CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, June 9, 2015

Cara Kenal Personaliti

Personaliti seseorang boleh dikenali melalui beberapa cara. Salah satunya ialah, tengok bagaimana cara dia mengemas.

CARA A:
Memilih barang-barang di tempat yang perlu dikemas dengan teliti dan berhati-hati.
Mana yang perlu dibuang, dibuang.
Mana yang perlu disimpan, disimpan.
Mana yang perlu diserahkan kepada orang berkenaan, diserahkan.
Cara mengemas seperti ini agak meletihkan dan memakan masa untuk siap. Namun individu yang berkemas seperti ini selalunya tidak mementingkan diri sendiri, sentiasa memikirkan orang lain, dan berfikiran panjang sebelum bertindak.

CARA B:
Mengumpul kesemua barang di tempat yang perlu dikemas, dan membuang atau menghantarnya ke tempat yang lain. Seterusnya memasukkan barang-barang kepunyaan sendiri dan melakukan proses susun atur dengan segera.
Cara seperti ini dilihat senang, mudah dan cepat.
Namun individu yang berkemas seperti ini lazimnya amat mementingkan diri sendiri, dan tidak memikirkan pihak yang lain. Malah selalunya berfikiran pendek sebelum bertindak melakukan sesuatu.

Yang mana satukah kita?

No comments: