CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, June 30, 2011

Fateh Mula Bekerja

Tadi Abah guna laptop Ummi.. Ummi pun guna la komputer Abah smbil tengok-tengok kat luar kot2 ada customer datang. Fateh main kat tepi Abah (atas lantai)..Ummi tak tau dia main apa, tapi mulut bisinggg je dok pok pek pok pek sorang2..

Tetiba henpon Abah berbunyi. Ada orang call..Ummi biar je. Tengok2 bunyi tu berenti camtu je --> Abah tak angkat. Ummi kalih tengok kat Abah. Tengok2... Laaaa, dah tidur rupanya. Ummi tengok kat Fateh pulak...

Nak tau apa yang Ummi nampak??

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ini...!!! huhuhuuu... Ni buku catatan kewangan harian Ummi.. Habis kena kepat ngan Fateh... Uwaaa~

Fateh senyummm je kat Ummi dengan penuh kebanggaan atas hasil karya dia. Muka memang dah sah-sah la muka tak bersalah. Dia tau Ummi mesti cair dengan senyuman menawan dia tu..


Alah Ummi tak marah pun..Anak Ummi ni kan kecik lagi..Cuma terkejut jela tadi. Tak sangka anak soleh Ummi Abah ni dah melangkah maju ke depan. hehehe....


Tuesday, June 28, 2011

Mood Yang Berubah-Ubah

Mood Ummi sekarang tak menentu. Kadang-kadang rasa nak menulis kat blog, pastu tiba-tiba tak jadi pulak. Kadang-kadang rasa nak update gambar kat fesbuk, tetiba cancel plan.. Kadang-kadang rasa nak mengemas kedai. Jadi le jugak..Tapi buat sikit-sikit..

Kedai Abah sekarang dah takde pekerja. So Ummi ngan Abah jaga kedai berdua je sepenuh masa. Bab kemas mengemas memang Ummi la yang kena ambil alih. Tak boleh harapkan orang lain. Lagipun Ummi hajat sangat-sangat nak settle semua benda sendiri (kalau boleh)..

So masa takde pekerja ni lah nak kena push diri sendiri.. Ummi kalau boleh taknak Abah harapkan orang lain. Ummi nak cuba sedaya upaya untuk jadi pembantu Abah yg terbaik. Entah la..Rasa cemburu sangat kalau Abah suruh orang lain yg buatkan sesuatu even benda tu takde kaitan pun dengan personal life Abah.

Ummi tengah berusaha sekarang. Setiap hari doa kat Allah mintak diberikan kekuatan luarbiasa untuk laksanakan tanggungjawab ni..Ye la..Kalau ikutkan kekuatan biasa, rasanya Ummi tak mampu. Badan cepat sangat letih.. Atas rasa kasih dan sayang Ummi pada Abah, Ummi akan terus mencuba lagi..lagi..dan lagi!

Ummi sayang Abah dan Fateh!

Nota: Menulis blog kadang-kadang boleh memberi motivasi kepada diri Ummi sendiri.. So, tolong jangan kondem ye.. Mengata belakang pun jangan.. Dosa..sebab Ummi tak redha.. hehe...


Saturday, June 25, 2011

Stress!

Saya benci STRESS..

Sebab stress membuatkan saya ingin menjauhkan diri dari orang sekeliling.

Stress membuatkan saya suka untuk memerapkan diri di satu-satu tempat.

Stress membuatkan saya lebih suka mendiamkan diri daripada berkata-kata.

Stress membuatkan saya merasa benci dengan orang lain dan diri sendiri.

Stress membuatkan prestasi saya sebagai anak, isteri, ibu, dan pekerja menurun!

Ahh...Macam mana nak mengelakkan diri dari bertambah-tambah stress setiap hari??

Saya rasa.........





Saya kena jauhkan diri daripada orang2 yg suka membuatkan saya stress.

Ya! Saya kena jauhkan diri dari mereka.

TAPI.........

Saya perlu berSABAR dulu untuk beberapa tempoh (yg saya sendiri pun tak pasti)

Titik.

Monday, June 20, 2011

Pertemuan Yang Tak Bisa Dilupakan!


Kawan saya ada di sini sekarang. Kawan rapat merangkap sahabat ketika saya di sekolah menengah dan kolej dulu..Seronoknya jangan di kata la..

Dia sahabat yang pandai mengambil hati, pandai menegur dengan cara yg sangat berhikmah, pandai melunakkan hati yg sedang marah.. Kami selalu berkongsi cerita dan saling bertukar-tukar pengalaman. Sering juga berbincang berbagai permasalahan bersama-sama. Kerana itu....Saya sayang dia :)

Rasanya dah lama benar kami tak berjumpa. Pertemuan terakhir berlaku bulan 3 tahun lepas. Ketika kenduri sambut menantu di sebelah suami saya. Maknanya dah 1 tahun 3 bulan kami tak bersua muka. Lama la tu kan?? hehehe...

Mesej pun jarang-jarang. Maklumlah dua-dua sibuk dengan urusan peribadi masing-masing. Sebelum-sebelum ni ada je kami cuba plan untuk jumpa. Tapi Allah tak izin. Alhamdulillah...Allah temukan kami jua akhirnya.

UMMU ILYANI.
Ni lah nama dia..hehe.. Dia datang sini sebab ada program rekreasi kat Tapah. Rekreasi Tahap 1. huhu...tahap 1 dah anti ye...Ana ni tahap kosong lagi..

Sebelum menyerah diri kat program tu saya pujuk dia ajak stay ngan saya lepas habis program tu nanti. Koman2 pun 1 malam. Memula dia macam berbelah bahagi la jugak. Tapi saya berjaya jugak memujuk dia setelah menggunakan berbagai skill ilmu psikologi yg saya ada. hehe...

Program habis petang ahad. Malamnya lepas isya' saya gi ambik Ummu dekat kedai mak. Sampai je rumah kami makan2 dulu sambil sembang dengan mak. Lepas tu masuk bilik --> bermulalah episod sharing is caring kami.

Slot perkongsian kami sangat lama. Jam 3 pagi baru habis. Tu pun pasal dua2 dah mengantuk.hehe...(saya mintak izin suami dulu sebelum bersembang dengan Ummu ok)

Pagi tadi....
Tercipta satu kenangan yg sangat manis dan indah buat kami. Rasanya memang susah nak lupa lah. Kalau ingat balik mesti gelak sorang2..hehehe...

Panjang ceritanya. Dan saya memang malas nak cerita. Terlalu complicated. Cewah! Tapi nak dipendekkan cerita, pagi tadi kami merempit dengan kembara Opah hubby saya. Tanpa bateri pulak tu! haha..bestnya kalau ingat balik..Ummu yg lemah lembut tu yg bawak. Bukan saya.

Asalnya hubby suruh saya yg drive. Kena bawak kembara tu kat simpang masuk ke kampung. Kira kat jalan besar la..Lepas start enjin, hubby cabut bateri kat bonet depan tu. Dia pesan jangan bagi enjin mati. Nanti takleh nak start semula. Tapi 2 kali saya bagi enjin mati dan 2 kali jugak la hubby kena angkut bateri yg berat ya amat tu, pasang, start enjin, cabut semula..huhu..

Saya yg dah putus asa terus passing kat Ummu suruh dia bawak. Dari rumah Opah nak keluar ke jalan besar sangat jauh ok. So saya cakap kat Ummu, kalau ada bumper tak yah drop gear, pecut je terus..(dari rumah Opah nak ke jalan besar ada lebih kurang 17 bumper)..

Haa bayangkanlah..Kami yg kat dalam kembara tu dah rasa macam naik scrambler jeep je..hahaha.. Pastu jalan kampung kan, tau2 jela..Kalau berselisih kereta mesti salah satu kereta kena berenti kat tepi dulu. Jalan sempit.

Bila ada kereta datang dari arah bertentangan apa lagi, mengarut-ngarut la kami..Dua-dua dok menjerit (slow2 je) "ke tepi~....ke tepi~...." sambil buat gaya tangan macam usop wilcha tu. hahaha. Ini adalah rahsia yg tak patut saya bocorkan sebenarnya. Tapi takpe. Saya yakin Ummu yg lemah lembut tu takkan bertukar menjadi incredible hulk..


Ummu Ilyani & Fateh Arraziq

Erkk....

Ok, sekian dulu..Nanti nak cite pasal perkembangan terbaru Fateh pulak. Gambar memang tak banyak. Kamera dah rosak. Semua gambar jadi blur. Seolah-olah lense dia dah lari dari kedudukan asal.

Nantilah. Kumpul duit dulu. Pastu baru boleh baiki kamera n upload banyak2 gambar Fateh kt blog. ok? Tata....

Nota: Gambar di atas adalah hasil godekan saya kat dalam handphone Ummu :)

Sunday, June 12, 2011

Ujian

Hari ni seharian Ummi bertungkus lumus siapkan logo untuk Ladang Ribu (company Abah, selain daripada Afix)..Dan malam ni kepala Ummi dah tersangat-sangat letih.. Stop dulu fikir pasal kerja. Esok sambung pulak ok..Balik karang fikir untuk settlekan apa-apa yg belum settle kat rumah lagi..

Logo tu takde la lawa mana pun. Simple sangat. Abah tengok pun macam tak berapa nak puas hati je.. Yela..Ummi baru belajar buat hari ni je pun logo tu. Rujuk sana, rujuk sini..Akhirnya siap juga, alhamdulillah. Nanti dah bertambah pro Ummi buat lain la ye Abah :) hehe...Untuk Abah apa-apa pun boleh je...

Konon-kononnya pulun siapkan logo tu tadi sebab upload gambar kat blog Ladang Ribu. Kiranya logo tu merangkap watermark la.. Skali dah sambung camera dekat laptop, tengok2 gambar yg Ummi nak upload tu dah takde. Aiyyyooo~... Abah dah delete rupanya...

Al-kisahnya, kamera kami baru je rosak semalam. Tak tau la pasal apa.. Bila amik gambar je mesti blur. Sebelum ni Ummi cukup puas hati bila guna kamera tu. Semua gambar dia terang dan jelas..plus cantik lagi. Tapi semalam masa Ummi nak amik gambar umpan, tetiba je tengok hasil dia sangat teruk. Kabur sangat-sangat..

Kamera tu memang pernah jatuh. Tapi sebelum ni ok je.. Baru semalam dia buat hal. Ummi bagitau dekat Abah tentang ketidakpuasan hati Ummi. Abah pun cuba la amik gambar banyak2 nak tengok hasil dia. Pastu padam balik. Nak dijadikan cerita, Abah ingatkan gambar yg Ummi ambik tu pun sebab Ummi nak test.. Abah pun delete la.. Abah tak tau kata Ummi memang nak guna gambar2 tu.. huhu tak pe lah. Allah uji sikit je..DIA bagi kamera tu 'sihat' lebih lama lagi daripada 'sakit'..kan? Jadi tak bolehlah merungut..

Sabar sekejap. Nanti dah baiki boleh guna semula insyaAllah... :)


Nota : Ujiannya pasal kamera rosak tu.. bukan pasal Abah delete gambar kerja Ummi..hehe...


Friday, June 10, 2011

Fateh Bersongkok


Hehehe...comel tak?
Dah pandai bersongkok rupanya anak teruna Ummi ni...
Sukanya Ummi! (^___^)

Tapi..........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Alamak! Panjang le pulak songkok ni
HEHEHE
kantoi dah...
Acik Syud punya kerja la ni...
Time ni dia main ngan Fateh. Customer pulak takde. Apa lagi kan...


Selingan..Ni kek batik yang acik Syuhada bagi kat Ummi ngan Abah. First time dia buat, so dia mintak Ummi ngan Abah rasa, then bagi komen.
Komen Ummi : Kek ni memanggggg sedap! Boleh bagi markah 5/5. Ummi tak pernah rasa lagi kek batik sesedap ni. Betul. Ummi tak tipu. Abah pun suka tau? Lepas ni boleh la amik tempahan ye Syud. Bior akak jadi agen pengedar. hehehe...


Nota 1 : Suka sangat tengok Fateh pakai songkok. Ada ke jual songkok utk baby sekarang ni ye? :)

Nota 2 : Ummi nak try buat sendiri pulak kek batik tu. Pastu kek-kek lain sama. Sekarang ni macam terminat le pulak baking2 nih.


Wednesday, June 8, 2011

Musim Kawin

Cuti sekolah kali ni banyak betul dapat jemputan walimatul urus. Semuanya kawan-kawan dan saudara-mara terdekat. Tempat berlainan dan berjauhan, maka terpaksalah membuat pilihan yang mana nak dihadiri.

Maaf kepada rakan-rakan yg saya tak hadiri majlis mereka. Keluarga perlu diutamakan. Walaubagaimanapun, doa saya tetap mengiringi kalian. Moga-moga bahtera yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Saya doakan juga agar kalian dan pasangan dapat bercinta lagi di syurga kelak, insyaAllah....

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada.....

Kak Chik Ijan dan pasangannya, Fadhir.
28-5-2011
Jengka Pusat, Pahang
(pengantin perempuan ni sepupu saya)
Ini gambar pada malam pernikahan mereka.

Kak Ijan pada sesi memotong kek
29-5-2011

Shahrul & Ainun
2-6-2011
Kuala Kangsar, Perak

Sepupu suami saya (yg lelaki) dan pasangannya.
4-6-2011
Sungai Petani, Kedah
Oh maaf, saya tak ingat apa nama mereka. Hehehe...dah setahun lebih kawin pun belum habis taaruf dengan keluarga suami lagi ni (^_^)


Banyak gambar yang saya rasa menarik sepanjang kenduri sepupu di Jengka baru-baru ni. Saya kongsikan di sini ye...

Gelagat Fateh Arraziq buah hati Ummi Abah

Ambil angin dengan Wan kat luar

Merenung apa tak tahu la...Padahal orang penuh sekeliling dia.

Akhirnya tertidur keletihan..Sementara menanti majlis akad nikah bermula. Tok kadi datang pukul 10 lebih..huhu...

Fateh tidur siap pegang tangan Wan lagi. Sweetnya~...

Dah bangun. Mak Long yg layan. Ummi sibuk ke sana ke mari ambik gambar.

Sayang betul Ayah Long dekat Fateh

Ralit main kain lap dia. Ummi biarkan aje...

Tengah berlasak tak leh duduk diam. Alhamdulillah Mak Long rajin tolong pegang. Kalau tidak... Jenuh Ummi..hehe...

Buat muka mengantuk pulak. Picit dagu tu karanggg..

Hari kenduri. Wan Ngah tolong pegang. (bukan Ummi suruh ye..hehe..)

Nampak Ummi je terus buat muka simpati

Dah letih sangat anak Ummi ni. Ummi tidurkan dia kat dalam bilik sebab dalam bilik ada air cond. Siap tidur bergaya lagi :)


Gelagat Orang Lain

Ibu mengandung dah lapar, terpaksa makan awal dari orang lain.

Aki Long gomoi cucunya

Anak buah saya. Seronok main terbang-terbang atas tilam.

Ni sorang lagi ibu mengandung. Makan sorang-sorang kat dapur tak ajak orang. Pastu buat muka sedih..

Sempat lagi nak senyum kat camera walaupun kalut nak pi bukak pintu bilik pengantin yg terkunci dari dalam. Pengantin dok ada kat luaq. Majlis tengah berlangsung.

Ramai sangat orang. Tengok ikut tingkap pun jaaadi le....

Part ni yg paling best..hehe...Naufal kena warning ngan mama dia (^^,)

Minum ayor tok kadi. Amik berkat kot..Tak lama lagi turn yg berbaju melayu warna emas tu pulak nak walimah..

Dah letih sangat le ni....

Duta produk dR rozmey tengah tunjuk pinggang dia yg ramping tu


Tuesday, June 7, 2011

Macarons Saya Dan Mainan Baru Fateh

Macaron Oh Macaron

Akhirnya macaron yang saya order dari Lea Oven sampai juga. Terujanya jangan kata lah. Selalunya dok jamu mata kat internet je. Kali ni dah ada depan mata, alhamdulillah...Syukur Allah kabulkan hajat saya nak merasa benda alah ni :)

Bungkusan yg dinanti-nanti...

Berdebar-debar nak tengok rupa macaron dengan mata kepala sendiri..hehe...

Ganasnya posmen..sampai pecah tupperware...

Waaahhhh..macam tak percaya je tiba-tiba dah ada depan mata!

Ya Allah...warna-warna ni lah yg membuatkan saya tak lena tidur malam. Kalau tengok gambar ni, tetiba je rasa macam nak order lagi..ngeeee (^____^)

Jamu mata dulu. Sayang nak makan. huhu...

Macaron pertama yg saya cekup. Sedapnyaaaaaa~

Dah makan 3 baru ada kekuatan nak simpan dalam peti sejuk

Siap ada warning lagi. hehe..bukan apa, saya duduk rumah mertua yg ada ramai penghuni. So terpaksa tulis camtu takut tak sempat nak merasa. Lepas dah rasa semua perisa saya mention le dekat diorang, "siapa nak makan amik le.."



Mainan Baru Fateh

Masa pergi Perlis untuk sukan HALUAN hari tu Opah Long (mak sedara Abah) ada belikan hadiah untuk Fateh.

Sekotak mainan. Tak sempat balut sebab Opah Long tak tau kami nak datang. Ada 7 jenis mainan kat dalam tu. 1 dah hilang masa majlis keramaian kat kampung. Sekarang ni cuma tinggal 2 je kat dalam kotak. Yang lain semua Ummi dah keluarkan bagi Fateh main kat rumah n kedai. Dalam handbag Ummi pun ada spare 1..senang boleh tarik perhatian Fateh bila dia menangis.

Tengok tu dua-dua tangan nak pegang mainan. Mula-mula dapat dulu seronok la dia. Sekarang Fateh macam dah boring sikit dengan mainan tu. Budak-budak memang cepat boring dengan sesuatu benda tu kan? Tapi diorang sangat sukakan sesuatu yg baru...