CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, December 28, 2012

Adik Fateh

Irdina bt. Abu Fida
(Kehormatan Kami)
18 Disember 2012
3.05 kg, 2.00 am,
Hospital Besar Ipoh

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 6, 2012

Ramai yang nak deliver baby hujung tahun ni atau awal tahun depan kot?

Masa pregnantkan Fateh dulu Ummi ada tulis entri tentang persediaan utk menyambut kelahiran baby. Bukan ada input apa sangat pun. Cuma cerita tentang shopping barang2 baby and apa yg dibeli. Ada la juga tunjuk gambar sikit-sikit. Maklumlah anak pertama. Excited lebih sikit..

Akhir2 ni Ummi tengok ramai yg baca entri tu hasil daripada carian "Persediaan menyambut kelahiran". Kalau tengok kat statistik, entri tu mesti ada lah dalam top 5.. Memula dok belah bawah2 je. Sekarang dah berada di anak tangga kedua.

Means ramai yg tengah survey apa persediaan yg perlu dibuat kan..mungkin sekarang musim orang nak deliver baby kot? Hehehe...

Memang seronok nak menyambut orang baru dalam keluarga. Ummi dulu pun cari selagi ada entri berkaitan persediaan nak sambut baby ni semua. Bukan apa, takut ada yg ter'miss' terutamanya senarai kelengkapan yg nak dibawa ke hospital. Ada orang bagi list simple je. Ada pulak yg bagi betul2 detail.

Utk second baby ni Ummi ada la juga search..tapi tak ikut bulat-bulat. Sebab mengingatkan pengalaman pertama dulu macam mana, dah boleh agak dahla sikit2 apa yg perlu bawa dan apa yg tak perlu. Buat apa nak hangkut semua kalau kita tak pakai kan.. :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 5, 2012

Sanah Helwah Itqan Soleh sayang



Alhamdulillah, hari ni genap sudah usia Itqan anak susuan Ummi 1 tahun. Besar dah kamu ye! Ummi ingat lagi, dulu masa kamu belum ada, 2 minggu sekali Ummi kamu berulang datang Ipoh nak jumpa dan main dengan abang Fateh. Tak lama lepas tu dengan kuasa Allah wujudlah kamu dalam rahim Ummi kamu. Kami semua gembira tak terkata dan rasa bersyukur sangat2. Penantian selama 3 tahun berakhir juga akhirnya...

Itqan sayang...
Tahu tak kamu betapa sayangnya kami pada kamu. Walaupun jarang berjumpa, Ummi selalu teringat-ingat gelagat dan gelak tawa kamu. Kuat gelak anak Ummi yg sorang ni kan? Pastu mesti buat Ummi pun tergelak sama hehehe..

Itqan Soleh sayang...
Ummi sentiasa mendoakan agar kamu membesar menjadi hamba Allah yg soleh lagi musleh. Jadilah anak yg sentiasa berbuat baik kepada Ummi dan Abi mu. Dan jadilah anak yg sentiasa membahagiakan mereka walau di mana pun kamu berada. Hargai pengorbanan mereka membesarkan kamu dengan segala penat lelah. Moga kamu mendapat darjat yg mulia disisi Allah swt insyaAllah.

Salam sayang dari Ummi De sekeluarga. Muahh muahh!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 4, 2012

Lebih suka burger tepi jalan :)

Tadi masa Fateh baru tidur Ummi duduk la mengadap pc Abah. Abah pegi tolong angkat barang kawan dia pindah rumah, dapatla Ummi tumpang guna pc puas-puas, hehe.. Tetiba ada la sorang sis ni masuk kedai sambil senyum2. Ummi pun senyum juga. Muka kena manis kannn nak layan customer. Pekerja gi makan, Ummi pun keluar la dari pejabat nak layan sis tu.

Sis tu bagi salam. Ummi pun jawabla dengan senang hati. Baru je nak tanya "ye kak nak beli apa?" Tetiba terus je sis tu duduk kat depan meja kaunter and keluarkan something dari beg dia. Kupon Burger King.

Alamak.. Saleswoman rupanya.....

Sis tu pun mula la pot pet pot pet bla bla bla promote pasal kupon BK dia.

SW: bla..bla..bla...kak beli la kak. Murah je. Ni kalau ikutkan jumlah semua ni 200 lebih. Tapi akak beli kupon ni 25 ringgit je. Akak boleh makan burger puas2 tau.
UMMI: eh takpelah. Saya tak berminat la..
SW: ala kak..makan la burger sebelum beranak ni. Belanja family pun boleh..
UMMI: taknak..taknak.. Takpelah. (senyum dah makin mengendur)
SW: sedap ni kak. Macam2 burger ada. Akak boleh try semua. Makanlah burger..sebelum beranak ni..belanja family boleh..kawan2 pun boleh. Murah je.. Kupon ni valid sampai bulan 3 tahun depan.
UMMI: takpe takpe. Saya taknak.
SW: ok takpe. Terima kasih! (sambil tutup balik kupon tadi dengan kasarnya)

Maaflah ya sis.. Saya memang tak pernah makan BK and tak rasa nak makan pun. Kalau nak dikira murah, rasanya burger kat tepi jalan lagi murah kan? Lagipun Ummi tak suka burger yg formal2 ni.. Tak nampak menggiurkan. Ace kalau burger kat tepi jalan nu..dengan sos and mayonis meleleh-lelehnya..memang menyelerakan betul. Tak caya tanya Abah. Harga murah. Puas pun puas kita nak memakannya. Hehe.. Ni Ummi la.. Orang lain idak le pulak Ummi tau..Lain orang lain seleranya kan. :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ziarah makan durian :)

Minggu lepas kalau tak silap Ummi, family Ummi datang tidur kat rumah sebab nak makan durian, sekali gus nak ziarah mak buyung yang dah tak lama dah nak meletop nih, hehe.. Yang datangnya Aki, Wan, Ayngah, Makcik, Pakcu.. Mak Long ngan Itqan pun ada sebab Mak Long tengah bercuti kat Pahang.

Ummi tak tau pun diorang semua nak datang sebab Abah rahsiakan. Abah cuma cakap ada kawan dia sekeluarga nak datang makan durian and tidur, so Ummi kena masak nasi ayam banyak-banyak. Ummi ikutkan aje la.. Tengok2 rupa-rupanya...Surprise.. :)

Bajet nasi ayam malam tu agak lari sikit sebab ada sepupu Abah tiba2 datang bawak kawan 5 orang tak bagitau. Tapi alhamdulillah semua dapat makan sampai kenyang, insyaAllah.. Lewat malam tu Abah bawak Ayngah gi kutip durian kat kebun sebab Ayngah dah tak menyabor-nyabor nak makan durian. Takleh tunggu esok dah. Ate hantu durian kan.. Tapi yg membalun malam tu bukan Ayngah sorang. Mak Long ngan Makcik pun sama naik jugak..

Esoknya Abah ngan Ummi plan nak buat ayam ngan ikan keli bakar pulak. Aki pagi-pagi lagi lepas solat Subuh terus makan durian. Malam masa orang lain makan Aki dah tidur sebab letih drive. Aki pun boleh tahan jugak hantunya kalau makan durian nih :)

Abah beli ayam dan tangkap ikan keli kat dalam tangki tepi rumah. Ummi pulak sediakan bahan perapan. Tapi tak perap pun. Lepas gaul2 semua bahan tu terus je mula membakar.

Tengah sibuk membakar, dua orang budak yg tadinya aktif tak sudah2 dah pun syahid...


Pastu tetiba Abah pulak dapat panggilan mintak tolong tarik ikan kat lombong mana tah. Besar ikannya. 7.2 kilo, ikan ara (orang utara panggil rohu). Abah cakap rezeki Aki. Asal Aki datang je mesti orang dapat ikan besar atau dapat banyak ikan. Aki pulak cakap, "Abu minat ngat mancing. Melompat tinggal ayam bakor bila orang call mintak tolong tarik ikan" haha..

Menu makan tengahari tu ayam bakar, ikan keli bakar, ikan ara pun bakar gak separuh, sayur bayam, pastu ada tempoyak (Ummi gaul ngan gula dan garam, stail orang Pahang), sambal bilis tumbuk, salad, dan makanan tambahan, roti cicah kuah deroyan terbaikkk.

Lepas solat Zohor semua bersiap-siap nak balik dah.. Ummi ngan Abah bawak Aki ngan Wan semua gi tengok rumah Mak dulu sebelum diorang balik. InsyaAllah kalau Ummi belum bersalin dapatlah jumpa lagi 13hb ni masa Ayah Ude nikah kat Pahang. Dapat biras orang Pahang, ada geng la Ummi :)

Thursday, November 29, 2012

Admitted ward for 2 days


Selasa baru ni Ummi ada appoinment kat hospital besar Ipoh. Diorang tengah follow tentang uri kat bawah. Then that day diorang scan tengok uri dah ok, dah naik ke atas and kepala baby dah turun. Syukur alhamdulillah. But yg mengecewakan Ummi, doktor tiba-tiba cakap Ummi kena admit ward sebab hb sangat2 low. Macam nak nangis je rasa tau..tak suka sangat2 kena masuk wad, huhu..

Patutnya lepas dapat surat admit ward daripada doktor tu kena gi makan sekejap then terus gi daftar and serah diri. Tapi Ummi mengelat sikit la.. Gi makan kat luar dulu. Pastu siap balik rumah konon-kononnya nak amik barang2 je, tapi bantai makan minum solat tidur sampai pukul 3 lebih. Tidur ngan Fateh puas2 sebelum nak tinggalkan dia utk berapa hari yg belum pasti. Sob..sob...

Pukul 4.30 ptg baru daftar masuk. Pastu paksa pulak Abah gi beli roti, biskut, air ngan buku sebab tau dah duduk wad mesti boring jiddan2. Nak main hp sangat tak boleh sebab tempat cas kena tumpang kat katil kawan sebelah. Kalau kerap sangat mengecas nanti mengganggu dia pulak kan..

Rutin duduk kat wad ialah kena amik darah, tekanan darah, cek jantung baby, buat ECG, bersoal jawab dgn doktor and nurse, solat, makan, tidur, baca buku, dll. Part yg paling best, duduk mengadap pintu bilik pastu tengok orang kena sorong gi labor room. Hala pegi perut kembung, hala balik dah ada baby sekali. Bestnyaaa... Selain pada tu, duduk kat tepi tingkap merenung orang mesin rumput dan sapu sampah kat luar selama berjam-jam lamanya. Bayangkanlah betapa boringnya Ummi..hukhuk

Second day, doktor datang cek. Doc cakap dah takde apa yg perlu dirisaukan. Kalau takde apa2 bolehla Ummi discharge petangnya. Ummi pun menunggu la hadirnya petang dengan penuh kesabaran. Masuk asar terus amik wudhu' solat.

Sampai waktu melawat tunggu punya tunggu takde pulak diorang datang inform apa2. Laju je kaki melangkah gi kaunter tanya dah boleh keluar ke belum. Diorang cek kat komputer dan cakap, "ok puan dah boleh keluar. Panggil suami datang utk urus proses discharge ye.."

Alhamdulillahhh. Terus call Abah laju-laju suruh datang cepat2. Tersiksa sangat dah jiwa ni duduk dekat wad. Tunggu Abah lambat sikit je terus hantar mesej pulak,



Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 23, 2012

Salad dah bertukar menjadi.....

19hb yg lepas, saya dan ipar duai merancang satu majlis untuk meraikan hari lahir mak mertua. Perancangan di saat-saat akhir, makanya kami buat apa yg sempat aje lah...

Iman, adik ipar saya menawarkan diri utk membuat makaroni bakar. Saya pula diminta utk menyediakan menu nasi ayam. Sejam lepas berbincang, kelam kabutlah kami ke sana ke mari mencari bahan2.

Bahan2 utk nasi ayam saya cari di Econsave kecuali salad sebab mereka dah kehabisan stok. Memandangkan masa tu hari dah lewat petang, kek pun belum dibeli, maka kami pun bahagi tugas. Saya dan Iman pergi beli kek, Umar biras saya dan Naman (adik ipar) pula pergi Billion beli salad dan minced meat utk makaroni bakar.

Tengah sibuk2 pilih kek dengan Iman, tetiba Umar call.

UMAR: Kak, salad kat sini ada 2 jenis. Satu yg panjang, satu lagi pendek. Nak beli yg mana yek?
SAYA: Ermm yg mana nampak lagi elok?
UMAR: Rasanya yg panjang kot..sebab yg panjang ni nipis sikit saladnya. Beli yg panjang lah ya..
SAYA: Ha ok..

Habis pilih kek, saya ngan Iman tunggu kat kedai tu sampai Umar ngan Naman datang. Masuk je diorang kat dalam kedai tu terus mata saya terpandang suatu benda yg pelik kat dalam beg plastik yg diorang bawak.

Sayur sawi. 3 ikat.

Aik..ni sawi ni.. Buat apa korang beli? (tanya la sebab rasa macam takde pesan suruh beli sawi pun)

Umar ngan Naman dah mula terpinga-pinga. Siap garu2 kepala lagi. Selidik punya selidik, rupa-rupanya diorang tersalah beli. Dua2 tak kenal salad dan menganggap sawi itulah salad! Hahaha.. Jenuh kami bergelak kat dalam kereta. Macam takleh nak bayang je camne la orang kena makan nasi ayam dengan sawi tu mentah2. Dahla sawi yg jenis besar dan panjang pulak tu.. :D :D :D

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 22, 2012

Check Up @ 36 Weeks

20/11/2012, Selasa (Malam)

Abah bawa Ummi pergi scan kat klinik Dr Rusnah. Alhamdulillah, Doktor cakap berat baby dah mencecah 2.6kg..Ini cuma anggaran je sebab bahagian atas kepala baby dah tak nampak, sebab kepala dah mula masuk ke laluan. Means tak lama dahla Ummi akan melahirkan si kecil ni..

Doktor juga dah maklumkan, baby kali ni adalah perempuan. Scan sebelum ni pun memang dah nampak perempuan..cuma Ummi je yang tak yakin. Sebab tengok bentuk perut sama je macam masa mengandungkan Fateh dulu. Bezanya kali ni Ummi rajinnn sesangat mencuba resepi2 baru, tambahan dah ada oven baru pulak.

Lelaki atau perempuan Ummi tak kisah. Yang penting permata hati Ummi dan Abah ni sempurna dalaman dan luarannya, serta sihat dan menjadi anak yg soleh solehah hendaknya. Ameen..

Ada juga yg merisaukan. Doktor cakap tali pusat ada banyak kat depan muka baby. So doktor minta Ummi alert dengan pergerakan baby sebab bimbang tali pusat terbelit kat leher baby. Na'uzubillahi min zaalik. Minta tolong semua doakan keselamatan dan kesihatan Ummi dan baby ya...

21/11/2012, Rabu (Pagi)

Pagi-pagi lagi dah bergegas gi klinik kesihatan Gunung Rapat utk amik FBC. Result adalah seperti selalu, mengecewakan. Hb tetap tak naik2 walaupun dah telan bermacam-macam jenis ubat. Kali ni Hb Ummi 8.6, so kena refer ke doktor la..

Yg lain semua ok alhamdulillah..Berat naik tak banyak sangat walaupun dalam minggu ni banyak juga lah Ummi balun durian.

Nota kaki: Gementar menunggu saat utk melahirkan walaupun ni dah pengalaman yg kedua. Macam2 terfikir kat dalam kepala ni. Apa tanda yg turun nanti? Sakit lama mana? Susah ke mudah kali ni?

Fateh Arraziq yg semakin pandai nak bermanja dan merajuk dengan Ummi. Macam tau2 je adik dia dah nak  keluar :) 


Tuesday, November 20, 2012

Nak jual mahal ye...

Fateh ni kalau Ummi nak amik gambar dia manjang buat muka serious je. Tak best langsung. Elok Ummi habis snap je karang terus dia senyum manja. Saje tau..

Gambar ni pun memula Ummi amik dia buat muka serioussss je..pastu Ummi nyakat2 terus senyum2 suka sangat. Sekarang baru Ummi tau taktik nak bagi dia senyum bila nak tangkap gambar, hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 17, 2012

Fateh Arraziq @ 1 tahun 10 bulan

Alhamdulillah...
Besar sudah anak soleh Ummi Abah :)

Makin besar bermakna makin banyaklah ragamnya. Dengan kerenah si anak yang sedang membesar ni, kadang2 rasa nak tergelak pun ada. Tambahan pulak Fateh ni mulutnya asal bangun tidur je mula la pot pet pot pet tak berenti.

Perkembangan Fateh buat masa ni...

1) Tak boleh  nengok Opah dia makan. Mesti nak mintak.. "Opah..nak catu je..nak catu je.."
Ha'ah memang la.. Sekali mintak, satu.. Karang mintak lagi satu..lagi satu..dan lagi satu...

2) Bangun malam kalau nak menyusu dengan Ummi, gerakla Ummi. "Miii..nak cucu..nak cucu.." sambil buat muka manja dia. Kalau nak susu botol pulak mesti akan gerak Abah, "Abah..angun..buat..buat.."
Sebab Ummi dah sarat ni tak larat nak bangun malam2 buat susu. Selalunya Abah la..Fateh pun dah faham. Kadang2 je Ummi yg bangun. (Abah boleh dapat anugerah bapa mithali nih :p)

3) Bangun pagi mesti ada je benda nak dicakapnya.
"Ummi anne??..ha..Abah anne??.." (sambil angkat tangan and bahu sikit beserta dengan mulut muncung dan muka yg penuh dengan tanda tanya)

4) Suka berebut mathurat atau Quran dengan Abah lepas subuh. Abah nak baca, dia pun lebih2 lagi semangat nak membaca. Abah mithali pun layankan aja le...

Pagi tadi bangun tidur je terus mintak kat Ummi flash card Alif Baa Taa. Flash card tu dok kat atas meja solek, Fateh nak amik sendiri tak sampai. "Mii..amik Aa..amik Aa.." sambil tunjuk2 kat flash card tu. Fateh panggil Aa sebab flash card tu huruf berbaris atas. Jadi bunyinya Aa, Baa, Taa, Tsaa...

5) Suka sangat2 makan buah. Pastu panggil biji buah tu "tulang"..haha.. Tapi dia tau la yg "tulang" buah tu takleh makan. Kena buang sebab "baahaayaaa..."

6) Suka2 hati dia je nak panggil orang dengan panggilan lain. Kadang dipanggilnya Abah tu Abang. Paksu dipanggilnya Aman je.. Kalau dengar Abah panggil Ummi "Syah", mesti dia akan panggil Syah jugak. Dengar Ummi panggil Abah "Yang" dia pun nak panggil "Yang" jugak. Kadang2 nak cari Abah dilaungnya, "Abu..! Abu...!" hahaha.. Kalau Pak Chor pandai pulak dipanggil Achor..

7) Semua yg berpangkat adik seperti baby dan lain-lain akan dipanggil UNAIS. Sebab selalu sangat jumpa Unais anak Ibu Long dia, Ummi dah ajar, yg ni adik Unais.. So dia ingat semua yg bernama adik adalah Unais, termasuklah adik yg di dalam perut Ummi ini. Sungguh sadis.. Jenuh dah Ummi betulkan sampai nak kena ajar dia, yg kat dalam perut ni bukan Unais..tapi adik baby...

8) Mudah nak gosok gigi, tapi kena Ummi la yg gosokkan sebab dia tak berapa pandai lagi nak gosok sendiri. Pastu sambil menggosok tu kena buat bunyi-bunyian yg dia boleh ikut seperti aaaaaa...eeeeeeeee... Kadang2 Ummi suruh  dia kira ada berapa ekor ikan (sticker) kat pam tandas tu.

9) Dah pandai ayat Ummi kalau nak apa-apa. Di permulaan ayat harus ada "ayangg Ummi..." pastu barula masuk kepada tujuan sebenar "Mii..nak tot..nak tot.." (nak ikut) sambil hulur tangan minta didukung.

Anak soleh ni tengah sibuk menolong Abahnya. Abah nak pecahkan simen sebab nak pasang semula tile yg dah nak tercabut. Fateh pulak ramas-ramas polisterine sampai hancur then sepah-sepahkan kat situ.

Wednesday, November 14, 2012

Fateh baca Al-Quran

Salah 1 perkara yang buat Ummi happy sangat2 ialah anak soleh Ummi Abah ni suka sangat baca Quran.

Setiap pagi Fateh akan bangun sekitar jam 5.30 pagi, minta susu dan tidur semula. Then Fateh bangun pulak jam 6.30 pagi. Time tu kalau Ummi atau Abah masih lagi di atas sejadah, Fateh akan terus bangun dan ambil Al-Quran dekat rak, and bagi kat kami suruh baca.

Kadang2 dia yang pegang sendiri Quran tu, duduk atas tilam and belek satu persatu muka surat sambil buat2 macam tengah baca. Sejukkk perut Ummi mengandungkan Fateh. Alhamdulillah.. :)

Kadang kalau Ummi ngan Abah solat berjemaah, Fateh akan ikut Abah baca Al-Fatihah dari mula sampai habis. Tapi dengar bunyi yg hujung2 ayat jela, hehe.. But Ummi nampak Fateh akan berhenti main and fokus pada bacaan Fatihah Abah setiap kali Abah alunkan ayat suci tu..

One more thing, Fateh suka sangat dengar azan dilaungkan. Kalau azan tu kat tv, Fateh akan berhenti buat benda lain and duduk diam2 kat depan tv sampailah azan habis. Kalau azan tu datangnya dari jam kat bilik Moyang, jawabnya tercegatlah dia kat dalam bilik Moyang sampai habis azan tu..

And setiap kali terdengar bunyi azan, Fateh akan datang kat kami dan cakap,
"Mii..ajan..colat..colat.."
"Abah..dah ajan dah. Colat.."

Terharunya bila anak yg masih kecil dan belum mengerti apa2 mengingatkan kita tentang solat. Semoga Fateh Arraziq terus membesar menjadi anak yg soleh lagi musleh. Amiiinnn.

Khusyuknya anak Ummi ni baca Quran...

Yg ni sampai koyak2 Quran tu dibuatnya.

Monday, November 12, 2012

Gunting rambut :)





Salah satu gelagat Fateh yg mencuit hati Ummi, bila kena gunting rambut, dia akan jadi layannn je and ngantuk2 macam best sangat je orang pegang2 kepala dia.hehe..

Tapi senang juga camtu sebab bila bawak dia gi gunting rambut, diam jelah dia sampai orang tu habis menggunting. Takde meragam2 langsung walaupun kami bawak dia gi menggunting time dia mengantuk.

Yang lawaknya ada sekali tu layan sangat sampai terbuka je mulut sampai meleleh-leleh air liur, hehehe.. Fateh..Fateh...anak bertuah sungguh.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 11, 2012

Tragedi Aidil Adha 2012






Kejadian ni berlaku pada pagi raya kedua. My MIL minta tolong hubby bukakan lemang. Masa tu saya tengah duduk membaca buku kat meja depan. Hubby buka lemang kat meja makan. Dari meja depan tu boleh nampak straight ke meja makan..

Hubby cakap lemang tu agak susah nak dibuka, tapi dia paksa juga. Allah izin lemang tu bidas terkena la kat tangan hubby. Darah menitik laju macam air paip, habis ke serata rumah.

Hubby sampai menggelupur sekejap, pastu berjalan keluar pergi kat tepi longkang. Tapi actually dia tak sedar. Mungkin sebab nak pitam, badan jadi hilang kawalan. Dia kata sedar2 je dah ada kat tepi longkang.

Adik ipar tolong bawa gi klinik..kena jahit 5 jarum. Balik tu dah boleh gurau2 asyik dok angkat peace je. Lepas seminggu doktor suruh datang buka jahitan. Tapi luka belum betul2 baik lagi..

Dah tau luka belum baik, gi menebas pokok pulak. Separuh daripada luka terbuka semula. Tak sanggup nak tengok, huhu.. Sekarang alhamdulillah dah makin baik. Isi semua dah bercantum semula :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 9, 2012

Pemergian Ummi, pautan paling kemas dalam ingatan

Jika ditanya pada saya kisah atau kenangan yg paling kemas tersimpan di ingatan, sudah tentu saya akan berkata, "saat pemergian Ummi tercinta..."

Benar. Biarpun 8 tahun sudah berlalu, ianya masih tetap segar dan tersimpan kemas dalam ingatan hingga kini. Ketika arwah Ummi baru beberapa hari meninggalkan kami, seseorang telah berpesan kepada saya,
"awak jangan sesekali lupa pada arwah Ummi. Ingatlah dia sampai bila-bila. Jangan masa mula-mula ni je awak ingat kat dia, lama-lama nanti lupa.."

Ketika itu saya terfikir, bolehkah seorang anak melupakan ibunya yg telah pergi? Mungkinkah perkara seperti ini akan terjadi? Kalau benar, jauhkanlah saya dari perkara sebegitu! Moga2 Allah golongkan saya dalam golongan orang yg takkan lupa Ummi sampai bila-bila. Itu harapan saya pada ketika itu.

Saya masih ingat....
Ummi tiba-tiba jatuh sakit sebulan sebelum saya menduduki percubaan SPM. Kata Abah, Ummi tiba-tiba collapse di dapur ketika waktu maghrib. Ketika itu Ummi sedang mengasingkan isi durian dengan bijinya utk dibuat tempoyak. Abah bergegas bawa Ummi ke hospital mentakab. 2 hari di wad, Ummi dibenarkan pulang.

Kalau nak diikutkan, pihak hospital beri Ummi appoinment di hospital kuantan dua bulan dari tarikh Ummi warded. Tapi Allah nak izin, beberapa hari selepas keluar wad Ummi diserang sakit kepala yg teramat sangat. Abah dah tak boleh menunggu lagi. Abah bawa Ummi ke Kuantan Medical Centre. Dari KMC Ummi dipindahkan ke hospital kuantan (HTAA).

Saya ingat lagi. Beberapa hari Ummi di wad, saya telefon utk bercakap dengan Ummi. Suara Ummi masa tu betul-betul lain. Bukan macam suara Ummi yg selama ni saya dengar. Suara Ummi seperti suara budak kecil yg sedang dalam kesakitan. Teramat sangat. Saya tanya Ummi,

"Ummi...Ummi ok?"
"sakit..."

Itu aje yg Ummi jawab. Betul-betul macam budak kecil yg tengah mengadu kesakitan pada ibunya.
Air mata terus mengalir....

"Ummi...de nak balik.. Nak tengok Ummi..."

Ummi tak jawab. Tapi Ummi passing telefon pada Abah. Abah cakap gelombang telefon buat sakit kepala Ummi datang kembali.

"Abah..de nak balik.. Nak tengok Ummi.."
Saya dah mula menangis teresak-esak.

"Tak perlulah balik.. De doa je dari jauh. Abah ada jaga Ummi kat sini"

Saya terus menangis dan menangis... Peritnya rasa tak dapat nak menjenguk Ummi yg sedang sakit.
Hampir sebulan Ummi warded di HTAA. Dalam tempoh itu Along dan Abahlah yg menjaga Ummi. Kata Along, setiap kali sakit kepala datang menyerang, Ummi akan termuntah dan terberak. Kadang-kadang hingga menyebabkan Ummi pengsan. Betapa beratnya sakit yg Ummi tanggung.

Suatu hari, warden panggil dan beritahu, Abah suruh segera pulang. Hati saya mula gundah gulana. Saya tahu sesuatu pasti  berlaku. Mungkin keadaan Ummi dah semakin teruk. Nauzubillah... Saya minta dijauhkan semua perasaan2 itu.

Saya telefon Along utk bertanya apa yg terjadi.

"Awak balik je dulu. Jangan fikir apa-apa"

Di belakang suara Along, saya terdengar bunyi suara seseorang sedang sesak nafas.

"Itu suara siapa tu Long?"
"Ummi..."
"Ha?? Ya Allah..."

Air mata terus mengalir deras. Saya letak telefon dan terus naik ke bilik mengemas serba sedikit pakaian. Perjalanan pulang ke Kuantan dirasakan amat panjang. Hati saya langsung tak tenteram.

Setibanya di hospital, saya dimaklumkan Ummi sudah koma. Sebelum saya tiba, Ummi telah berhenti bernafas dan doktor mengambil masa selama 12 minit utk menjadikan jantung Ummi kembali berdenyut. Allahu Allah..beratnya ujian ini...

Saya cium-cium kedua2 belah pipi Ummi. Sejuk. Tiada respon. Hati saya menjerit-jerit...

"Ummi! Bukalah mata... De nak bercakap dengan Ummi.."

Beberapa hari di hospital, masih tiada perkembangan positif. Setiap hari kepala Ummi di scan utk mencari punca penyakit. Namun hasilnya mengecewakan. Abah yg dah mula risaukan pelajaran saya menyuruh saya pulang ke asrama. Saya hanya menurut. Namun beratnya hati ini hanya Allah yg tahu.

Dalam kelas, fikiran saya asyik menerawang teringatkan Ummi. Mujur juga Abah bekalkan saya handphone. Maka setiap saat saya ternanti-nanti jikalau ada panggilan kecemasan dari Abah.

Kali kedua saya pulang, Ummi telah dipindahkan ke wad HDW. Sepatutnya Ummi ditempatkan di ICU, tapi disebabkan ICU terlalu penuh, mereka tempatkan Ummi di HDW.

Setiap hari kami adik beradik termasuk Abah bergilir-gilir menunggu Ummi di dalam sambil membacakan ayat2 suci Al-Quran di telingan Ummi. Saya tak henti-henti berharap..

"Ummi...bukalah mata...bukalah mata... De rindu sangat nak berbual dengan Ummi..."

Namun setiap kali Ummi membuka mata, saya hanya mampu merenung Ummi seketika dan terus melarikan wajah saya ke arah lain. Saya taknak Ummi lihat air mata yg bertakung di kelopak mata. Betapa sakitnya kerongkong saya menahan sebak. Ummi bukannya boleh bercakap. Tiub pernafasan ada di kerongkongnya.

Kata doktor, keadaan Ummi agak kritikal kerana walaupun berada dalam keadaan tidak sedar, otak Ummi sentiasa memikirkan tentang anak2 dan suami. Anak2 dah makan ke belum.. Makan pakai suami macamana.. Jadi doktor sarankan agar kami tak menampakkan air mata di depan Ummi. Kalau tidak Ummi akan bertambah risau dengan keadaan kami.

Selepas beberapa hari di hospital, kami adik beradik berbual dengan Abah. Saya beritahu Abah,

"De nampak dahi Ummi berpeluh.." (sedangkan aircond sangat kuat)

Abah terdiam. Kemudian Abah berkata,
"Abah risau.. Selalunya kalau berpeluh tu tandanya orang tu tengah nazak. Abah harap anak-anak bersedia menghadapi apa jua yg bakal terjadi selepas ini.."

Ya Allah... Betul ke apa yg aku dengar ni.. Aku tak sanggup ya Allah...aku tak sanggup ya Allah...

Petang itu Abah meminta saya pulang ke asrama kerana esok sudah hari kedua percubaan SPM berjalan. Saya membantah. SPM boleh diambil bila-bila. Ummi kalau pergi, tiada berganti lagi. Saya tak mahu menyesal sampai bila-bila. Biarlah pelajaran diketepikan dulu buat masa ini.

Abah tetap memujuk supaya saya pulang ke asrama. Kata Abah, Allah ada utk menjaga Ummi. Beberapa orang ibu dan bapa saudara turut memujuk saya. 

Akhirnya saya mengalah. Saya menaiki bas dengan hati dan jiwa yg berkecamuk! Bas bertolak jam 8 malam. Dalam bas, saya cuba utk melelapkan mata walaupun sukar. Jam 4 pagi saya mendapat panggilan dari Abah yg meminta saya berpatah balik. Ketika itu bas baru sahaja melepasi daerah Sungai Petani. Serabutnya fikiran pada masa itu hanya Allah yg tahu.

Abah tak beritahu apa yg telah berlaku. Cuma berkata, "turun di stesen bas terhampir". Jam 6 pagi bas tiba di Alor Setar. Seorang pakcik telah sedia menanti dengan tiket bas ke Butterworth. Saya bergegas menaiki bas dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik tersebut. Hampir jam 8 pagi barulah kami bertiga (saya, adik, dan seorang kawan) tiba di Butterworth. Dari sana kami dibawa pulang ke Temerloh menaiki kereta seorang kenalan Abah.

Sepanjang perjalanan kami hanya mendiamkan diri. Saya merenung cermin di sebelah kanan, adik pula merenung cermin di sebelah kiri. Bermacam-macam andaian bermain di fikiran, namun saya cuba tepis andaian2 tersebut biarpun ia dirasakan mungkin logik.

Sekejap2 pakcik itu menjawab panggilan telefon. Daripada perbualannya, saya dapat mengagak kami perlu tiba selewat-lewatnya pukul 3 petang. Kalau tidak? Saya sendiri tak dapat mengagak.

Dapat mesej dari Ummi Shahbatun,
"Aisyah terus balik rumah Tok ya. Tak payah pergi hospital"

Hati bertambah-tambah tak sedap. Fikiran cuba menepis-nepis andaian yg mungkin benar. Saya cuba juga utk positif. Sampai sahaja persimpangan keluar tol Temerloh, pakcik bersuara,
"Aisyah..Fatimah.. Pakcik nak beritahu sesuatu ni. Bersabarlah ya. Setiap ujian dan dugaan tu pasti ada hikmahnya. Sebenarnya Ummi Aisyah dan Fatimah dah tak ada.. Sabar ya..."

Saya dan adik diam tak menjawab sepatah pun! Benarlah telahan saya kini.

Belum pun tiba di rumah Tok, kami berselisih dengan beberapa orang kenalan Ummi.
"Terus ke masjid ya.." kata mereka.

Kami terus berpatah balik ke masjid. Setibanya di masjid, saya yg masih lagi tenang terus turun dari kereta dan bersalaman dengan beberapa orang kenalan Ummi dan ibu saudara yg berada di luar masjid. Soalan pertama saya,
"Ummi mana?"
Ibu saudara terus memeluk saya seeratnya.
"Ummi dah takda sayang.. Orang tengah solat jenazah kat dalam"

Allah...Allah.... Tiada apa yg mampu utk saya ucapkan. Saya tahu Ummi dah tiada. Namun saya seolah-olah baru tersedar dari mimpi bila mendengar bait-bait perkataan ibu saudara. Seolah saat itulah baru saya diberitakan tentang pemergian Ummi!

Saya menangis semahunya. Saat ini terlepaslah segala perasaan yg dipendam selama ini. Saya teringin sangat nak lihat Ummi buka mata, dan kami berbual-bual seperti selalu. Hajat ini tidak kesampaian. Sejak dulu lagi saya teringin sangat memandikan jenazah arwah Ummi andai Ummi pergi dulu dari saya. Hajat ini juga tidak kesampaian.

Saya rasa seperti susah untuk menerima kenyataan yg saya terlewat tiba. Saya tiba selepas segalanya hampir selesai. Saya tak mahu terlepas lagi. Adik-beradik bertaburan. Abah dikelilingi rakan2 utk menguatkannya. Cepat2 saya menitip pesan entah kepada siapa,
"Saya nak cium jenazah Ummi. Jangan kebumikan selagi saya belum tiba"
Dan sepantas kilat saya mencari kenderaan utk ditumpangi ke tanah perkuburan. Adik beradik yg lain juga begitu. Kami tak mengira siapa2 lagi. Asalkan ada kereta yg kosong, kami naik sahaja.

Saya antara yg terakhir tiba di tanah perkuburan. Macam2 dugaan yg Allah hantar di saat2 begitu. Mujur juga orang tadi sempat menyampaikan pesanan saya.

Sesampai di tepi kubur, semua sedang menunggu saya. Jenazah Ummi kaku di situ. Abah duduk berteleku di sebelah sambil menundukkan muka.
"De dah bersedia nak cium?"
Saya mengangguk.
Abah membuka sedikit kain kapan di muka Ummi. Ternampaklah wajah Ummi yg tidak pernah saya bayangkan selama ini. Mata tertutup rapat..kedua-dua lubang hidung disumbat dengan kapas. Mulut juga begitu. Dagu diikat kemas agar mulut tidak terbuka.

Saya terus terlentok di bahu Along dan menangis sepuas-puasnya. Saya seperti tidak percaya melihat jenazah arwah Ummi di depan mata. Susah utk saya menerima kenyataan ini! Air mata tidak berhenti mengalir, deras seperti air paip sehingga saya membatalkan hasrat ingin mencium jenazah.

Abah hanya tertunduk menanti semuanya reda. Tok segera datang ke sisi saya dan berkata dengan sepenuh perasaan,
"De taknak cium ke Ummi buat kali terakhir?? Ini last dah ni. Lepas ni takkan dapat cium dah. Betul ni taknak??"
Saya diam. Bukan saya tak mahu. Tapi saya tak mahu mencemarkan jenazah yg telah suci bersih itu dengan air mata. Air mata ini tak mahu berhenti.. Lagi dikesat lagi dia keluar.
"Ciumlah De.. Kesian Ummi..."
Tok seakan merayu. Saya mengangguk, air mata dikesat berkali-kali dengan kain tuala. Akhirnya dengan penuh berhati-hati, saya tunduk dan mencium dahi Ummi dengan penuh kasih sayang! Buat kali yg terakhir... Itulah peluang terakhir yg tidak akan saya dapat lagi sampai bila-bila. Dahi Ummi yg sejuk, saya ingat hingga kini.

Allah.....Beratnya mahu meneruskan coretan ini.......

Selepas mencium Ummi, kami adik-beradik hanya diam memerhatikan jenazah dikebumikan. Siapa pun tidak bersuara. Rasa sedih, sayu, melihat mereka menurunkan jenazah dan perlahan-lahan memasukkannya ke dalam liang lahad. Satu persatu proses pengkebumian, semuanya masih segar diingatan saya.

Pulang ke rumah, kami terasa sangat kosong. Rumah itu seolah sudah hilang serinya.
Tiada lagi jasad Ummi yg selalu terlena di sofa panjang.
Tiada lagi air tangan Ummi yg amat enak utk kami nikmati.
Tiada lagi suara Ummi menegur kami adik beradik yg sering beramuk bertaki menegakkan hak dan pendapat masing2.
Tiada lagi renungan mata dan senyuman Ummi saat kami berkongsi cerita.
Tiada lagi pelukan Ummi saat kami meluah rasa.
Tiada lagi alunan suara merdu Ummi saat kami membaca mathurat beramai-ramai...

Ummi....
Nama itu, wajah itu,
yg sarat dengan kasih sayang, yg penuh dengan kelembutan,
Tidak akan pernah luput dari ingatan ini.....

Kamu...
Yg masih punya Ibu,
Hargailah dia. Sayangilah dia.
Titik.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

7 weeks to go

Alhamdulillah.. 7 minggu je lagi nak sampai kepada masa untuk Ummi melahirkan. Tak larat betul dah rasa nak membawak perut. Nak bergerak ke mana-mana cukup susah dan menyakitkan. Ummi dah prepare beg kecemasan utk Ummi dan baby.

Masa mengandungkan Fateh dulu Ummi lebih banyak sakit pinggang. Kali ni rasa sakit lebih kepada tulang kat celah kelangkang ni. Mungkin berat kat dalam dah menekan tulang Ummi. So setiap kali nak bergerak Ummi akan rasa sakit kat situ. Berjalan pun kadang2 dah macam orang baru lepas beranak je, hehe..

Kakak kat sebelah kedai Abah ni pun cakap, kali ni perut Ummi nampak lebih besar. Masa mengandungkan Fateh dulu sampai 9 bulan pun tak nampak lagi. Kali ni baru 7 8 bulan dah nampak besar sesangat. Kembar kah?? Cewah...(tak habis2 lagi mood berangan nak anak kembar..tau bukan senang nak jaga twin, tapi dah teringin sangat..takleh nak buat apa dah :p)

Hmm..kalau tak silap ada la 2 3 kali dah Ummi rasa macam baby tengah dok sedu kat dalam tummy ni. Sekali sedu tu lama jugak.. Bila tanya kawan2 kat fb diorang cakap memang baby boleh sedu masa kat dalam kandungan lagi. Huhu pengalaman baru ni.. Dulu masa mengandungkan Fateh tak pernah pun rasa camtu.

Antara beza pregnant kali ni dengan yg first dulu, kali ni Ummi takleh makan ikan langsung tau.. Kalau makan waktu pagi, alamat sampai ke malam la terasa hanyir ikan tu dalam mulut ni. Memang nak muntah sesangat. Masa makan ok je takde rasa hanyir..Lepas makan tu....
So kalau takde lauk lain selain ikan, Ummi rela makan nasi dengan sayur je.. Memang tak seimbang kan? Tapi dah terpaksa..nak buat camne, huhu...




Wednesday, October 24, 2012

Ragam check up at 2nd pregnancy

Iye. Banyak sangat ragamnya check up for pregnancy kali ni. Ummi rasa kekadang tu rasa macam dah nak putus asa je. Letih sangat berulang alik. Tapi bila difikir-fikirkan balik semuanya untuk kebaikan Ummi dan memudahkan Ummi bila nak bersalin nanti, Ummi mengalah la juga..

Pregnant kali ni sama macam 1st pregnancy dulu, Ummi ada masalah anemia. Darah cair sesangat. Kat buku merah dah kena tag kuning sebab Hb bawah pada 9.5, sangatlah low. Dah tentulah kena gi klinik 2 minggu sekali. Haish.

Ummi punya check up kat Klinik Simpang Pulai. Tapi disebabkan masalah anemia ni, selalu jugalah kena berulang ke Klinik Gunung Rapat utk buat FBC. Dah tu sebab dah makan ubat berganda dari orang lain pun Hb still tak naik2 juga, diorang refer kes Ummi ke hospital. Dah kena berulang ke hospital pulak sebulan sekali.

Bayangkanlah...
Setiap minggu Ummi ada appoinment. Kalau tak kat KDSP, kena gi KKGR. Kalau tak pun, kena gi hospital. EVERY WEEK. Takde ponteng2..huuuhh...*lap dahi sat*

Berat Ummi, every week naik 2.5 kilo. Banyak kan..? Ummi macam hairan lah jugak, sebab Ummi makan macam biasa je. Takda terlebih or terkurang pun. Tapi elok je tiap2 minggu akan naik 2.5 kilo. Saiz baby takde la besar mana sangat. Kecik je pun. Tah la...

Selalu bila nurse tanya Ummi nak datang pukul berapa, Ummi akan pilih pukul 8 pagi. Paling awal. Ummi akan datang pukul 7 lebih sebab nak rebut nombor giliran terawal. Kadang kalau bernasib baik dapat la settle awal. Kalau tak.. 2 3 jam jugak lah menunggunya. Macam nak patah je pinggang ni ha..

Menunggu giliran kat dalam klinik dah 1 hal, berjam-jam. Habis karang, menunggu Abah datang ambik pulak kat luar. Paling sekejap pun setengah jam. Paling lama? Tak sanggup Ummi nak ingat.. Huhuhu...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 19, 2012

Udang galah pembuka selera orang tengah alah



Ummi rasa dah ada cerita kot, lepas hilang mabuk2 haritu Ummi cuma boleh makan ayam je. Ikan memang takmau langsung. Kuat rasa hanyir kat mulut ni kalau makan ikan. Kerang pun sama, cuma ada jugakla Ummi makan sikit dengan char kuey teow baru2 ni..

Disebabkan hari2 dok makan ayam je, Ummi dah start rasa boring sesangat sampai tak tau nak masak and makan apa dah. Bila dah tak lalu nak makan tu mula lah otak mencari, "nak makan apa ni...nak makan apa ni.."

Satu hari, Ummi teringat yg Abah pernah memancing kat sungai Temerloh dapat udang galah besar. Ummi buat masak lemak cili api. Rasa gulai tu subhanallah..sedapnya... Isi udang tu manis sangat2 and lembut. Ummi pun cakap la kat Abah, teringin nak makan udang galah.

Tapi Ummi takde lah suruh Abah gi cari time2 tu juga. Kalau ada, kalau murah, rezeki Ummi la..Kalau tak dapat pun takpe. Ummi tak rasa terdesak pun. So Abah pun slow and steady jela cari udang tu, takde tergesa-gesa.. Agak lama juga sampai kadang2 Ummi pun dah lupa hajat yg satu ni.

Akhirnya suatu hari Abah cakap nak beli dari sepupu Abah aje, sebab dia memang menternak udang galah. Dapatla harga murah sikit. Tapi saiznya takde la super duper besar. Dapat saiz campur2, ada yg besar ada yg kecil. Itupun alhamdulillah dah syukur sangat2. Rezeki Allah bagi, dapatlah merasa..

Banyak juga la udangnya. Boleh guna utk 3 kali masak.
Yg first punya, Ummi pilih yg saiz kecik2 buat masak char kuey teow. Second pulak buat masak berempah. Last batch pagi tadi Ummi buat nasi goreng. Alhamdulillah.

Ummi guna lebih kurang 15 ekor utk 2 atau 3 orang makan. Memang meriah dengan udang galah la nasi gorengnya, hehe.. Yg kurang serinya cuma sebab takde sayur. Dalam peti ais tinggal kobis aje, itu jela yg Ummi bubuh. Tapi kemanisan udang galah tu memang jelas terasa lah.

Hmm tentang Fateh, semenjak dua menjak ni Fateh cukup gemar main buka tutup peti ais. Kalau sebelum ni dia cuma buka and tengok isi dalam, then tutup semula. Pagi tadi baru Ummi perasan, Fateh dah pandai ambil telur tau.. Risau pulak karang terlepas ke, dibalingnya ke.. Haru Ummi dibuatnya..huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 15, 2012

Katak dan penyelamat

Musim hujan datang lagi.. Dulu kat kampung asal musim hujan je mesti bermacam-macam spesies katak berkumpul kat dalam rumah. Katak pisang, katak puru, katak kecik yang tak padan ngan kecik tapi lompat punya la tinggi.. Orang yang penakut ngan katak ni mula la stress tak bertempat.

Bulan 3 haritu masa Abah pergi umrah, Ummi mintak Abah doakan depan kaabah, mintak supaya dijauhkan la binatang-binatang yg Ummi geli sesangat ni daripada Ummi. Rasa susah hati sangat sangat tambah2 kalau terkena time Abah takde. Lagi la stress bertambah-tambah.

Lama jugak la encik-encik katak tu tak memunculkan diri kat rumah Opah tak kira time hujan atau tak hujan. Ummi pun dah mula selesa dan tak rasa berat hati utk terus tinggal kat situ sepeninggalan Opah dan moyang nanti. Tiba-tiba 2 3 hari ni musim katak macam datang balik. Katak pisang pulak tu!

Ummi kalau dengan katak pisang memang Ummi kalah. Dia lompat punya la tinggi dan jauh. Cukup untuk menggelikan segenap urat saraf Ummi ni, huhu.. Tak boleh..tak boleh.. Terus terbantut niat nak stay kat rumah tu. Termenung panjang Ummi dibuatnya.

Malam kelmarin Abah, Ayah Ude ngan Pak Chor gi tidur kat Grik sebab ada qiamullail. Kena pulak malam tu 3 kali katak pisang muncul kat bilik tidur Ummi. Paksu naman la yg jadi mangsa.. 4 kali Ummi gerak Paksu mintak tolong buang katak-katak tu.

Ummi dah jadi trauma tau. Nak tidur pun susah. Badan ni dah rasa macam tak cukup rehat je.. Malam tadi rasa macam tidur-tidur ayam je. Sekejap bangun, sekejap bangun nak pastikan takde katak dalam bilik tu. Pantang ada bunyi sikit mesti Ummi terbangun. Last last pukul 4 memang betul2 ada katak pisang kat pintu bilik air. Tak bertangguh Ummi gerak Abah mintak tolong buang.. Stress betul tidur dalam ketakutan..

Kalau katak tu tak kacau kita takpe.. Ni kita tengah sedap-sedap tidur dia gi lompat lompat kat kita pulak. Mendarat kat tangan, kat muka.. Gelinya la.. *sigh*

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 11, 2012

Perkembangan adik

Minggu ni dipenuhi dengan appoinment Ummi kat hospital dan klinik je tau.. Terpaksa tinggalkan Fateh kat rumah. Sian Fateh tiap-tiap pagi menangis nak ikut Ummi Abah, huhu..

Isnin kena buat echo kat Hospital Besar Ipoh. Selasa kena jumpa doktor, kat GH juga. Rabu gi scan baby kat klinik gunung rapat. Hari ni pagi-pagi lagi dah tercangak kat klinik simpang pulai sebab kononnya nak cepat settle semua urusan check up. Tapi lambat jugak settlenya.

Service kat klinik gunung rapat semalam sangatlah mengecewakan Ummi. Ummi datang pukul 2.25 petang (appoinment memang petang). Nurse punya la penuh sepenuh-penuhnya kat kaunter. Tapi tak sistematik langsung. Semua urusan kucar kacir.

Actually yang penuh kat kaunter tu nursing student yang buat praktikal. Nurse betulnya ada la pantau-pantau diorang. Tapi serious Ummi geram sangat sangat. Raga buku untuk orang datang check up bulanan dan yg datang dari klinik lain utk scan or jumpa doktor sahaja dah diasingkan. Tapi diorang gi campur habis semua sekali.

Maknanya...
Sepatutnya Ummi boleh dapat number giliran dan gi tunggu kat depan bilik scan terus. Tapi lain pulak jadinya. Ummi terpaksa jugak lalui prosedur utk orang yg datang check up bulanan kat situ. Kena timbang dulu, amik tekanan darah, pastu gi lab pulak bagi sampel urine dan darah.

Ummi cakap kat diorang,
"kena pergi lab utk apa ya?"
"ambik sampel urine ngan darah macam biasa la.."
"tapi saya datang sini utk scan je. Bukan nak buat check up. Saya punya check up kat klinik simpang pulai, esok"

Diorang pun kecoh-kecoh la tanya staff nurse nak buat camne. Ada yg siap buat muka pelik macam Ummi yg salah, huhu. Dahla masa timbang berat tu jauh beza sangat sangat dengan berat Ummi timbang kat hospital sehari sebelumnya. Bayangkan.. Kelmarin nurse kat hospital timbang berat Ummi 55 kg. Tetiba semalam diorang timbang, 58 kg. Bila Ummi pertikaikan, diorang cakap "memang la..penimbang hospital dengan yg kat sini tak sama.."

Pastu dok kecoh-kecoh cakap berat Ummi naik 3kg, mendadak sangat la.. Ummi tak puas hati la. Nanti tak pasal-pasal kena minum air gula. Padahal berat Ummi elok je naik sikit-sikit kan.

Tunggu punya tunggu..at last dekat nak pukul 4 baru dapat masuk pegi scan baby. Alhamdulillah doktornya baik dan lembut. Tak banyak kerenah. Terubat juga sakit hati tadi. Doktor cakap uri Ummi masih kat bawah. Semua doktor yg Ummi jumpa dah pesan, kalau ada pendarahan, cepat cepat pergi hospital. Risau takut apa-apa jadi kat baby.

Doktor ada juga bagitau kalau uri tak naik juga sampai masa nak bersalin nanti, pakar akan decide Ummi boleh bersalin normal atau tak. Ummi mohon jasa baik semua tolong doakan Ummi ya.. Kalau boleh Ummi taknak la bersalin czer. Seboleh-bolehnya nak bersalin normal la kan. Tapi kalau Allah dah tentukan itu yg terbaik utk Ummi, Ummi terima dengan lapang dada insyaAllah.

Cuma sebagai usaha, kalau boleh korang doakanlah Ummi ya. Doa biar uri tu naik semula supaya Ummi boleh bersalin normal. Moga Allah kabulkan hajat Ummi. Amin...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 6, 2012

Memasak berperencahkan selawat



Kami balik dari kerja biasanya agak lewat juga la. Maghrib baru tiba kat rumah. So untuk makan malam biasanya saya akan masak yang simple simple sahaja. Takde beriya-iya sangat. Maklumlah badan dah letih, perut masing-masing pun dah berbunyi. Mesti nak makan cepat kan..

Selalunya pembantu rumah my MIL memang dah masak. Tapi hubby tetap nakkan hasil air tangan isterinya bila saya berkemampuan lagi nak bersilat kat dapur. Maksudnya bila badan sihat, masih larat, boleh tahan bau..saya akan masak juga walau satu jenis je pun.. Selalunya lauk la..Kalau sayur buat apa nak banyak banyak jenis sekali makan kan...

Semalam ontheway balik dari kedai kami dua dok bincang-bincang la nak makan apa.. Ikan saya memang tak boleh nak makan. Hanyir sangat. Mungkin pembawakan baby kot. Sotong pun tak berapa mau..Ayam pulak dari hilang mabuk duk balun ayam je hari-hari. Rasa macam dah naik boring pulak..

Sampai rumah terus bergegas solat maghrib dulu. Then buka peti ais tengok ada udang. Keluarkan. Tengok pulak apa bahan yang ada. Pilih pilih pastu terus decide nak masak apa dengan udang tu. Bermula dengan bismillah, bersihkan udang, sediakan awas awas, panaskan minyak dalam kuali, main campak-campak alhamdulillah siap satu hidangan untuk suami tersayang.

Memasak ni mudah sebenarnya. Kalau ada bahan..apa pun boleh jadi. Kalau takde bahan tu yang pening sikit mikiornya.. Bagi saya yang tinggal di rumah mertua, dengan opah dan adik-adik ipar yang ramainya, saya selalu risau masakan saya tak menjadi. Tambah-tambah kalau diorang ada kat rumah, lepas sorang sorang masuk dapur tanya, "akak masak apa tu..?"
Gemuruh jiwa den ni ha....

So satu amalan yang jarang-jarang sekali saya terlupa. Mulut sentiasa berselawat semasa memasak. Terutamanya bila memasak khas untuk suami tersayang. Moga-moga tertambat selera suami pada masakan saya. Setakat ni alhamdulillah, selawat membuatkan masakan saya CUKUP RASA. Tak payah pakai perencah dan ajinomoto bagai. Alhamdulillah...

Maka nikmat Allah yang mana mahu kamu dustakan?


Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

Selamat Ulangtahun kelahiran pertama Hamzah sayang~


Semalam genaplah setahun umur Hamzah ibnu Yunus, anak susuan Ummi tersayang.
Happy birthday my boy!
Ummi doakan Hamzah membesar menjadi anak yg soleh lagi musleh hendaknya...
Sayangi dan kasihilah kedua ibu bapamu ya..

Walaupun kita berjauhan, Ummi sentiasa ingat dan rindu pada Hamzah tak kira masa.
Telatah Hamzah, senyuman manis Hamzah, buat Ummi bertambah rindu! Rasa tak puas berjumpa sekejap sangat hari tu.. Nanti Ummi belikan Hamzah hadiah ya, insyaAllah..

-Salam sayang-

Wednesday, October 3, 2012

Bila mengidam..orang lain pun untung sama :)



Mengandung kali ni bagi Ummi agak berlainan sikit dengan kehamilan pertama dulu. Ummi rajin sikit nak masak macam-macam jenis masakan yg terlintas dalam kepala ni. Tapi masa tengah mabuk haritu jangan cakap la.. Usah kata memasak. Bau orang lain masak pun Ummi dah muntah bergelen gelen..Sampai Abah pun tension tak dapat makan masakan Ummi. Tambah bulan puasa pulak...

Sekarang alhamdulillah.. Nak makan paprik, buat sendiri. Nak makan kek batik, buat sendiri (benda simple yg tak pernah nak cuba buat sendiri). Kari ikan utara pun dah siap pergi berguru kat Kulim itu hari. Abah bawak balik ikan pari dari laut, dapat dua kali masak. Sekali bakar ngan sos merah macam kat kedai makan (walau tak sesedap yg kat kedai makan), sekali lagi buat kari..Memang sedap.. Ikan dia takde bau langsung. Manis sangat isinya..

Pencuci mulut pun sama. Sekejap sekejap karang, buat puding karemel. Teringin puding roti, beli bahan-bahan terus buat. Esok-esoknya buat bengkang roti pulak. Lusanya buat pizza..Alhamdulillah.. Bila suami suka makan, tambah bersemangat nak memasak hari-hari seterusnya :)

Satu benda yang Ummi asyik teringin nak makan, nasi ayam. Kalau teringin yg kat kedai senang cerita. Gi beli, pastu makan jela kan.. Ini tak.. Teringin yg masak sendiri. Pagi pagi buta pulak tu. Aduhai baby dalam tummy ni betul-betul buat Ummi jadi rajin. Perempuan kot? Hehehe...

Pertama kali nak buat haritu, malam sebelum tidur Ummi dah bersihkan ayam siap siap, kupas bawang.. Esoknya pukul 5 pagi Ummi dah bangun mula memasak. Pukul 6 berenti solat sekejap. Lepas solat tinggal nak siapkan sambal n goreng ayam je.. Pukul 7 dah siap terhidang semuanya. Punya la tak sabar nak makan.. Untung seisi rumah dapat sarapan nasi ayam pagi tu..hehehe...

Pagi tadi lagi sekali baby meronta-ronta minta nak makan nasi ayam. Eheh. Terlewat sikit bangun. Pukul 6.30 baru masuk dapur bersihkan ayam. Syukurlah pukul 8 semuanya dah siap. Alhamdulillah perut kenyang, hajat tercapai, hati puas tengok suami dan ipar-ipar makan dengan penuh berselera. Maka nikmat Allah yg manakah yg mahu kamu dustakan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, October 1, 2012

Akhirnya....Dadih cinta hatiku :)

Dulu Abah pernah jadi usahawan dadih berjaya. Macam-macam la yang Abah cerita kat Ummi pengalaman sepanjang dia menjual dan membekal dadih dulu. Ummi sebagai peminat tegar dadih dah tentulah teringinnnn sangat sangat nak merasa dadih air tangan Abah. hehehe...

Berapa kali dah dok sebut nak buat, nak buat. Tapi tak terbuat buat jugak..huhu.. Akhirnya semalam terlaksanalah sudah misi kami. Abah siap ambil cuti tutup kedai sebab nak laksanakan projek ni. Pengorbanan tu :)

Misi bermula! Antara bahan-bahan yg digunakan..


Agenda di dapur. Ni baru nak cuba try test buat semula. Nanti kalau agak-agak nak bisnes semula, nak kena beli barang-barang baru la semuanya. 


Salah satu proses...


Sesi menjemur dadih di atas meja makan. Abah buat 1 perisa je. Perisa jagung..Kesukaan Ummi!


Yang ni kami yg punyaaa...


Proses akhir, sejukkan dadih dalam peti ais. Pastu dah boleh makan..Yummy..Yummy...

Rasa dadih ni memang sedaaaappp sangat tau..Dibuat dengan penuh kasih sayang. Dan bersemangat, hehehe.. Siapa-siapa yg duduk area Ipoh boleh la order kalau berminat. Eceh. 

Apa-apa pun, Ummi nak ucapkan TERIMA KASIH YG TAK TERHINGGA kat Abah sebab sudi buatkan dadih idaman kalbu ni untuk Ummi. Lama sangat dah teringin. Alhamdulillah Allah bagi peluang nak merasa :)


Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 27, 2012

Dadih original :)



Sebagai peminat tegar dadih, saya sangat sangatlah excited bila terjumpa dadih susu lembu segar ni kat RnR Gurun tempoh hari. Rasa-rasanya masa kecil2 dulu dadih macam ni la yg saya dok makan. Sekarang saya lebih suka dadih yang berperisa, hehe..

Hubby dah beli bahan-bahan nak buat dadih. Cuma belum cukup 2 bahan. Nanti dah lengkap bolehla buat sama-sama :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 25, 2012

Setiap gambar ada kisah tersendiri

Ummi ngan Abah bawak fateh gi sarapan kat gerai tepi jalan. Fateh memang suka makan benda benda yang panjang macam mee, bihun, kuey teow.. Masa ni Fateh makan sambil dok tengok orang. slumber je dia tarik mee dalam pinggan yang panjang berjela tu..hehe..


Abah sengaja snap gambar ni disebabkan Ummi terlalu suka sangat makan durian sampai digelar "hantu durian" oleh adik-adik ipar.huhu.. Tau la Ummi tengah bersemangat bawak durian gi kedai masa ni.


Gambar masa kat Temerloh. Anak Ummi sangat soleh pinjam kopiah Aki. Tapi ustaz Fateh ni pakai seluar pendek la....


Gambar ni paling best. Abah snap dari luar. Abaikan bilik pejabat yang bersepah macam tongkang pecah. Ni semua angkara kuntat bertuah Ummi.hehe.. Masa ni Abah ngan Ummi tengah berkemas kat luar. Selama ni dah biasa dah tinggalkan Fateh sorang-sorang kat dalam pejabat. Pintu memang kami tutup la sebab taknak bagi Fateh keluar dan tolong kemas sama.. Tiba-tiba Allah izin kali ni dia gi kunci pulak pintu dari dalam. Sejak bila pandai kunci pintu sendiri taktau la..Ummi ngan Abah memang gabra toksah habaq la. Dia boleh selamba je duduk kat kerusi Abah layan movie sorang2. Ummi lambai lambai tangan panggil pun dia sengih2 je syiok sorang sorang. Banyak kali Ummi panggil tapi Fateh gelak-gelak pulak. Last last Ummi terpaksa panggil sambil buat isyarat nak dukung, baru laa budak tecik ni datang kat pintu. Senang pulak tu dia buka kunci dari dalam. Sekali tekan dengan satu jari je, terus terbuka. Aduhaiiii anak...


Gambar bukti hantu durian tengah mentekedarah. Makcik pun terjebak sama. Haih. Masa mengandungkan Fateh dulu hari-hari Ummi balun buah durian. Kalau sehari miss, rasa macam tak lengkap je hari tu. 



Saturday, September 22, 2012

Family Perodua

Berbaris dari kiri: Myvi, Kelisa, Kembara.

Alza dan Kenari.

Ni semua kereta family mertua. Takde pinjam-pinjam.. Kembara tu je kami pinjam Opah punya (sebab Opah mana boleh drive..hehe..)


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 15, 2012

Raya 2012

First raya. Maroon colour.. Abah menspoilkan gambar je tau..dahla gambar tak banyak, huhu..



Second raya pakai kaler hijau. Ummi pakai baju kawin je..malas nak beli baju baru. Perut pun tengah membesar. Tapi ramai yang tegur kata perut Ummi tak nampak hehe..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 12, 2012

Travel ke Kedah..Ummi tak puas hati

Hari sabtu baru-baru ni Ummi ada kursus di Kedah. Kami bertolak dari Ipoh sehari awal sebab mengikut perancangannya, Ummi nak belajar buat kek dengan kawan kat Jitra.

Kami sampai Jitra khamis malam, lebih kurang dalam pukul 1 lebih. Tuan rumah pun dah tidur sebab tunggu kami yg tak sampai-sampai. Maklumla berjalan malam. Abah ngantuk, so kami berenti tidur kat gurun sejam.
Esoknya acik Shira masak bihun goreng untuk breakfast. Sedap tau.. Tapi sayangnya Ummi makan sikit je sebab nak simpan perut. Abah dah janji nak breakfast kat rumah uncle Mus.

Lepas beraya kat rumah uncle Mus dan jumpa Iqbal bam bam beserta Umminya yg dah slim melim dek kerana Iqbal kuat menyusu, kami gerak ke rumah mak ayah uncle Ashraf pulak. Tengok baby baru dan pakcik-pakciknya yg nak berangkat ke Melaka.

Baby baru sangat kuat meragam. So acik Shira tolong pegang baby..Ummi pulak monitor Fateh, Anas, dan Aliff yg lasaknya bukan main lagi. Main mercun pop pop kat luar berkotak-kotak. Pastu masuk rumah usik segala benda dari ruang tamu sampai la ke dapur, huhu...

Balik tengahari tu acik Shira masak nasi ayam pulak. Ummi yg pada asalnya kenyang dan tak rasa macam nak makan langsung, terus jadi lapar yg amat bila terbau aroma nasi ayam acik Shira. Rasa macam tak menyabar-nyabar pulak nak makan.

Memang supermom jugakla..Dalam Aliff dok kacau n meragam-ragam tu dapat juga acik Shira siapkan nasi ayam special dia. Sedapnya subhanallah...kedai pun takleh lawan. Ummi makan bertambah-tambah!

Lepas asar, Abah ngan uncle Ashraf gi shopping mercun n bunga api kat sempadan. Sakannya boleh tahan.. Ummi ngan acik Shira pulak bawak anak-anak gi beli barang2 baby n maknye kat Alor Setar. Selalunya Ummi beli online je. Kali ni berpeluang walk in sendiri kat kedai tu. Terima kasih kat acik Shira sebab sudi bawakan kami walaupun dah keletihan :)

Plannya malam la nak belajar buat kek. Tapi Allah izin dengan badan masing-masing dah letih.. Tak jadi la..Belum rezeki agaknya...

Esoknya lepas breakfast terus kami bertolak ke Sungai Petani untuk hadiri kursus. Ummi dok berharap juga kami akan balik Jitra semula malam tu. Tapi Abah taknak patah balik semula. Maka keesokan harinya baliklah kami ke Ipoh dengan sedikit perasaan tak rela dalam hati Ummi. Huhuhu...

Moga-moga ada rezeki untuk Ummi belajar buat kek di lain masa. Nak try buat sendiri terus macam takut-takut je..dahla banyak step, huhu...

Wednesday, September 5, 2012

Homemade pizza

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Ummi sangat bersyukur. Sekian lama Ummi menyimpan hasrat ingin memiliki oven sendiri. Antara sebabnya, Ummi seorang peminat tegar pizza. Ummi teringin benar nak membakar pizza sendiri. Perasaan itu turun dan naik, berputar-putar seperti roda.

Akhirnya Allah makbulkan hasrat dan lintasan hati Ummi. Seorang ibu berhati mulia menghadiahkan Ummi oven baru! Kisahnya Ummi ada coretkan di sini. Syukur alhamdulillah :)

Ummi merasmikan oven baru dengan membuat pizza roti arab. Mudah dan cepat. Sedap pun sedap. Rasanya lebih sedap daripada pizza hut dan dominos tau. Istimewanya pizza homemade ni, kita boleh tabur topping sesuka hati dan boleh letak cheese sebanyak mana pun yang kita mahu! Hehehe..

Ummi gunakan SOS CENDAWAN (tak kisah jenama apa pun yang penting halal), NENAS dalam tin, CENDAWAN dalam tin, CILI BENGGALA, TOMATO segar, SOSEJ, dan MOZARELLA CHEESE untuk topping pizza. Kalau ikut resepi yang Ummi google, kena guna olive oil. Tapi Ummi ganti dengan planta je.

Caranya sangat mudah. Sapu planta atas permukaan roti, kemudian sapu sos cendawan. Lepas tu tabur je semua bahan-bahan tadi ikut suka hati kita. Yang penting jangan lupa potong dulu. Nak potong dadu boleh. Panjang-panjang pun boleh. Then kalau nak tabur oregano pun boleh. Lagi sedap :)

Bakar pizza pada suhu 180 darjah celcius, 15-20 minit. Guna api atas bawah.

Hasil pizza pertama Ummi. Puas tak terkata!

Esoknya Ummi buat guna roti gardenia pulak. Sebab bahan topping masih banyak yang berbaki. Caranya sama je. Rasanya pun sama. Sedap..

Pizza sedang dibakar. 1 trail tu boleh muat 6 keping roti. Saja buh 4 je.. :P

Siap! Alhamdulillah... Sape nak meh datang beraya Medan Gopeng.

Kalau nak tahu, sos cendawan ni yang orang guna untuk buat kuah spagetti bolognese tu. Ramai yang suggest guna prego. Tapi kalau tak yakin, boleh je guna jenama apa-apa pun. Asalkan ada tanda halal.

Next time Ummi nak cuba buat doh sendiri pulak. Resepi untuk doh yang gebus dah cari. Tinggal nak cari bahan je. Mudah-mudahan Allah permudahkan la...

Notakaki: Benda lain yang Ummi teringin nak buat --> KEK! Belum cuba lagi, sebab belum berkesempatan nak ke bakeri. Abah dah jumpa kedai barang kek yang baru buka kat Ipoh. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti bolehla pergi. Rasanya nak buat kek lebih mencabar kan? Huhu takut..tapi mesti mau cuba!

Monday, September 3, 2012

Coretan untuk adik

Kesian adik kan.. Ummi jarang-jarang sangat update cerita pasal adik kat sini. Asyik-asyik cerita pasal abang Fateh je.. Ummi bukan lupa kat adik. Ummi ingat tau sayang.

Hari-hari Ummi dapat rasa adik kick perut Ummi. Hari-hari Ummi dapat rasa adik moving-moving dalam tummy Ummi. Cuma Ummi tak berkesempatan nak coretkan di sini. Tambah-tambah abang Fateh belum puas bermanja dengan Ummi Abah.

Abang Fateh masih terlalu muda dik.. Masa adik lahir nanti, abang Fateh belum pun mencapai usia 2 tahun. Adik tak kisah kan berkongsi kasih dengan abang Fateh?

Adik...
Ummi dan Abah sangat-sangat gembira akan menerima kehadiranmu ke dunia di penghujung tahun ini. Dulu Ummi sering berharap, adik cepat hadir sebab Ummi dah terlalu rindu nak mengandung lagi.

Kini Allah memakbulkan doa Ummi. Ummi bahagia. Namun ada juga terselit sedikit kebimbangan. Mampukah Ummi bahagi kasih sayang untuk kalian nanti? Ummi sangat berharap agar Ummi mampu menjaga kalian bagai menatang minyak yang penuh, dan memberi segala yang terbaik untuk kalian. InsyaAllah!

Disaat Ummi menulis coretan untukmu ini adik, abang Fateh sedang menyusu hingga terlena dalam dakapan Ummi. Dan kamu pula tidak berhenti-henti bergerak di dalam rahim Ummi.

Sungguh, Ummi sangat sayangkan kalian berdua!

Saturday, September 1, 2012

Ayanggg Ummiii....

Sejak akhir-akhir ni setiap kali selepas Ummi mandikan Fateh, Ummi akan suruh Fateh tunggu kat atas pengesat kaki depan pintu bilik air dulu sebelum naik atas tilam. Ummi ambil tuala dan lapkan badan dan kepala Fateh sampai betul-betul kering sebab taknak bagi tilam basah. Fateh anak soleh Ummi Abah ni pulak akan peluk Ummi sambil cakap, "ayanggg Ummiii..." (sayang Ummi)

Alahai...sweetnya anak Ummi ni... Betul-betul bikin hati Ummi cair tau.. Ummi pun sayang Fateh jugak..muah muah!


Monday, August 13, 2012

"Miii...cey..cey..."

Assalamualaikum.

Anak soleh betuah Ummi sekarang dah pandai nak ngajak mandi. Tiap kali nak ajak Ummi mandikan, dia akan selak baju then tunjuk kat pampers,

"mmiii...cey..cey.."

Ha tu petanda jelas lah tu. Takde tapi-tapi lagi. Semalam kat rumah opah ada majlis berbuka puasa dengan sedara-mara, semangat la Fateh main ngan sepupu sepapat dia. Tengah dok main tu Ummi perasan macam belakang seluar dia basah. Ummi gi la cek. Tengok2 terkena air je..bukan tiris.. So nak tunggu la dia habis main baru nak mandikan, sebab badan dah berpeluh-peluh plus melekit kan..

Tapi anak soleh Ummi dah tak selesa gamaknya. Terus selak baju, "mmiii..cey..cey..."

Hari ni pulak kat kedai, baru je mandi pukul 6 lebih. Pukul 8 dah ngajak mandi semula. Huhuhu...

Notakaki: Sambil Ummi menaip ni adik dok moving2 je dalam perut ni. Main bola jaring ke bola sepak ye??

Thursday, August 9, 2012

Cerita Ummi: BENJO

Gambar hak milik MAT GEBU DTS *ihsan google

Ketika di sekolah rendah, seorang kawan bernama Zafizah jarang sekali tidak membawa bekal ke sekolah atau boleh dikatakan tidak pernah. Setiap hari ada sahaja yang dibekalkan oleh ibunya. Kadang-kadang nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, roti, dan berbagai lagi.

Suatu hari dia mempelawa saya makan bersama bekal yang dibawanya. Ada roti yang dimakan bersama telur goreng, timun, tomato, dan sedikit sos cili. Saya tertanya-tanya makanan apakah ini? Rupanya agak comot, tapi rasanya amat sedap sekali! Beberapa hari kemudian, Zafizah membawa menu yang sama. Masih mempelawa saya menikmati bersama.

Setelah beberapa kali merasainya saya semakin teruja ingin tahu, apa ini? Sedapnya.. Saya mesti cuba membuatnya! Tekad saya di dalam hati. Pulang dari sekolah, saya ke dapur membuka peti ais melihat-lihat apa yang ada. Timun ada. Tomato juga ada. Ini sudah baik! Saya menggoreng sebiji telur, lapikkan atas roti gardenia, letak hirisan timun dan tomato, akhir sekali sos cili dan sedikit sos tomato. Lalu dilapikkan dengan sekeping lagi roti. Siap.

Suapan pertama masuk ke dalam mulut...

Wah, sama! Rasanya sama dengan yang Zafizah bawa! Seronoknya saya hanya Tuhan yang tahu. Saya makan dengan penuh berselera. Habis satu, saya ke dapur dan membuatnya lagi satu! Hahaha...kerana terlalu seronok, saya makan 2 biji benjo dalam satu masa.

Petang itu setelah Abah dan Ummi pulang dari sekolah, mulut saya becok bercerita tentang kepandaian menyediakan roti telur itu  dengan penuh rasa bangganya! Ummi tersenyum sambil memberitahu,

"roti itu namanya benjo"
"Ooooo..."

Dan nama itu terus melekat di dalam kepala saya sehingga ke hari ini. Pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan.


Tuesday, August 7, 2012

Inisiatif untuk anak soleh Ummi yang susah sangat-sangat nak makan



Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni Ummi tak tahulah kenapa anak soleh Ummi ni makin susah nak makan. Macam-macam cara dah Ummi buat nak bagi dia makan juga, tapi nampak macam tak berkesan. Benda yang Fateh paling tak suka makan, NASI. Kalau ada Zuhri anak Ibu Long mau la juga dia makan, tapi sikit sangat. Serupa tak makan je..

Kalau Ummi hidang nasi dengan telur, Fateh makan telur aje. Kalau nasi dengan ikan, makan ikan aje.. Itu pun mujur Fateh suka makan buah-buahan. Yang ni memang dia tak tolak punya. Paling Fateh suka pisang dan durian. Tapi 3 hari lepas, Ummi sua pisang pun Fateh tolak. Itu yang Ummi start risau sesangat.

Kat kedai ada la makan biskut weetameal dan roti krim sikit. Tapi itu tak memadai, sebab Fateh kan aktif. Abah dah bising tengok anak soleh sorang ni dah makin kurus. So 2 hari lepas kami decide nak campur nestum dalam susu Fateh. Ini pun atas saranan kawan Abah.

Ummi pilih cereal beras campur sayur-sayuran sebab Fateh kurang makan nasi dan sayur. Kalau lauk tu dah memang benda wajib masuk perut sebab Fateh suka. Alhamdulillah, Ummi nampak Fateh suka sangat-sangat Ummi campur cereal tu dalam susu dia. Sehari sampai 6 7 kali mintak Ummi bancuh susu. "buat...buat...."

Friday, August 3, 2012

Cerita Ummi: BUTIR NANGKA


Dahulu, ketika arwah Umi masih ada, kami akan memasak berbagai jenis juadah di petang bulan ramadhan bagi santapan berbuka kami sekeluarga. Antara menu yang wajib dan tidak pernah tinggal setiap tahun ialah kuih Butir Nangka. Ini kerana kuih ini adalah kuih kegemaran Abah.

Umi akan menguli doh berwarna hijau dan kami beramai-ramai membantu Umi menggentel doh tersebut kecil-kecil menjadi bentuk bujur. Sementara itu Umi akan menjerang santan yang dicampur dengan gula, garam, dan halba sehingga menjadi kuah yang amat enak. Doh yang kami gentel kecil-kecil tadi akan direbus sehingga timbul, diangkat dan dicampur ke dalam kuah yang lemak-lemak manis dan ianya menghasilkan rasa yang amat enak sekali.

Setelah Umi tiada, saya berasa kekurangan sesuatu kerana tiada lagi aktiviti memasak butir nangka beramai-ramai di bulan puasa.

"Apa kata kita cuba buat sendiri, mahu? Mana tahu kot-kot menjadi" suara saya pada suatu malam.
Adik-adik terus semuanya mengangguk tanda bersetuju.

Maka keesokannya saya pun mulalah mencari resepi hidangan istimewa keluarga tersebut di internet. Pada hemat saya, jika saya dan adik-adik sudah merindui kuih air tangan Umi itu, Abah apatah lagi.

Petang itu, selepas menunaikan solat asar kami berkerjasama menyiapkan kuih butir nangka. Hidangan berbuka istimewa untuk Abah!

Thursday, August 2, 2012

Cerita Ummi: PIZZA


Salah satu makanan orang Itali yang menjadi kegemaran dan kegilaan saya sejak dulu lagi. Pernah juga saya membuat pizza sendiri. Inspirasi membuat pizza sendiri datangnya dari Abah, satu-satunya ayah terbaik yang saya ada. Suatu ketika masa arwah Ummi tidak sihat, Abah bertanya kepada kami adik-beradik,
"nak makan pizza tak? Abah mahu buat"...
"aik, pandai ke Abah buat pizza?"
"haaa..tengok dulu..." (sambil buat muka bangga)

Cara Abah membuat pizza cukup ringkas. Abah buat bancuhan tepung seperti lempeng, kemudian dibakar di dalam kuali leper. Diatas lempeng tersebut ditabur kismis hitam, kurma, karot, jagung, dan kacang hijau. Tiada sos cili mahupun mayonis. Sudah siap. Kami menikmati hidangan "chef Abah" dengan penuh keterujaan!

Ketika di sekolah menengah, Makcik Leha, ibu angkat saya yang berniaga di kantin sekolah selalu membuat pizza dan menjualnya dengan harga yang murah. Hasil air tangan Makcik Leha jarang mengecewakan saya. Selalunya apa yang dibuat olehnya pasti menjadi kesukaan saya biarpun makanan tersebut tidak saya sukai sebelumnya.

Makcik leha mengajar saya membuat doh pizza menggunakan ibu roti. Pulang ke rumah ketika cuti sekolah, saya mencari bahan-bahan untuk membuat pizza. Kali ini saya juga menggunakan keju mozarella dan membakar pizza di dalam oven. Wah, sungguh teruja!

Saya mendapat ilmu menggunakan keju itu daripada seorang kawan bernama Hafidzah. Ketika hari pendaftaran pelajar tingkatan 4, Hafidzah yang berasal dari kedah membawa beberapa keping pizza kecil-kecil. Bila dibuka bekas berisi pizza tersebut, baunya sahaja sudah cukup membuatkan saya menelan air liur. Sungguh sedap! Saya dijemput menikmati hidangan itu bersama-sama. Dalam kemalu-maluan saya bertanya kepada Hafidzah, dan dia dengan ramahnya memberitahu serba sedikit cara menyediakannya.

Moga-moga semua yang pernah memberi saya ilmu tentang hidangan istimewa ini mendapat saham setiap kali saya mengadaptasikan ilmu mereka.

Terima kasih Abah!
Terima kasih Makcik Leha!
Terima kasih Hafidzah!

Semoga kebaikan kamu semua dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda olehNya.


Wednesday, August 1, 2012

Cerita Ummi: DADIH


 

Saya mengenalinya ketika berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Dadih pada ketika itu agak berbeza dengan dadih yang ada pada masa sekarang. Ia diperbuat 100% daripada susu segar dan hanya dijual di kedai-kedai kecil berbentuk botol susu segar. Rasanya juga berbeza dengan dadih zaman sekarang, namun saya amat menyukainya.

Setiap kali melalui kedai susu segar bersama Abah, Abah pasti membelikan saya sebekas dadih dan saya akan menikmatinya dengan penuh rasa bersyukur dan gembira yang tak terhingga!

Ketika bersekolah menengah di perlis, seorang pakcik penjual dadih berkopiah sering datang berjual di luar kawasan asrama selepas waktu asar. Saya merupakan salah seorang pelanggan setianya. Dadih pakcik itu adalah antara dadih homemade tersedap yang pernah saya rasa. Susunya tidak kurang, pewarnanya tak terlalu banyak, dan rasanya amat enak sekali sehingga saya merasakan tidak cukup jika hanya makan sebekas! Saya sanggup berhabis duit membeli dadih pakcik itu yang berbagai perisa setiap minggu. Dahsyatnya penangan dadih...

Habis sekolah, saya cuba membuat dadih sendiri. Sekadar untuk makan adik-beradik, bukan untuk dijual. Hanya menggunakan agar-agar, susu cair dalam tin, gula, dan pewarna. Hasilnya alhamdulillah menjadi. Walaupun bukanlah sesedap dadih pakcik itu, namun sudah cukup membuatkan saya berpuas hati memandangkan kesukaran mendapatkan dadih di kedai-kedai berhampiran.

Kisah hidup saya memang tidak dapat dipisahkan dengan dadih. Selepas berkahwin, saya diberitahu oleh suami bahawa dia dulunya pernah menjadi seorang pembuat dan penjual dadih secara besar-besaran!

Nota: Saya dan suami tidak pernah kenal sebelum berkahwin :)

Monday, July 30, 2012

Mohon didoakan...

Assalamualaikum.
Semalam Ummi dan Abah ke klinik swasta untuk scan memandangkan masa rawatan kat klinik desa agak sukar untuk nurse cari heart beat baby. Jadi Ummi disarankan scan di klinik swasta dan tunjukkan gambar scan pada doktor hari rabu nanti.

Hasil scan menunjukkan baby berada dalam keadaan baik dan sihat. Cuma...uri Ummi dah turun agak ke bawah sikit. Mungkin sebab kelmarin Ummi dukung Fateh terlalu lama masa pergi ke bazar ramadhan. Doktor pesan kalau ada bleeding, terus ke hospital jangan ditangguh-tangguh. Bimbang berlaku apa-apa pada baby.

Keadaan ni menyebabkan Ummi sangat risau. Bila dah jadi macamni Ummi sepatutnya tak boleh angkat benda berat langsung. Tapi dengan anak seusia Fateh faham-faham ajelah kerenahnya. Kadang-kadang Ummi terpaksa juga dukung dia walaupun Ummi tak larat.

Ummi harap sesiapa sahaja yang membaca entry ni mohon sangat-sangat doakan kesihatan Ummi dan baby, moga kami kuat dan selamatlah semuanya hendaknya hingga sampai masa Ummi melahirkan nanti.

Terima kasih atas doa yang dihulurkan. Ummi sayang kalian kerana Allah :)

Tarikh jangkaan untuk adik

Assalamualaikum.
Ummi dah mendaftar di klinik kerajaan untuk check up setiap bulan. Kali ni agak lambat sikit Ummi booking sebab masa mabuk haritu Ummi langsung tak boleh nak kemana-mana, cuma duduk kat rumah sepanjang masa. Dah lambat booking ni of course la kena marah dengan nurse, tambah-tambah Ummi ada anemia.

Nurse siap marah-marah lagi katanya Ummi mengandung cepat sangat. Sepatutnya orang yang ada anemia masa mengandung macam Ummi kena tunggu atleast 2 tahun, baru boleh mengandung lagi bagi nak memastikan penyakit tu betul-betul sembuh sepenuhnya. Disebabkan hb Ummi bawah daripada 11, maka Ummi diminta datang lagi untuk berjumpa doktor hari rabu ni. Bermulalah jadual Ummi kena berulang-alik ke klinik... Jadual yang sangat tidak menyeronokkan!

Nurse bagi tarikh jangkaan kelahiran adik pada 22/12/2012. Tapi kalau ikutkan hasil scan kat klinik swasta tadi, adik dijangka lahir 4/1/2013. Doktor cakap selalunya tarikh ikut scan lebih tepat. Maka, Ummi pegang tarikh Januari tahun depan la.. Tapi kalau Allah nak bagi anak kedua Ummi ni lahir hujung tahun ni pun tak apa. Mana-mana pun Ummi tak kisah. Yang penting Ummi dan baby sihat, dan Ummi amat berharap semuanya berjalan dengan lancar.

"Ya Allah, Kau jadikanlah zuriatku ini sempurna dalaman dan luarannya"....

Monday, July 9, 2012

Setelah lama tidak menulis....

Ummi pun dah taktau nak tulis apa. Lama sangat tak pegang keyboard, tak mengadap skrin komputer Abah ni, lama sangat terperap kat rumah tak boleh pergi mana-mana... Actually Ummi bertapa kat rumah selama 2 bulan lebih sebab terlalu teruk sangat menanggung mabuk dan alahan. Terlantar je kat tilam, muntah, muntah, dan muntah!

Doktor cakap, eloklah Ummi mabuk. Itu petanda adik dalam tummy Ummi sihat. Alhamdulillah...Ummi akhirnya berjaya melalui tempoh alahan yang teruk tanpa membenarkan diri Ummi ditahan di wad. Trauma! Memang ada masa dah sampai tahap Ummi kena pergi hospital sebenarnya. Tapi sebab masa mengandungkan Fateh dulu Ummi menangis-nangis nak keluar dari wad cepat-cepat (sebab dah bosan tahap dewa kot), so kali ni Abah tanya Ummi betul-betul, "nak pergi hospital tak?"

Dan Ummi dengan tegasnya menjawab, "TAK NAK" walaupun badan masa tu dah menggeletar macam nak mati je..hehe...

Ummi akui, mengandung kali ni lebih teruk berbanding yang pertama dulu. Dulu berat Ummi turun 4 kilo je. Kali ni hampir 7 kilo susutnya. Alhamdulillah sekarang selera makan Ummi dah mula ada walaupun Ummi masih memilih-milih lagi. Rasa loya-loya tu masih ada lagi. Orang masak pun Ummi takleh bau. Muntah Ummi dibuatnya. Rasa macam bau busuk sangat2 tambah-tambah bau bawang. Abah cakap, "hahaha..hantu bawang dah takleh bau bawang!"

Kalau tiada aral melintang, insyaAllah adik akan lahir pada 28-12-2012..Abang Fateh pun dah 1 tahun 11 bulan masa tu. Dah tak cemburu lagi insyaAllah :) Sekarang dia takleh tengok Ummi pegang baby lagi. Mesti nangis sambil hulur tangan mintak Ummi ambil dia. Kalau Ummi tak ambik, dia tolak baby tu pastu cakap, "tepi..tepi..."

Dengan tertulisnya entry ini, Ummi amat mengharapkan agar semua mendoakan Ummi dan baby. Doakan agar semuanya berjalan dengan lancar, dan Ummi dapat melahirkan dengan selamat hendaknya. Risau juga memandangkan perut Ummi kecik sangat, sampai orang tegur, "awak sorok perut ke? Tak nampak langsung.." Hadoiii risaunya....

Tuesday, April 24, 2012

Aliff..Baa..Taa...

Assalamualaikum.
Kembali memberi salam sebelum mula berblog :)

Bulan lepas Ummi ada buat beberapa flash card untuk mengajar Fateh. Nak beli, ramai yang kata mahal. So Ummi cari kertas keras, potong2, then tulis sendiri je. Jimat kos :) Malangnya susah beno nak mengajar budak aktif macam Fateh ni guna flash card. Dia tak berminat langsung nak tengok. Jadi buat masa ni Ummi cari inisiatif lain dulu. Tak dapat kenalkan huruf, Ummi bagi Fateh kenal bunyi dan susunannya dahulu.

Mission bermula.

Setiap kali melayan Fateh beraktiviti samaada bermain, bersiar-siar, mahupun sesudah mandi, Ummi akan sebutkan satu persatu huruf hijaiyyah kepada Fateh. Dengan harapan dia akan dapat menangkap juga apa yang Ummi sebutkan suatu hari nanti. Alhamdulillah, hasilnya amat memberansangkan! Sekarang kalau Ummi mula menyebut Aliff, Fateh dah boleh menyambungnya dengan huruf-huruf yang lain.

Ummi: Aliff...
Fateh: Baa
Ummi: Ta...
Fateh: Taa
Ummi: Tsa...
Fateh: (diam)
Ummi: Jim!
Fateh: Haa

Alhamdulillah. Syukur padaMu yg Allah. Gembiranya Ummi tak terkata rasanya. Moga2 lepas ni lebih banyak lagi Fateh dapat tangkap dan pelajari. Doa Ummi sentiasa mengiringimu anakku :)

Ummi dan Abah sayang Fateh!

Sunday, April 22, 2012

Kecil-kecil dah pandai ambil hati Ummi :)

Assalamualaikum anak Ummi sayang.

Fateh...
Kalau kamu nak tahu, di usia 1 tahun 3 bulan kamu sudah pandai mengambil hati Ummi.
Ummi tahu Fateh selalu tengok tante Ari urut kaki Ummi. Kadang-kadang Abah urut kaki Ummi dan Ummi urut kaki Abah.

Suatu hari,
Ummi tak sangka kamu tiba-tiba duduk di depan kaki Ummi dan mula menggosok-gosok kaki Ummi. Seolah-olah mengurut. Ummi terfikir...Apa yang Fateh buat ni?
Tiba-tiba kamu ambil pula mainan dan membuat gaya seolah-olah sedang menuang minyak di kaki Ummi. Setelah itu kamu gosok-gosok kembali.

Subhanallah!
Cepatnya anak Ummi belajar. Fateh tolong urut kaki Ummi rupanya :)
Terima kasih anak Ummi sayang...Walaupun apa yang kamu buat sebenarnya lebih kepada menggosok, bukan mengurut..Tapi Ummi tahu..kamu sebenarnya ingin berbakti kepada Ummi. Terima kasih Allah! kerana mengurniakanku anak yang soleh dan cerdik.

Ummi dan Abah sayang Fateh!

P/S: Ummi sebenarnya ada rakam adegan Fateh mengurut kaki Ummi. Tapi tak dapatla nak dikongsikan kat sini sebab dalam video tu Ummi tak pakai stokin. Maklumlah adegan spontan..hehehe :)

Fateh yang soleh dan Abah yang soleh. Dua-dua Ummi sayang.

Monday, April 16, 2012

Aduh...Jatuh....

Sejak 2 3 hari yang lepas, Ummi perasan dah makin banyak words yang Fateh pandai sebut. Antaranya...

"Jatuh..." bila ada something yang dia atau Ummi tengah pegang terjatuh.

"Aduh!" atau "adoiii" bila dia sakit terhantuk or terkepit kat mana-mana.

"Nah.." bila nak bagi something yang dia tengah pegang dekat Ummi.

And ada lagi beberapa words yang Fateh dah pandai sebut. Tapi yang 3 ni paling kerap digunakan.

Bab memanjat memang dah pakar. Tiru apa yang Ummi dan Abah buat pun dah cekap. Sekali tengok je dah boleh copy. Contohnya bila Ummi baca doa lepas solat, dia akan cepat-cepat datang kat Ummi, duduk atas riba, dan tadah tangan sama. Sweet sangat :)

Oh lupa pulak Ummi, tiap kali naik kereta, Fateh akan sebut "bah...bah..." setiap kali dia nampak bas kat atas jalan raya tu (sebenarnya bas. Tapi S tu tak jelas. Macam BM pasar jela)

Dan satu lagi yang Ummi suka. Tiap kali Ummi selesai mandikan Fateh, automatik dia akan cakap, "daaaahhhh..."
Means dah siap mandi la :) hehehe...