CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, March 21, 2012

Fateh rindu Makcik

Ini cerita haritu. Masa Abah takde, pergi umrah 2 minggu.. Minggu yang pertama, Mak ndak datang temankan Fateh n Ummi. Minggu yang kedua, Makcik pulak datang. Terima kasih Makcik, datang main dengan Fateh, bawak Fateh gi jalan-jalan...Fateh rindu saat makcik ada di sini. Nanti Makcik datang lagi ya!

Ni gambar-gambar Fateh n Makcik. Fateh suka :)

Makcik sampai je terus Fateh serang henpon Makcik.

Sampai kat kedai, serang laptop pulak.

Punya la khusyuk. Sampai termuncung-muncung mulut tu.

Tuudiaa anak Ummi menaip!

Lagi....

Dan lagi....

Dan lagi.....hehehe saborrr je Makcik ye ^^

Sikit lagi Makcik.. Sikit lagi....


Sejurus selepas mengerjakan laptop Makcik...



Zzzzzz... Tertidur keletihan :)

Close up

And the another day, kacau main laptop lagi. Makcik pun bagi la can, bagi Fateh dengar nasyid MENGENAL BINATANG puas-puas :)

And until now, Fateh sangat-sangat suka dengar nasyid tu.

Monday, March 19, 2012

Riadhah bersama Fateh

Macam mana caranya?

Camni...
Ummi baring atas lantai, pastu Fateh duduk atas Ummi. Then henyak-henyak badan Ummi guna bontot dia. Adehhh...ni riadhah betul ni Fateh. Sampai sakit-sakit badan Ummi.

Thursday, March 15, 2012

Birthday Abah..Ummi wish dari jauh je....

Hari ini, 15 Mac 2012 merupakan hari ulangtahun kelahiran Abah yang ke 28. Sekali lagi Ummi sedih sebab terpaksa wish dari jauh je..sob..sob..

Untuk suamiku yang tercinta,
Selamat Hari Lahir yang ke 28.
Semoga pertambahan umur ini akan menambah lagi keimanan kepada Allah, menjadi insan yang lebih kuat, tabah, dan sabar dalam mengharungi liku-liku di dalam kehidupan ini.
Terima kasih kerana telah memberi segala yang terbaik kepada saya.
Awak suami yang saya cinta,
Awak ayah yang Fateh sayang.
Tanpa awak, hidup kami mungkin tak sebaik hari ini (dengan izin Allah)....

Ummi and Fateh Arraziq always LOVE you!


Wednesday, March 14, 2012

Happy 2nd Anniversary Sayang~

Pagi: Saat kami selamat diijabkabulkan.

Cincin disarung ke jari manis Ummi.

Masih malu-malu :)

Tengahari: Jamuan makan di rumah Ummi.

Petang: Sesi memotong kek yang di sponsor oleh Ayah Long dan Mak Long.

Kenduri sambut menantu di rumah keluarga Abah (20-3-2010)

Syukur alhamdulillah. Hari ni (14-3-2012), genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. Ummi bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Abah. Tak mungkin ada insan lain yang dapat menerima baik dan buruk Ummi sepertimana Abah menerima Ummi.

Dalam gembira, Ummi juga bersedih kerana tak dapat meraikan hari yang bersejarah ni bersama-sama Abah kerana Abah masih lagi berada di Makkah pada ketika ini. InsyaAllah pada 17-3-2012 ni Abah akan tiba di sini. Moga Allah swt memanjangkan umur kami untuk bertemu lagi. Ameeen.

Nota: Ummi menaip sambil menahan sakit perut yang teramat sangat. Abah minum susu unta kat sana, Ummi kat sini yang sakit perut memulas-mulas.

Sunday, March 11, 2012

Malam yang sepi....

Malam ni Ummi, Fateh dan Makcik tidur di kedai. Makcik baru sampai petang semalam. Mak ndak pulak dah balik ke Kelantan pagi tadi, nak sambung ambil final exam. Terima kasih Mak ndak sebab banyak tolong Ummi sepanjang seminggu Mak ndak kat sini. Terutamanya tolong jaga Fateh yang lasak ni, hehe...

Hari ni sebenarnya Ummi plan nak tidur kedai sebab nak update blog company dan edit-edit apa yang patut sampai settle. Tengok2 dalam duk try tukar-tukar template tadi lain pulak yang jadinya.

Semua post keluar dua kali. Yang atas ok. Yang belah bawah la ntah pape. Ummi dah cuba edit bagi hilang, tapi tak boleh. Makcik pun dah cuba tengok coding dia, tapi tak jumpa apa-apa yang error. Dekat source ada. Tapi takleh nak delete la pulak.

Macam-macam...Tengah semangat membara-bara ni, blog pulak buat hal...

Setiap kali Ummi tengok skrin komputer ni mesti rasa stress je. Makcik cakap, "De dah stress jangan la tengok blog tu dah. Cuba buat benda lain"

Tak boleh...Ummi tak boleh nak buat benda lain sebab dok teringat kerja tu je..

Wednesday, March 7, 2012

Bila Abah takde...(Part 2)

Masa Abah ada, sekurang-kurangnya sehari 3 kali Abah akan minta Ummi buatkan air teh o kurang manis samaada kat kedai atau kat rumah.

Bila Abah takde ni...rasa sunyi sangat-sangat.

Seharian tak dengar bunyi cerek kat dapur...
Gelas-gelas dekat rak tak berusik...
Takde orang nak suruh Ummi buatkan air teh...

Sunyinya......




Tuesday, March 6, 2012

Lagu Tema Platun Badar - mengimbau kenangan zaman sekolah dulu...

Badar menjadi saksi,
Perjuangan para muslimin,
Pertolongan Rabbul 'Alamin,
Putih suci para malaikat,
Kami lah pewaris rela berkorban.

Iman yang teguh berserah pada Allah,
Akhlak yang mulia jadi hiasan diri,
Sabar dan tekun dalam perjuangan,
Kuat iltizam berkeyakinan.

Actually ni lagu rumah sukan masa Ummi sekolah menengah dulu. Ada 5 rumah sukan yang kesemuanya terdiri dari nama-nama perang. Lagu ni tercipta daripada sebuah pertandingan. Masa tu kami diminta untuk mereka cipta lagu untuk rumah sukan masing2. Dan lagu ni akan dilaungkan setiap kali kami diarah berkumpul bagi melakukan satu-satu aktiviti.

Memang seronok. Semua rumah sukan menyanyi dengan penuh semangat. Kadang-kadang bila kumpulan lain menyanyi, kami yang group lain ni akan tumpang menyanyi sama. Penuh ukhuwwah. Manis untuk dikenang :)

Monday, March 5, 2012

Alhamdulillah dah tiba Jeddah


Baru 2 hari Abah takde. Tapi Ummi rasa macam lamaaa sangat dah berpisah dengan Abah. Dok teringat macam Abah tengah keliling kaabah. Padahal semalam Abah masih berada di Dakka.

Pagi semalam Abah hantar mesej pukul 6.15 pagi bagitau dah sampai Bangladesh. Then seharian kami tak berhubung. Malamnya barulah Abah mesej,

"saya kat bangla lagi. InsyaAllah malam ni kul 10 check in, berlepas kul 12, tiba 6 jam pastu"

Tapi flight Abah delay sikit sebab pukul 1.21 pagi Abah hantar mesej bagitau baru nak naik flight. Alhamdulillah pukul 9.10 pagi Abah hantar mesej bagitau dah tiba di Jeddah. Syukur...

Nota 1: Entry ni Ummi tulis supaya Fateh boleh baca bila dia besar nanti, dan Ummi n Abah pun boleh rujuk semula di masa akan datang. Bagi Ummi, moment Abah pergi umrah ni antara benda yang penting dalam life Ummi. Dah tua2 nanti boleh tengok semula, bila kali pertama Abah ke Madinah :)

Nota 2: Mak Ndak ada kat sini sekarang. Jadi baby sitter dan peneman Ummi buat mengubat kesepian. Sungguh, Ummi sangat-sangat merasai ketiadaan Abah. Jadi Ummi perlukan teman dari kalangan ahli keluarga terdekat. Terima kasih Mak ndak sudi temankan Ummi dan Fateh. Next week Makcik pulak datang.

Nota 3: Setiap malam Ummi cium baju bushuk Abah sebelum tidur. Tujuannya untuk mengubat kerinduan. Tapi setiap kali Ummi cium baju tu, air mata Ummi mesti mengalir. Dan Ummi akan menangis sepuas-puasnya untuk melepaskan perasaan yang terbuku kat dalam hati ni. Allah...lemahnya Ummi ni...

Sunday, March 4, 2012

Bila Abah takde...

Alhamdulillah semalam (3.3.2012) Abah dah selamat menaiki bas menuju ke KLIA untuk menunaikan UMRAH. Flight Abah berlepas jam 2 pagi, 4/3/2012. Then transit di Dakka. Seharian di Dakka, pastu baru berangkat ke Madinah.

Ummi dah pernah berjauhan dengan Abah selama 2 minggu. Tapi yang tu Abah pergi kursus rekreasi level 3 kat Kedah je. Kali ni memang jauhhh sesangat. Sebelum Abah naik bas, Ummi salam, cium tangan Abah, cium kedua belah pipi Abah, n terus menangis kat bahu Abah...Malu tu memang la malu. Tapi Ummi takleh nak tahan dah sebak kat hati ni :'(

Petang semalam Ummi balik rumah kena drive sendiri. Actually dah lama sangat Ummi tak drive kereta. Sebelum Abah pergi tak sempat nak training sebab sibuk. So semalam nak taknak kena beranikan diri jugak la. Dahla jalan sibuk ya rabbi. Semua orang berpusu-pusu nak balik. Rasanya tarikh semalam akan terpahat dalam ingatan Ummi selama-lamanya kot..Ummi sesat kat IPOH! LOL :D

Kononnya nak lari dari kesesakan la. Tengok2 lagi naya... Alhamdulillah selamat juga sampai rumah dengan jayanya.

Malamnya Ummi mesej dengan Abah sampai tertidur.
Tidur dengan baju bushuk Abah.
Pastu mimpi Abah pulak.
Haiiii baru 1 malam.....

Fateh alhamdulillah tak meragam malam tadi. Sebelum pergi Abah dah pesan kat Fateh jangan nangis-nangis, senangkan hati Ummi, jaga Ummi. So malam tadi alhamdulillah dia tidur lena. Cuma bila Ummi bangun solat subuh pagi tadi terus dia bangun menangis sampai teresak-esak. Menangis sampai langit cerah. Bila Ummi dukung, dia lentokkan kepala kat bahu Ummi. Shiaaannnn anak soleh Ummi. Rindu kat Abah ye...

Kita doa sama-sama..Moga2 Abah mendapat umrah yang mabrur, dan pulang ke sisi kita dengan selamat hendaknya. Ameeen.