CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, August 7, 2012

Inisiatif untuk anak soleh Ummi yang susah sangat-sangat nak makan



Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni Ummi tak tahulah kenapa anak soleh Ummi ni makin susah nak makan. Macam-macam cara dah Ummi buat nak bagi dia makan juga, tapi nampak macam tak berkesan. Benda yang Fateh paling tak suka makan, NASI. Kalau ada Zuhri anak Ibu Long mau la juga dia makan, tapi sikit sangat. Serupa tak makan je..

Kalau Ummi hidang nasi dengan telur, Fateh makan telur aje. Kalau nasi dengan ikan, makan ikan aje.. Itu pun mujur Fateh suka makan buah-buahan. Yang ni memang dia tak tolak punya. Paling Fateh suka pisang dan durian. Tapi 3 hari lepas, Ummi sua pisang pun Fateh tolak. Itu yang Ummi start risau sesangat.

Kat kedai ada la makan biskut weetameal dan roti krim sikit. Tapi itu tak memadai, sebab Fateh kan aktif. Abah dah bising tengok anak soleh sorang ni dah makin kurus. So 2 hari lepas kami decide nak campur nestum dalam susu Fateh. Ini pun atas saranan kawan Abah.

Ummi pilih cereal beras campur sayur-sayuran sebab Fateh kurang makan nasi dan sayur. Kalau lauk tu dah memang benda wajib masuk perut sebab Fateh suka. Alhamdulillah, Ummi nampak Fateh suka sangat-sangat Ummi campur cereal tu dalam susu dia. Sehari sampai 6 7 kali mintak Ummi bancuh susu. "buat...buat...."

2 comments:

Siti Sifir said...

Anak2 kami yang awal, mcm tu juga... sudahnya kami gantikan susu formula kepada susu segar, kami berubah dari ada biskut2 dan jajan dalam rumah kepada tak beli... dan kami cuba memasak dan memasak sendiri setiap hari.. Sekarang, bermula anak ke 4, 5 dan 6 mereka tak ada masalah makan apa saja sekalipun ratah bendi yang dicelur kosong dan anak2 1,2,3 juga minat makan mereka kembali dengan sendirinya... :) Tapi, nak mengosongkan rumah dari susu formula,biskut, sos dan kicap adalah juga satu perjuangan yang tidak mudah sebenarnya

zahra7 said...

same la mcm hamzah.. very2 aktif, tp ssh sgt nk mkn or mnum susu.. ingt nk buat cmtu jgk. boh nestum dlm susu die..

lainnye muka fateh.. mcm cik ms kecik.