CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, June 20, 2011

Pertemuan Yang Tak Bisa Dilupakan!


Kawan saya ada di sini sekarang. Kawan rapat merangkap sahabat ketika saya di sekolah menengah dan kolej dulu..Seronoknya jangan di kata la..

Dia sahabat yang pandai mengambil hati, pandai menegur dengan cara yg sangat berhikmah, pandai melunakkan hati yg sedang marah.. Kami selalu berkongsi cerita dan saling bertukar-tukar pengalaman. Sering juga berbincang berbagai permasalahan bersama-sama. Kerana itu....Saya sayang dia :)

Rasanya dah lama benar kami tak berjumpa. Pertemuan terakhir berlaku bulan 3 tahun lepas. Ketika kenduri sambut menantu di sebelah suami saya. Maknanya dah 1 tahun 3 bulan kami tak bersua muka. Lama la tu kan?? hehehe...

Mesej pun jarang-jarang. Maklumlah dua-dua sibuk dengan urusan peribadi masing-masing. Sebelum-sebelum ni ada je kami cuba plan untuk jumpa. Tapi Allah tak izin. Alhamdulillah...Allah temukan kami jua akhirnya.

UMMU ILYANI.
Ni lah nama dia..hehe.. Dia datang sini sebab ada program rekreasi kat Tapah. Rekreasi Tahap 1. huhu...tahap 1 dah anti ye...Ana ni tahap kosong lagi..

Sebelum menyerah diri kat program tu saya pujuk dia ajak stay ngan saya lepas habis program tu nanti. Koman2 pun 1 malam. Memula dia macam berbelah bahagi la jugak. Tapi saya berjaya jugak memujuk dia setelah menggunakan berbagai skill ilmu psikologi yg saya ada. hehe...

Program habis petang ahad. Malamnya lepas isya' saya gi ambik Ummu dekat kedai mak. Sampai je rumah kami makan2 dulu sambil sembang dengan mak. Lepas tu masuk bilik --> bermulalah episod sharing is caring kami.

Slot perkongsian kami sangat lama. Jam 3 pagi baru habis. Tu pun pasal dua2 dah mengantuk.hehe...(saya mintak izin suami dulu sebelum bersembang dengan Ummu ok)

Pagi tadi....
Tercipta satu kenangan yg sangat manis dan indah buat kami. Rasanya memang susah nak lupa lah. Kalau ingat balik mesti gelak sorang2..hehehe...

Panjang ceritanya. Dan saya memang malas nak cerita. Terlalu complicated. Cewah! Tapi nak dipendekkan cerita, pagi tadi kami merempit dengan kembara Opah hubby saya. Tanpa bateri pulak tu! haha..bestnya kalau ingat balik..Ummu yg lemah lembut tu yg bawak. Bukan saya.

Asalnya hubby suruh saya yg drive. Kena bawak kembara tu kat simpang masuk ke kampung. Kira kat jalan besar la..Lepas start enjin, hubby cabut bateri kat bonet depan tu. Dia pesan jangan bagi enjin mati. Nanti takleh nak start semula. Tapi 2 kali saya bagi enjin mati dan 2 kali jugak la hubby kena angkut bateri yg berat ya amat tu, pasang, start enjin, cabut semula..huhu..

Saya yg dah putus asa terus passing kat Ummu suruh dia bawak. Dari rumah Opah nak keluar ke jalan besar sangat jauh ok. So saya cakap kat Ummu, kalau ada bumper tak yah drop gear, pecut je terus..(dari rumah Opah nak ke jalan besar ada lebih kurang 17 bumper)..

Haa bayangkanlah..Kami yg kat dalam kembara tu dah rasa macam naik scrambler jeep je..hahaha.. Pastu jalan kampung kan, tau2 jela..Kalau berselisih kereta mesti salah satu kereta kena berenti kat tepi dulu. Jalan sempit.

Bila ada kereta datang dari arah bertentangan apa lagi, mengarut-ngarut la kami..Dua-dua dok menjerit (slow2 je) "ke tepi~....ke tepi~...." sambil buat gaya tangan macam usop wilcha tu. hahaha. Ini adalah rahsia yg tak patut saya bocorkan sebenarnya. Tapi takpe. Saya yakin Ummu yg lemah lembut tu takkan bertukar menjadi incredible hulk..


Ummu Ilyani & Fateh Arraziq

Erkk....

Ok, sekian dulu..Nanti nak cite pasal perkembangan terbaru Fateh pulak. Gambar memang tak banyak. Kamera dah rosak. Semua gambar jadi blur. Seolah-olah lense dia dah lari dari kedudukan asal.

Nantilah. Kumpul duit dulu. Pastu baru boleh baiki kamera n upload banyak2 gambar Fateh kt blog. ok? Tata....

Nota: Gambar di atas adalah hasil godekan saya kat dalam handphone Ummu :)

1 comment:

Al-Haura' said...

Salam...
1st time meninggalkan jejak (",)...
seronok nya korang dua dapat jumpa...
serius jeles...
waa,nk jumpa juga...
rindu sgt2 kt semua...