya tak kenal lagi masa tu. hehe..)

Tuesday, November 2, 2010

Ikan Ara Masak Tempoyak

Assalamualaikum.

Semalam hubby tunjukkan saya ikan yg dah siap dipotong dan dibersihkan. Ikan ara, hubby pancing sendiri rasanya. Hubby cakap, "ikan ni kalau buat masak gulai tempoyak best jugak kan sayang kan?". Saya pandang hubby dan senyum (tanda setuju la tu..)... "Pagi esok awak masak ikan ni ye", sambung hubby. Saya bersetuju dan terus bangun buka peti ais, nak tengok bahan-bahan cukup atau tak.

Pagi tadi lepas solat subuh terus je saya ke dapur siapkan bahan-bahan. Hubby pun tolong jugak. Dia tolong ambik serai n daun kesum kat luar rumah. Terima kasih sayang :)... Berbekalkan bismillah + selawat + tawakal, saya pun mula memasak. Dan inilah hasilnya.......


Alhamdulillah....
(Ni first time saya masak gulai tempoyak guna ikan ara. Dekat pahang selalunya saya guna ikan patin, campur dengan batang keladi)


P/S: Ada banyak cara/bahan boleh guna utk buat masak tempoyak ni. Ada orang dia bubuh bunga kantan, daun kunyit.. Ada yg bubuh serai + daun kunyit je. Ada jugak yg bubuh bunga kantan + daun kesum.. Terpulang pada individu. Saya pun tukar2 resepi... :)

Saturday, October 30, 2010

Rindunya kat mereka....

Assalamualaikum.

Ini cuma entri ringkas utk menyatakan betapa rindunya saya pada mereka. Kebanyakan daripada mereka ni dah lama saya tak jumpa. Cuma dapat berhubung melalui SMS atau internet je...


Pertama sekali, saya rinduuuuu sangat3 pada arwah umi yg melahirkan dan membesarkan saya adik-beradik. Rindu pada belaian umi, pelukan umi, suara umi, pujukan umi, masakan umi, bau umi, senyuman umi, gelak tawa umi, saya rindu semuanya yg berkaitan dengan umi. Dulu saya selalu berkongsi rasa dan meluahkan segala isi hati kpd umi, tak kira rasa sedih atau gembira. Kini tak lagi, sebab umi dah pun kembali kpdNYA. 3-8-2004, tarikh yg masih kukuh di ingatan saya hingga kini, kerana pada tarikh ini lah umi meninggalkan kami semua termasuk adik bongsu yg pada ketika tu baru berumur 2 tahun lebih. Kami semua redha. "Lemah sungguh manusia hingga tak mampu nak pertahankan apa yg mereka sayang". Namun jika diizin Allah utk berjumpa umi walau sekejap, ingin sekali saya memeluknya, dan memberitahunya, "de sayang umi dunia akhirat...."


Kedua, keluarga saya. Abah, Ibu, Along, Angah, Teh, Cik, Andak, Kak Lang & Adik Mad yg dah makin lasak dan nakal sekarang. Abah dan ibu walimah setelah pemergian arwah umi tercinta. Ramai yg berpendapat ibu tiri tu kejam, tapi tidak bagi saya. Syukur kerana Allah SWT kurniakan kami ibu tiri yg sangat baik. Dia bukan sekadar menjaga makan minum dan pakai abah, tapi dia juga lah yg mengasuh, menjaga, dan melayan kerenah kami adik-beradik. Ibu banyak berkorban masa, tenaga, dan wang utk kami. Abah selalu pesan pada ibu, "Menjaga anak-anak yatim ni besar pahalanya. Penat macam mana pun, kena juga pikul amanah ni". Dan alhamdulillah hingga ke saat ini, ibu memikul amanah ini dengan sangat baik. Thanks Allah~


Ketiga, tok (mak kepada arwah umi). Dalam adik-beradik, semua dah tahu saya manja dgn tok. Sebabnya? Tok yg jaga saya masa saya kecik2 dulu. Saya cepat dapat adik, so umi n abah terpaksa tinggalkan saya di bawah jagaan tok. Kalau tengok balik gambar-gambar lama kat rumah tok, banyak la gambar saya. Bila dah masuk sekolah, saya dah tak duduk dgn tok, tapi still selalu balik kampung sebab rindu. Even dah bekerja, saya tetap juga balik di hujung2 minggu kalau tak sibuk. Nak temankan tok, sebab tok tinggal sorang2 je kat kampung sejak arwah to'ki n ayah teh meninggal. Bermula tahun ni saya dah tak dapat nak jumpa tok selalu, sebab saya dah berkahwin dan ikut hubby stay kat perak. Tapi sekali sekala saya akan telefon utk bertanya khabar tok. Sekarang tok sangat happy sebab dia akan dapat cicit yg pertama awal tahun depan, insyaAllah... Pohon doa dari semua ya... (",)


Keempat, ummi Shahbatun. Saya dan adik-beradik panggil dia "ummi" sebab dia juga berperanan sebagai ibu kepada kami semua selepas pemergian umi. Ummi Shahbatun ni adalah kawan baik umi semasa hayatnya. Lepas umi meninggal, ummi Shahbatun sangat mengambil berat perihal kami adik-beradik. Pada dia lah kami menumpang kasih sayang (walaupun ummi sendiri ada ramai anak-anak). Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ummi dan abah Nordin kerana sudi mencurahkan kasih sayang yg tak berbelah bahagi kepada kami. Terima kasih juga kepada anak-anak ummi iaitu Kak Mashittah, Asiyah, Rumaisa', Nabihah, Salman, dan Amin kerana kalian sudi "meminjam"kan ummi abah kalian buat kami. Semoga Allah berkati~


Kelima, Nadia dan umi nya. Mereka ni sangat baik dgn saya. Dari sekolah rendah lagi saya berkawan rapat dengan nadia. Masa tu nadia anak tunggal, takde abang, takde kakak, dan takde adik. So dia selalu la bawak saya balik rumah dia waktu hujung2 minggu. Maklumlah budak-budak, nak berkawan. Umi dan ayah nadia selalu bawa saya pegi jalan-jalan. Gi Cameron Highland, sempadan Thailand, beraya kat kuantan n bentong. Umi nadia ni langsung tak berkira dgn saya. Ada-ada je benda yg dihulurnya. Duit belanja, makanan, barang-barang. Sekarang nadia dah ada 3 orang adik yg comel-comel macam anak cina semuanya. Tapi umi dia still lagi layan saya macam dulu. Moga Allah beri ganjaran yg setimpal buat mereka~


Saya juga rindu pada kawan-kawan seperjuangan yg banyak memberi dorongan dan sokongan kpd saya. Yang sentiasa berada di sisi saya, sama-sama merasai kesedihan saya, berkongsi suka dan duka dgn saya, memberi kata-kata semangat tika saya lemah, mentarbiyah dan mengingatkan tika saya lupa. Jazakillah khairan kathira ukhti-ukhtiku sayang....


~Ummu Ilyani a.k.a Wardah Syuhada~


~Farahiyah a.k.a Shauqatul Asrar~


~Khadijah a.k.a Ijah~


~Husna a.k.a Una~


~Kak Ju, Asma', Aqeh, n Oya~


~Syifa' & Odah~

P/S: Saya sayang kamu semua kerana Allah.
Moga Allah redha.....


Thursday, October 28, 2010

Persediaan Menyambut Kelahiran Baby F

Assalamualaikum.

Banyak benda pulak rasa nak post hari ni. Tapi takpe lah, lepas jalan-jalan kat blog kawan-kawan tadi tetiba je rasa nak post pasal tajuk ni. Lagipun gambar pun dah ada. Actually masih awal sebenarnya utk saya n hubby bershopping utk menyambut kelahiran permata hati kami. Tapi memandangkan kewangan kami agak tak menentu sejak akhir-akhir ni, ditambah pulak dengan masalah anemia yg saya hadapi, atas nasihat beberapa rakan dan saudara mara maka kami pun buatlah keputusan utk bersedia lebih awal. Takut terbersalin awal. Lagipun usia kandungan saya dah menjangkau 7 bulan lebih. Selalu rasa tak selesa sekarang. Bila duduk lama-lama mula la sakit pinggang. Kalau berjalan pulak lenguh habis kaki ni. Baring pun tak berapa selesa, tidur malam asyik terjaga je. Mungkin Allah nak bagi latihan sebab nanti kena berjaga malam kalau baby meragam atau nak bagi baby minum susu kan? hehe...

Hari tu saya dah minta pendapat kawan-kawan dan search di internet tentang barang-barang keperluan utk menyambut kelahiran ni. Tapi list barang-barang saya tertinggal di kedai pulak. Allah izin hari sabtu baru ni mak dan opah buat majlis doa selamat utk saya dan Iman, adik ipar saya yg due datenya sama dengan saya, maka ramailah sedara-mara yg datang termasuk biras yg saya panggil kak long. Kak long dah ada sorang anak, namanya Azzuhri. So kak long lah yg tolong saya senaraikan semula apa barang-barang yg patut dibeli. Lepas tu kak long juga lah yg temankan saya n hubby gi shopping kat Tesco malam esoknya. Alhamdulillah, mudah kerja kami. Takdelah kami terpinga-pinga tak tau nak pilih barang-barang tu semua.

Sebenarnya kak long teringin nak makan nasi arab kat kedai depan Tesco tu. Tapi bila sampai tengok kedai tu macam tak penah bukak lagi je. So kami pun makan kat tesco jela, lepas tu terus gi membeli belah. Mulanya saya cadang nak beli sikit-sikit je dulu. Tapi hubby cakap dia malas nak shopping banyak-banyak kali. So beli je terus semua barang. Barang saya, barang baby, n barang rumah sikit. RM400 lebih jugak lah duit kami terbang malam tu. Barang saya saja dah seratus lebih, beli nursing bra, panties utk ibu mengandung (tambahan je sebab awal2 pregnant tu beli sikit sangat), stokin tebal, n maternity pad. Barang rumah pulak rm50 lebih je. Barang baby la yg paling banyak habis, RM200 lebih~... Kat bawah ni gambar antara barang-barang baby yg kami beli...



Sarung tangan & sarung kaki. Cute~..Tapi tak banyak pilihan warna.
Banyak warna kuning, biru n pink. Putih pun sikit je.


Pampers newborn. Kak long yang tolong pilih jenama ni.


Belek sekejap je baju ni, pastu terus decide nak ambik. Saya pilih baju murah, so tak banyak pilihan warna & design la. Ambik je mana yg ada. Yg penting boleh dipakai. Betul tak?


Baju ni takde butang kat depan. Tapi sebab dah suka, saya beli jugak.


Yg ni pulak kak long yg tolong pilih. Saya tengok je terus jatuh hati.
Cute sangat~


Kelambu. Saya pilih warna hijau. Sebab saya suka hijau.. hehe...


Alas getah. Takut baby berak atau kencing. Nanti takde la terkena kat tilam. Lagipun senang nak bawak kemana-mana. Kalau gi halakat pun ok jugak bawak alas ni kan? Senang nak letak baby, alas ni lembut.


Beg ni hubby yg berkenan sangat2. Dia kata senang nak bawak.
Beg galas kat belakang, baby galas kat depan. Saya pun suka. Sebab beg ni warna hijau..hehehe~.. Lagi satu, semua barang2 baby saya dah packing siap2 dalam beg ni. Senang kalau emergency kes, hubby just capai beg ni n bawak pegi hospital. Takyah kalut2 nak kena pilih barang lagi. Barang2 saya pun akan dimuatkan dalam beg ni juga (kalau muat la..)


Barang-barang yg dah dimuatkan dalam beg~ Napkin, tuala, pampers,
set mandian & minyak telon, wipe tissue, selimut, baju baby, sarung tangan & kaki.


Ni la kak long Raihanah dengan baby boy Azzuhri yg comey~
Kak long tak pandang kamera sebab dia ingatkan saya ambik gambar Zuhri je.. hehe~

Wednesday, October 27, 2010

Ambil Darah (FBC)

Assalamualaikum.

Hari ni saya ke klinik lagi utk ambil darah. Minggu lepas dah kena, minggu ni kena lagi. Sebabnya? Doktor risau darah saya low, dah berapa bulan masih tak naik2 lagi. Dari awal mengandung lagi saya dah disahkan mengalami anemia semasa mengandung. HB darah sangat rendah. Daripada 10.4 turun ke 10.3, pastu turun lagi 9.6...

Dari semasa ke semasa HB darah saya hanya turun @ maintain je. Tak naik2 pun. Macam2 ubat yg saya makan, tapi still macam tu jugak. Takde perubahan. Rabu minggu lepas doktor cadangkan saya makan ubat dengan air jus oren supaya badan dapat menyerap khasiat ubat dengan cepat. Selepas 2 minggu doktor kata nak tengok hasilnya. Kalau tak naik juga, saya akan dirujuk kepada doktor pakar.

Maka dalam seminggu ni macam2 lah ikhtiar saya buat utk nak bagi HB darah cepat naik. Minum air ribena, susu segar, makan ubat dengan jus oren @ ribena, makan buah delima, ratah sayur bayam. Dan alhamdulillah result lepas ambil darah tadi buat saya tersenyum. Minggu lepas darah saya 8.8, tadi tengok dah naik 9.9.. Alhamdulillah... Terima kasih kepada kawan-kawan yg bagi bermacam-macam cadangan kepada saya. Moga Allah berkati kalian. Actually HB tu masih rendah. Tapi saya akan berusaha supaya darah tu naik lagi sampai 11 ke atas. Moga Allah permudahkan segala urusan saya. Doakan saya ye!

Tuesday, October 26, 2010

Alhamdulillah......




Assalamualaikum.

Dah lama sebenarnya berhajat nak buat blog sendiri ni. Tapi asyik tertangguh je. Mood nak menulis kadang2 menggunung, kadang2 x de langsung. Alhamdulillah hari ni berjaya jugak. Tapi sekadar blog yg sangat simple la. "Saya budak baru belajar". Moga Allah redha. (",)