CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, March 27, 2011

Jalan-jalan KL

14 march hari tu Ummi, Abah, dan Fateh ke KL. Hantar 3 orang adik ipar Ummi nak gi Syria. Diorang nak sambung belajar kat sana. Diorang naik flight 15 march. Kami bertolak dari perak sehari awal, takut tak sempat. Flight pukul 10 pagi. Pukul 8 adik2 abah dah kena check in.

Kebetulan 14 hb tu jugak ulangtahun perkahwinan Ummi ngan Abah. 15 hb tu pulak birthday Abah. So Ummi ingat nak ajak la Abah jalan2 kat sana. Siap bawak baju lebih senyap2, hehe...


Pak Ude dan Pak Chor..
Ada lagi sorang takde dalam gambar. Pak Chor la yg paling semangat sekali.
Ate dah lame benor dia berhajat nak gi Syria. Baru ini la dapatnye..


Masa kat airport Abah yg dukung Fateh. Dah hantap bebenor..
Tak larat Ummi nak dukung lama-lama, hehe.. Tidooo je anak Ummi ni sepanjang menunggu kat sana. Dah nak balik baru nangis2 nak susu.


Lepas adik2 semua dah naik flight, Abah bawak Ummi gi makan nasi arab kat Restoran Saba kat Cyberjaya. Actually Abah dah biasa gi makan kat situ ngan kawan2 dia. Tu yang Ummi teringin nak merasa.. First time Ummi makan nasi arab. Ummi pilih nasi + chicken grill. Sedapppp.. Sampai sekarang Ummi teringinnnn sangat2 nak makan nasi arab tu lagi. huhu...


Lepas makan, Abah bawak Ummi ngan Fateh gi tengok ikan dekat dengan Wet World. Kat sini ada kisah lucu berlaku. Memang Ummi tak dapat lupakan lah!

Sebelum turun dari kereta, Ummi tukar pampers Fateh dulu. Pastu bancuh susu. Susu spare tu Ummi bubuh dalam beg plastik sekali dengan pampers spare dan kain lap utk Fateh. Ummi mintak Abah tolong bawak beg plastik tu sebab Ummi nak dukung Fateh. Sebelum masuk dalam nak tengok ikan, Abah suruh Ummi tunggu kat depan sekejap. Abah pergi kat hujung bangunan tu. Bila Abah datang balik kat Ummi, Ummi tengok beg plastik tadi dah takde kat tangan Abah.

Ummi: Awak letak mana plastik tadi? (hairan)
Abah: (diam sambil ambik Fateh dari Ummi)
Ummi: Yang..Awak letak kat mana plastik tadi...?
Abah: Ada la.....
Ummi: Tak boleh bawak masuk ke?
Abah: (diam lagi. Malas nak layan Ummi kot)

Pastu kami pun masuk la dalam....


Ikan ni la ikan first yg kami tengok. Arapaima. Besar! Tapi yg Ummi tak puas hati nye, bila ambik gambar mesti tak nampak macam besar. huhu...


Abah tolong dukung Fateh sebab nak bagi Ummi peluang tengok ikan puas-puas.


Masa Ummi tengah seronok tengok ikan2 yg Abah tunjuk kat Ummi, Ummi terkejut tengok Fateh pun macam teruja je tengok ikan-ikan kat situ. Ralit dia dok tengok ikan kat dalam akuarium tu. Ummi pun terus la snap gambar...


Banyak jugak ikan yg Ummi tak penah tengok. Yang pelik-pelik pun ada.


Besar jugak tempat ni. Makin dalam kami masuk, makin besar ikan-ikan yg dipamerkan. Tengah Ummi excited tengok ikan yg besar2 tu, tiba-tiba Fateh nangis nak susu..

Abah: Awak bawak susu spare utk dia tak?
Ummi: Bawak. Ada dalam plastik tadi.
Abah: Plastik mana?
Ummi: Plastik tadi. Yg saya bagi kat awak tu...
Abah: Awak bagi kat saya? Plastik mana?? (muka hairan + tak ingat)
Ummi: Laaa yg saya bagi kat awak tadi la.. Awak simpan kat luar plastik tu.
Abah: Hah, plastik yg tadi tu ke?? Ya Allah! saya dah buang! Ingatkan sampah, hahaha..

Pastu Ummi ngan Abah pun cepat2 la keluar dari tempat tu sambil dok gelak2. Haha buat lawak betul Abah ni. Tak tahan betul Ummi. Sebenarnya masa Ummi dok tanya pasal plastik tu sebelum masuk, Abah heran.. Pasai apa Ummi duk sibuk tanya pasal sampah. Bior le Abah nak buang kat mana2 pun. Yg Ummi plak dok ingat Abah simpan plastik tu kat tempat simpan beg. Rupa-rupanya dah selamat disimpan kat tempat pembuangan sampah. hehehe... Nasib baik Abah ikat dulu beg plastik tu sebelum buang. Ummi gi ambik semula la. Sayang tu... Botol baru je beli dari kawan Ummi kat sini...

P/S: Nak ajak Abah gi makan dekat Saba lagi bila ada peluang nanti insyaAllah... :)

Thursday, March 17, 2011

Happy Birthday Sayang

15 march 2011 ---> birthday my hubby. Time tu kami semua ada kat KL. So tak dapat la Ummi nak buat entry khas pada tarikh tu... Abah bawak Ummi ngan Fateh jalan2 kat sekitar Kajang dan Shah Alam. Best sangat2! Ummi sangat terharu dan berterima kasih kat Abah a.k.a cinta hati Ummi.

Patutnya Ummi yang ra'i dan buat something yg special utk Abah, tapi terbalik pulak. Abah yg bawak Ummi gi jalan2. Sehari sebelum birthday Abah tu anniversary Ummi dan Abah yg pertama. So Ummi anggap cuti-cuti kami kali ni sempena ulangtahun perkahwinan kami. Boleh kan Abah? hehehe...

Selamat Hari Lahir yg ke 27 Sayang..
Saya doakan semoga Allah memanjangkan umur sayang, dan merahmati kehidupan kita sekeluarga. Sesungguhnya saya sangat bahagia menjadi isteri awak, dan saya sangat berharap dapat menjadi ketua bidadari untuk awak di syurga kelak. Dan saya sangat2 ingin bercinta dengan awak lagi di syurga nanti! Sama-sama lah kita berusaha ke arah itu... Awak suami terbaik bagi saya, dan awak ayah terbaik buat Fateh. Janji saya pada diri sendiri, saya ingin berikan yg terbaik buat awak, dan saya sedang berusaha untuk melaksanakannya. Saya ingin menjadi wanita terhebat di mata dan dalam hati awak...
I LOVE U SAYANG!

Sunday, March 13, 2011

Dah 2 bulan anak Ummi ni

Pejam celik pejam celik, dah 2 bulan pun anak Ummi ni. Pantas betul masa berlalu.. Ummi dan Abah gembira sangat dapat tengok perkembangan2 Fateh depan mata kami sendiri. Dah makin bijak mujahid kecil Ummi ni.. Alhamdulillah....

  • Fateh sejak lahir sangat pemurah dengan senyuman. Tapi bukan senyum pada orang sekeliling.. Dia cuma senyum sorang2 dia je.. Selalunya time nak tido la. Bila dah lali2 dan separuh sedar, ha time tu lah Fateh akan senyummm je..Entah apa yg disenyumkan tu tak tau la..hehehe....
  • Sejak dua tiga hari ni, Fateh dah pandai mengagah. Excitednya Ummi! Bila Ummi tegur dia, dia akan bagi tindak balas dengan senyum2 kat Ummi. Suara keluar sikit-sikit je, baru nak pandai sembang..
  • Bangun pagi dengan mood yg sangat baik. Bangun je terus senyum2 kat Ummi.. Pastu suka sangat bila Ummi Abah sembang-sembang ngan dia..

Tengoklah ni anak Ummi ni menyerongeng. Camni lah reaksi dia bila Ummi ajak sembang..Kalau Ummi tak layan dia, mula la berbunyi-bunyi je mulut tu nak panggil Ummi.


Ni pun tengah sembang ngan Ummi..

  • Fateh paling suka kalau Ummi mandikan dia, sebab Fateh ni kuat berpeluh orangnya. Kalau tak mandi, memang dia rimas sangat2 sampai tak boleh tidur..So Ummi tak boleh 'miss' mandikan Fateh pagi dan petang. Kalau tak sempat mandi petang pun, Ummi akan lap jugak badan Fateh dengan wipe tissue atau lampin yg Ummi basahkan dengan air suam.
  • Suka naik kereta. Asal naik kereta je, mesti tido..Tambah2 kereta yg ada air cond. Takde air cond, dapat angin luar pun jadi. Sedap je dia lena dalam pelukan Ummi. (Ummi peluk Fateh dalam kedudukan menegak, sebab dia tak suka baring, susah nak bernafas..)
  • Nampak macam makin rapat dengan Abah. Waktu malam kalau Fateh meragam tak nak tido, selalunya kalau Ummi dah letih, Abah la yg akan ambil alih jaga fateh. Ummi tido. Bila Ummi bangun semula, tengok2 elok je Fateh ngan Abah dah tido..
  • Susah nak tido kalau Abah takde. Tak tau la kenapa.. Jenuh Ummi dodoi, bawak jalan2, bagi susu, tukar pampers, tetap jugak taknak tido. Kadang-kadang bila Ummi dukung, dia tido. Letak je kat tempat tidur, terus bangun merengek2..

Nampak macam dah pandai tengok tv je, hehe...


Fateh --> Hari ke 21


Abah bagi Fateh minum susu. Masa ni Ummi masih dalam pantang lagi...


Sejuknya hati Ummi bila tengok wajah suci Fateh yg tengah tidur ni...
Anak, semakin banyak kerenah --> makin letih kita menjaganya --> makin sayang kita padanya. Betul tak?


Ummi habis pantang je, terus bawak Fateh jalan jauh. Masa ni Ummi Abah bawak Fateh pergi kenduri Uncle Mus dan Aunt Salwa kat Kedah...


Lenanya anak Ummi ni tidur.. sampai berkerut-kerut kening tu.


Nota: Kelmarin Ummi bawak Fateh gi klinik, appoinment dah cukup 2 bulan. Kena cucuk.. Ummi risau gak takut Fateh demam. Tapi alhamdulillah la sampai hari ni Ummi tengok Fateh aktif je, takde demam pun. Syukur alhamdulillah.... :)

Friday, March 11, 2011

Kesiannya anak Ummi....

Fateh sejak hari kedua lahir lagi, nafas dia dah berbunyi. Ummi risau jugak.. Tapi bila tanya doktor dan nurse, diorang cakap takpe, lama-lama nanti bunyi tu akan hilang sendiri. So Ummi takde la bawak Fateh gi klinik...

Hari selasa minggu lepas, Ummi pergi halakat.. Kat tempat halakat tu air condnya dipasang agak kuat la jugak. Balik2 dari halakat tu je, terus Fateh selsema teruk. Meragam-ragam la dia.. Banyak kali Abah sedut hingus dia guna mulut. Ok la sekejap, pastu nangis balik.. So hari khamis tu Ummi ngan Abah pun bawak la Fateh gi klinik untuk sedut cecair yang mengganggu pernafasan dia tu....


Doktornya yang lelaki tu. Mula-mula doktor tu tak nak sedut (guna mesin), sebab dia kata sakit, kesian kat Fateh pulak nanti.. Tapi masa nak keluar dari bilik, tiba2 doktor tu dengar bunyi Fateh bernafas agak kuat dan macam susah je.. So doktor tu kata dia nak cuba sedut sikit. Yang perempuan 2 orang tu pembantu dia...


Doktor tengah sedut hingus Fateh guna mesin.. Kesian sangat Ummi dengar anak Ummi ni menangis, sampai keras bunyinya...


Nota: Sampai sekarang pun selsema Fateh masih belum sembuh. Tolong doakan untuk permata hati Ummi ni ya!

Wednesday, March 9, 2011

Lamanya tak update blog!

Huhu... Malas nak edit gambar punya pasal, lama betul dah Ummi tak update blog ni kan? Dah bersawang-sawang dah pun..

Actually banyak benda Ummi nak update. Tapi ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan Ummi tangguh-tangguhkan dulu hasrat tu...

Fateh pun dah 2 bulan sekarang. Nanti Ummi cerita apa perkembangan Fateh sekarang ye...