CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, January 8, 2011

Masih Menunggu



Assalamualaikum.

Hurmm due date yg doktor bagi 9 @ 10 januari. Tapi ramai yg menjangkakan anak ummi ni akan keluar awal. Namun sampai hari ni anak ummi ni masih lagi nak duduk dalam tummy ummi dia. Best ke duduk kat dalam tu sayang? hehe...

Dalam 4 5 hari ni dah banyak tanda-tanda yg ummi akan bersalin. Rasa sakit sampai tak boleh nak berjalan, rasa seakan-akan senggugut, perut selalu mengeras. Tapi anak ummi ni tak keluar-keluar jugak. Tak sabar rasanya ummi nak menatap wajah permata hati ummi ni..

Kawan-kawan dan kenalan yg due datenya dekat2 dengan ummi pun semua dah bersalin. Paling awal adik ipar ummi la.. Sebulan awal dari tarikh jangkaan. Itu yg membuatkan ummi tak sabar-sabar nak lahirkan mujahid kecil ummi ni. Tapi takpe, ummi yakin Allah swt lebih mengetahui mana yg terbaik utk ummi dan baby F... Bagi ummi, yg penting Allah permudahkan ummi masa melahirkan nanti, dan anak ummi ni pun lahir dengan selamat dan sihat hendaknya. Ameeennnn....

P/S: Mohon doa dari semua kawan-kawan dan siapa2 sahaja yg mengenali ummi....

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru~Pengantin Baru~Hari Lahir



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan kehadiran tahun 2011 ini, keluarga saya telah menerima seorang lagi ahli baru. Pada 1 Januari 2011, adik saya, Fatimah telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Yunus bin Hj Yusof. Orang jauh adik ipar saya ni. Setakat ni semua menantu abah n ibu orang utara. Along n saya dapat jodoh dengan orang perak. Teh (gelaran fatimah dalam family) pulak dapat orang kedah. Berjauhan la semuanya lepas ni.. :)

Tahniah kepada Teh n Yunus. Selamat hari lahir juga de ucapkan buat Teh. Tahun ni dapat hadiah besar Allah bagi. De doakan korang berdua berbahagia dan dapat bercinta hingga ke syurga hendaknya.


Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah

Abah meminta kebenaran untuk menikahkan puteri ketiganya.


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja Teh dan Yunus selamat menjadi suami isteri.


Saat cincin disarungkan.


Bersama ibu dan abah yg banyak berkorban untuk kebahagiaan anak-anak.


P/S: Sedih tak dapat balik tengok akad nikah.. Kenduri nanti harap2 dapat la balik....