CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, January 23, 2013

Irdina dah sebulan :)

Pejam celik pejam celik sebulaaann dah anak dara Ummi ni kan. Ummi punya tempoh berpantang pun tolak hari ni betul-betul tinggal 7 hari je lagi. Tak sabar nak habis pantang weh! Nak keluar gi jalan2 pulak, huhu..

Pagi semalam gi klinik, appoinment Irdina cukup sebulan. Ummi bawak abang Fateh sekali utk check up 2 tahun. Mak Lang pun dikerah ikut sama maklumlah Fateh bukannya boleh duduk diam. 10 minit terawal bolehh.. Lepas tu...habis 1 klinik diroundnya..

Berat Irdina dah naik. Masa lahir 3.05kg, now dah 4kg. Alhamdulillah... Ummi puas hati sangat2 sebab Irdina menyusu dengan Ummi sepenuhnya. Badan ngan muka dah penuh dengan isi je nampaknya. Kepuasan yg Ummi rasai ni tak dapat nak digambarkan dengan kata2. Syukur alhamdulillah.

Hasil pemeriksaan kat klinik semalam, Irdina kena inject utk baby yg dah cukup sebulan (hep B kedua kalau tak silap), abang Fateh dapat ubat cacing, Ummi pulak hb masih low, bawah daripada 11. So hari rabu minggu depan kena gi ambik darah dan jumpa doc. Ingatkan fasa berulang ke klinik utk diri sendiri ni dah habis..

Ummi sebenarnya anemia masa mengandung je. Masa pregnantkan Fateh dulu, cukup bulan je terus hb ok, naik jadi 12. Kali ni taktau la kenapa.. Dah bersalin pun masih low lagi. 10 point something je.. Tunggu jelah apa kata doc nanti.

Ermm cerita tentang Fateh.. Kan nurse bagi ubat cacing. Ubat tu dalam botol kecik. Kena bagi sekali makan je, means habiskan terus 1 botol tu. Nurse ada tanya, Fateh ni senang ke susah nak bagi makan ubat? Ummi cakap, depends on ubat jugakla. Kalau ubat tu sedap, senang la nak bagi dia makan. Kalau tak sedap usah cerita la kan.. Nurse cakap ubat ni kira sedap la juga..tak pahit sangat..

Balik rumah tu Fateh dok mintak nak makan vitamin C dia, sedangkan sebelum gi klinik dah bagi dia makan sebiji. Mana boleh dah. Sehari sebiji je boleh makan. Ummi pun cakapla kat dia, "kita makan ubat lain nak? Acik tadi ada bagi ubat utk abang Fateh. Sedappp.." Fateh pun suka beno la..

Ummi risau jugak sebenarnya takut dia tak suka. Karang jenuh pulak nak bersilatnya. Ummi bagi Fateh makan ubat tu takde guna sudu pun, tunggang je terus dari botol ke mulut dia. Tengok2 alhamdulillah..Fateh suka ubat tu. Siap mintak nak lagi..nak lagi..hehehe...

Ok, next appoinment utk Ummi 30/1, Irdina 19/2, Fateh 23/7. Harap2 tak lupa la..(sebab selalu sangat terlupa!)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, January 17, 2013

Nak susu adik Ina...

Lepas Irdina lahir, ada la beberapa kali Ummi bagi Fateh menyusu dengan Ummi. Ada kalanya disebabkan nak kurangkan bengkak, kadang2 sebab kesiankan dia. Yelah Fateh pun belum cukup 2 tahun lagi masa tu.

Kerap juga Fateh mintak nak menyusu dengan Ummi sebenarnya. Tapi setiap kali dia mintak, Ummi akan bagitau elok2, "yang ni susu adik Ina.. Adik Ina tak boleh minum susu botol macam abang Fateh. Nanti kesiannn adik Ina lapar kan..?"

Selalunya Fateh akan mengalah dan mintak Mak Lang buatkan susu botol utk dia. But sometimes ada juga dia berkeras nak bf dengan Ummi. Yelah susu botol mana boleh menandingi susu ibu kan..hehe..

Sebelum2 ni, kalau Fateh nak bf dengan Ummi dia akan cakap "nak cucu Ummi.."
Tadi first time dia merengek "nak cucu adik Ina..nak cucu adik Ina.."
Merengek beriya pulak tu. Ummi dah pujuk pun tak jalan jugak. Mak Lang ayat nak buatkan susu botol pun tak laku dah. Lama Fateh merengek2 kat Ummi. Last2 Ummi tengok gaya dia tu macam dah letih je gayanya, meragam sebab nak tidur la nihh..Ummi pun bagi jugakla.. Sekejap je menyusu terus tertidur. Kesiann anak teruna soleh Ummi. Ummi love you muahh2! Irdina pun Ummi sayang jugak tau.. Dua2 Ummi sayang sebab dua2 pengubat hati Ummi dan peneman dikala Ummi kesunyian. :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 16, 2013

Puding Kasih Bertaut

Lamaaaa sangat2 dah usyar resepi puding ni kat internet. Tapi malas punya pasal, takde la terbuat-buat. Akhirnya hari ni cekalkan hati jugak nak sediakan puding ni. Tapi guna formula sendiri je, langsung tak ikut resepi. Resepi yang dok tengok dulu tu pun dah lupa camne..

Kalau bentuk love tu boleh buat warna-warni lagi cantik tau..Tapi renyah kot..huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 14, 2013

Susu kolostrum itu...


Semalam Allah izin bahagian utama rumah dan bahagian dapur blackout dari pagi (hampir tengahari jugakla). Taktau sebab apa. Macam2 usaha yg Ummi buat nak bagi letrik ada tapi tak boleh. Bila on je ada la tahan beberapa saat pastu suis tu tertendang balik. Dah off semua suis dalam rumah ni pun still jugak takmau.

Abah takde. Nak mintak Ayah Ude tengokkan, dia gi kuala pulak. Yang ada cuma Paksu Naman. Ummi mintak dia tengokkan, tapi dia pun taktau apa punca. Bila mintak sepupu Abah tengokkan, dia cakap "Kalau kereta yg blackout abg jiji tau la nak buat camne. Kalau rumah, abg jiji tak tau.."

Ummi ni punya laaa tertekan. Risau fikirkan stok EBM kat dalam peti ais sebenarnya. Kalau cair habislah kena buang semua. Sayang tau... Ummi post kat wall fb tentang kerisauan tu semalam. Ada la kawan2 yg bagi beberapa pendapat.

1. Jangan buka langsung freezer. Takut suhu menurun nanti lagi cepat susu cair. (Sebelum tu ada 2x Ummi buka sebab nak tengok ok lagi ke tak susu tu? Nyesal tak tanya awal2..tak terfikir langsung)

2. Beli ais, bubuh kat dalam ice box yg kaler putih tu, then pindahkan stok EBM ke dalamnya. (Ummi takde kenderaan, Paksu pulak dah balik masa tu, so tak dapat nak gi beli ais)

Jadi, menunggu jelah Ummi kat rumah dengan pasrahnya. Taktau apa nasib. Stok EBM Ummi takde lah banyak mana sangat. Memang sikit sangat2. Tapi sayanglah kan, benda yg bukan senang2 boleh dapat melainkan dengan izin Allah..

Dalam pukul 6.30 petang camtu, Atok We call kawan dia yg kerja bahagian wiring2 ni. Alhamdulillah pakcik tu dah balik kerja, bolehla dia datang tengok apa yg tak kena. Lama jugak la dia baiki. Tukar suis kat kotak utama letrik tu, pastu cek satu2 suis mana yg jadi punca blackout. Dekat nak pukul 8 malam barulah semuanya settle. Kena bayar RM40 utk benda alah yg dia tukar tu termasuk dengan upahnya.

Lepas pakcik tu balik, dengan bersegeranya Ummi gi bukak freezer nak tengok apa nasib EBM stock tu semua. Alhamdulillah, kebanyakannya baru cair sikit. Boleh dibiarkan beku semula. Yg dah cair banyak ialah susu kolostrum 2 bekas. So Ummi decide nak cairkan dan bagi irdina minum. Ada dalam 5oz gitu.

Actually sebelum ni Ummi hanya simpan stok. Belum pernah lagi keluarkan dan bagi Irdina minum. Means sejak lahir hingga kini, Irdina direct feeding sahaja dengan Ummi. Tak pernah training guna botol lagi. Semalam berdebar-debar jugalah nak bagi dia minum guna botol. Boleh terima ke dia..?

Bila susu dah mencair sepenuhnya, Ummi pun salin la ke dalam botol Tommee Tippee. Allah izin masa tu Irdina tiba-tiba nangis nak susu. Sedang elok sangat la kan.. Ummi angkat Irdina, then cuba sua puting botol tu kat mulut dia.

Amat menyedihkan....
First time puting masuk mulut, Irdina buat muka macam pelik2 gitu. Susu ada yg dah masuk dalam mulut, tapi dia still takleh terima. Irdina reject utk minum susu dari botol! Menangis nangis dia marah sebab lain yg dimintak lain yg dapat. Ummi akhirnya mengalah la juga... Bagi df terus minum laju-laju. Irdina..Irdina..

Makanya, susu kolostrum itu terpaksalah Ummi korbankan dengan hati yg tidak relanya... Nak bagi abang Fateh minum, dia pun takde. Dah 2 malam tidur kat rumah Opahnya sebab Opah dah rindu, lama tak jumpa. Sayanggg sangat.. Mana nak dapat dah susu kolostrum yg pekat camtu. Tapi takpelah. Dah bukan rezeki Irdina. Allah lebih tahu apa yg terbaik utk kita kan? Ummi cuba berlapang dada...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, January 10, 2013

Sanah Helwah anak Ummi sayang

Alhamdulillah, hari ini genap sudah usia Fateh Arraziq 2 tahun. Ummi masih ingat bagaimana susahnya melahirkanmu sayang. Hati ini tidak putus-putus mendoakan agar kamu membesar menjadi anak yg soleh lagi musleh, berdoa agar kamu sentiasa berbuat baik kepada Ummi dan Abah, berdoa agar kamu nanti boleh memimpin adik-adikmu, berdoa agar kamu menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. Moga2 doa Ummi diperkenankan olehNya. Aminnn..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 9, 2013

3 minggu yang berlalu...

Rasanya normal kan ibu-ibu yang tengah berpantang dok menghitung hari demi hari? Hehe..maklumlah masa dalam pantang ni kata orang apaa pun tak boleh.. Makan minum kena pantang, nak keluar jalan2 tak boleh, buat kerja pun tak boleh. Yang bolehnya baring atas katil diam2, bertungku 4x sehari.

Tapi bagi Ummi, pantang anak kedua ni taklah seteruk anak pertama. Dari segi makan banyak benda jugalah yg Ummi boleh makan. Badan pun segar sikit berbanding dulu. Masa pantang lepas bersalinkan Fateh dulu 3 minggu jugalah Ummi susah nak berjalan. Rasa sakit sangat2 macam ada benda nak terkeluar kat bawah ni tau..Kalau pakai barut lagi lah..

Pantang kali ni mungkin sebab nurse dah keluarkan darah beku sehabis boleh, so badan rasa sangat segar. Pakai barut pun selesa sangat sangat. Mungkin juga Allah bagi kekuatan tu sebab ada anak dah besar yang nak dilayan. Tambahan Ummi sekarang dah mula duduk sendiri.

Dulu duduk dengan mertua ada pembantu rumah. Sekarang semua kena buat sendiri. Adik Ummi ada la kat sini. Tapi dia tolong setakat yg termampu jelah kan. Fateh yg lasak ni nak kena monitor selalu. Jangan tak tahu dia dah pandai smack down adiknya tau.. So kadang2 Ummi kena jugalah prepare utk makan, kemas2 rumah sikit, sapu sampah, basuh pinggan, uruskan kain baju.

Mungkin ada yg akan kata "weyy camne2 pun tak boleh tau..bentan nanti baru tahu.." Tapi dah namanya duduk sendiri. Nak harapkan siapa lagi kan. Suami balik kerja penat2 mesti runsing tengok kalau rumah tak siap, makan pun takde. Ini pun kira banyak dah yg Ummi harap kat adik Ummi. Kesian juga kat dia semua dia yg nak kena buat..

Dengan keadaan macam ni, Ummi cuma berdoa kat Allah je moga2 Ummi dikurniakan kesihatan yg baik, moga2 tak bentan, boleh layan anak2 dan laksanakan tanggungjawab dengan baik. InsyaAllah..pergantungan dengan Allah tu sangat2 penting. Tak kira waktu kita senang atau susah. (peringatan utk diri sendiri yg selalu dan mudah sangat alpa)

Satu perkara yg membahagiakan Ummi, hingga saat ni Irdina mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.. Dan Ummi berharap dapat menyusukan Irdina secara eksklusif selama 6 bulan, dan terus menyusukan sehingga Irdina berusia 2 tahun insyaAllah. Moga Allah permudahkan semuanya. Amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, January 3, 2013

Berakhir jua penantian yang panjang...

Ramai yang cakap kalau anak pertama kita bersalin on time (ikut tarikh kat buku), maka anak kedua dan yang seterusnya pun akan keluar on time juga. Tak cepat dan tak lambat. Maka Ummi pegang la kata-kata tu.

Doc bagi due date 22/12/2012. Adik ipar Ummi pulak 2 orang nak bernikah dalam bulan ni. Sorang 12/12/12 kat KL, sorang lagi 13/12/12 kat Kuantan. Mula2 Ummi ingat nak pegi yg kat Pahang je sebab takut badan tak tahan berjalan banyak. Last2 Abah decide dua-dua majlis kami akan pergi.

12/12/12 (Petang)
Bertolak gi KL. Dalam perjalanan tu kerap juga la perut mengeras tapi Ummi diamkan aje sebab takut Abah patah balik. Masa tu kira dekat la juga lagi kalau nak patah balik pun.. Tak syiok la kalau dah patah balik tiba2 tengok tak beranak pun kan..Ummi teringinnn sangat nak tengok adik2 ipar bernikah. Lewat malam tu lepas selesai majlis terus kami bertolak balik Temerloh.

13/12/12
Janji ngan Aki nak gi Kuantan sama-sama petang nanti dalam pukul 6 camtu. Pagi tu relax2 jela dulu kat rumah. Aki gi sekolah. Dalam pukul 4pm Abah mintak Ummi urutkan belakang, lama juga Ummi urut sampai tersengguk-sengguk. Habis mengurut terus Ummi masuk toilet sebab rasa panties macam basah. Dalam hati dok ingat mungkin keputihan kot..

Sekali buka2 tengok hah, darah! Biar betul..Awal lagi ni.. Terus gi gerak Abah bagitau dah turun tanda. Abah pun terkejut sampai hilang ngantuk,huhu.. Ummi tukar seluar pakai kain batik je sebab takut tak selesa bila contraction datang. Contraction datang kerap la juga cuma tak berapa kuat sangat.

Ummi cepat2 senaraikan barang2 yg Abah kena beli sebab dalam beg kecemasan yg kami bawak cuma ada pakaian Ummi and baby utk 2 hari je. Petang tu jugak Abah gi beli. Siap call anak sedara mintak pos barang2 baby kat rumah moyang guna bas. Aki balik dari sekolah petang tu terus kami maklumkan keadaan dan terpaksa cancel plan nak gi Kuantan. Adik Ummi 2 orang pun tak pegi sebab kena jaga Fateh. Pegi la Aki berdua je dengan Wan ke Kuantan...

Ummi duduk kat kerusi malas sambil menahan contraction. Tak berani nak baring sebab orang cakap kalau baring lagi sakit. Berjam juga lah duduk sampai kebas2 punggung, sampai tersengguk-sengguk mengantuk. Last2 tak tahan dah terus gi baring atas tilam, tidur.. Elok je Ummi tidur lena. Contraction pun dah tak rasa dah.

14/12/12
Ummi terjaga pukul 5 pagi. Rasa tak sedap hati sebab takde pergerakan baby langsung. Contraction pun dah takde, risaunya dalam hati ni Allah je yg tahu. Ummi cuba goyang2 kan perut ngan tangan pun baby tetap tak bagi respon.

Terus gerak Abah ajak pegi hospital. Abah suruh Ummi tidur dulu, lepas subuh baru pegi hospital. Ummi rasa susah hatiiii sangat2 kenapa la Abah macam tak risau je.. Padahal masa tu Abah letih sesangat sebab berjam menunggu barang baby sampai kat stesen bas.. Lepas subuh tengok elok je baby gerak aktif. Rupanya tidur lena sangat anak Ummi ni malam tadi :)

Lepas solat zohor Abah bawak Ummi gi klinik sebab nak tahu apa status keadaan Ummi ni. Kalau semuanya masih ok, kami nak pecut la balik Ipoh semula. Doc buat VE, bukaan baru 1.5cm.. Doc cakap kalau nak balik Ipoh boleh, tapi terus balik la. Jangan tunggu2 lagi. So kami pun balik rumah inform Wan and Aki, kemas2 barang, dan terus balik Ipoh bawak Mak Lang sekali as baby sitter.

Sampai Ipoh dah malam. Abah drive terus ke dewan bersalin hospital Ipoh. Sampai sana Opah dah menunggu nak ambik Fateh dan Mak Lang, Ummi ngan Abah pulak terus ke bahagian saringan kat dalam. Doc buat VE, bukaan baru 2cm. So kami balik rumah Opah dulu sebab doc cakap wad penuh (bagus sesangat sebab Ummi memang sebolehnya nak elakkan diri dari kena tahan kat wad. Sangat boring dan stress ok)

15/12/12
Masih lagi stay kat rumah Opah, in case ada emergency senang nak pecut gi hospital. Kalau kami balik rumah Moyang, jauh ke dalam sangat plus jalan berlubang-lubang and ada sangat banyak bumper. Takut Ummi tak tahan la kalau tengah contraction.

Malam tu sebelum tidur Abah mintak Ummi urutkan kaki dua2 belah. Ummi urut macam biasa je. Takde la guna tenaga kuat mana sangat, cuma lama la mengurutnya.

16/12/12
Pukul 3 lebih Ummi tiba2 terjaga dan rasa something yg suam mengalir keluar. Laju.

Ummi bingkas bangun berdiri, rasa kain batik depan dan belakang, takde basah.. Tiba2 rasa lagi benda mengalir macam tadi. Kali ni lagi banyak sampai meleleh kat kaki. Ummi cepat2 berlari masuk bilik air. Tengok2 ya Allah darah! Banyaknya sampai menitik-nitik kat lantai bilik. Dalam hati ni berdebar-debar hanya Allah yg tahu.

Panggil2 Abah dari dalam toilet sampai Abah terjaga. Nak keluar tak boleh sebab darah masih belum berhenti mengalir. Abah datang terkejut tengok darah dah penuh kat lantai toilet dan mangkuk tandas. Masa tu Ummi dah start rasa macam senggugut (period pain).

Lepas darah dah berhenti dalam pukul 4 camtu, cepat2 kami bersiap pergi hospital. Sampai kat kecemasan, buat CTG tengok jantung baby ok. Doc buat VE, masih juga 2cm! HO yg buat VE tu cakap kena tunggu 'doktor besar' datang cek baru boleh buat keputusan boleh balik or kena admit ward.

Punya la lama menunggu doc besar sampai pukul 8 pagi (doc ada emergency operation). Sakit pun dah hilang masa tu. Yg ada cuma badan letih dan rasa nak rehat sangat2. Yg sedihnya ingatkan doc besar tu nak cek apa lagi, tengok2 dia cuma scan baby je utk ajar doc pelatih. Habis scan terus cakap, ok dia kena admit ward.

17/12/12
Doc buat VE. Masih takde progress. So boleh discharge tengaharinya. Ummi sangat happy siap pesan suruh Abah bawak Fateh sekali time nak ambik nanti.

Petang tu balik kampung hantar barang2 sebab sebelum ni Mak Lang dan Fateh stay rumah Opah. Ummi ajak Mak Lang kemas2 bilik Moyang sikit. Habis kemas tu Ummi rasa macam nak pitam, tidur sekejap atas katil Moyang (alhamdulillah dah mandi masa tu).

Ummi tidur macam biasa, mengiring ke kanan. Baru tidur sekejap, tiba2 rasa macam ada benda suam mengalir laju. Sekali lagi. Ummi cepat2 bangun jalan keluar dari bilik. Berjalan sambil kepit kaki. Tapi terhenti tengah jalan sebab rasa macam dah banyak sangat, takut terkena lantai.

Abah tiba2 masuk rumah. Ummi bagitau Abah and Abah terkejut tengok darah dah penuh kat kain batik. Abah suruh jalan perlahan-lahan masuk bilik air. Lepas dah tukar pakaian dan pad semua, Abah suruh Ummi duduk je dekat kerusi. Takleh jalan2, takleh buat kerja. Kami taknak pegi hospital lagi sebab Ummi belum rasa sakit. Letih dah berulang alik ke hospital.

Lepas maghrib kami bertolak pergi rumah Opah, ada sesi BBQ dengan pengantin baru. Masa kat sana Ummi dah mula rasa contraction 10 minit sekali. Tapi tak kuat. Boleh makan, sembang2 dan gelak2 lagi la. Ummi siap makan 3 ketul ayam bakar (tak mengagak-ngagak).

Lama Ummi tak berganjak dari meja makan. Sakit makin kuat dan makin kerap. Tapi Ummi still lagi boleh bersembang. Cuma time sakit datang, Ummi diam. Dah lenguh duduk kat kerusi, Ummi baring pulak mengiring ke kanan. Masa tu dalam pukul 10 lebih camtu, dah takleh sembang dah. Abah masih kat luar membakar ayam.

Tak lama lepas tu Opah datang kat Ummi. Opah tengok Ummi tahan sakit Opah cakap,
"aii..ni dah 3 minit sekali dah ni. Jom lah kita gi hospital"
Abah masa tu baru sudah makan. Opah bagitau Abah keadaan Ummi, then kami terus siap2 gi hospital. Again. And harap2 ni kali yg terakhir la..

Abah pecut kereta punya la laju, siap langgar lampu isyarat bagai. Setiap kali contraction datang, Ummi berpaut kuat2 pada driver seat and tempat pemegang yg kat atas tu. Sambil tu dok jeling jam kat dashboard, "Oh, memang dah 3 minit sekali.."

Sampai kat kecemasan Opah pimpin Ummi masuk dalam. Abah cari tempat parking. Ummi cakap dekat nurse kat kaunter,
"saya baru discharge ward petang tadi. Sekarang datang sebab dah sakit 3 minit sekali"
"Ok duduk"
Nurse amik tekanan darah Ummi and timbang berat. Then terus diorang inform kat doc suruh buat VE.

Ada dua orang doc kat situ. Doc pertama yg buat VE doc perempuan. Dia cakap, "ermm..os dah 7cm"
Masa tu dalam hati Ummi "hah? Dah 7cm?? Wau..maknanya tak lama la duduk dalam labor room ni. Alhamdulillah.."
Tapi doc yg sorang lagi tu tak puas hati. Dia cek lagi sekali and cakap os baru 5cm..Ok, boleh masuk labor room terus.

Ummi masuk labor room tepat jam 12 malam. Yang masukkan line kat tangan, schoolmate dan roomate Ummi dulu, Dr Baizura. Sambil menahan contraction Ummi keep berdoa dalam hati,

"Ya Allah...
Kau percepatkan dan permudahkanlah semuanya Ya Allah.."

Berulang ulang kali Ummi baca doa tu, diselang-selikan dengan membaca surah Al-Faatihah. Setiap kali sakit datang, Ummi akan menarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan sambil merenung siling. Mata pulak tak putus2 menjeling jam kat dinding nak menghitung dah berapa lama duduk kat labor room. Psiko ohh...

1 jam setengah berlalu...

Masa ni sakit dah makin kuat. Ummi hampir hilang kawalan pernafasan bila sakit datang. Dan dah ada sikit2 rasa macam nak meneran. Doc datang buat VE, bukaan dah 8cm. Air ketuban akan dipecahkan, doc tu pesan kat Ummi, jangan meneran tau..

Ummi angguk.

Masa doc tu pecahkan air ketuban, Ummi rasa takde meneran pun. Tapi tiba2 pom! Air ketuban meletup,  habis mandi doc tu. Basah lencun baju dia. Legalah dia tak marah. Yang kesiannya doc tu tak bawak baju spare..Dan dia terpaksa pakai baju yg dah basah tu sampai habis shif pukul 8 pagi! huhuhu...

Tak lama lepas air ketuban dipecahkan Ummi dah mula rasa nak meneran. Kelam kabut nurse ngan doc buat preparation. Bila Ummi dah mula meneran diorang terus jerit, "ehhh nanti dulu puan. Jangan teran lagi"
Ummi dah sakit..tak kira apa dah. Teran jugak..pastu teran lagi..sedar2 je kepala baby dah keluar.
"puannn..nanti kejap puann"
Ummi teran jugak lagi. Dua tiga kali teran, tepat jam 2pagi keluarlah baby sepenuhnya. Dalam dok kelam kabut tu tergelak-gelak doc ngan nurse tu sambut baby. Siap cakap kat Ummi "awak tengok ni berenang renang anak awak..hahaha.."

Pastu diorang angkat baby tunjuk kat Ummi.
"Tengok ni awak dapat baby apa?"
"Baby girl"
Alhamdulillah...

Lepas nurse keluarkan darah beku, jahit luka, bersihkan apa2 yg patut, Ummi nak mesej Abah bagitau dah bersalin. Tapi tak larat sangat2. Pinggang ni rasa macam nak patah, lebih teruk daripada sakit pinggang masa period. Masa Fateh dulu takde pulak rasa camni..

Lepastu..Ummi rasa nak muntah yg teramat sangat. Nurse ngan doc dah keluar, tinggal Ummi sorang2. Dok tahan2 akhirnya termuntah jugak. Punya la banyak..Habis baju ngan rambut bermandi muntah. Nurse datang terkejut tengok keadaan Ummi. Nasi keluar sebiji-sebiji. Nasib la ayam dah hadam. Kalau tak..kantoi makan ayam bakar sebelum beranak :P

Pukul 2.50 Ummi mesej mintak air kat Abah. Abah tertidur, so tak perasan mesej Ummi. Dalam pukul 3 barulah Ummi dapat air, itu pun Abah passing melalui nurse. Dalam fikiran Ummi, nurse mesti dah inform kat Abah yg Ummi dah deliver baby.

Pinggang masih sakit sangat2 lagi. Rasa macam nak suruh Abah masuk tolong urut. Tapi nak taip mesej pun tak larat. Abah hantar mesej tanya dah dapat air ke belum,

A: Dapat tak? (3:03 am)
U: Dapat. Dah muntah. Pinggang sakit sangat2. (3:21 am)
A: InsyaAllah sikit lagi beranak tu. Awak doa sendiri kat air tu, hembus, minum. Makan banyak2 kurma tu utk tenaga. Maaf, saya tak sedar mesej awak tadi syg, saya tertidur. (3:23 am)
U: Dah bersalin 2am tadi. Baby girl. (3:24 am)
A: Aik, ye ke? Subhanallah. Masyaallah. Alhamdulillah, Allahuakbar. Tahniah. Awak dah keluar bilik tu? Ade area mana sekarang? (3:27 am)

Huhuhu bayangkanlah Ummi bersalin pukul 2pagi, pukul 3.30 barulah Abah tahu. Sebelum tu dok menunggu la kat luar ingat Ummi belum bersalin. Lepas Ummi bagitau tu Abah cakap dia ingat Ummi nak buat surprise. Kesian Abah tau.. Kalau Ummi tak sakit pinggang masa tu, awal2 lagi Ummi dah mesej Abah bagitau dah bersalin..

Apa-apa pun Ummi bersyukur sangat2 sebab semuanya dah selamat. Waktu Ummi tulis entry ni pun, Ummi dah 17 hari berpantang. Baby pun dah bam bam, dagu dah berlapis dua, dan yang paling penting Ummi dapat menyusukan baby sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah!

Maka nikmat Allah yg manakah yg mahu kamu dustakan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 2, 2013

Insiden yang buat saya tertanya-tanya

Masa tengah buat CTG kat bahagian saringan dewan bersalin tempoh hari, ada sorang patient yg lebih muda dari saya baru sampai. Nurse kat kaunter macam biasa buat prosedur amik tekanan darah dan timbang berat patient. Then diorang tanya,

Nurse: Datang sebab apa?
Patient: Turun air ketuban.
Nurse: Pukul berapa turun? Banyak ke sikit?
Patient: Dalam pukul __am..tak banyak sangat.
Nurse: Air yg turun tu warna apa?
Patient: Warna hijau.
Nurse: Hijau? Hijau macamana?
Patient: Lebih kurang macam air daun pandan.
Nurse: Awak pasti ke? Bukan warna putih jernih?
Patient: Tak, bukan warna putih. Memang warna hijau..
Nurse: Ok awak duduk kat situ.

Nurse tu pasang mesin yg nak amik tekanan darah kat lengan adik tu. Then dia gi kat kaunter semula. Tak lama kemudian ada la sorang atau 2 orang nurse yg datang kat kaunter. Diorang buka2 file yg ada kat situ, then tanya pasal patient tadi.

"Yang tu kenapa?"
"Dia cakap turun air ketuban warna hijau"
"Hah, hijau? Hijau macam mana?"
"Macam air pandan katanya.."
"Macam air pandan?? Ada pulak air ketuban macam air pandan?"

Pastu semua nurse yg ada kat situ gelak2 macam benda tu lawak. Sian kat adik tu. Masa tu saya terfikir kat dalam hati, setahu saya kalau air ketuban warna hijau, itu tandanya baby dah membuang air besar. Tapi takkan semua nurse tu tak tahu? Atau saya yg salah ingat? Takpelah. Biarkan aje...

Habis buat CTG, saya diarah masuk bilik pemeriksaan doc pulak. Doc HO buat VE. Pastu diorang cakap kena tunggu doc besar datang. Lama menunggu last2 nurse kat kaunter tadi bagitau saya,

"Maaf ye puan. Kena menunggu lama sikit. Doc ada emergency operation. Patient yg tadi tu anaknya dah berak dalam perut. Jalan belum buka lagi.."

Haaa...betul tekaan saya rupanya. Cuma saya tertanya-tanya.. Memang nurse tak tahu ke? Saya tahu melalui pembacaan. Ada siapa2 boleh explain? Hehehe...

Published with Blogger-droid v2.0.9