CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, June 9, 2015

Sifat Hasad Dengki

Jangan jadi manusia berhati busuk.
Nampak orang maju sikit, mula lah nak dijatuhkan.
Nampak orang bahagia sikit, mulalah mulut kita gatal nak pi cerita buruk orang. Buku lama yang orang dah tutup simpan elok-elok, kita pi buka balik.
JANGAN.

Satu aib orang kita buka, sepuluh aib kita Allah buka.
What you give, u'll get back.
Allahuakbar. Islam itu indah. Jangan dirosakkan kebahagiaan orang lain. Kita takkan bahagia dengan jalan itu.
Pilih jalan untuk mencipta bahagia buat diri kita. Bukan susah. Betul tak?

Jangan dengki dengan kemajuan orang lain.
Kita patut rasa bahagia bila lihat sahabat atau orang sebangsa kita maju.
Usah pilih jalan untuk menjatuhkannya.
Ia usaha yang mendatangkan dosa.
Allah beri peluang hidup di dunia untuk menyemai benih. Ia suatu tempoh yang pendek. Usah sia-siakan dengan sesuatu yang merugikan.

Orang yang berjaya tidak terus berada di atas. Mereka bermula dari bawah.
Tirulah usaha mereka.
InsyaAllah, kita juga akan berada di atas suatu hari nanti.

Sebarkan aura positif di sekeliling kita.
Kita akan jadi orang yang BAHAGIA! ^___^

9-6-2015
11:00 AM

Cara Kenal Personaliti

Personaliti seseorang boleh dikenali melalui beberapa cara. Salah satunya ialah, tengok bagaimana cara dia mengemas.

CARA A:
Memilih barang-barang di tempat yang perlu dikemas dengan teliti dan berhati-hati.
Mana yang perlu dibuang, dibuang.
Mana yang perlu disimpan, disimpan.
Mana yang perlu diserahkan kepada orang berkenaan, diserahkan.
Cara mengemas seperti ini agak meletihkan dan memakan masa untuk siap. Namun individu yang berkemas seperti ini selalunya tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa memikirkan orang lain, dan berfikiran panjang sebelum bertindak.

CARA B:
Mengumpul kesemua barang di tempat yang perlu dikemas, dan membuang atau menghantarnya ke tempat yang lain. Seterusnya memasukkan barang-barang kepunyaan sendiri dan melakukan proses susun atur dengan segera.
Cara seperti ini dilihat senang, mudah dan cepat.
Namun individu yang berkemas seperti ini lazimnya amat mementingkan diri sendiri, dan tidak memikirkan pihak yang lain. Malah selalunya berfikiran pendek sebelum bertindak melakukan sesuatu.

Yang mana satukah kita?

Saturday, June 6, 2015

Khas Buat Peminat Fesyen Muslim Muslimah :)

Assalamualaikum.

Saya tahu...
Di kalangan pembaca blog naif saya ini ramai yg suka shopping online.
Daripada yang shopping sikit-sikit, sampailah yang shopping segala benda secara online. Mesti ada.
Sebab nak keluar membeli di bandar bukanlah semudah menuturkannya. Walaupun kadang-kadang beli online lagi mahal dari beli kat kedai. Tapi kalau saya lah kan, saya sanggup aje. Sebab tak sanggup meredah jalanraya yang penuh sesak. Lepas tu karang masuk mall, penuh sesak dengan manusia pulak.
Tak sanggup weh.

Okaylah. Kat sini saya cuma nak bagitahu..saya pun ada jual secara online juga. Saya nak mudahkan anda semua yang saya sayang. Best tak? hihihi.

Saya jual apa?
Pakaian. Untuk lelaki ada. Untuk perempuan ada. Untuk kanak-kanak pun ada.
Tapiiii.....
Saya hanya jual pakaian yang dibenarkan syara' sahaja tau.
Mintak maaf banyak-banyak kepada yang mencari fesyen glamour yang tak syara'.
Saya sebagai penjual, pun ada saham kalau saya jual pakaian tak menutup aurat. Means, kalau awak pakai baju seksi atau tudung kecik kemetot yang saya jual, saya pun tumpang dapat dosa sama.
So....maaf ya.

Baju bajan yang saya jual ni insyaAllah semuanya cantik-cantik dan stok PASTI SUKA punya.
Ok macam ni...
Saya ni insan naif. Update blog pun guna handphone cikai ja. So segala details gambar dan penerangan, awak boleh tengok kat page PERMAI IDAMAN.
Like dulu page. Lepas tu bolehlah cuci mata. Yeayyyy...

Okeh ni senarai antara barang yang kami jual:-
√ Jubah Lelaki
√ Jubah Perempuan
√ Baju Raihan Dewasa dan Kanak-Kanak
√ Tudung Bawal best-best
Dan juga macam-macam lagi barang keperluan untuk Haji dan Umrah.
Boleh PM atau whatsapp nombor yang tertera di page kalau nak tanya ka..nak order ka..