CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, November 7, 2012

7 weeks to go

Alhamdulillah.. 7 minggu je lagi nak sampai kepada masa untuk Ummi melahirkan. Tak larat betul dah rasa nak membawak perut. Nak bergerak ke mana-mana cukup susah dan menyakitkan. Ummi dah prepare beg kecemasan utk Ummi dan baby.

Masa mengandungkan Fateh dulu Ummi lebih banyak sakit pinggang. Kali ni rasa sakit lebih kepada tulang kat celah kelangkang ni. Mungkin berat kat dalam dah menekan tulang Ummi. So setiap kali nak bergerak Ummi akan rasa sakit kat situ. Berjalan pun kadang2 dah macam orang baru lepas beranak je, hehe..

Kakak kat sebelah kedai Abah ni pun cakap, kali ni perut Ummi nampak lebih besar. Masa mengandungkan Fateh dulu sampai 9 bulan pun tak nampak lagi. Kali ni baru 7 8 bulan dah nampak besar sesangat. Kembar kah?? Cewah...(tak habis2 lagi mood berangan nak anak kembar..tau bukan senang nak jaga twin, tapi dah teringin sangat..takleh nak buat apa dah :p)

Hmm..kalau tak silap ada la 2 3 kali dah Ummi rasa macam baby tengah dok sedu kat dalam tummy ni. Sekali sedu tu lama jugak.. Bila tanya kawan2 kat fb diorang cakap memang baby boleh sedu masa kat dalam kandungan lagi. Huhu pengalaman baru ni.. Dulu masa mengandungkan Fateh tak pernah pun rasa camtu.

Antara beza pregnant kali ni dengan yg first dulu, kali ni Ummi takleh makan ikan langsung tau.. Kalau makan waktu pagi, alamat sampai ke malam la terasa hanyir ikan tu dalam mulut ni. Memang nak muntah sesangat. Masa makan ok je takde rasa hanyir..Lepas makan tu....
So kalau takde lauk lain selain ikan, Ummi rela makan nasi dengan sayur je.. Memang tak seimbang kan? Tapi dah terpaksa..nak buat camne, huhu...




2 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

Aisyah, akak rasa skrg ni pun akak xlalu sgt dgn ikan. pendek kata, ikan blh makan yg dimasak 3 rasa, kuah asam pedas n yg sewaktu dengannya. klu kosong goreng n bakar mmg xlalu. klu siang ikan terasa je bau hanyir kt tgn sampai kena basuh byk2 kali mcm xhilang je bau hanyir tu, huhu...

~EcahAbu~ said...

Jeng..jeng..jeng...
Gegirl kot??