CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, March 27, 2013

Irdina sayang...

Alahai kesian anak dara Ummi ni. Ummi jarang-jarang sekali cerita tentang dia kat sini. Tak leh. Tak leh. Kena cerita jugak. Nanti Ummi nak kenang semula boleh baca balik kat sini aje.

Irdina sekarang dah 3 bulan lebih. Kuat nyembang tau! Pastu asal nampak Abah je mula lah menyengih. Suka beno.hihi. Suka teran-teran suara bila Abah menyakat. Abah sondol2 perut Irdina guna kepala, menjerit-jeritlah Irdina. Kadang-kadang tergelak Ummi ngan Abah dibuatnya.

Sekarang Irdina dah mula tak berapa gemor tidur dalam playpen. Kalau nak tidur kena letak dalam stroller, pastu goyang-goyangkan dengan kaki. Tak pun letak stroller tu betul-betul kat bawah kipas. Nanti Irdina ralit tengok kipas berpusing kat siling pastu dia tidur la. Lama je tidur kalau dok dalam stroller bawah kipas. Kalau dalam playpen... Sekejap2 bangun. Sekejap2 bangun.

Tapi kalau ada abang Fateh takleh la tinggal. Nanti teruk Irdina dikojekan dek abang Fateh. Kena tumbuk la, tarik tangan la, tarik kaki la, siap nak terbalik stroller kena tolak ngan abang Fateh. Jadi tarzan lah sekejap Ummi.hihi.

Irdina Ummi dah makin boolat! Geram sangat. Muka nampak penuhh je. Bangun tidur kalau nak susu mesti pecap2 bunyi tangan dikepatnya. Keshian Ummi tengok.

Pastu, tiap kali Ummi sibuk je, time tu lah dia nak meragam. Nangis-nangis nak Ummi pegang. Susu dah bagi karang nangis lagi. Dah bagi mandi ngan tukar pampers pun still lagi menangis tak tau apa sebab.

Kuat peluh sama jugak macam abangnya. Tempat tidur tetap tiap-tiap malam sungguh padu baunya. So tiap kali mandi nak kena gosok ngan sabun lebih sikit kat belakang kepala dan leher. Kat situ paling kuat peluh. Itu pasal le Irdina taknak tidur dalam playpen kot. Tak berapa nak kena kipas.

Time memasak Ummi akan letak Irdina dalam stroller then sorong letak kat dapur. Terkebil-kebil jelah dia nengok Ummi memasak. Kena kacau ngan nyamuk kang berbunyi lah sekejap. Pastu diam semula. Very solehah anak Ummi ni :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, March 16, 2013

Selamat Hari Lahir Suamiku :)

15/3/2013

Plan asalnya kami nak panggil adik beradik dan jiran terdekat datang makan makan kat rumah. Tapi Mak cakap better gi makan kat kedai. Belanjanya lebih kurang sama je. Mujur je tau.. Allah izin semalam Ummi tetiba demam pulak lepas buat kek. Sampai tak nak ikut pergi makan lah memula tu. Pastu tengok2 maghrib tu dah rasa larat sikit, ikut jugalah malam tu.

Kami gi makan kat Happy Owl Cafe. Yg join sekali Mak, Abi, Abang Issam ngan kawannya sorang, Wafi dan Munirah, Naman, Nur Muhammad, Opah. Menu ikut citarasa masing2 je nak order apa. Tapi takde sorang pun order western food. Semua order nasi ngan lauk. Hihi. Ummi tengah tak sihat memang tak lalu la nak makan western2 nih.

Memula sampai terus je potong kek. Sebab Fateh dari kat rumah lagi dah berulang kali mintak "nak kueh..nak kueh.." hihihi.. Kek Ummi buat sendiri. Memang tak cantik langsung. Tapiii..yang penting PUAS HATI dapat buat kek sendiri sempena birthday Abah. Sape yg kata cantik tu..tau dah, saja nak ambik hati. Hihi. Tapi tak cantik tak cantik pun tetap kena tunjuk jugak. Kenangan kan..

Di kesempatan yg ada ni, Ummi nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 29 kpd Abah. Semoga dengan pertambahan usia ni akan menambahkan lagi keimanan kpd Allah, dan bahagia hidup bersama anak2 dan isteri tersayang. Hehehe. Semoga menjadi anak dan suami yg soleh, bapa yg mithali, dannn WE ALL LOVE YOU SOOO MUCH!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, March 15, 2013

Makan malam sempena anniversary ke-3

**Catatan 14 Mac 2013, jam 11 malam.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
3 tahun sudah usia perkahwinan kami. Sepanjang 3 tahun ini, bermacam-macam ujian dan nikmat yg Allah berikan kepada kami. Namun ujian itu tidak melemahkan semangat kami utk terus melangkah maju setapak demi setapak ke hadapan. Kerana sesungguhnya kesusahan itu amat indah bila dikenang kembali.

Bulan pertama perkahwinan, Allah menguji dengan kedai terbakar menyebabkan sumber pendapatan hilang secara drastik. Makan minum dan tempat tinggal semuanya ditanggung oleh mertua. Perancangan mahu berbulan madu juga melayang pergi begitu sahaja. Tempoh 2 bulan dihabiskan dengan membaik pulih kedai menggunakan duit hasil sumbangan orang ramai.

Sebulan selepas kebakaran, Allah beri pula rezeki dengan kehadiran mujahid kecil di dalam rahim. Syukur alhamdulillah, walaupun sibuk ke sana ke mari berjual itu dan ini, mengangkat kotak-kotak berat, kurang berehat, namun dengan izin Allah si kecil ini tetap teguh berada di dalam rahim ibunya. Maha Suci Allah.

Genap usia si kecil 1 tahun, Allah kabulkan hajat kami ingin berbulan madu di Cameron Highlands. Syukur yang tak terhingga. Si kecil dibawa bersama bagi meraikan ulangtahun kelahirannya.

1 tahun 3 bulan usia Fateh, Allah hadirkan pula nyawa baru di dalam rahim Ummi. Syukur alhamdulillah. Begitu murah rezeki zuriat kami. Mujahidah kecil ini lahir saat usia abangnya mencecah 1 tahun 11 bulan.

Sambutan ulangtahun perkahwinan yg ke-3 ini diserikan dengan kehadiran sepasang cahaya mata yg sungguh Ummi dan Abah kasihi.
Fateh Arraziq dan Irdina,
Kalian penyejuk hati kami, penenang jiwa kami, penghibur hari kami.
Semoga kalian menjadi anak yg soleh dan solehah, dan sentiasa berbuat baik kepada kami, kedua orang tua kalian.

Alhamdulillah. Sebenarnya tak merancang nak ke mana-mana hari ini. Sebab esok adalah hari ulangtahun kelahiran Abah dan kami merancang nak makan besar bersama keluarga di luar. Namun Allah sebaik-baik perancang. Hampir jam 7 malam tiba-tiba Abah call Ummi suarakan hajat nak pergi makan di Radix Fried Chicken (RFC).

Ummi setuju. Dan gembira! Hehehe.. Terus simpan semula ayam yg dah defrost tadi. Lepas solat maghrib, siapkan anak-anak dan gerakkk. :)

Jauh juga RFC, di Silibin nunn. Abah cakap nak cuba menu baru, Jumbo Burger. Mujur ada. Kalau tidak... Kecewa lah kawann. Hihi. Ummi nak makan pizza, tapi RFC sini belum ada pizza. Jadi pasrah sajalah order Jumbo Burger jugak. Abah order burger ayam, Ummi order burger daging. Kami minta diorang kerat 2 burger tu. Boleh rasa dua2 sekali. Makan separuh burger ayam separuh burger daging.

Jumbo burger ni besarr rupanya. Ingatkan saiz burger biasa je. Rupa-rupanya... Sebiji tu tak larat nak habiskan. Tebal daging burger saja dah nak dekat seinci. Pastu ada cheese, mayonis, ada sos black pepper. Order kentang putar utk Fateh, sikit je dia makan. Ummi yg makan banyak sebab sedap. Hihi..

Alhamdulillah.. Seronok tengok Abah puas hati. Abah cakap Jumbo burger ni lagi sedap daripada burger bakar. Huih. Kalau macam tu kena la cari premis kat Medan Gopeng cepat-cepat ye. Nanti bila teringin nak makan takde la jauh beno nak kena ngulang.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 14, 2013

Promosi Headlamp Berbaloi-Baloi!

Nak tau sebab apa??
Headlamp ni ada baaaanyakk kelebihan. Baca dulu.. Mana tau ini yg korang cari-cari selama ni.

Ok.

Headlamp ni DIDATANGKAN BERSAMA CHARGER DAN SOKET PLUG. Harganya RM70 sahaja termasuk pos. Soket plug adalah benda alah berwarna putih dalam gambar di atas. Ini kalau beli dengan kami lah. Kalau korang beli di tempat lain, korang takkan dapat soket plug tu. Kena cari sendiri di kedai ok.

Lampu ni SANGAT TERANG. Best tau.. Siap boleh set samaada nak paling terang, sederhana terang, atau berkelip-kelip.

Dia punya BATERI pulak TAHAN LAMA. So korang takyah risau bateri tetiba habis time korang sangat-sangat memerlukan, melainkan korang asyik gunaaa je tak reti-reti nak cas. Hihihi.

Oleh sebab kaedah penambahan power lampu ini adalah dengan mengeCAS, maka korang takyah la kelam kelam kabut nak kena tukar bateri semua. Renyah kan.

Dia punya CHARGER pulak..ADA INDICATOR. Masa mula-mula korang cas bateri, lampu pada charger akan mengeluarkan warna merah. Bila bateri dah separuh karang, automatik warna lampu bertukar kepada warna oren. Dan bila bateri dah penuh, lampu akan bertukar kepada warna hijau..

Ok. Headlamp ni korang BOLEH ZOOM sehingga 100 METER. Ia KALIS RINTIKAN HUJAN. Bermakna, waktu hujan pun korang boleh slumber2 je pakai lampu ni kat kepala. Usah risau. Jangan komer gi rendam dalam ayor udah ler..

Lampu ni juga menggunakan MICRO LED KELAS A. Dan yang paling besttt, ada WARANTI selama 30 HARI.

Ok. Kelebihan lampu ni, bila rumah korang black out korang tak yah risau anak2 atau adik2 bermain dengan api, risiko rumah terbakar pun kurang, pun korang takyah risau lilin habis ke..lilin terpadam ke..kang tergagau-gagauu pulak mencari mancis/lighter nak nyalakan balik lilin kan..

Macam saya, bila hujan je..terus gi amik lampu ni pakai kat kepala. So kalau tetiba black out karang, tekan 1 butang dah terang balik alam. Senang kan? Takde lah teraba-raba nak mencari lilin dalam gelap.

Cara nak guna lampu ni bila black out ialah...
Korang halakan lampu ke siling. Nanti 1 ruang tu teranggg je. Takyah takut2 dah. Hihi..

Lampu ni jugak suami saya selalu bawak gi memancing kat laut. Banyak kegunaannya. Ia TAHAN LASAK, dan TAK BERKARAT. Selalunya bila kita berada di tengah laut, kita memerlukan lampu yg terang utk memudahkan kita nak bagi signal pada kapal-kapal yg lain. In case la kann.. Memudahkan juga kita nak tengok batu-batu bila berlindung kat tepi pulau jikalauulah tiba-tiba berlakunya ribut.

Kalau bateri tetiba rosak, korang jangan risau. Ada je jual BATERI SAHAJA. Harga dia RM30 termasuk pos. Tapi so far kami pakai tak pernah lagi lah kena tukar bateri sebab rosak. Sebab tu saya kata BERBALOI-BALOI.

Ada yg berminat?? Sila sms atau call suami saya ye (012-5778544). Sebab dia yg uruskan jualan Headlamp ni. Saya jual Choc Moist Cake je.. Hihihi.. Tapi kalau ada yg perempuan, yg lebih selesa berurusan dgn perempuan, bolehlah sms saya. 012-5178544.

**TEMPAHAN HEADLAMP, SMS 012-5778544.

**TEMPAHAN CHOC MOIST CAKE/CUPCAKE, SMS 012-5178544.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, March 10, 2013

Fateh demam

3 hari Fateh demam, 3 hari juga lah dia taknak makan. Langsung! Yg masuk dalam perut hanyalah ubat, susu botol, susu Ummi. Sebenarnya Ummi dah jarang bf Fateh sejak Irdina lahir.. Tapi bila dah demam ni dia taknak makan langsung, risau sesangat, bagi jugaklah bila dia mintak.

Dalam sehari kerap juga Fateh mintak. Sampai 4 5 kali. Yelah dah tak makan apa-apa dah tentulah lapar. Malam mesti dia akan bangun sekali dan minta susu botol. Tapi lepas minum je susu tu nanti, batuk beriya-riya pastu muntah balik. Setiap kali macam tu.. Habis tempat tidur..

Semalam Abah beli kentang ngan sosej. Saja la nak cuba kot kot mau Fateh makan. Time Abah gi kerja Ummi pancing Fateh, tanya dia nak makan kentang tak. Dia kata nak. Goreng la sikit.. Goreng banyak kang takut tak habis pulak.

Memula dia dah semangat nak makan siap mengadap depan meja dah, Ummi cakap nanti dulu, hot.. Dah tahu hot, taknak makan pulak.Pastu dia bukak tv tengok Dora, Ummi letak pinggan kentang tu depan dia. Haa..habis dia makan.. Syukurrr alhamdulillah. Kuranglah sikit risau ni sebab dah ada makanan yg masuk dalam perut dia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, March 8, 2013

Choc Moist Cake

Tempahan utk sebarang majlis,

#Kahwin
#Bertunang
#Aqiqah
#Hari Jadi
#Open house
#Jamuan
#Makan-makan

Atau apa-apa sahaja,

**SMS 012-5178544 (Aisyah).
**Saya berada di area Ipoh, Perak :)

Published with Blogger-droid v2.0.10