CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, June 7, 2011

Macarons Saya Dan Mainan Baru Fateh

Macaron Oh Macaron

Akhirnya macaron yang saya order dari Lea Oven sampai juga. Terujanya jangan kata lah. Selalunya dok jamu mata kat internet je. Kali ni dah ada depan mata, alhamdulillah...Syukur Allah kabulkan hajat saya nak merasa benda alah ni :)

Bungkusan yg dinanti-nanti...

Berdebar-debar nak tengok rupa macaron dengan mata kepala sendiri..hehe...

Ganasnya posmen..sampai pecah tupperware...

Waaahhhh..macam tak percaya je tiba-tiba dah ada depan mata!

Ya Allah...warna-warna ni lah yg membuatkan saya tak lena tidur malam. Kalau tengok gambar ni, tetiba je rasa macam nak order lagi..ngeeee (^____^)

Jamu mata dulu. Sayang nak makan. huhu...

Macaron pertama yg saya cekup. Sedapnyaaaaaa~

Dah makan 3 baru ada kekuatan nak simpan dalam peti sejuk

Siap ada warning lagi. hehe..bukan apa, saya duduk rumah mertua yg ada ramai penghuni. So terpaksa tulis camtu takut tak sempat nak merasa. Lepas dah rasa semua perisa saya mention le dekat diorang, "siapa nak makan amik le.."



Mainan Baru Fateh

Masa pergi Perlis untuk sukan HALUAN hari tu Opah Long (mak sedara Abah) ada belikan hadiah untuk Fateh.

Sekotak mainan. Tak sempat balut sebab Opah Long tak tau kami nak datang. Ada 7 jenis mainan kat dalam tu. 1 dah hilang masa majlis keramaian kat kampung. Sekarang ni cuma tinggal 2 je kat dalam kotak. Yang lain semua Ummi dah keluarkan bagi Fateh main kat rumah n kedai. Dalam handbag Ummi pun ada spare 1..senang boleh tarik perhatian Fateh bila dia menangis.

Tengok tu dua-dua tangan nak pegang mainan. Mula-mula dapat dulu seronok la dia. Sekarang Fateh macam dah boring sikit dengan mainan tu. Budak-budak memang cepat boring dengan sesuatu benda tu kan? Tapi diorang sangat sukakan sesuatu yg baru...


3 comments:

Fazlinil Irma said...

amacam dapat rasa macarons? makan dgn teh kosong baru kurang rasa manis.

Fadlul dan Fifah said...

slalu gk dok tgk macarons tu...takpernah rasa lg..camne rasa dia ek??

Laiyyinur Harir said...

hehehe..siap ade warning lg..
angah faham sbb angah pn duk dgn PIL..
:D