CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, May 24, 2011

Jalan Jalan Jalan~

Sukan Haluan Zon Utara

14 Mei hari tu ada hari sukan HALUAN zon utara. Tahun lepas buat kat Perak. Tahun ni Perlis pulak jadi tuan rumah. Kami sekeluarga ke sana dengan bas. Satu bas tu penuh dengan player-player Perak je...

Ummi risau jugak masa tu, takut Fateh meragam masa dalam bas..Sebab pagi tu dia mula sakit mata. Tahi mata sentiasa je keluar. Ummi tak bawak gi klinik pun..Cuma titiskan ubat semulajadi yang paling mujarab. Hadiah dari Allah :)

Ummi, Abah, ngan Fateh duduk depan sekali. Yang belakang tu semua pemain-pemain wakil Perak..

Fateh dok ralit tengok orang. Dia tak nak pandang camera. Hehe...

Ummi: Fateh main apa sampai letih sangat ni??
Fateh: Fateh main timang-timang dengan Ummi je.. Letih tau...


Coral Fishing Resort

Baru-baru ni Abah bawak Ummi ngan Fateh pergi Coral Fishing Resort, dekat dengan Teluk Batik. Ni kali kedua kami pergi. Kali pertama pergi awal bulan tiga hari tu. Bawak kawan Abah yang baru kahwin honeymoon kat situ.

Pemandangan dari atas pelantar. Betul-betul kat depan chalet kami.

Abah ngan kawannya memancing kat sini. View cukup cantik. Satu je, lantai pelantar dibuat daripada fiber.

Kata Abah, fiber ni sebenarnya adalah serbuk kaca yang sangat halus. So kalau terkena kat badan kita, kita akan rasa gatal-gatal. Itu sebenarnya kaca tu dah menghiris-hiris kulit kita. Abah dah terkena. Ummi pun terkena gak masa tengah basuh baju ngan seluar yang abah pakai masa mancing kat sini.

Ummi tak rasa gatal..But pedih dan berbisa. Macam terkena miang. Lastnya Abah suruh buang je baju ngan seluar tu. Bahaya jugak kan..Takut terkena budak-budak.


Dapur Baru

Abah dah beli dapur baru kat kedai. Senang Ummi nak masak air untuk buat susu Fateh dan air teh untuk Abah :)

Harganya biasa-biasa aje. Setakat boleh guna dan tak membahayakan. Alhamdulillah... Dengan adanya dapur ni, sehari 3 4 kali Abah order Air Teh Panas Kurang Manis kat Ummi..hehe...


1 comment:

Laiyyinur Harir said...

syah...
gmba first dlm bas tue
prmpuan blkg suami syah tue muka dia mcm ainul la..yg baris ke-3 tue plak muka mcm kakak ainul..
huhu..dh lame x contact ainul..ape la khabar dia ekk???