CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, September 5, 2012

Homemade pizza

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Ummi sangat bersyukur. Sekian lama Ummi menyimpan hasrat ingin memiliki oven sendiri. Antara sebabnya, Ummi seorang peminat tegar pizza. Ummi teringin benar nak membakar pizza sendiri. Perasaan itu turun dan naik, berputar-putar seperti roda.

Akhirnya Allah makbulkan hasrat dan lintasan hati Ummi. Seorang ibu berhati mulia menghadiahkan Ummi oven baru! Kisahnya Ummi ada coretkan di sini. Syukur alhamdulillah :)

Ummi merasmikan oven baru dengan membuat pizza roti arab. Mudah dan cepat. Sedap pun sedap. Rasanya lebih sedap daripada pizza hut dan dominos tau. Istimewanya pizza homemade ni, kita boleh tabur topping sesuka hati dan boleh letak cheese sebanyak mana pun yang kita mahu! Hehehe..

Ummi gunakan SOS CENDAWAN (tak kisah jenama apa pun yang penting halal), NENAS dalam tin, CENDAWAN dalam tin, CILI BENGGALA, TOMATO segar, SOSEJ, dan MOZARELLA CHEESE untuk topping pizza. Kalau ikut resepi yang Ummi google, kena guna olive oil. Tapi Ummi ganti dengan planta je.

Caranya sangat mudah. Sapu planta atas permukaan roti, kemudian sapu sos cendawan. Lepas tu tabur je semua bahan-bahan tadi ikut suka hati kita. Yang penting jangan lupa potong dulu. Nak potong dadu boleh. Panjang-panjang pun boleh. Then kalau nak tabur oregano pun boleh. Lagi sedap :)

Bakar pizza pada suhu 180 darjah celcius, 15-20 minit. Guna api atas bawah.

Hasil pizza pertama Ummi. Puas tak terkata!

Esoknya Ummi buat guna roti gardenia pulak. Sebab bahan topping masih banyak yang berbaki. Caranya sama je. Rasanya pun sama. Sedap..

Pizza sedang dibakar. 1 trail tu boleh muat 6 keping roti. Saja buh 4 je.. :P

Siap! Alhamdulillah... Sape nak meh datang beraya Medan Gopeng.

Kalau nak tahu, sos cendawan ni yang orang guna untuk buat kuah spagetti bolognese tu. Ramai yang suggest guna prego. Tapi kalau tak yakin, boleh je guna jenama apa-apa pun. Asalkan ada tanda halal.

Next time Ummi nak cuba buat doh sendiri pulak. Resepi untuk doh yang gebus dah cari. Tinggal nak cari bahan je. Mudah-mudahan Allah permudahkan la...

Notakaki: Benda lain yang Ummi teringin nak buat --> KEK! Belum cuba lagi, sebab belum berkesempatan nak ke bakeri. Abah dah jumpa kedai barang kek yang baru buka kat Ipoh. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti bolehla pergi. Rasanya nak buat kek lebih mencabar kan? Huhu takut..tapi mesti mau cuba!

1 comment:

Fazlinil Irma said...

prego masam.. guna jenama kimball. kena dgn tekak melayu. :D