CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, November 27, 2010

1st Pregnancy: Semuanya Pengalaman Pertama

Assalamualaikum.

Saya disahkan mengandung pada bulan mei 2010, 2 bulan selepas walimah dan sebulan selepas kedai hubby terbakar. Alhamdulillah, saya dan hubby sangat-sangat bersyukur. DIA berikan kami ujian, kemudian menghadiahkan kami satu anugerah yang tak ternilai harganya.

Dua hari selepas mengetahui ada benih yang sedang berkembang di dalam rahim saya, saya mula merasa loya-loya dan pening. Alahan yang saya alami tersangatlah teruk. Selepas makan atau minum, saya akan muntah dengan banyaknya sampai dah takde apa yang tinggal kat dalam perut ni. Minum air kosong pun boleh muntah. Bau makanan apatah lagi. Saya langsung tak boleh masuk dapur atau dekat dengan meja makan. Masa tu rasa seksanya hanya Allah yang tahu. Perut lapar, tapi tak boleh nak makan. Saya hanya terbaring je kat bilik sepanjang hari, memaksa diri untuk tidur sebab dah tak mampu nak menahan rasa loya.

Semua yg tau tentang alahan saya akan cakap, "ala takpe, sekejap je tu..Masuk bulan keempat nanti ok la.." Seronoknya la saya dengar orang cakap macam tu. Rasa macam tak sabar nak tunggu kandungan mencecah 4 bulan. Namun masuk masuk bulan yg keempat, keadaan saya masih sama, takde perubahan. Hari-hari saya hanya boleh makan laksa. Ada juga saya cuba menu lain. Tapi langsung tak boleh masuk kat tekak ni..

Alhamdulillah menjelang hujung bulan kelima, alahan saya mula berkurangan. Dah boleh cuba-cuba makan selain daripada laksa. Tapi still tak lalu nak makan daging, ayam, dan seafood. Saya hanya makan sayur n telur dadar. Masuk bulan keenam, alahan saya hilang sepenuhnya. Alhamdulillah... Nikmatnya dapat makan macam-macam hanya Allah yg tahu..hehe.. Time ni la berat saya naik dengan mendadaknya, sampai doktor suruh minum air gula. Serik..Serik... Lepas tu terus control makan. Takut terlebih naik berat lagi..

Sekarang kandungan saya dah mencecah 34 minggu.. Tapi alahan saya macam datang semula. Makan agak memilih sikit (kurang selera).. Kadang-kadang ada rasa pening n loya. Salah cara atau masa makan sikit mula la muntah dengan banyaknya..Kenapa ye??

Baby alhamdulillah sentiasa aktif bergerak. Terutamanya kalau saya tengah solat atau baca Al-Quran. Mula je solat, automatik dia akan bergerak-gerak sampai la saya habis solat. Soleh betul mujahid kecil ni.. :) Minggu depan saya kena jumpa doktor di Hospital Besar Ipoh. Nurse cakap sebab punggung baby duk kat sebelah bawah. Doakan saya ye.... (^^,)

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum.

Dah terlewat sebenarnya. Tapi saya tetap nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada 2 orang insan terdekat dalam hidup saya ini.


Cik ~ 17 November 2010


Mak ( mertua saya) ~ 20 November 2010


Semoga Allah panjangkan usia dan memberkati hidup kalian serta berbahagia di samping insan-insan tersayang. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah dan berubudiyah kepadaKu."

Tuesday, November 23, 2010

Sekadar Berkongsi

Assalamualaikum.

Ayah Derhaka Pada Anak. Pernah dengar? Baru-baru ini saya menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Seorang penonton telah bertanyakan kepada ustaz tersebut (saya tak ingat ustaz apa),
"apa yang dimaksudkan dengan ayah derhaka kepada anak?"
Ustaz tersebut menjawab, "Ayah derhaka kepada anak ialah apabila ayah tidak menunaikan hak-hak anak".
Baru-baru ini juga saya mendengar ceramah di radio perak.fm turut membincangkan tajuk yang sama, Hak-Hak Seorang Anak. Isinya lebih kurang sama, tetapi sedikit berlainan. Maka di sini saya gabungkan kedua-duanya, untuk panduan dan perkongsian kita bersama.

Ayah derhaka kepada anak --> Ayah tak tunaikan hak-hak anak. Apa hak seorang anak?

1) Pilih ibu yang baik. Bermakna, seorang lelaki itu mestilah memilih perempuan yang baik untuk dijadikan calon isterinya, memandangkan perempuan itulah yang akan melahirkan dan bertanggungjawab mendidik zuriatnya kelak. Bagi yang dah berkahwin, jangan pula diceraikan isteri yang dirasakan tidak baik. Didiklah isteri tersebut sehingga dia mampu menjadi isteri dan ibu yang baik dan solehah.

2) Beri nama yang baik. Nama boleh mempengaruhi sikap dan tingkahlaku anak-anak. Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dengan nama bapa-bapa kamu."

3) Ajar anak itu Al-Quran. Mengenal huruf, membaca, dan menghayati isi-isi yang terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri.

4) Ajar anak beradab. Jika anak berkelakuan yang tidak sopan, tidak menghormati orang lain, mahupun mengeluarkan kata-kata yang tidak elok, hendaklah menegurnya. Tegur dengan cara yang baik sehingga anak faham, kerana jika dibiarkan, anak akan merasakan apa yang dilakukannya tidak salah.


Friday, November 19, 2010

~Salam Aidil Adha~

Assalamualaikum.

Salam aidiladha saya ucapkan buat semua. Raya haji tahun ni saya dan hubby beraya di temerloh pahang. Plan asal nak balik sehari je, tapi disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal, kami stay lama sikit. (Mood gembira), hehe..

Sebelum balik pahang, sempat saya belajar cara2 nak membuat lemang. Seronok. Sebelum ni tak pernah buat, kalau nak makan, beli je yang dah siap. Kali ni hubby suruh belajar ngan Opah n Mak Yang. Letihnya boleh tahan juga. Tambah-tambah saya dah makin sarat sekarang. Tapi takpe, yang penting seronok, dapat tambah ilmu..hehe..

Raya kali ni ramai yang takde. Along ngan abg long raya kat teluk intan. Angah tak balik sebab raya kedua dah start final exam. Andak pulak tak dibenarkan balik memandangkan SPM dah makin hampir. Kena stay kat asrama, and STUDY! hehehe.. Gud luck to angah n andak~

Memory raya kedua: Pagi2 lagi dah ikut hubby gi bandar cari barang-barang nak memancing. Proses nak memilih batang pancing dan mesin tersangatlah lama, sampai sakit pinggang2. Kedai kedua saya dah taknak turun, nak tunggu dalam kereta je. Dah dapat semua barang, balik rumah setting2 pancing dulu. Pastu hubby gi survey tempat terus. Saya duduk rumah, masak.. Dah petang sangat baru hubby balik dengan hepinya. Dapat kawan baru, n dapat port memancing yang sangat best. Udang galah~

Disebabkan siang tadi takde dapat ikan atau udang, malam ni sekali lagi hubby gi mencuba nasib. Saya doakan dari rumah je.. Tak larat nak ikut, hehe.. Esok pagi dah nak bertolak balik ipoh.. :)


P/S: Kena latih diri dan anak-anak dari awal supaya sanggup berkorban apa sahaja, bila-bila masa sahaja, dan di mana-mana sahaja. Contohi pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail a.s (Ceramah kat radio pahang petang tadi)

Friday, November 12, 2010

Setelah Sekian Lama

Assalamualaikum.

Semalam tengah duduk2 kat kedai sambil menahan sakit perut meragam, tetiba dapat panggilan dari Shayyidah. Mula-mula terkejut jugak sebab tak penah2 pun dapat panggilan dari kawan lama yg sorang ni, hehe..

Idah bagitau dia ada dekat ipoh. So nak datang la berjumpa dengan saya. Saya sangat excited! Maklumlah dah lama sangat tak jumpa. Last sekali kami jumpa akhir tahun 2008. Masa tu Idah tengah sarat mengandungkan anak pertama. Lepas baby Idah lahir (Muhammad Al-Khawarizmi), saya teringin sangat2 nak gi jumpa Idah n babynya yg comel, tapi tak berkesempatan. Allah tak izin..

Akhirnya setelah Idah beranak dua Allah temukan juga kami. Alhamdulillah...


Saya tak sempat nak ambik gambar Idah ngan Rizmi.
So grab dari facebook je.. hehe.. Idah still lagi cun macam dulu even dah ada dua orang permata hati. Dua-dua comel macam bondanye..


Imi yang sangat sweet~...
Suka buat senyum manja. Dahla ada lesung pipit. Geram saya tengok, hehe.. Pastu pandai je nak manja2 ngan bonda dia. Senyum2 pastu dekatkan muka ngan muka bonda, bila bonda kiss dia pun senyum sampai nampak gigi.. Sweet sangat~
(Yang ni pun saya grab dari facebook.. Mintak halal ye Idah~ hehe...)


Najah Zahirah, permata kedua Idah.
Tengok pipi dia, tembamnya~.. Sampai2 kedai je terus nangis mintak susu kat bonda dia. Lepas dapat susu terus tido.. hehe... Najah ni putih sangat2 sampai nampak urat-urat halus kat pipi dia. Maklum la bonda ngan abinya dua2 berkulit putih..


Dapat la saya sembang2 dengan Idah mintak pendapat n tanya apa2 yg saya tak tau pasal mengandung n bersalin. Kena kutip ilmu dari orang berpengalaman nih. Nak jumpa bukannya senang, hehe.. Suka betul saya tengok cara Idah melayan anak2 dia. Sangat lembut n penuh dengan sifat keibuan.. Thats why la Rizmi pun nampak loving.. Bondanya pandai melayan..


Lepas habis sembang Idah bawak Rizmi gi jenguk kedai mak sekejap. Najah tinggal ngan saya sebab dia tido lagi.. Bangun je terus nangis sebab tengok bonda takde. Alhamdulillah senang nak memujuknya.. Saya dukung n tepuk2 terus je dia diam.. Solehahnya Najah ni~


P/S: Terima kasih ye Idah sebab sudi datang ziarah saya. InsyaAllah ada masa n peluang kita jumpa lagi... :)

Wednesday, November 10, 2010

Kisah Kami...

Assalamualaikum.

Disebabkan malas nak buat banyak2 entry, maka saya pun meng'update' la blog ini dengan kisah saya, hubby, n baby F dalam 1 tajuk.. Senang.. tak yah post banyak2 kali.. hehe...

Kisah saya n hubby

Semalam hubby bagitau kat saya yg dia akan ke kedah selama 3 hari. Jadi sukarelawan bantu mangsa banjir kat Jitra dan Alor Setar. Dengar je hubby cakap macam tu terus saya rasa macam tak sihat. Siap baring2 lagi kat kedai. hehehe...

Bukan saje buat2 tau.. Tapi memang badan rasa lain macam. Maybe jugak kesan saya makan ubat tambah darah. Bau dia kuat sangat sampai membuatkan saya mabuk. Rasa macam nak pitam, tangan ngan mulut rasa kebas semacam (seolah-olah pucat takde darah).. Tapi bila tengok kat tapak tangan, ok je merah2.. Bibir pun tak pucat..

So saya baring jela.. Cuba paksa diri utk tidur tapi tak boleh. Lama jugak saya berkeadaan macam tu. Agak2 dalam 2 jam lebih. Seksa jugak la nak menahannya.. Sampai akhirnya air mata mengalir.. Alhamdulillah ada hubby datang pujuk.. Pastu hubby siap belikan nasi suruh saya makan. hehe.. Love u sayang~

Pagi tadi berlaku pulak satu insiden memalukan yg dicetuskan oleh saya.. huhu.. Kalau ingat balik memang malu sangat2. Tapi takleh nak buat apa la.. Masa tak boleh nak undur balik..

Pagi2 lagi saya dah buat kecoh kat rumah opah. Masa tu baru pukul 6 lebih, langit pun gelap lagi. Tiba-tiba ada la pulak katak pisang buat aksi lompat melompat dalam bilik kami. Boleh tahan tinggi gak katak tu melompat. Dari lantai lompat ke atas meja solek, pastu lompat pulak ke dinding. Tinggi pulak tu.. Nak dekat sampai siling la jugak. Yg saya tengah duduk kat atas katil..

Tiba-tiba boleh pulak katak tu berpusing arah n terus lompat ke katil.. Apa lagi.. Menjerit sakan la saya. Eee geli.. geli.. Saya baling selimut, katak tu lompat balik kat meja. Pastu dia buat lagi aksi yg sama macam tadi buat kali kedua. Menjerit lagi saya. Hubby tengah mandi, tak dapat la saya nak mintak tolong. Mak pulak yg datang menjenguk sebab hairan sebab apa saya terjerit-jerit. hehehe... Semangat mak nak tolong, siap panggil 'maid' datang tolong lagi. Habis semua kecoh disebabkan saya. huhu~

Akhirnya hubby yg baru sudah mandi yg menyelamatkan keadaan. Hubby tangkap katak yg hyperaktif tu n buang kat luar rumah. Lega.. Tergelak-gelak je hubby tengok saya. Memang takleh lupa la peristiwa pagi tadi. huhu..

Sebelum bertolak ke kedah saya salam n cium tangan hubby. Hubby peluk saya n pesan, "doa banyak2 kat Allah mintak Dia jauhkan benda2 yg awak takut. Yg menjaga awak Dia, bukan saya.." Saya angguk n jawab,"insyaAllah.." Hubby pun senyum je.. (manis sangat~ hehehe...)

Kisah baby F

Kandungan saya sekarang dah mencecah 31 minggu.. Lagi 3 hari genap la 8 bulan usia baby F kat dalam tummy saya. Alhamdulillah...

Bermula 5 november hari tu nurse suruh saya tanda carta pergerakan baby kat dalam buku merah. Sehari saya mesti tanda 10 pergerakan bermula jam 9 pagi. Kalau baby bergerak kurang dari 10 kali hingga jam 8 malam, saya kena cepat2 ke hospital.. Diorang takut baby lemas.. Na'uzubillahi min zaalik.. Minta dijauhkan ya Allah.. Sebagai ibu yg mengandungkan, perasaan sayang saya terhadap baby F sangat menebal walaupun dia belum lahir dan saya belum dapat menatap wajah dia.. Itulah kuasa Allah...

Hari pertama menanda, pergerakan ke 10 baby F saya tanda pada jam 5.15 petang.. Hari kedua lewat sikit dari hari pertama, 5.20 petang. Hari ketiga n seterusnya baby F semakin aktif bergerak. Gerakan ke 10 semakin awal saya catat. Kelmarin 4.30 petang, semalam 3.50 petang.. Hari ni lagi awal! Pukul 3.25 tadi baby F dah bergerak buat kali yg ke 10.. Alhamdulillah, syukur ya Allah...

Tapi nurse pesan walaupun baby dah bergerak sebanyak 10 kali, saya masih kena pastikan ada pergerakan baby selepas tu.. Takut baby lemas selepas gerakan yg ke 10.. Alhamdulillah setakat ni baby F sangat aktif walaupun lepas saya habis menanda. Sampai malam pun dia aktif.. Sayang anak ummi ni~... Semoga baby F terus sihat dan aktif hingga tiba saat kelahirannya ke dunia ini.. Dan terus sihat dan aktif selepas kelahirannya nanti. Ameeennn... Mohon doa dari semua... :)


P/S: Tak sabar nak tunggu hubby balik khamis ni. Moga Allah melindunginya di mana saja dia berada...

Tuesday, November 9, 2010

~Kembali~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni saya kembali bekerja setelah bercuti selama 2 hari. Hari jumaat orang lain cuti saya kerja. Hari sabtu pulak saya ke kuala kangsar dengan hubby, kak long raihanah, abang issam, azzuhri, dan afifi (adik ipar). Sepatutnya kami kena berada di kuala kangsar jam 10 pagi sebab ada mesyuarat, tapi Allah izin kereta hubby pulak rosak. Terpaksa la kami bertolak lewat sedikit. Kena pegi bengkel dulu tukar kereta. Tinggal kereta hubby kat bengkel, ambik kereta abang issam. Alhamdulillah akhirnya sampai juga kami kat tempat mesyuarat walaupun lambat.

Sebelum pegi tu kak long dah pesan dekat saya supaya bawak baju lebih sebab kat tempat mesyuarat tu ada sungai. Tapi saya lupa. Tak dapat la mandi. Main celup-celup kaki je. Dapat la jugak merasa air sungai yg sejuk tu, hehe.. Balik tu singgah rumah mak cik ani, semua syahid kecuali kak long n zuhri. Pukul 6 petang baru bertolak balik ipoh...


Kat rumah mak cik ani.
Sebelum tidur @ rehat saya sempat main ngan zuhri dulu.
Tengok tuuu... Dia gigit beg ibu dia~


Kat kedai.
Hubby ajar zuhri main pusing2 botol deodorant, hehe...


Sebelum balik rumah, kami gi makan chicken chop dulu. Kak long teringin. Saya makan sikit sangat, sebab tak lalu. Minum air barli ais jela.. Pastu singgah kat gerai buah pulak. Yang lelaki semua turun gi sembang ngan tauke kedai buah tu. Tinggal saya ngan kak long n zuhri je kat dalam kereta.


Zuhri gelak sebab saya main2 ngan dia..


Nampak gigi 2 batang~


Sukanya anak buah mak ngah ni~~


Ahad hubby ngan abang issam pegi pertandingan memancing. Saya duduk rumah je dengan kak long n zuhri. Sekali sekala ambik cuti nak rehat..hehe~


P/S: Alhamdulillah setakat ni baby F sangat aktif tak kira siang atau malam. Tapi dah mula rasa sakit sikit2 bila dia moving. Semoga anak ummi ni terus sihat dan aktif hingga tiba saat kelahirannya. Mohon doa dari semua ya... :)




Friday, November 5, 2010

Check Up

Assalamualaikum.

Hari ni saya ke klinik utk pemeriksaan rutin. Memandangkan usia kandungan sekarang dah mencecah 30 minggu, so saya kena buat check up 2 minggu sekali. Alhamdulillah tekanan darah ok, HB pun dah naik 10.3, baby aktif.. Asyik bergerak je dia. Nurse yg tolong cek pun confuse. Kepala baby sekejap duk kat tengah, sekejap duk kat tepi belah kanan. Hehe...

Nurse bagi ubat baru pulak tadi, utk tambah darah (softgel). So mulai hari saya akan makan 3 jenis ubat, semuanya utk tambah darah. Semangat demi baby F! hehe... Nurse pesan, mulai esok saya kena tanda kat dalam buku merah 10x pergerakan baby. Kalau baby tiba-tiba kurang atau tak bergerak langsung, cepat2 pegi hospital. Ni utk mengelakkan perkara yg tak baik berlaku pada baby. Contohnya macam lemas ke...

Pastu sebelum balik tadi kena cucuk ubat. Sakit~.. Lenguh tangan ni. Tapi takpe. Lepas ni tak kena cucuk dah. Yg tadi tu last nurse cakap. Pasni kalau kena cucuk pun sebab ambik darah jela. Then nurse pesan, petang ni kena gi klinik gunung rapat pulak, jumpa doktor n scan baby. Harap-harapnya takde la doktor marah-marah lagi. Saya dah cuba sehabis baik dah (bagi darah naik n kawal supaya berat badan tak naik mendadak). "Permudahkan urusanku ya Allah...."


Selitan ~ gambar raya 2010.
Pertama kali beraya dengan hubby n baby F kat dalam perut.
( Raya tahun lepas saya masih single, hubby pun saya tak kenal lagi masa tu. hehe..)

Tuesday, November 2, 2010

Ikan Ara Masak Tempoyak

Assalamualaikum.

Semalam hubby tunjukkan saya ikan yg dah siap dipotong dan dibersihkan. Ikan ara, hubby pancing sendiri rasanya. Hubby cakap, "ikan ni kalau buat masak gulai tempoyak best jugak kan sayang kan?". Saya pandang hubby dan senyum (tanda setuju la tu..)... "Pagi esok awak masak ikan ni ye", sambung hubby. Saya bersetuju dan terus bangun buka peti ais, nak tengok bahan-bahan cukup atau tak.

Pagi tadi lepas solat subuh terus je saya ke dapur siapkan bahan-bahan. Hubby pun tolong jugak. Dia tolong ambik serai n daun kesum kat luar rumah. Terima kasih sayang :)... Berbekalkan bismillah + selawat + tawakal, saya pun mula memasak. Dan inilah hasilnya.......


Alhamdulillah....
(Ni first time saya masak gulai tempoyak guna ikan ara. Dekat pahang selalunya saya guna ikan patin, campur dengan batang keladi)


P/S: Ada banyak cara/bahan boleh guna utk buat masak tempoyak ni. Ada orang dia bubuh bunga kantan, daun kunyit.. Ada yg bubuh serai + daun kunyit je. Ada jugak yg bubuh bunga kantan + daun kesum.. Terpulang pada individu. Saya pun tukar2 resepi... :)