CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, August 3, 2012

Cerita Ummi: BUTIR NANGKA


Dahulu, ketika arwah Umi masih ada, kami akan memasak berbagai jenis juadah di petang bulan ramadhan bagi santapan berbuka kami sekeluarga. Antara menu yang wajib dan tidak pernah tinggal setiap tahun ialah kuih Butir Nangka. Ini kerana kuih ini adalah kuih kegemaran Abah.

Umi akan menguli doh berwarna hijau dan kami beramai-ramai membantu Umi menggentel doh tersebut kecil-kecil menjadi bentuk bujur. Sementara itu Umi akan menjerang santan yang dicampur dengan gula, garam, dan halba sehingga menjadi kuah yang amat enak. Doh yang kami gentel kecil-kecil tadi akan direbus sehingga timbul, diangkat dan dicampur ke dalam kuah yang lemak-lemak manis dan ianya menghasilkan rasa yang amat enak sekali.

Setelah Umi tiada, saya berasa kekurangan sesuatu kerana tiada lagi aktiviti memasak butir nangka beramai-ramai di bulan puasa.

"Apa kata kita cuba buat sendiri, mahu? Mana tahu kot-kot menjadi" suara saya pada suatu malam.
Adik-adik terus semuanya mengangguk tanda bersetuju.

Maka keesokannya saya pun mulalah mencari resepi hidangan istimewa keluarga tersebut di internet. Pada hemat saya, jika saya dan adik-adik sudah merindui kuih air tangan Umi itu, Abah apatah lagi.

Petang itu, selepas menunaikan solat asar kami berkerjasama menyiapkan kuih butir nangka. Hidangan berbuka istimewa untuk Abah!

2 comments:

zahra_wardah said...

ni cite bile ni? taon ni ke cite lame?

teh pun buat butir nangka kt sini. rindu sgt kuih tu. alhamdulillah.. tp bila adik bradik sini tngok, diorang tnya, "ape die tu??". teh ckp butir nangka pon diorang x tau, x kenal n x penah dgr... lagipun deme x mkn manis...

Unknown said...

Cita lama..