CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, February 27, 2013

Irdina @ 2 bulan

**Entry tertangguh lagi. Malas nak edit.. :)

2 hari lepas, Ummi bawak Irdina pergi check up kat Klinik Simpang pulai. Pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah sebab kalau boleh nak settle awal. Abah nak gi kedai pulak, budak kerja cuti hari tu. Fateh kami tinggalkan kat rumah Opahnya.

Alhamdulillah perkembangan Irdina setakat ni amat memberangsangkan. Berat naik 1kg setiap bulan. Tinggi pun berada pada aras normal nurse cakap. Perkembangan Irdina setakat ni... Dia dah pandai respon bila kita agah. Sembang pun dah pandai, alhamdulillah.

Irdina mula pandai sembang pada hari ke 57. Hari yg Ummi buat majlis makan-makan 3 in 1 tu. Mak ndak adalah orang yg pertama sedar akan hal ni. Masa tu Mak Ndak tengah kemas-kemas barang nak masuk dalam beg sebab malam tu Mak Ndak nak balik Kelantan dah. Tetiba dengar suara Irdina dok sembang sorang-sorang atas katil. Terus Mak ndak berenti kemas barang gi layan Irdina sembang.

Tak aci sungguh la. Patutnya Ummi yg kena jadi orang pertama tahu perkembangan anak-anak Ummi. Huhu. Takpe la, Ummi positif. Mungkin Irdina dapat rasa aura mulut murai Mak Ndak terlalu kuat kot masa tu.

Tabiat Irdina yg Ummi nampak setakat ni, kalau nak tidur mestiii nak tidur celah ketiak Ummi. Kalau tidak dia macam susah je nak tidur. Nyaman kot kat situ. Wangi dan ber"aircond". Haha.

Pastu tiap kali mandi mesti menangis. Sebab Ummi bagi mandi ayor sejuk je. Hihi. Anak dara Ummi ni walau dah dilatih mandi air sejuk sejak awal, dia masih tetap juga menangis. Tapi kadang-kadang Ummi bagi jugak dia mandi air suam. Terutama kalau time air paip lebih sejuk daripada biasa. Kesian la kat anak kan, menggigil-gigil sejuk.

Lagi...
Irdina anak solehah Ummi ni murah senyuman laa.. Patut la semua orang dapat aura nak suruh Ummi ngan Abah bagi nama "Ibtisam" dekat Irdina. Mula-mula doktor yg scan Irdina kat dalam perut Ummi suggest suruh bagi nama Ibtisam. Lepas tu Maklong pulak. Tak lama pastu kawan Abah pulak, acik Shaakira. Huhu.

Tapi sebab Ummi tak berapa nak berkenan nama tu, maka kami decide bersama-sama nak letak nama Irdina, yg bermaksud Kehormatan Kami. Dengan harapan moga-moga Allah pelihara kehormatan si bunga kami yg satu ini. Aamiinnn.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, February 25, 2013

Terbalas sudah...

Haritu kan masa Ummi buat kek utk majlis makan-makan kat rumah kami, ada cicak besar masuk dalam coklat ganache Ummi kan.. Abah cakap nak balas dendam utk Ummi. Kini janji Abah telah ditepati..hihi..

Cicak ni taklah sebesar cicak yg terjun dalam coklat haritu. Tapi dari kalangan anak beranak diorang jugak la..Ada belang-belang kat badan. Abah nampak cicak ni kat tingkap, di sebalik langsir. Cepat-cepat Abah cekup ngan tangan. Pastu rapatkan kepala ngan badan dia sampai bunyi "prapp". Memang confirm patah tengkuk lah. Hihi.

Itu pun memula Ummi tak percaya. Abah pun cari balik jenazah cicak ni sampai jumpa, pastu tunjuk kat Ummi. Gigih kan? Pastu dah selesai sesi shoot mengeshoot, terus gi sedekah kat ikan ruan ngan keli dalam tangki kat luar. Kenduri la demeee...

**Ummi tak sanggup nak makan ruan ngan keli tu. Sebab hari-hari Abah bagi diorang breakfast, lunch, and dinner katak ngan cicak. Uwekkk..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, February 23, 2013

Teknik Somalia

Rasa-rasa Ummi lah kan, fenomena biasa kot budak2 seusia Fateh susah nak makan. Ummi pernah dengar seseorang cakap, sesetengah budak ni bila sampai 1 tahap umur, dia akan jadi susah nak makan dan hanya terima certain2 makanan je. Yang taknak makan langsung pun ada.

Macam Fateh, dia start susah nak makan masa umur cukup setahun. Sua lah apa pun, memang dia tolak. Nasi usah dikabo la kan.. Kadang2 makan ikan saja, kadang2 makan sayur saja, dan kadang2 makan nasi putih kosong je.. Yang dah tentu2 dia nak makan ialah buah. Bagi lah buah apa pun. Yang manis ke, yg masam ke, semua dia bedal.

Ummi ngan Abah dah tentulah risau kan bila Fateh taknak makan. Tambah-tambah kadang2 tu sampai seharian dia taknak makan. Main dahla aktif. Tenaga banyak habis, tapi tak dapat nak ganti dengan yg baru. Kalau tak berapa nak sihat lagi la.. Sampai shaking badan. Risaunyaaa..

Sekali ada 1 pagi tu, bangun dari tidur terus Fateh mintak nak makan. Ummi ingat, betul ke Fateh ni nak makan? Tak percaya tau sebab tak penah2 pun dia mintak nak makan. Tapi takpe la, Ummi bawak dia gi kat meja makan. Baru je nak amik roti atau biskut, tetiba tengok Fateh buka tudung saji pastu amik je apa yg ada dan makan dengan penuh berselera. Telur dadar pun habis dimakannya. Terkejut wehh.. Bukan Ummi je. Abah pun terkejut.

Tapi dari situ lah Abah dapat idea. Kita takyah paksa anak makan. Biar je kalau dia taknak makan. Tak payah susah-susah nak kejar ke hapa sebab kalau suap karang dia luahkan balik. Lagi bazir. Biaaarrr je dia nak main ke, nak buat apa ke. Budak2 ni kalau tiba masa dah lapar sangat, automatik dia akan makan apa saja yg ada. Haaa..teknik ni Abah namakan teknik somalia. Hihihi.

Setakat ni dengan mempraktikkan teknik somalia ni nampak agak berkesan juga la. Malah Fateh makan lebih banyak daripada makan kena paksa. Tambah sekarang Ummi dah jadi surirumah kan, bila masak petang2 mesti Fateh nampak macam teruja sesangat. Belum habis masak lagi dah mintak "nak suap..nak suap.." Pastu makannya memang makan betul-betullah. Kadang licin nasi yg Ummi bubuh. Good boyyy anak soleh Ummi.

Haritu masa balik dari Cameron, Abah bawak kami gi makan kat kedai. Ummi bajet nasi Ummi tu boleh la nak kongsi ngan Fateh kan.. Tengok2 dia je makan sorang-sorang. Habis tau nasik yg utk sorang tu dia makan. Macam tak percaya je Ummi nengok. Ummi nak makan terpaksa order nasi putih lagi sepinggan. Huhu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Cabaran

**Entry kelmarin yg tak sempat di publish.

Hari ni macam biasa kemas rumah, basuh baju, sidai, dan bermacam macam macam kerja lagilah. Fateh stay kat rumah Opah start petang semalam. Ingatkan boleh la buat kerja laju sikit. Tengok-tengokkk...

Irdina dah pandai tau.. Dia nak Ummi pegangg je. Tak pun sembang-sembang ngan dia. Peramah anak Ummi ni. Baru berapa hari pandai bersuara, udah nak menyembanggg aje. Ternganga-nganga mulut. Apa yg nak disampaikan taktau la. Hihi.

Tadi petang Ummi nak masak utk makan malam. Selalunya pukul 5 Ummi dah start masak. Kadang awal lagi. Anak-anak, Ummi setting bagi diorang tidur dulu. Tapi selalunya Irdina je yg tidur. Fateh tolong Ummi kat dapur. Mengupas bawang merah.. Habis semua bawang dikupasnya. Pastu Ummi menumbuk dia pun nak menumbuk jugakk. Layankan ajelah. Kalau nak cepat memang haruslah Ummi TAK BAGI. Hehehe.

Tetiba petang tadi dah Abang Fateh takde, Irdina pulak meragam takmau tidur. Nak berdukunggg je. Asal Ummi letak atas tilam, menjeritlah dia. Jadinya terpaksalah Ummi masak sambil mendukung Irdina. Berat ohh..berketul rasa lengan ni ha. Bubuh bahan-bahan pun tak tersukat dah. Nak sukat camne kan, buat kerja pakai sebelah tangan. Nak tampung berat Irdina lagi. Huhu.

Akhirnya berjaya jugak siapkan hidangan sebelum Abah sampai. Tapi taktau la asam pedas dah rasa macam apa. Risauuu je dalam hati ni. Wassap dengan Maklong. Maklong cakap mesti masakan Ummi kali ni sedap kuasa 5. Hahaa. Ummi cakap nak tau kuasa 5 ke, kuasa -5, kena tunggu komen daripada Abah.

Alhamdulillah Abah makan ok je rasa asam pedas katanya, bukan rasa kari. Haha. Memang sedap.. Sebab Ummi guna ikan jenahak fresh. Terima kasih Abah sebab bawak balik ikan fresh!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, February 19, 2013

Rutin hari ini

Hari ini adalah hari yg sangatttt meletihkan. Sebab... Kena mengemas lebih sikit daripada hari-hari yg biasa. Yelah, selalunya hari2 kemas rumah. Tetiba start minggu lepas kemas lebih lebih kurang je sebab kami menerima kedatangan tetamu secara berturut-turut tanpa henti. Huhu.

Minggu lepas 3 kali buat makan-makan. Lotih den bersilat kat dapur. Susah jugak jenis takleh fokus banyak2 benda ni. Bila orang nak tolong, deme tanya nak kena buat apa ni? Ummi jadi macam lagi tension sebab nak kena fikir nak suruh orang buat apa, fikir diri sendiri nak buat apa. Huhu. Sebab tu Ummi lebih suka buat kerja kat dapur sorang2. Dengan adik-adik sendiri jela ada mintak tolong kadang-kadang. Dengan orang lain tak retiii. Hihi.

Sejak pagi mengemas dari 1 bilik ke satu bilik yg lain, clearkan dapur, basuh baju pastu sidai, menyapu. Ingat lepas menyapu nak terus memberus 4 bijik toilet beso dalam rumah ni. Tapi dah letih bebeno. Maklumlah rumah luas kemain.. Berenti la rehat kejap..

Tadi dah tanak nasi. Ingatnya nak makan nasi la rehat tengahari kan. Tetiba rasa malas pulak. Bakar balik ubi semalam, makan ubi jela tengahari ni, dengan kacang tumbuk. Elok je habis makan, Irdina bangun nak menyusu. Tepat pada masanya nak.. Kamu tariklah zat banyak2 sikit dari Ummi ya. Ummi ni dah terlebih zat. Biorlah kurus sikit. Sedap sikit mata memandang. Hihihi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, February 18, 2013

Cer teka....

Ada kejadian sebenarnya masa Ummi buat choc moist cake haritu. Adunan kek tu sebenarnya dapat menghasilkan sebiji kek saiz besar. Tapi disebabkan Ummi guna loyang saiz sederhana, dapat la 2 biji kek. Topping choc ganache Ummi lebihkan sikit sebab takut tak cukup.

Nak dijadikan cerita... Masa kek kedua tengah dikukus, Ummi siapkan kek yg pertama tadi. Tuang ganache, pastu tabur choc chip ngan love warna warni. Separuh lagi ganache Ummi biarkan dalam periuk. Just tutup atasnya, tapi ada lubang sikit sebab senduk tu besar.

Pastu Ummi gi lah buat kerja2 lain. Kata surirumah kan. Haruslah ada banyakkkk kerjaan. Tak pernah habis kot. Huhu. Bila kek dah siap kukus, dah sejuk, boleh keluarkan dari loyang, Ummi bukak semula periuk tadi dan kacau-kacau. Saje la nak tengok kepekatan coklat tu.

Tetiba bergegar periuk. Terkejut Ummi. Tengok2 kat dalam nampak macam ada ketul besar. "Eh, bila masa pulak coklat ni berketul?? Rasanya dah kacau elok semua dah tadi.."

Bila ditengok betul-betul.....
Allah! Cicak rupanya! Menjeritlah Ummi. Terus panggil Abah bagitau ada cicak. Besar pulak tu. Jenis cicak ada belang-belang kat badannya. Macam cicak tokek kot. Huhu. Geram geram geram. Sesedappp je dia berteleku kat dalam tu. Sib baik tak tuang atas kek lagi.

Disebabkan oleh cicak ituuu lah Ummi terpaksa keluar gi cari coklat lain malam tu. Dahla badan tak larat. Ikutkan hati memang nak berehat je malam tu. Tapi apekehei pulak kek tak bertopping kan..

Cicak oh cicak.. Abah dah janji nak balas dendam utk Ummi. Semua cicak dalam rumah ni akan diburu tak kira lah besar ke, kecik ke, badan ada belang ke, takde belang ke. Semua takde maaf punya. Siaplah kau cicakk. Jadi lauk si ruan ler..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ratah Nutella

Baru dia tahu Nutella itu sangat sedap. Hihi. Selama ni Ummi dok sapu kat roti bagi kat dia suruh makan mesti dia taknak. Sebab belum pernah rasa sebenarnya. Sebelum ni beli 1 bekas yg kecik je. Ni baru 2nd time beli. Borong 3 bekas terus.

Bila Fateh dah rasaaa......
Alamatnya 1 bekas tu jadi dia punya jelah. Ummi mintak sikit pun taknak bagi. Sungguh pemurah anak Ummi. Huhu. Sampai licin 1 bekas tu dia ratah. Nasib baik coklat membekalkan tenaga. Kebetulan hari tu Fateh taknak makan langsung, so Ummi bagi la. Kalau tidak... Tak boleh nakk. Nutella mahal kot.. Hihi :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, February 16, 2013

Makan-Makan 12.02.2013

Alhamdulillah, apa yang dirancang telah terlaksana. Asalnya begini, Ummi mesej Maklong (kakak sulong Ummi) tanya raya cina balik Pahang tak? Maklong cakap tak balik sebab semua orang takde kat rumah. Pakat-pakat gi jadi fasi kat Kuantan. So Ummi pun ajak la Maklong datang sini tidur barang 2 3 malam. Syiok sikit kan..ada kawan. Kebetulan Mak Ndak pun nak datang tengok si bam bam Irdina.

Maklong cakap boleh. Tapi selasa (12.2) birthday Aylong. "Nak buat apa eh?" Ummi bincang2 ngan Abah, kami decide nak buat nasi ayam. Lagi-lagi nasik ayam kan? Hihi. Kebetulan tarikh yg sama juga birthday Paklong (abang Abah yg sulong). So marilah kita meraikannya bersama-sama. Campur sekali ngan kenduri Ummi habis pantang. 3 in 1 punya majlis terus.

Sehari sebelumnya, Ummi buat Choc moist cake 2 biji. Esoknya pagi-pagi lagi Ummi dah buat puding karamel. Pastu terus proses ayam dan buat nasi ayam. Ingat nak buat banyak sikit makanan sampingan, tapi macam tak sempattt je. Buah pun takde. So kita jamu ajelah apa yg ada. Nasi ayam pun banyak. Sampai 2 periuk penuh bertanak. Ayam dekat nak 6 ekor. Alhamdulillah, licin semuanya. Moga-moga berkatlah.. 

Di kesempatan ini, Ummi nak ucapkan selamat hari lahir kepada Aylong Ahmad Firdaus dan Paklong Muhammad Issam. Yg ke berapa eh? Tak sure la. Kek pun main hias macam utk bagi budak2 je. Hihi. Tabur choc chip kat tengah, tabur love warna warni kat tepi. Ish..ish..ish... Tak kreatif langsung.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, February 15, 2013

Belum boleh tidur

Petang tadi mak mertua call mintak buatkan bingka roti, mengidam katanya. Permintaan mertua, haruslah dipenuhi kan. Hihi. Actually tak janji pun nak bagi bila. Tapi sebab fikirkan mak dah teringin sangat, kalau boleh nak buat cepat-cepatlah. Esok pagi boleh mintak Abah hantarkan terus kat rumah Mak masa nak gi kedai.

Lepas makan malam tadi terus kemas2 meja, cuci pinggan mangkuk, pastu terus perah santan, sukat bahan-bahan yg diperlukan, dan buat bingka roti yg diidamkan. Now tengah tunggu bingka masak kat dalam oven, sambil 'burp'kan Irdina. Anak Ummi ni bangun sebaik saja bingka dimasukkan ke dalam oven. Sungguh menepati masa.

Mata dah mengantuk. Jelesnya dengan Abah ngan Fateh yg dah tido kat dalam bilik nun. Huhu. Takpelah, demi mertua tersayang. Bukan selalu kan..

Esok pagi kalau boleh nak bangun awal. Nak iron baju2 and seluar2 Abah yg tak sempat bergosok tadi. Takleh tangguh ohh. Pakaian setiap hari bertambah. Biar buat hari2 sikit-sikit. Takde la ambik masa banyak sangat.

Ok bingka dah masak. Nak masuk tido dulu. Hihi. Selamat malam semua. Assalamualaikum!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Surirumah

Hari ni projek mengemas rumah dan mengilatkan sinki yg dah penuh dengan pinggan mangkuk. Semalam pergi Cameron tinggalkan je kerja2 yg tak sempat nak settle kat rumah ni. Balik dari Cameron dah tentulah kerja bertambah kan. Huhu.

Antara rutin hari2 sekarang ialah berkejaran selamatkan pakaian kat ampaian sebab kerap beno hujannya. Kadang hujan lebat sampai ke petang, kadang hujan sekejap je. Tapi nak taknak kenalah jugak gi selamatkan baju2 tu semua. Pastu bila hujan dah berenti karang, gi sidai balik. Menjadi kerja sungguh.

Sekarang tengah pangku Irdina yg baru sudah menyusu. Si kecik ni kalau dah bangun menyusu bukannya senang nak tidur balik. Ummi banyak kerjaan lagi nih sayang, huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, February 14, 2013

Jalan-Jalan Cameron Highlands

Now tengah merehatkan badan jap kat rumah, baru balik dari cameron. Trip yang singkat tapi menyeronokkan. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki utk Ummi jejakkan kaki ke Cameron buat kali yg kedua bersama Abah dan anak2.

Walaupun tak banyak berjalan, namun perjalanan singkat ni tetap memenatkan. Irdina dah pun tidur, Fateh ontheway dah tu, tengah menyusu. Abah ngan Ummi pulak tengah relax2.

Kali pertama dulu kami pergi hari bekerja. So Cameron memang lengang lah.. Seronok nak berjalan. Barang pun murah. Kali ni lupa pulak orang masih bercuti. Beratur orang nak naik and nak turun. Huhu.

Ontheway pergi tu menangis nangis Irdina kat dalam kereta sebab sejuk sangat. Ummi pulak gi pakaikan baju lengan pendek, memang terbaiklah. Hihi. Sampai kat atas terus gi beli baju sejuk utk anak dara Ummi nih. Lepas tu elok je tidur lena walaupun Ummi bawak jalan2 kat luar.

Sebelum balik kami borong strawberry dulu kat healthy farm. Pastu Abah ada beli pokok2 sikit (bukan pokok strawberry. Yg tu memang sia-sia je kalau beli,hihi). Then gi beli sayur-sayuran pulak, pastu terus turun.

Sampai kat bawah terus bawak uncle Mus, aunt Salwa ngan Iqbal bam bam gi makan kat kedai (lupa nak bagitau kami pi Cameron ngan depa). Ummi tak larat nak masak sebab dah 3 hari berturut-turut ada tetamu and Ummi betul2 tak cukup rehat. Huhu. InsyaAllah esok baru nak mengemas rumah. Malam ni tangguh dulu, tak larat ohh..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, February 9, 2013

Selamat pengantin baru Nadea & Azrai

Disebabkan update menggunakan henpon cap ayam katik, tak boleh nak tulis caption untuk satu2 gambar maka layankanlah gambar gambarnya dulu ya. *sadis*

Hari ahad baru ni kami ke Putrajaya menghadiri kenduri kahwin kawan baik Ummi merangkap adik beradik angkat, Nadea dan pasangannya Azrai. Ummi kenal dan mula rapat dengan Nadea semenjak kami dalam darjah 2 lagi. Rapat memang sangat2 rapat lah. Selalu ikut balik rumah cuti sekolah sabtu ahad, kalau ada aktiviti atau kelas kat sekolah petang2 pun tengahari tu ikut dia balik sekejap. Masa tu Nadea ni anak tunggal.

Disebabkan itu lah Ummi Nadea ni dah kenal sangatlah dengan Ummi. Layan Ummi pun macam anak sendiri. Bawak Ummi pergi Cameron Highlands, pergi Padang Besar, masuk Siam sana, pastu tiap2 tahun datang rumah waktu raya, bagi duit raya banyak-banyak, bawak Ummi jalan2 beraya kat Bentong, kat Kuantan ziarah rumah adik beradik. Diorang layan Ummi betul2 macam Ummi ni sebahagian daripada keluarga diorang.

Masa Ummi kahwin datang pulak bawa hadiah besar.. And even Ummi dah ada anak2, diorang masih lagi sudi datang menziarahi Ummi tak kira kat mana pun Ummi berada. Ummi Zaleha (Nadea's mom) pulak setiap kali nak balik ada je buah tangan dia nak bagi tak kira lah duit ke, makanan ke, atau apa2 sajalah. Banyak sungguh jasa diorang pada Ummi.

Berbalik pada cerita kenduri, Nadea sejak akhir tahun lepas lagi dah bagitau Ummi kenduri dia 2/2..Due date Ummi 22/12.. Bila dicongak-congak alamak, macam tak sempat je. Time tu Ummi ada lagi seminggu nak habis pantang. Kenduri belah lelaki toksah tanya la, nun jauh kat Sarawak nun, huhu. Ummi pun dok doa la kat Allah kalau boleh bagi la Ummi bersalin awal. Ummi memang nakkk sangat2 attend wedding yg sekali seumur hidup ni. And at last Allah kabulkan juga hajat di hati Ummi. Syukur alhamdulillah...

Layanan yg kami terima memang terbaik lah. Walaupun ramai lagi tetamu lain yg lebih penting dan ternama, Nadea, Azrai, and her Parents tetap luangkan masa sembang2 dengan kami sekejap dan bergambar. Terima kasih ya.

Untuk Ummi Zaleha dan Ayah,
Tahniah kalian dah dapat menantu pertama. Moga2 cepat dikurniakan cucu pula lepas ni. Hihi.

Buat Nadea dan Azrai,
Moga cinta kalian kekal hingga ke Jannah. Sangat happy utk korang berdua.

Buat suamiku yg tersayang,
Terima kasih sebab bawakan saya ke majlis tu. Ianya amat bermakna pada saya. Love u till Jannah insyaAllah!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, February 1, 2013

Kacang dhal bersira

Kacang dhal bersira adalah favourite Ummi sejak dari sekolah menengah lagi. Start sape ntah beli masa tu, dia ajak Ummi makan sekali, terus Ummi suka. Kacang dhal ni banyak kat belah kedah je. Ummi kalau nak beli mesti cari kat RnR Gurun, insyaAllah sentiasa ada. Pastu sekali beli mesti dua tiga bungkus. Hihi.

26hb baru2 ni Ummi gi kenduri kawin kat Perlis, singgah la kat Gurun pi beli kacang ni 3 bungkus. Bajet tahan lama la kan.. Hihi. Dah buka sebungkus, Ummi simpan la dalam tupperware. Pastu semalam makan sama2 ngan Fateh.

Fateh pegang tupperware, Ummi makan atas penutupnya aje. Bubuh sikit, makan.. Pastu bubuh lagi sikit, makan.. Sampai la dah taknak, letak penutup tu atas meja. Sambil tu Ummi tengok tv.

Tetiba Fateh hulur penutup tu kat Ummi. Tengok ada 4 biji kacang dhal kat atasnya. Ooo..nak suruh Ummi makan rupanya.. Ummi pun amikla makan. Dia bubuh lagi 3 biji. Pastu 10 biji, 7 biji, 2 biji, dan seterusnya...hehehe.

Anak Ummi ni sangat alert orangnya, sampaikan Ummi makan atas penutup bekas pun diperhatinya. Pastu sua lagi nak suruh Ummi makan. Letaknya sikit2, tapi kalau ada tertinggal sebiji je pun dah kecoh2 nak suruh Ummi habiskan jugak. Hihi..

Published with Blogger-droid v2.0.9