CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, April 24, 2012

Aliff..Baa..Taa...

Assalamualaikum.
Kembali memberi salam sebelum mula berblog :)

Bulan lepas Ummi ada buat beberapa flash card untuk mengajar Fateh. Nak beli, ramai yang kata mahal. So Ummi cari kertas keras, potong2, then tulis sendiri je. Jimat kos :) Malangnya susah beno nak mengajar budak aktif macam Fateh ni guna flash card. Dia tak berminat langsung nak tengok. Jadi buat masa ni Ummi cari inisiatif lain dulu. Tak dapat kenalkan huruf, Ummi bagi Fateh kenal bunyi dan susunannya dahulu.

Mission bermula.

Setiap kali melayan Fateh beraktiviti samaada bermain, bersiar-siar, mahupun sesudah mandi, Ummi akan sebutkan satu persatu huruf hijaiyyah kepada Fateh. Dengan harapan dia akan dapat menangkap juga apa yang Ummi sebutkan suatu hari nanti. Alhamdulillah, hasilnya amat memberansangkan! Sekarang kalau Ummi mula menyebut Aliff, Fateh dah boleh menyambungnya dengan huruf-huruf yang lain.

Ummi: Aliff...
Fateh: Baa
Ummi: Ta...
Fateh: Taa
Ummi: Tsa...
Fateh: (diam)
Ummi: Jim!
Fateh: Haa

Alhamdulillah. Syukur padaMu yg Allah. Gembiranya Ummi tak terkata rasanya. Moga2 lepas ni lebih banyak lagi Fateh dapat tangkap dan pelajari. Doa Ummi sentiasa mengiringimu anakku :)

Ummi dan Abah sayang Fateh!

Sunday, April 22, 2012

Kecil-kecil dah pandai ambil hati Ummi :)

Assalamualaikum anak Ummi sayang.

Fateh...
Kalau kamu nak tahu, di usia 1 tahun 3 bulan kamu sudah pandai mengambil hati Ummi.
Ummi tahu Fateh selalu tengok tante Ari urut kaki Ummi. Kadang-kadang Abah urut kaki Ummi dan Ummi urut kaki Abah.

Suatu hari,
Ummi tak sangka kamu tiba-tiba duduk di depan kaki Ummi dan mula menggosok-gosok kaki Ummi. Seolah-olah mengurut. Ummi terfikir...Apa yang Fateh buat ni?
Tiba-tiba kamu ambil pula mainan dan membuat gaya seolah-olah sedang menuang minyak di kaki Ummi. Setelah itu kamu gosok-gosok kembali.

Subhanallah!
Cepatnya anak Ummi belajar. Fateh tolong urut kaki Ummi rupanya :)
Terima kasih anak Ummi sayang...Walaupun apa yang kamu buat sebenarnya lebih kepada menggosok, bukan mengurut..Tapi Ummi tahu..kamu sebenarnya ingin berbakti kepada Ummi. Terima kasih Allah! kerana mengurniakanku anak yang soleh dan cerdik.

Ummi dan Abah sayang Fateh!

P/S: Ummi sebenarnya ada rakam adegan Fateh mengurut kaki Ummi. Tapi tak dapatla nak dikongsikan kat sini sebab dalam video tu Ummi tak pakai stokin. Maklumlah adegan spontan..hehehe :)

Fateh yang soleh dan Abah yang soleh. Dua-dua Ummi sayang.

Monday, April 16, 2012

Aduh...Jatuh....

Sejak 2 3 hari yang lepas, Ummi perasan dah makin banyak words yang Fateh pandai sebut. Antaranya...

"Jatuh..." bila ada something yang dia atau Ummi tengah pegang terjatuh.

"Aduh!" atau "adoiii" bila dia sakit terhantuk or terkepit kat mana-mana.

"Nah.." bila nak bagi something yang dia tengah pegang dekat Ummi.

And ada lagi beberapa words yang Fateh dah pandai sebut. Tapi yang 3 ni paling kerap digunakan.

Bab memanjat memang dah pakar. Tiru apa yang Ummi dan Abah buat pun dah cekap. Sekali tengok je dah boleh copy. Contohnya bila Ummi baca doa lepas solat, dia akan cepat-cepat datang kat Ummi, duduk atas riba, dan tadah tangan sama. Sweet sangat :)

Oh lupa pulak Ummi, tiap kali naik kereta, Fateh akan sebut "bah...bah..." setiap kali dia nampak bas kat atas jalan raya tu (sebenarnya bas. Tapi S tu tak jelas. Macam BM pasar jela)

Dan satu lagi yang Ummi suka. Tiap kali Ummi selesai mandikan Fateh, automatik dia akan cakap, "daaaahhhh..."
Means dah siap mandi la :) hehehe...

Sunday, April 15, 2012

Nasib My First Touch and Feel Book Fateh


Buku ni dihadiahkan oleh EnfaMama Club masa ulangtahun kelahiran Fateh yang pertama Januari lalu. Masa baru dapat, Ummi ada cuba bagi Fateh touch n feel benda-benda kat dalam buku ni, tapi dia macam tak berminat. So Ummi simpan dulu. Baru-baru ni Ummi cuba lagi. Nampaknya dia suka :)

Isi dalam. Ada dua muka surat je. And ada empat benda je yg boleh disentuh dan rasa. Star tu just rasa licin je, Hat rasa kain baldu, Net tu rasa jaring la, and Bib tu dia letak sapu tangan yang murah tu.

Perasan tak bahagian Net kosong je. Fateh dah bawak keluar jaring dia. Sadis betul...

Habis satu muka surat dikoyaknya. Sebenarnya Ummi dah selotape kat tepi-tepi keliling buku tu. Tapi kan Ummi dah cakap haritu...Anak Ummi ni "HENDAK SERIBU DAYA"

Fateh dengan bangganya mempersembahkan buku dia yang dah koyak rabak tu dekat Ummi. Siap menyerongeng nampak gigi lagi.

Monday, April 9, 2012

Makin manja lah anak Ummi sayang ni..

Sejak akhir-akhir ni, Fateh sangat-sangatlah manja dengan Ummi tau? Ummi taktau la apa yang tak kena. Tapi fateh sebolehnya taknak berenggang dengan Ummi langsung. Kalau Ummi tinggalkan dia, dia akan menangis sampai meleleh-leleh air mata n hingus. And muka pun nampak sedih sesangat. Kadang2 Ummi nak masuk bilik air sekejap je pun. Tapi Ummi boleh nampak perasaan "takut ditinggalkan" pada wajah Fateh.

Kesiannya anak Ummi ni...Tak sampai hati Ummi nak tinggalkan dia walaupun sekejap.

And lagi satu, if Fateh dengar je Abah start enjin kereta, secara automatiknya dia akan menangis n terus kelam kabut cari Ummi sambil dok panggil "Ummi...Ummi..."

Tapi anak Ummi ni masih lagi soleh macam dulu. Cuma dah semakin lasak je. Sekarang kalau time main, Fateh akan main sungguh-sungguh. Fateh akan explore sungguh2 apa yang ada di sekeliling dia. Pastu time tidur....lena sesangat sampai Abah panggil2 nama Fateh pun langsung dia tak sedar.

Gaya tidur Fateh :)

Masa Abah pergi umrah haritu, Fateh ada satu tabiat tidur yang berlainan daripada biasa. Ni cerita kat kedai. Kalau kat rumah, cara tidur dia takde perubahan pun.

Biasanya kalau Fateh dah letih dan meragam, Ummi akan susukan dia sampai tertidur. Then Ummi akan letak dia kat dalam playpen, halakan kipas ke arah dia supaya dia tidur lena dan lama. Dapat la Ummi settle beberapa kerja.

Dalam 10 ke 15 minit selepas tu, Fateh akan bangun, duduk, tengok Ummi, bunyi suara sikit, then dia akan tidur semula dalam posisi camni......

Tidur sambil duduk. Tengok tu, sampai jatuh2 badannya.

The other day, tidur camtu jugak. Ummi letak bantal atas riba Fateh supaya dia tak mudah terkejut.

Close up. Nampak benor letihnya anak Ummi ni :)