CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, January 19, 2012

Radix Fried Chicken Bakal Dibuka Di Seksyen 7 Shah Alam

Satu cawangan Radix Fried Chicken (RFC) akan dibuka di Seksyen 7 Shah Alam pada 15 Febuari 2012 ni. So, jom le ramai-ramai kita penuhkan restoran tu ye.. :)

Kenapa pilih Radix?

- Keluaran muslim bumiputera.
- Dijamin halal lagi bersih. Boleh makan tanpa rasa ragu-ragu.
- Orang selalu kata melayu takde bisnes minded. So bila ada orang melayu yg semangat dan berani nak berniaga ni, apa kata kita ramai-ramai bagi sokongan dengan membeli. Tak rugi kan? Dapat makan sedap-sedap lagi...

Ummi percaya sekarang ni ramai yg tercari-cari produk keluaran muslim ni. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi talian ni:-

TOK MAT 019-3813874 (PEMILIK)

atau

COKI 010-2761020 (PENGURUS)

Direction:-
- berdekatan dengan pintu belakang UITM
- menghala ke Klang
- koordinat google earth 3.074883,101.486576
- alamat lengkap: NO 2, JALAN KRISTAL J, SEKSYEN 7, 40000 SHAH ALAM

Tuesday, January 17, 2012

Hiburan Ummi

Membesarkan anak sememangnya bukanlah satu perkara yang mudah, tambah-tambah lagi kalau anak itu "banyak beno ragamnye". Bagi Ummi, lagi banyak Ummi habiskan masa melayan Fateh, lagi bertambah-tambah la rindu Ummi pada dia. Sampai tidur malam pun termimpikan Fateh. Kadang-kadang asyik terjaga je nak tengok ada lagi ke Fateh kat sebelah ni?

Dan ragam anak ni, kalau nak dilayan semuanya memang la letih. Tapi hakikatnya bila dikenang-kenang semula time duk melangut sorang2 ke, time anak tengah tidur ke, memang manis..sampai membuatkan Ummi tersenyum sendirian. Kadang2 Abah pun tegur, "ha ngape pulak ni tiba-tiba je senyum sorang-sorang?"

Iya. Ragam anak memang memenatkan kita. Tapi itulah hiburan yang paling manis untuk dikenang bagi seorang ibu :)


Monday, January 16, 2012

Birthday Fateh: Hadiah surprise dari Abah

Alhamdulillah...alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik, genap sudah umur Fateh Arraziq permata hati kesayangan Ummi Abah 1 tahun. Sekejap je rasa masa berlalu. Fateh dah pun pandai berjalan, menggigit Ummi, menjerit, pegang biskut sendiri, dan Fateh sangat rajin meng"explore" tempat tak kira di mana dia berada. Ummi dah tak cukup masa nak mengupdate blog sekarang. Kena mengejar Fateh yang suka ke hulu ke hilir.

Masa birthday Fateh 10 Januari 2012 hari tu Abah telah men"surprise"kan Ummi dan Fateh. Abah bawa Ummi dan Fateh jalan-jalan di Cameron Highland. Tak sangka.. Abah cakap nak pegi cari tongkat ali kat tempat orang asli. So Ummi memang percaya bulat2 la. (Jalan nak naik ke Cameron tu memang akan melalui kawasan perkampungan orang asli).. Tengok2 sampai ke atas Abah bawa kami.

Ummi sangat excited sebab dah lamaaaa sangat2 teringin nak jalan2 kat Cameron tau. Perancangan asalnya, Ummi dan Abah nak gi honeymoon kat situ masa baru kawin dulu. Tapi Allah izin sebulan lepas kawin kedai Abah terbakar. So terpaksa la kami tangguhkan hasrat tu memandangkan mata pencarian Abah pun dah takde masa tu. Kami fokus pada membaikpulih kedai dan jualan dulu. Dan alhamdulillah...hasrat kami Allah tunaikan setelah Fateh menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama. Syukur alhamdulillah!


Bergambar kenangan di ladang teh.

Singgah kedai cenderamata. Kat sini barang-barangnya semua murah. Ummi dan Abah belikan Fateh topi, baju sejuk, sarung tangan strawberi yang comel, dan stokin :)

Lepas tu pergi Ladang strawberi pulak. Fateh gemar betul makan strawberi. Tak payah celup coklat pun laju je dia makan.

Dan tanpa disangka-sangka, sampai je rumah malam tu rupanya masih ada lagi surprise dari Abah. Abah dah pesan siap-siap kat Pak Chor minta belikan kek coklat sebelum kami naik Cameron..huhu tima kacih Abahhh ^__^

InsyaAllah Ummi takkan lupa sambutan birthday Fateh kali pertama ni sebab kejutan demi kejutan Ummi terima daripada Abah. (birthday Fateh, Ummi yg terkejut2.hehehe...)

Nota 1: Birthday Fateh kali ni disambut sekali dengan Mak Long Rai sebab Mak Long punya tarikh lahir dekat dengan Fateh (12 Januari) dan kebetulan pula Mak Long tengah berpantang kat rumah moyang. So Ummi dan Abah raikan Mak Long sama le..Lagipun Mak Long kan ibu susuan Fateh. Happy birthday Ibu Rai!

Nota 2: Tima kasih Ibu Adam sebab hadiahkan Fateh baju "I LOVE LANGKAWI" dan hadiahkan Ummi coklat yang best2.hihi...