CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, May 24, 2011

Jalan Jalan Jalan~

Sukan Haluan Zon Utara

14 Mei hari tu ada hari sukan HALUAN zon utara. Tahun lepas buat kat Perak. Tahun ni Perlis pulak jadi tuan rumah. Kami sekeluarga ke sana dengan bas. Satu bas tu penuh dengan player-player Perak je...

Ummi risau jugak masa tu, takut Fateh meragam masa dalam bas..Sebab pagi tu dia mula sakit mata. Tahi mata sentiasa je keluar. Ummi tak bawak gi klinik pun..Cuma titiskan ubat semulajadi yang paling mujarab. Hadiah dari Allah :)

Ummi, Abah, ngan Fateh duduk depan sekali. Yang belakang tu semua pemain-pemain wakil Perak..

Fateh dok ralit tengok orang. Dia tak nak pandang camera. Hehe...

Ummi: Fateh main apa sampai letih sangat ni??
Fateh: Fateh main timang-timang dengan Ummi je.. Letih tau...


Coral Fishing Resort

Baru-baru ni Abah bawak Ummi ngan Fateh pergi Coral Fishing Resort, dekat dengan Teluk Batik. Ni kali kedua kami pergi. Kali pertama pergi awal bulan tiga hari tu. Bawak kawan Abah yang baru kahwin honeymoon kat situ.

Pemandangan dari atas pelantar. Betul-betul kat depan chalet kami.

Abah ngan kawannya memancing kat sini. View cukup cantik. Satu je, lantai pelantar dibuat daripada fiber.

Kata Abah, fiber ni sebenarnya adalah serbuk kaca yang sangat halus. So kalau terkena kat badan kita, kita akan rasa gatal-gatal. Itu sebenarnya kaca tu dah menghiris-hiris kulit kita. Abah dah terkena. Ummi pun terkena gak masa tengah basuh baju ngan seluar yang abah pakai masa mancing kat sini.

Ummi tak rasa gatal..But pedih dan berbisa. Macam terkena miang. Lastnya Abah suruh buang je baju ngan seluar tu. Bahaya jugak kan..Takut terkena budak-budak.


Dapur Baru

Abah dah beli dapur baru kat kedai. Senang Ummi nak masak air untuk buat susu Fateh dan air teh untuk Abah :)

Harganya biasa-biasa aje. Setakat boleh guna dan tak membahayakan. Alhamdulillah... Dengan adanya dapur ni, sehari 3 4 kali Abah order Air Teh Panas Kurang Manis kat Ummi..hehe...


Tuesday, May 17, 2011

Breakfast Tepi Sungai

Jumaat minggu lepas kami sekeluarga pergi bersarapan di tepi sungai. Abah yang pilih tempat makannya. Seronok tak terkata sebab tak pernah lagi kami gi makan-makan kat bandar Ipoh.

Sampai je kat situ, Abah gi jalan-jalan ambik angin kat tepi sungai tu (ada landskap yg cantik). Ummi ngan Fateh tunggu kat meja makan je...


Ummi bagi Fateh meniarap atas meja. Khusyuk dia dok tengok orang-orang yang datang makan kat situ.

Anak Ummi ni sebenarnya Ummi dah bagi susu siap-siap masa kat rumah. Tapi dia buat muka macam belum makan lagi je..hehe...

Baru bersemangat sikit lepas Ummi beriya-iya mengagah dia..Bertuah anak Ummi ni!

Air dah sampai. Abah minum air barli panas. Baik utk kesihatan. Ummi minum air limau ais asam boi. Pagi-pagi lagi dah minum ais. Sangat tak baik utk kesihatan.

Menu yg Ummi pesan, Kuey teow hailam..Alhamdulillah, sedappp...Yg bestnya, dia masak tak menggunakan ajinomoto :)

Menu kesukaan Abah, kuey teow goreng kerang. Siap dengan telur goreng lagi..Memula tengok Ummi dah terliur. Ingat nak mengecek sikit, tengok2 perut dah kenyang sangat. Cancel plan. hehehe...


Nota 1: Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh dunia :)

Nota 2: Esok Mak Mertua Ummi buat kenduri baca Yasiin. Bersempena dengan beberapa orang ahli keluarga kami nak pergi menunaikan umrah.

Nota 3: Hari ni 3 orang adik ipar Ummi yang belajar di Syria tiba-tiba muncul depan kedai kami. Ooooo pandai diorang buat surprise ye....

Sunday, May 15, 2011

15.5.2011

15 . 5 . 2011

Tarikh ini....

Tarikh yang saya dan adik beradik yang lain takkan lupa.

Kerna pada tarikh inilah lahirnya Ummi kesayangan kami yang amat dirindui lagi dikasihi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ummi..........

WE LOVE YOU!

*Speechless


Nota: Ummi saya telah pergi buat selama-lamanya pada 3-8-2004, di usia 44 tahun. Sakit dalam tempoh yg amat singkat, 1 bulan. TB Meningitis (Jangkitan kuman pada otak).

Thursday, May 12, 2011

Tertanya-Tanya

Entry ini adalah sambungan kepada entry Hari Yang Hilang Serinya.

Nurse yang Ummi call tu kami panggil kak Ayu. Dia nasihatkan supaya Ummi dan Abah segera bawa Fateh ke Hospital, bahagian kecemasan. Mula-mula Abah ngan Ummi dah bersiap-siap nak gi Hospital..Tiba-tiba Ummi terperasankan sesuatu...

Ummi nak basuh flask air panas yang Ummi dok guna utk bancuh susu Fateh. Tetiba Ummi tengok macam ada habuk-habuk halus kat dinding flask tu. Banyak! Ummi pun basuh flask tu bersih-bersih dan gantikan dengan air panas yg baru Ummi masak. Tengok ada jugak habuk-habuk halus tu.

Rupa-rupanya.....

Pemanas air yg Ummi dok guna kat kedai selama hari ni dah tak elok. Bila Ummi masak air, dinding heater tu luruh sikit2 dan larut dalam air. Bayangkanlah...Selama ni kami dok minum air yang bercampur dengan plastik! patut lah Abah asyik mengadu sakit tekak bila minum air kat kedai ni..

Kami ingatkan pasal air paip. Tak sangka heater penyebabnya. Dan Ummi Abah jangka, heater tu jugalah yg menjadi penyebab Fateh sakit...

Lepas tau je perkara tu, Abah decide nak tangguh dulu, taknak bawak Fateh pergi hospital lagi. Abah suruh Ummi bf Fateh sekerap-kerapnya supaya badan dia reject bahan plastik tu melalui najis.

Lepas tu Fateh masih lagi kerap membuang, tapi dia dah mula ceria semula. Alhamdulillah...Ummi sangat-sangat gembira bila Fateh ceria. Terasa semangat Ummi datang kembali..

Nota 1: Hari ni Fateh dah takde cirit birit..Tapi setiap kali Ummi nak tukar pampers dia, mesti ada jugak dia poo poo walaupun sikit. Ummi dan Abah masih tertanya-tanya, adakah sebab susu botol yg Fateh minum tu tak sesuai? Sebelum ni ok je...

Nota 2: Nak tukar susu ke tak??

Nota 3: Mulai hari ni, Ummi hanya menggunakan air panas yg dibawa dari rumah. Kat rumah Ummi masak air menggunakan cerek, masak guna dapur gas. So insyaAllah takde apa-apa yg perlu dirisaukan..


Wednesday, May 11, 2011

Ziarah ADAM

2 hari lepas Ummi, Abah dan Fateh pergi ke Johor..Abah hantar barang-barang untuk adiknya yang baru buka kedai di Kulai.

Allah izin kawan rapat Ummi, Acik Asma' yang baru aje dapat first baby awal bulan hari tu ada di rumah mak ayahnya kat Simpang Renggam. So on the way balik tu Ummi ajak Abah singgah rumah acik Asma'..Ummi teringin sangat-sangat nak tengok baby baru dia.

Ni la baby acik Asma'..Adam namanya. Bakal teman sekelas Fateh lah ni, sebab diorang lahir tahun yang sama :).. Baju yang Adam pakai tu sama ngan baju Fateh..hehe...


Nota: Tahniah kak Shira dah dapat second hero! Tak sabar nak jumpa baby baru :)



Friday, May 6, 2011

Hari Yang Hilang Serinya

Memiliki anak seceria Fateh membuatkan Ummi amat-amat merasai kehilangan bila Fateh kurang sihat. Sejak semalam Fateh asyik poo-poo.. Tapi Ummi tak kisah sangat sebab memang Ummi duk urut-urut betis dia.

Tapi sejak pagi tadi, Ummi mula nampak kelainan pada najis Fateh. Tahi Fateh bercampur dengan lendir hijau kekuningan beserta dengan sedikit darah (sangat sedikit). Lendir tu agak banyak jugak. Dan baunya.....Hanyir tersangat-sangat..Sampai loya Ummi menahan bau..

Tengok najis Fateh dah jadi camtu, Ummi dah mula risau. Bimbang ada apa-apa yang tak kena dalam perut Fateh. Tapi Fateh elok je aktif dan ceria macam biasa. Takde meragam-ragam pun.

Kat kedai hari ni Fateh kerja membuang je..Bekas sampah kat belakang pun dah penuh dengan pampers Fateh. Baru je tukar pampers, Fateh berak lagi. Tak berhenti-henti Ummi tukar pampers Fateh..

Sekitar selepas waktu zohor tu, Fateh mula menangis, merengek, kejap nak susu, kejap taknak, Ummi dah dukung pun dia nangis lagi. Dalam hati Ummi, bila dah mula meragam ni bermakna kondisi tubuh badan dia tak berapa bagus la. Mungkin dia rasa tak selesa..Atau mungkin dia rasa letih sebab dah terlalu banyak membuang...

Menjelang maghrib Fateh masih tak berhenti poo-poo lagi. Lepas selesai solat tadi Abah minta Ummi call nurse yang bertugas kat klinik desa tempat Fateh selalu check up. Nurse tu agak terkejut juga bila Ummi ceritakan keadaan Fateh.

bersambung.....


Thursday, May 5, 2011

Ayam Masak Lada Hitam Hantam Sajalah

Kenapa nama camtu??

Sebab.....saya main hantam je masa masak ayam ni...
Tak penah buat pun sebelum ni..

Masak pulak time perut tengah meragam.
Memang kira nak cepat jela..

Saya masak ayam ni baru-baru ni masa balik Pahang nak tolong Aki Fateh pindah rumah.
Main campak-campak je bahan dia.
Alhamdulillah menjadi...
Thanks Allah :)

P/S: Sekarang ni kalau masak kira nak ubah2 resepi je. Boring le pulak asyik makan benda yg sama je..Nak tengok resepi pun malas sebab sy tak berapa suka masak terlalu ikut sukatan.