CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, November 23, 2010

Sekadar Berkongsi

Assalamualaikum.

Ayah Derhaka Pada Anak. Pernah dengar? Baru-baru ini saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Seorang penonton telah bertanyakan kepada ustaz tersebut (saya tak ingat ustaz apa),
"apa yang dimaksudkan dengan ayah derhaka kepada anak?"
Ustaz tersebut menjawab, "Ayah derhaka kepada anak ialah apabila ayah tidak menunaikan hak-hak anak".
Baru-baru ini juga saya mendengar ceramah di radio perak.fm turut membincangkan tajuk yang sama, Hak-Hak Seorang Anak. Isinya lebih kurang sama, tetapi sedikit berlainan. Maka di sini saya gabungkan kedua-duanya, untuk panduan dan perkongsian kita bersama.

Ayah derhaka kepada anak --> Ayah tak tunaikan hak-hak anak. Apa hak seorang anak?

1) Pilih ibu yang baik. Bermakna, seorang lelaki itu mestilah memilih perempuan yang baik untuk dijadikan calon isterinya, memandangkan perempuan itulah yang akan melahirkan dan bertanggungjawab mendidik zuriatnya kelak. Bagi yang dah berkahwin, jangan pula diceraikan isteri yang dirasakan tidak baik. Didiklah isteri tersebut sehingga dia mampu menjadi isteri dan ibu yang baik dan solehah.

2) Beri nama yang baik. Nama boleh mempengaruhi sikap dan tingkahlaku anak-anak. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dengan nama bapa-bapa kamu."

3) Ajar anak itu Al-Quran. Mengenal huruf, membaca, dan menghayati isi-isi yang terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.

4) Ajar anak beradab. Jika anak berkelakuan yang tidak sopan, tidak menghormati orang lain, mahupun mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, hendaklah menegurnya. Tegur dengan cara yang baik sehingga anak faham, kerana jika dibiarkan, anak akan merasakan apa yang dilakukannya tidak salah.


No comments: