CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, October 15, 2012

Katak dan penyelamat

Musim hujan datang lagi.. Dulu kat kampung asal musim hujan je mesti bermacam-macam spesies katak berkumpul kat dalam rumah. Katak pisang, katak puru, katak kecik yang tak padan ngan kecik tapi lompat punya la tinggi.. Orang yang penakut ngan katak ni mula la stress tak bertempat.

Bulan 3 haritu masa Abah pergi umrah, Ummi mintak Abah doakan depan kaabah, mintak supaya dijauhkan la binatang-binatang yg Ummi geli sesangat ni daripada Ummi. Rasa susah hati sangat sangat tambah2 kalau terkena time Abah takde. Lagi la stress bertambah-tambah.

Lama jugak la encik-encik katak tu tak memunculkan diri kat rumah Opah tak kira time hujan atau tak hujan. Ummi pun dah mula selesa dan tak rasa berat hati utk terus tinggal kat situ sepeninggalan Opah dan moyang nanti. Tiba-tiba 2 3 hari ni musim katak macam datang balik. Katak pisang pulak tu!

Ummi kalau dengan katak pisang memang Ummi kalah. Dia lompat punya la tinggi dan jauh. Cukup untuk menggelikan segenap urat saraf Ummi ni, huhu.. Tak boleh..tak boleh.. Terus terbantut niat nak stay kat rumah tu. Termenung panjang Ummi dibuatnya.

Malam kelmarin Abah, Ayah Ude ngan Pak Chor gi tidur kat Grik sebab ada qiamullail. Kena pulak malam tu 3 kali katak pisang muncul kat bilik tidur Ummi. Paksu naman la yg jadi mangsa.. 4 kali Ummi gerak Paksu mintak tolong buang katak-katak tu.

Ummi dah jadi trauma tau. Nak tidur pun susah. Badan ni dah rasa macam tak cukup rehat je.. Malam tadi rasa macam tidur-tidur ayam je. Sekejap bangun, sekejap bangun nak pastikan takde katak dalam bilik tu. Pantang ada bunyi sikit mesti Ummi terbangun. Last last pukul 4 memang betul2 ada katak pisang kat pintu bilik air. Tak bertangguh Ummi gerak Abah mintak tolong buang.. Stress betul tidur dalam ketakutan..

Kalau katak tu tak kacau kita takpe.. Ni kita tengah sedap-sedap tidur dia gi lompat lompat kat kita pulak. Mendarat kat tangan, kat muka.. Gelinya la.. *sigh*

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

Laiyyinur Harir said...

Orang cakap air kencing katak pisang bahaya, betul ke?

Angah pun mmg geli sgt2 dgn spesis haiwan nie..Klau angah di tempat syah pn angah bleh trauma! Huhu~

Takde ke cara utk halau katak2 tue?
Ciaannn syah...

Laiyyinur Harir said...

Syah, cuba petua nie..nie sbnrnya utk binatang buas/berbisa tapi mgkin syah bleh cuba? Allahua'lam.. :)

1)Taburkan belerang kuning sekeliling rumah. Sesuai untuk mengelakkan/menghindarkan
binatang buas dan berbisa seperti ular dan kala jengking juga.

Belerang yang berwarna kuning seakan-akan serbuk kari boleh dibeli di kedai yang
menjual peralatan kembara. Dikatakan fungsi wap daripada belerang ini berupaya
menghalau binatang berbisa seperti ular, kala jengking serta lipan.

2) Taburkan garam kasar sekeliling rumah;

3) Limau purut (daun/buah/pokok), dikatakan ular tk suka dgn baunya;

4) Daun Melada Pahit- sejenis tumbuhan herba, selain blh digunakan utk mengubati penyakit
angin, sakit sendi, kudis buta, sengugut dan awet muda, ular juga tk sukakan pokok ini.
Dikatakan jika dikunyah dan telan biji dari pokok ini, nyamuk, pacat n lintah pun segan nk
singgah kt kita.