CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, December 15, 2011

Berhati-hati dengan penipu ini!

Ummi tak dapat nak ceritakan secara terperinci sebab tak boleh nak duduk depan laptop lama-lama. Kat sini Ummi tuliskan kronologi bagaimana Abah hampir ditipu oleh 2 orang hamba Allah yang tak dikenali.

--> Semalam: Datang seorang lelaki, muka macam mamak. Macam muka Pakistan pun ada.
--> Order 150 set pakaian sekolah untuk Dato' Osman.
--> Abah minta bayar deposit. Tapi dia cakap soal bayaran kena bincang dengan setiausaha Dato' tersebut.
--> Abah bagi salinan harga utk dia bawa balik.
--> Setiausaha Dato' call Abah dan bagitau dia nak buat sistem voucher (dia bayar dulu, then anak2 yatim datang ambil baju diorang kat kedai)
--> Setiusaha tersebut menambah tempahan. 150 helai cadar dan 30 helai sejadah mahal (yg tebal n gebu tu). Kata nak ambil pagi tadi.
--> Pagi tadi: Abah cuba call orang tu tapi tak dapat. Hp di'off'kan.
--> Tak lama kemudian orang tu call Abah semula. Dia kata hp tertinggal kat rumah, that's why la Abah call tak dapat. Then dia cakap nak datang ambil barang.
--> Orang tu datang dan minta masukkan barang-barang ke dalam kereta dia. Abah tak bagi. Kata Abah, dia kena serahkan duit dulu baru Abah bagi barang-barangnya.
--> Orang tu suruh Abah ikut dia naik kereta utk pergi ambil duit.
--> Abah call setiausaha tadi dan mula rasa curiga. Sebabnya orang yg datang tu cakap setiusaha Dato' ada kat Pizza Hut (dekat je ngan kedai). Tapi bila Abah call, setiusaha tu cakap dia ada kat Simpang Pulai.
--> Abah bagitau kat orang tu, nak hantar sendiri barang2 ke Pizza Hut. Orang tu diam dan terus pergi macam tu je.
--> Abah tunggu kat Pizza Hut selama 1 jam, tapi langsung tak nampak batang hidung diorang.
Rupa-rupanya memang penipu 2 orang tu. Alhamdulillah Allah lindung Abah daripada ikut cakap diorang bulat2.

Sebenarnya ramai yg dah terkena dengan modus operandi macam tu. Dia mengaku dari bank, rumah anak2 yatim, etc..Then masukkan barang2 dalam kereta, suruh ikut pergi ambil duit, lepas tu dia turunkan kita kat satu tempat dan berpura-pura nak cari tempat parking. Padahal dia pergi bawak lari barang2 kita.

Pesan Abah,
1) Jangan percaya muka pakistan atau india.
2) Pastikan diorang bayar deposit kalau order barang banyak2.
3) Biar diorang bayar dulu, baru masuk barang2 dalam kereta. Kalau boleh jangan terima pembayaran menggunakan cek.
4) Jangan ikut naik kereta dia. Biar naik kereta asing2. Pastikan juga barang2 dibawa dengan kereta kita.

Kat sini Ummi sertakan nombor telefon penipu2 tersebut untuk rujukan semua dalam rangka untuk berjaga-jaga. Sharing is caring right?

016-5271061 atau 014-3052355

Diorang mungkin akan tukar dan gunakan nombor lain. Tapi boleh jadi juga diorang akan tetap dan masih gunakan nombor ni utk menipu orang lain. Semoga Allah lindungi kita semua daripada perkara2 yg tidak diingini. Amin.

Wednesday, December 7, 2011

Hamzah: Makin tembam kamu ye!

Ish..ish..ish.. sedapnya dia tidur...geram Makde menengoknya. Kamu tunggu Makde ngan Fateh balik ye Hamzah. Makde dah rindu sangat pada kamu.

Budak pipi bam bam.

Kata Mak Cik, Aki selalu tersilap panggil nama Hamzah. Dah jadi Husin kamu ye.hehehe...
Takpe lah. Nanti dapat adik suruh Ummi kamu letak nama Husin ye. Aki teringin kot :P

Tuesday, December 6, 2011

Kegunaan Tasbih

Kawan-kawan..Ini tasbih Moyang. Ateh pinjam je. Ok, mula-mula kita berzikir memuji Allah ye..
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akbar...
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akbar...
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akbar...

Lepas tu boleh jugak kulum n kunyah2 sambil tengok tv. Sedap tau...

Monday, December 5, 2011

Syoknya jalan-jalan

Pagi tadi Ummi call rumah aki nak tanya macamana keadaan Mak Long, dah ada sakit2 ke? Tengok2 Mak Cik cakap Mak Long dah bersalin jam 5.30 pagi. Terkejut Ummi. Mula-mula tak percaya sebab tengahari semalam baru je telefon Mak Long. Mak Long cakap dia takde sakit2 lagi. Tau-tau je pagi ni dah bersalin.

Mak Long dapat baby boy seberat 2.9kg. Namanya Ahmad Itqan Soleh bin Ahmad Firdaus. Bertambah le sorang lagi geng Fateh.hehehe...

Ini gambar yang Mak Cik hantar kat Ummi. Aki, Wan, dan adik-adik Ummi gi ziarah Mak Long kat hospital tengahari tadi.

Indahnya nama kamu Itqan. Kulit kamu pun putih mulus. Semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh ye. Sayangi Umie dan Abie kamu. Dan sayangi Makde juga ye :P

Bahagianya Ummi bila Mak Long dapat baby. Penantian selama 3 tahun berakhir jua... Sungguh Allah maha berkuasa menyusun dan menentukan segala-galanya.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Pagi tadi awal-awal pagi lagi Ummi dah bawa Fateh keluar. Saja ambil angin pagi. Lepas tu Atuk ajak Fateh jalan-jalan pulak. Memang syiok habis lah. Naik kereta baru tuuu....

Fateh excited sangat dapat naik kereta ni. Tima kasih Atuk bawak Ateh jalan2 pusing rumah Oyang.. ^^

Uuuiiii cantiknye rumput2 kat sini Tokkk.

Kata Mak Cik, Hamzah pun ceria semacam je pagi tadi. Macam tau-tau je dia dapat sepupu baru.

Ummi tepek gambar Hamzah tidur kat sini. Gambar terbaru ada dalam henpon Abah. Lupa nak save. Nanti Ummi tepek yang latest dalam entry akan datang ye.

Friday, November 18, 2011

Belajar berdikari

Alhamdulillah pada 10/11/2011 genaplah 10 bulan usia Fateh Arraziq permata hati Ummi Abah. Banyak yang Fateh sedang belajar sekarang. Kata Abah, Fateh tengah kreatif :)

Fateh sangat-sangatlah rajin tolong Ummi mengemas. Barang2 dekat rak, Ummi dah susun elok-elok habis dipunggahnya sampai kosong rak. Setakat ni rak 3 tingkat tu, tingkat atas sekali je yg masih selamat. Sehari ada la dalam 4 5 kali Ummi kena susun balik barang2 dekat rak tu. Kalau dibiarkan je atas lantai....huhuhu takleh nak dibayangkan betapa serabutnya mata dan kepala Ummi ni..Sementara dia berjaga takpe Ummi biarkan. Sebab kalau dia nampak Ummi susun, dan2 tu jugak dia gi sepahkan balik...

Kalau makan dah taknak Ummi suap. Suapan pertama dan kedua takpe lagi. Masuk yg ketiga mesti dia akan keluarkan balik dan suap sendiri guna his own hand yg tomey2 tu. Habis bersepah-sepah makanan atas lantai. Kalau nasi atau makanan basah yg lain haruslah nak kena kutip dan bersihkan terus sebab takut orang terpijak. Part ni pun memang kena buat ulang2 kali le dalam sehari. Memang kena merajinkan diri setiap masa :P

Suka tiru benda yg Ummi buat. Sekali tengok dah boleh copy, hehehe anak bertuah...
Ummi buat bunyi lidah karang dia pun nak buat bunyi lidah jugak. Kadang2 nak tergelak pun ada. Kita buat sumthing sebab nak tarik perhatian dia. Tengok2 dia gi tiru balik. ^^

Sukaaaa sangat main keyboard pc Abah. Kalau dia tengah berdiri kat bawah, pandai je tangan tu meraba raba atas meja nak tekan keyboard ni..Abah pun terpaksa mengalah. Angkat dia duduk atas riba, buka microsoft word, bagi dia taip puas2. Fateh ni macam Ummi jugak kot..addict nak menaip :P

Gigi bawah dah ada, 2 batang. Tapi tak pandai nak menggigit orang lagi. Ummi bagi jari Ummi suruh gigit pun ditolaknya. Kalau Ummi snap gambar dia pulak, dah pandai nak menjenguk kepala nak tengok gambar yg Ummi snap tu kat camera. Bukan main lagi, panjang lehernya nak menengok. hehehe...

Fateh juga dah pandai cari benda yg disebut oleh Ummi. Ummi tak pasti dia cam perkataan, atau nada sebutan Ummi tu..Tapi bila Ummi sebut, "baby~..." terus dia pandang kat sticker gambar baby yg Ummi tampal kat meja pejabat Abah. Bila Ummi sebut, "fish, mana fish?" automatik dia akan pandang kat sticker fish yg Ummi tampal dalam bilik air kat rumah. Pandai anak Ummi!

Ha, sebelum Ummi terlupa. Fateh dah kenal Al-Quran..dan sangat berminat dengannya. Tiap kali dia nampak Abah atau Ummi ambil Al-Quran lepas solat, dia akan cepat-cepat datang dekat2 sambil mengeluarkan bunyi excited. Sambil Ummi atau Abah baca Al-Quran tu, dia akan duduk atas riba dan belek2 Quran tu dengan tangan dia. Pastu sekejap2 pandang muka Ummi or Abah, sekejap2 pandang Quran. Alhamdulillah..Inilah antara moment paling manis yg kami takkan lupa...

Semoga Fateh membesar menjadi anak yg soleh lagi musleh. Amin...

Ummi dan Abah sangat menyayangimu Fateh!

Tengah makan roti.

Main gambar mickey mouse. Ralit sangat dia...

Sedar je Ummi ambik gambar dia, terus melutu datang kat Ummi. Dengan penuh excitednya! ^^

Ummi baru habis solat terus dipanjatnye. Mesti la..Ucuk2 Ummi kan?

Tengok lah tu gaya tidur, bukan main lagi...


Wednesday, November 16, 2011

Thank you Sayang


Lepas 2 hari Fateh cirit-birit, hari ahad baru ni Allah izin Ummi pulak yang tak sihat. Petang sabtu tu Ummi ok lagi. Malamnya, Ummi dah start rasa lain macam. Ummi buat dek je. Sempat lagi makan roti cicah kuah durian sampai 4 5 keping, pastu makan buah delima pulak. Time dah nak tidur, masa tengah menyusukan Fateh Ummi tetiba je rasa nak muntah. Tapi Ummi tahan-tahankan, sampai la tetido...

Pukul 3 pagi Ummi terjaga sebab Fateh menangis nak menyusu. Dalam pukul 4 lebih Ummi rasa dah takleh nak tahan dah. Terus masuk toilet dan muntah dengan banyaknya. Bukan keluar apa sangat pun sebab seharian Ummi tak makan nasi. Dari pagi dok ulang makan roti cicah kuah durian je. Lepas muntah tu badan lembik usah cakap le..

Bangun pagi tu memang tak bermaya langsung. Dengan loyanye, dengan peningnya..Bau orang masak kat dapur pun dah cukup nak buat Ummi termuntah. Abah pujuk Ummi makan juga walaupun sikit. Abah cakap kalau perut kosong, lagi banyak angin masuk, lagi bertambah-tambah la loya nanti. Ummi pun makan la juga sikit..Beberapa suap je, sebab takleh nak masuk.

Masuk bilik dan beberapa minit je, lepas tu terus muntah balik..huhu seksanya...Rasa macam trauma pun ada. Teringat time mabuk masa mengandungkan Fateh dulu. Dalam kepala ni dok terfikir je bila la nak berakhir rasa loya tu. Alhamdulillah Abah sangatlah prihatin. Abah la yg jaga Fateh. Gi mana2 bawak Fateh sekali. Ummi nak makan, Abah suapkan. Nak minum, Abah ambilkan air suam. Abah tolong Ummi ambil wudhu' time nak solat..Semua Abah yg buatkan. Sikit pun Abah tak merungut atau buat muka. Terharunya Ummi...Proud of you Sayang!

Pagi isnin tu Ummi dah rasa makin better. Siap semangat2 nak ikut Abah gi kedai sampai tergelak Abah. hehehe... Dalam hati ni Ummi bersyukur sangat-sangat sebab tak sakit lama. Ummi taknak la menyusahkan Abah. Sekarang ni duit pun tengah takde. Kena fokus kat kedai. Kalau Ummi tak sihat, semestinyalah Ummi nakkan perhatian yg lebih dari Abah. Ye dak? Habis tu nak kena uruskan Fateh lagi. Takkan semua Abah yg nak kena buat. Syukur alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami...

Thank you Allah...

Thank you Sayang....
I love you so much!

Saturday, November 12, 2011

11-11-11

Sempena tarikh 11-11-11 yang disukai ramai iaitu hari semalam, Fateh telah diserang sakit perut dan cirit birit yang sangat teruk. Najis dia sangat-sangatlah cair, dan setiap kali membuang mesti sampai melimpah keluar daripada pampers. Ummi tak sempat nak buat apa-apa lagi dah meleleh kena kat seluar dan kaki. Banyak pulak tu..

Taktau apa sebabnya. Mungkin ada tersalah makan kot. Tapi Ummi positif je, mungkin dah sampai masa perut dia dicuci. Semalam kat kedai 2 kali bocor. Malam tadi alhamdulillah Fateh tidur lena. Pagi tadi sekali lagi bocor masa kat rumah. Betul2 kat depan toilet. Dan baru sekejap tadi ni bocor lagi kat dalam pejabat Abah.

Baru 2 hari Fateh sakit dah terasa ringan badan dia bila Ummi dukung. Mana taknya, makan takmau langsung. Semalam Ummi suap apa pun dia taknak. Selalunya nampak Ummi pegang makanan, terus melutu datang kat Ummi. Minum susu botol pun sikit2 je. Menyusu dengan Ummi je yg Fateh tak tolak. Alhamdulillah. Ummi bersyukur sangat2 sebab walau sakit macam mana pun, Fateh tak pernah menolak untuk menyusu dengan Ummi.

Hari ni mau la juga dia makan roti sikit2. Sekurang-kurangnya beralas la juga perut dia. Sepatutnya hari ni kami sekeluarga ada sambutan hari keluarga di Teluk Senangin. Tapi Ummi dan Abah terpaksa batalkan hasrat untuk pergi memandangkan keadaan Fateh yg tak berapa sihat ni. Kalau pergi karang takut dapat susah le pulak. Dengan anak tak sihatnya, nak join program lagi. Jadi Ummi dan Abah rasa better tak pergi untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari..

Wednesday, November 9, 2011

AidilAdha tahun ini...

AidilAdha tahun ni Ummi dan Abah tak bawa Fateh balik Pahang. Sebab raya puasa haritu dah balik. So kali ni kita beraya kat rumah moyang je. Seekor lembu selamat dikorbankan di depan rumah moyang.

Actually Ummi dah lama betul tak tengok orang buat kerja menyembelih ni..sebab Ummi mabuk darah. Tapi kali ni Ummi cuba-cuba juga tengok. Alhamdulillah takde rasa nak pitam pun masa tengok darah memancut-mancut tu, hehe...

Ummi eksaited sesangat tolong orang menimbang daging yg nak diagih-agihkan. Fateh Ummi biarkan orang lain yg pegang. Ummi tak suruh, diorang yg nak pegang :P

Alhamdulillah aidiladha kali ni jatuh masa musim buah-buahan, seronok la sedara mara Abah yg balik. Dapat makan durian dan rambutan puas-puas. Ummi pun tumpang makan sama walaupun sebelum tu hari-hari duk balun buah durian ^^

Fateh pun semangat je tengok orang nak sembelih lembu.


Abah seronot dapat makan tulang :P



Thursday, October 27, 2011

Tak sabar nak berjalan



Fateh sekarang tengah giat berlatih berdiri sambil lepaskan tangan (baca: tanpa berpaut). Mula-mula dia akan berpaut kat mana-mana, berdiri, then secara slow2 dia akan lepaskan tangan. Mula2 Ummi terkejut, termenjerit la sikit, hehe.. Tapi lama2 tengok dia dah makin cekap, Ummi support la..

"Wahhh...pandainye Fatehhh.."

"Oooo...hebatnya anak Ummi niiii.."

Fateh pun menyengih la dengan muka penuh kebanggaan...hehehe..

Untuk menggalakkan dia lebih rajin training, bila dia tengah main panjat memanjat Ummi akan cakap kat dia, "Fatehhh...Lepaskan tangan..lepaskan tangan.." (sambil angkat tangan Ummi ke atas). Fateh pun as always, pandang Ummi, sengih2 pastu lepaskan tangan dia sambil buat muka bangga. ^^

Dan hasilnya..sekarang Fateh boleh berdiri dalam tempoh yang agak lama. Berdirinya pun nampak stabil dan tak bergoyang-goyang. Good job Fateh!

Yang ni bukan senyum bangga. Tapi senyum bahagia sebab Ummi pun sama2 duduk kat dalam playpen dia yang tak besar mana tu.. Siap main2 dan bermanja-manjaan lagi buah hati pengarang jantung Ummi ni.

Wednesday, October 26, 2011

Fateh pun pandai bawak kereta juga

Baru-baru ni kami pergi makan kat rumah mak saudara Abah di Batu Gajah. Ontheway balik tu Fateh macam biasa taknak duduk diam kat dalam kereta. Korek-korek lubang aircond, tarik-tarik pembuka pintu kereta, main kunci, tepuk2 dashboard, dan semua yang seagkatan dengannya lah. Jenuh Ummi nak memegangnya. Lengan ni memang dah naik muscle lah :P

Selalunya sebelum gerak ke mana-mana, Ummi akan prepare barang2 dan Ummi jugalah yang akan bawa masuk barang2 tu semua ke dalam kereta. Abah akan tunggu je kat dalam kereta dengan hero dia yang sorang tu. Masa menunggu tu Abah akan bagi Fateh pegang stereng kereta, sambil tu Abah buat la bunyi macam orang tengah bawak kereta. Fateh pun syiok la...

Nak dijadikan cerita, masa kami on the way balik dari rumah mak sedara Abah tu, dalam dok melasak tu Fateh tiba-tiba je meronta-ronta sambil tangan dia dok tarik-tarik lengan Abah. Abah yang tengah bawak laju ni terus la slowkan sikit kereta.. Pastu nak tau apa jadi??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Punya la syiok dia dapat bawak kereta! Siap dengan muka terujanya..Bulat mata tengok depan. Mulut pun bising je dok bunyi "hoohhhh...hoohhhhh..."

Aduhai Fateh Arraziq..Kamu tu kecik lagi. Mana boleh drive menderive ni. Bahaya tau.. :P

Friday, October 21, 2011

Taknak kena tinggal langsung


Fateh sekarang makin susah nak ditinggalkan. Kalau ada orang jaga dia takpe lagi. Kalau Ummi berdua je dengan dia, Ummi ke mana-mana mesti dia nak ikut.

Kalau time Abah takde kat rumah, Ummi nak masuk toilet pun susah tau.. Kadang2 elok dah Ummi bagi dia tidur. Ummi masuk je toilet terus dia bangun menangis. Dulu dia menangis sambil duduk kat atas tilam. Sekarang ni, dia akan merangkak sampai kat depan pintu toilet, berdiri, then dia akan menangis sambil ketuk2 pintu toilet tu dengan tapak tangan. Menangis beriya-riya pulak tu..hehehe bertuah sungguh anak soleh Ummi ni..

Saturday, October 15, 2011

Cuba teka Fateh tengah buat apa?

Alahai khusyuknya dia...Sampai tak sedar Ummi ada kat belakang. Apa la yang dibuatnya tu ye??


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

"Ummi..Ummi...Sedap la tali pinggang Abah ni"

Hehehe...Ni kes rindu kat Abah la ni kot. Semalam Abah tidur kat kedai sebab ada kerja yang nak disiapkan. Tinggal le Fateh berdua ngan Ummi..Tak dapat main ngan Abah, main tali pinggang Abah pun jadi le ye sayang :)


Thursday, September 22, 2011

Hadiah hari tu....

Masa birthday Ummi bulan 8 hari tu kan Ummi ada bagi hadiah pada Abah. Ramai yang tanya Ummi apa isinya dalam kotak hadiah tu? Lepas sorang sorang tanya..Ummi pun tak terfikir pula nak letak gambar hadiah yg dah dibuka kat sini..

Ok lah.. Ni lah hadiah yg Ummi bagi kat Abah hari tu...


Wallet dan tali pinggang.
( tali pinggangnya tak dapat nak interframe sebab Abah tengah ukur kat badan, nak potong )
Ummi beri hadiah ni beserta dengan kasih sayang

Bahagianya Ummi melihat senyuman Abah pada saat ini...

Abah cakap, "I LIKE IT..."
Menjadi satu kepuasan yg teramat sangat bila insan tersayang menyukai pemberian kita, tambah-tambah lagi bila melihat dia menggunakannya hari-hari ^^,

Saturday, September 17, 2011

Kak...Mesinnya belum jelas


Semalam parents in law Ummi baru sampai dari Indonesia dengan maid baru. Maid yg lama dah habis kontrak. Pagi tadi sempat la maid baru (Ummi belum taaruf, so taktau nama) tu buat kerja sikit2, pastu terus ikut Pak Ude Wafi pergi kedai sebab diorang baru sampai, so ada banyak urusan yg perlu disettlekan. Masa diorang nak bertolak tu, Ummi tengah menyapu sampah. Maid tu tegur Ummi, dia cakap...

Maid: Kak, mesinnya belum jelas..
Ummi: Belum jelas? (kerut2 sikit muka, cuba fahamkan apa yg dimaksudkan)..Takpe, nanti balik karang akak ajar camne nak guna ye *senyum*
Maid: (buat muka hairan + serba salah)....mesinnya belum jelas kak..
Ummi: Ooohhh..belum siap ye..Takpe2. Karang akak sidai..

Adesss..malunya... Ummi ingatkan dia nak bagitau yg dia belum pandai guna mesin basuh tu lagi. Pasal mesin tu MIL Ummi baru je beli sebulan lepas. Ummi pun mula2 tak berapa pandai gak nak guna.. Rupa-rupanya dia nak bagitau yg mesin tu belum habis membasuh. So dia serba salah la nak tinggalkan kerja dia macam tu je..

Family Ummi dulu tak pernah guna khidmat pembantu rumah Indonesia. Masa Ummi start duduk kat rumah PIL dulu pun, maid yg ada tu dah pandai cakap melayu..Kiranya ni first time Ummi berdepan dengan maid yg fresh dari seberang. Memang fail la komunikasi..

Nota: Lepas mesin dah habis membasuh, Ummi keluarkan pakaian dan masukkan dalam raga satu persatu. Tiba-tiba Ummi tengok ada satu baju tu.."ni macam kain buruk kat dapur je nih.." Belek punya belek..rupanya betul. Dahla kain buruk tu asalnya putih dah jadi hitam dan lusuh. Boleh bayangkan kotornya macamana, plus dengan berminyak2 lagi. UNBELEIVABLE!!

Thursday, September 15, 2011

Anak Ummi sayang...

Main tepuk-tepuk kaki Abah

"Jom Ummi, kita masuk dalam gua ni"

"ermmm..duduk kat sini pulak lah. Macam best je.."

Ok, sandar elok-elok, lepas tu main tepuk-tepuk kaki sendiri pulak.

Yeah! berjaya panjat dari belakang :)

Tengoklah tu gelagat anak soleh Ummi dan Abah, tak reti duduk diam walau sekejap. Ada je benda yang nak dimain dan nak diusiknya. Syukur alhamdulillah, Fateh membesar dengan sihat dan cergas. Fateh juga cepat belajar sesuatu yang baru. Pantang orang tunjuk or buat apa-apa sikit, mesti dia nak tiru :)

Merangkak pun dah laju. Kalau kat kedai jangan cakap la, senyap-senyap je tiba2 dah sampai kat depan. Merangkak kat dalam pejabat Abah je takpe lagi, ini sampai kat tempat menjual kat depan tu pun habis dijelajahnya. Ummi tengah layan customer kadang-kadang terkejut tiba-tiba je dah sampai kat kaki Ummi budak tecik ni..Dahla tempat orang lalu lalang pakai kasut, habis hitam seluarnya. Bertuah sungguh Fateh Arraziq.

Playpen Abah dah beli mahal-mahal, dia pulak taknak duduk kat dalam tu. Maklumlah budak aktif, rasa terkurung la bila tak dapat nak explore tempat-tempat baru. Bagi mainan pun cepat je dia boring. Nak kena Ummi main sekali baru la dia seronok. Bila Ummi main laptop mainan, dia pun sibuk sibuk je nak tekan2 jugak. Pastu Ummi tinggalkan dia nak gi buat kerja, terus menangis taknak main dah. Ummi main semula laptop tu (actually saja nak tarik perhatian dia utk main), terus datang balik kat Ummi, tekan2 button kat laptop tu sambil gelak-gelak.

Kalau kat rumah, ke mana Ummi nak pergi mesti dia nak ikut. Menangis nangis sambil buat muka kesian, hehehe.. And Fateh dah tahu, selalunya Ummi tinggalkan dia sebab nak memasak kat dapur. Semalam Ummi tinggalkan dia sebab nak keluar sidai kain. Tiba2 Ummi dengar Fateh menangis, tapi bunyi suaranya bukan dari dalam bilik. Ummi pun terus masuk rumah gi cari dia. Tengok dalam bilik takde, gi tengok kat bilik moyang pulak, takde juga. Rupa-rupanya dia pergi merangkak kat dapur nak cari Ummi. Bila tak jumpa tu yang dia menangis tu. Alahai kesiannya anak Ummi ni...Cari Ummi sampai kat dapur. Terharunya Ummi....


Tuesday, September 13, 2011

Ada orang sekodeng Ummi


Ini lama punya cerita. Masa ni Fateh baru belajar nak merangkak. Ummi dan Abah masih gunakan katil dalam bilik, tapi dah merancang-rancang nak keluarkan katil tu sebab takut Fateh terjatuh.

Ummi dok ralit kemas almari pakaian masa ni. Letak Fateh kat bawah..Kalih-kalih tengok dia tengah dok sekodeng Ummi buat kerja, hehehe... Time ni tak pandai merangkak lagi, boleh la letak macam tu. Kalau sekarang... Sekejap je dah sampai kat Ummi. Bilik tidur ngan dapur yang sikit punya jauh pun sekejap je dia boleh sampai..

Wednesday, September 7, 2011

Dah lama benar.....

Anak Ummi yang sentiasa menjadi penyejuk hati Ummi - Menangis di pagi raya :)

Hari ni Ummi bekerja hingga lewat malam, mengira harga barangan yang akan dihantar ke sekolah untuk bantuan pelajar-pelajar yang susah. Alhamdulillah, Ummi berjaya juga siapkan sebelum hari esok seperti yang diminta oleh Abah. Kami masih lagi di kedai.. Abah dan Fateh dah lama melelapkan mata, sejak maghrib tadi. Ummi sorang-sorang yang masih berjaga. Nak ajak Abah balik, tapi Abah terlalu mengantuk dan letih sangat-sangat. Risau juga kalau nak suruh drive...

Rasanya dah lama Ummi tak dapat mengupdate blog dengan selesa. Sentiasa rasa terkejar-kejar bila guna pc Abah. Selalunya Ummi dapat guna pc ni sekejap sekejap je..Time Abah pergi layan customer atau jumpa kawan, masa tu lah Ummi dengan sepantas kilat buka fesbuk dan tengok sikit-sikit mana yang sempat. Nak upload gambar pun tak dan..

Tahun ni buat pertama kalinya Ummi dan Abah beraya sebagai parents. Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata gembira dan excitednya Ummi dapat menyambut lebaran dengan anak dan suami tercinta. Cuma Ummi terkilan sikit sebab tak sempat nak beli baju dan seluar baru untuk Abah. Abah sibuk dengan urusan di kedai, Ummi pula sibuk dengan urusan di rumah. Duit dah spare siap-siap pun akhirnya tak berbeli juga.. Takpelah, dah kurang sikit sibuk nanti insyaAllah Ummi akan ajak Abah pergi beli. (Abah sememangnya kekurangan baju dan seluar memandangkan Abah selalu mengutamakan keperluan Ummi dan Fateh. Itulah pengorbanan seorang suami)

Gelagat Fateh masa raya usah dikata la..Semua benda yang orang makan, dia pun sibuk nak makan juga. Gigi belum ada, tapi lagaknya macam orang yang dah tumbuh gigi. Bila Ummi suap apa-apa, mesti dikunyahnya dengan sepenuh perasaan, hehehe... Barang barang kat rumah orang habis semua nak dicapainya. Bertuah betul anak Ummi ni..Kalau Ummi sorang-sorang, tak terkawal dah kot rasanya. Alhamdulillah ada makcik makciknya yang rajin tolong jaga si kecil ni. Aki pun excited dapat jumpa cucu, didukungnya ke hulu ke hilir sampai tertidur cucu yang sorang ni :)

Ermmm...Gambar raya Fateh ada banyak. Semua gambar dari kamera orang lain. Ummi dah kurang mengambil gambar since kamera Abah rosak hari tu. Ambil sikit-sikit je guna henfon Abah. InsyaAllah ada masa nanti Ummi tepek banyak banyak gambar Fateh kat sini ya..

Ummi sayang Abah dan Fateh!

Thursday, August 25, 2011

Sudi-sudi lah LIKE ye :)

Ummi baru buat page untuk blog kesayangan Ummi ni. Sudi sudilah jenguk kat sini ye..Pastu kalau rajin boleh le "Like" ^^,

Nota: Menaip macam lipas kudung sebab Abah nak guna pc. Camni le kalau berkongsi..Yang menumpang kena utamakan tuan punya pc. Dok menunggu lagi ni bila la laptop Ummi nak sihat, huhu... Dahla hard disk pun rosak. Ujian..ujian...Sayangnya Allah kat Ummi :)

Tuesday, August 16, 2011

Udah Cerodik Anak Ummi Ni....


Dari hari ke hari Ummi tengok anak Ummi ni makin lasak la..Dah tak reti duduk diam langsung. Time mandi pun dok usik sana usik sini, capai itu capai ini, main air paip sampai basah2 Ummi ni..Tapi bagus la kalau budak budak lasak kan? Itu menandakan otak dia berkembang dengan baik.

Yang Ummi peningnya, saat saat yang paling sukar Ummi rasa sekarang ialah masa nak pakaikan pampers dekat Fateh samaada baru lepas mandi or baru lepas membuang. Dia memang tak reti nak duduk diam. Ummi baringkan je, terus dia pusingkan badan nak meniarap. Kalau baru lepas mandi tu, nak lap pun tak sempat.

Setiap kali lepas mandi mesti menangis anak soleh Ummi Abah ni sebab Ummi tahan kaki dia tak bagi meniarap. Jenuh jugak la Ummi. Kalau nak lap mesti kena berdirikan dia, takleh sambil baring. Time nak pakai pampers la Ummi jammed, takkan nak pakaikan sambil berdiri? Kalau yg jenis sarung je macam underwear tu takpe jugak. Ini pampers petpet yg biasa tu je...

Kalau nak tukar pampers yg jenis sarung je tu idak le kot..Mahal sangat la harga dia.. Ummi rasa better guna je pampers yg tengah guna sekarang ni. Cuma Ummi kena lebih kreatif nak tarik perhatian dia.

Time nak pakai baju ngan seluar pun Fateh selalu nangis2 marah taknak pakai, tapi Ummi boleh lagi la nak alih perhatian dia, bagi dia pegang mainan or ect.. Tadi pun menangis nangis time Ummi nak pakaikan baju, sampai meleleh-leleh air mata. Last2 Abah dukung bawak gi jalan jalan kat luar.

Aduhai..Kalau kat lantai pulak ada ada je benda yg nak dikutipnya. Cukup cekap, benda yg Ummi Abah tak nampak pun dia boleh jumpa. Risau Ummi dibuatnya.. Tapi takpelah. Ummi tak kisah, asalkan Fateh membesar dengan sihat dan ceria. Dan cergasss...hehehe ^^,

Ummi dan Abah sayang Fateh!

Sunday, August 14, 2011

IMBAS KEMBALI: Kedai Abah Terbakar

Ummi pernah berjanji nak cerita tentang kedai Abah terbakar dalam entry Ujian Tanda Allah Sayangkan Kita kan.. Agak lambat juga Ummi lunaskan janji Ummi disebabkan kesibukan menguruskan anak dan tanggungjawab2 yg lain. Banyak kali Ummi tangguhkan hasrat nak menulis. Tapi Allah izin masa tak mengizinkan. Alhamdulillah akhirnya Allah beri Ummi ruang untuk coretkan juga peristiwa itu di sini. Untuk tatapan Fateh apabila dia dewasa kelak, dan untuk tatapan Ummi dan Abah juga pabila kami sudah tua nanti. InsyaAllah...

Peristiwa ni berlaku pada awal perkahwinan Ummi dan Abah. Sangat awal. Masa tu lagi sehari je nak genap sebulan Ummi dan Abah bernikah. Ummi Abah nikah
14/3/2010..Kedai Abah terbakar pulak 13/4/2010..See? Actually lagi beberapa jam je nak cukup sebulan masa tu sebab peristiwa tu berlaku waktu malam.

Ok, Ummi cerita detail sikit ye...

Hari tu Ummi dan Abah berniaga macam biasa. Pekerja2 Abah pun datang kerja macam biasa. Customer pun keluar masuk macam hari hari yg lain. Takde apa yg berbeza. Takde kelainan atau perkara perkara pelik berlaku.. Cuma masa nak balik petang tu je yg lain sikit. Selalunya Ummi ngan Abah yg akan jadi orang terakhir keluar, kunci kedai, dan balik. (Utk pengetahuan, everyday Abah akan cek dulu kedai sebelum keluar, takut ada elektrik tak bertutup, sampah tak dibuang, or etc)... Tapi hari tu dengan izin Allah Ummi dan Abah balik awal sikit dari orang lain.

Petang tu pulak kami tak terus balik rumah. Abah bawak Ummi gi makan satay dulu.. Masa ondeway nak gi makan n masa kat kedai makan tu la Abah asyik ulang ulang kat Ummi, "Saya rasa macam ada sesuatu la malam ni..Tp taktau apa dia.." Ummi tanya Abah kot2 Abah ada usrah ke malam tu. Tapi Abah kata takde. Then kami pun sembang2 la sikit nak cuba ingat or fikir apa 'benda' tu kan. Tapi takde jawapan... Kami pun makan jela macam biasa. Gurau gurau. Tangkap gambar. Pastu balik...

Malam tu lepas maghrib Abah keluar gi jumpa kawan dia. Ummi stay kat rumah je, rehat2 dalam bilik. Dalam pukul 9 lebih, Opah ketuk pintu bilik Ummi. Opah tanya Ummi tau dak Abah gi mana? Ummi cakap tak sure.. Time tu Opah tak lepas pegang henpon dia. Sebelum tu memang Ummi ada dengar Opah bising bising cakap telefon, tapi tak dengar plak apa yg Opah cakap. So Ummi memang tak jangka la yg Opah akan sampaikan berita tak baik kat Ummi.

"Kamu tau dak kedai Abu terbakar!" Berderau darah Ummi bila dengar Opah cakap macam tu. Terus menggigil 1 badan. Dalam hati terfikir, "isk, betul ke apa yg aku dengar ni??" Opah cakap berkali kali Opah cuba call Abah tapi tak berjawab. Ummi yg memang kuat darah gemuruh ni terus masuk bilik, capai henpon, dan cuba call Abah. Tapi hampa sebab tak berjawab. Ummi tak putus asa. Ummi cuba call lagi, lagi, dan lagi, tapi Abah tetap tak angkat. Masa tu runsingnya Ummi hanya Allah je yg tahu. Susah hati sangat2. Rasa macam nak mintak kunci kereta kat Opah, nak drive sendiri gi cari Abah!

Dalam hati dok terfikit kenapaaaa la Abah tak angkat2 phone. Ya Allah..Ya Allah...Fikiran bercelaru sangat2 masa tu. Tiba2 Pak Chor balik dari mana tah, terus Opah bagitau berita tu. Pak Chor cakap dia rasa dia tau Abah lepak kat mana malam tu. Then sepantas kilat Pak Chor capai kunci motor gi cari Abah. Alhamdulillah jumpa. Rupa-rupanya Abah tertinggal henpon dalam kereta, sebab tu tak dengar orang call.

Lepas dapat tahu, Abah dengan tak bertangguh terus memecut ke kedai. Ummi kat rumah menunggu dengan fikiran yg kacau bilau. Susah hati sangat sangat. Mata ni toksah cakap la..Memang tak mengantuk langsung. Nak buat apa pun rasa serba tak kena. Nak tanya Abah apa perkembangan pun tak boleh. Ummi menunggu kat luar sampai pukul 1 pagi. Tunggu sorang2 plak tu! Opah suruh Ummi masuk rehat, tapi Ummi tak boleh..Rasa nak tunggu jugak.

Macam macam rasa yg datang masa tu.. Rasa nak nangis..Rasa nak mintak Opah bawak Ummi gi tengok kedai. Rasa nak gi peluk Abah n tenangkan dia. Hanya Allah yg tahu betapa terganggunya fikiran Ummi masa tu. Jantung berdegup kencang sampai Ummi rasa letih.

Akhirnya Ummi mengalah.. Ummi masuk bilik, amik wudhu', solat, baca Quran, kejap tengok henpon, pastu sambung baca Quran lagi. Ummi tunggu Abah tak balik2. Dalam hati ni "risaunya.....Apa la yg diorang tengah buat sekarang.." Dalam dok menunggu tu akhirnya Ummi tertidur gak..Tidur dalam kerisauan..

Pukul 3 pagi Abah balik. Abah gerak Ummi n tunjukkan gambar gambar kedai kami..Ummi terdiam tak terkata apa-apa. Terasa beratnya ujian yg Allah bagi...Abah pun diam. Tak banyak bercakap macam selalu. Senyum tidak. Ketawa apatah lagi.. Ummi faham gejolak dalam hati Abah. Baru nak genap sebulan Ummi berada di bawah tanggungjawab Abah. Dan cuma kedai tu sajalah satu satunya sumber pendapatan Abah selama ni....

Alhamdulillah ramai yg hulurkan bantuan..dan bagi sokongan moral pada Ummi dan Abah. 2 bulan kami tak berniaga. Tempoh membaik pulih kedai mengambil masa yg agak lama sedikit sebab Abah banyak uruskan dan settlekan sendiri proses2 tu semua. Tambahan pulak kos-kos membaiki menggunakan duit sumbangan orang ramai sepenuhnya.

Dalam tempoh 2 bulan tu, Abah bersihkan sendiri kedai, buang karpet yg dah hangus, keluarkan sisa-sisa kebakaran, tembak air kat dinding n lantai, cat dinding, panggil orang buat wiring...Ummi pulak stay kat rumah pilih stok, basuh, pastu pilih lagi mana yg boleh jual semula n mana yg kena lelong, tag saiz, bungkus semula, kelaskan ikut jenis pakaian n saiz, then ikat.. 2 bulan mengadap stok pakaian sebanyak 30 guni sampai Ummi rasa tak lalu lagi dah nak mengadap baju-baju tu semua. Proses nak memilih bukan boleh buat sambil lewa. Kena teliti betul2 yg mana masih elok dan yg mana dah rosak. Even baju tu ada line kuning sikit je kat bahagian lipatan dia, terus kena label reject. Pastu kena perati lagi satu2 yg dah reject tu. Yg rosak banyak letak harga murah. Yg rosak sikit letak harga tinggi sikit (tapi still murah). Baju reject, sape laaa yg nak beli..Sampai sekarang pun tak habis jual lagi baju baju reject tu...

Tapi syukur alhamdulillah, banyak hikmah yg Ummi dan Abah dapat daripada peristiwa tu. Allah timpakan kami dengan ujian yg maha berat kerana Dia nak berikan kami anugerah yg tak ternilai harganya. Sebulan selepas kebakaran, Ummi disahkan mengandung. Syukur alhamdulillah... Kedai pun dah bertambah luas sekarang. Boleh masuk lebih banyak barang. Dulu Abah share dengan orang lain, so ruang berniaga bagi Abah terhad sikit la..

Perniagaan pun so far alhamdulillah..Cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Walaupun kami tak mampu nak hidup mewah, tapi bagi Ummi bila cukup makan dan pakai kami, Ummi dah bersyukur sangat sangat.. Kasih sayang Abah pun semakin bertambah dari hari ke hari. Fateh pun membesar dengan sihat dan cergas. Takde yg kurangnya dalam hidup Ummi sekarang, semuanya boleh dikatakan hampir sempurna. Syukur alhamdulillah....

Kat sini Ummi tunjukkan gambar gambar selepas kebakaran tu..

Boleh dikatakan hampir semua stok ni rosak. Haba yg terlalu panas membuatkan plastik mencair dan melekat pada pakaian dalam bungkusan.

Yg tak berbungkus dengan plastik ada yg hitam terkena asap, ada yg kuning sebab panas sangat.

Pintu fitting room pun cair...

Hampir kesemua mesin jahit rosak

Meja pemotong kain, tempat bermulanya kebakaran. Habis hangus menjadi arang semuanya.

Papan bahagian atas meja dah luruh habis ke bawah..

Radio cair..Tak kena api pun, tapi sebab haba yg terlalu panas



Pakaian yg digantung dekat stand, totally rosak. Tak pilih dah, buang je terus semua..


Wednesday, August 10, 2011

Birthday Ummi

Alhamdulillah...
Tanggal
10-8-2011 genaplah umur Ummi 24 tahun. Dan pada tarikh yang sama juga genaplah usia Fateh 7 bulan...Syukur Allah masih memanjangkan usia kami. Ummi gembira sebab Fateh berkongsi tarikh 10 haribulan tu dengan Ummi ^^

Dan bersempena dengan ulangtahun kelahiran Ummi yg ke 24 ni....

Hadiah Ummi untuk Abah

Plan asalnya nak buat surprise pukul 12 tengah malam. Tapi lepas maghrib dah terkantoi.. Abah la ni. Penat Ummi sorok hadiah tu kat kedai bunga selama seminggu. Alih-alih senang je dia kantoikan Ummi. Geram tau...

Yang boleh kantoinya camni...

Ummi amik hadiah tu kat kedai bunga sehari sebelum birthday Ummi. Masa tu Abah takde. Kedai bunga kat sebelah kedai Abah je, so senang la kerja Ummi. Dah sampai kat rumah, terus Ummi simpan hadiah tu kat dalam almari pakaian. Lepas solat maghrib Ummi tengok Abah dok sembang ngan Ayah Ude kat luar rumah, Ummi terus kunci pintu bilik, keluarkan hadiah sebab nak amik gambar. Nanti dah bagi confirm tak dapat nak snap dah...

Baru je nak snap tiba-tiba Abah ketuk pintu bilik. Kacau daun betul. Macam tau-tau je Abah ni.. Kalut kalut Ummi snap guna henpon Abah. Bunyinya ya Rabbi memang kuat, tettt..tettt... Lepas tu terus simpan balik hadiah, letak henpon atas meja, buat muka tak bersalah, buka pintu bilik..

Abah masuk je terus marah2 Ummi sebab lambat bukak pintu. "kenapanya yg jadi macam tu??" Ummi tak jawab. Diam je sambil lipat telekung. Tak berani pandang muka Abah sebab tengah tahan gelak. Tetiba je terfikir, "eh nape diammm je Abah ni?" Ummi kalih belakang. Tengok tengok.....

Arrrgghhhhh!!! Abah tengah tengok gambar hadiah tu kat dalam henpon dia sambil dok senyum2. Geramnya..geramnya... Lepas tu merajuk la sekejap Ummi, hehe.. At last bagi hadiah tu kat Abah sebelum pukul 12 tengah malam. Tak surprise dah tau! Tapi ummi happy sangat2 sebab lepas Abah bukak n belek2 hadiah tu Abah cakap, "I LIKE IT" (^____^)


Notakaki: Bahagia sangat-sangat tengok suami guna barang yg kita hadiahkan kat dia :)