CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, June 10, 2011

Fateh Bersongkok


Hehehe...comel tak?
Dah pandai bersongkok rupanya anak teruna Ummi ni...
Sukanya Ummi! (^___^)

Tapi..........

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Alamak! Panjang le pulak songkok ni
HEHEHE
kantoi dah...
Acik Syud punya kerja la ni...
Time ni dia main ngan Fateh. Customer pulak takde. Apa lagi kan...


Selingan..Ni kek batik yang acik Syuhada bagi kat Ummi ngan Abah. First time dia buat, so dia mintak Ummi ngan Abah rasa, then bagi komen.
Komen Ummi : Kek ni memanggggg sedap! Boleh bagi markah 5/5. Ummi tak pernah rasa lagi kek batik sesedap ni. Betul. Ummi tak tipu. Abah pun suka tau? Lepas ni boleh la amik tempahan ye Syud. Bior akak jadi agen pengedar. hehehe...


Nota 1 : Suka sangat tengok Fateh pakai songkok. Ada ke jual songkok utk baby sekarang ni ye? :)

Nota 2 : Ummi nak try buat sendiri pulak kek batik tu. Pastu kek-kek lain sama. Sekarang ni macam terminat le pulak baking2 nih.


Wednesday, June 8, 2011

Musim Kawin

Cuti sekolah kali ni banyak betul dapat jemputan walimatul urus. Semuanya kawan-kawan dan saudara-mara terdekat. Tempat berlainan dan berjauhan, maka terpaksalah membuat pilihan yang mana nak dihadiri.

Maaf kepada rakan-rakan yg saya tak hadiri majlis mereka. Keluarga perlu diutamakan. Walaubagaimanapun, doa saya tetap mengiringi kalian. Moga-moga bahtera yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Saya doakan juga agar kalian dan pasangan dapat bercinta lagi di syurga kelak, insyaAllah....

Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada.....

Kak Chik Ijan dan pasangannya, Fadhir.
28-5-2011
Jengka Pusat, Pahang
(pengantin perempuan ni sepupu saya)
Ini gambar pada malam pernikahan mereka.

Kak Ijan pada sesi memotong kek
29-5-2011

Shahrul & Ainun
2-6-2011
Kuala Kangsar, Perak

Sepupu suami saya (yg lelaki) dan pasangannya.
4-6-2011
Sungai Petani, Kedah
Oh maaf, saya tak ingat apa nama mereka. Hehehe...dah setahun lebih kawin pun belum habis taaruf dengan keluarga suami lagi ni (^_^)


Banyak gambar yang saya rasa menarik sepanjang kenduri sepupu di Jengka baru-baru ni. Saya kongsikan di sini ye...

Gelagat Fateh Arraziq buah hati Ummi Abah

Ambil angin dengan Wan kat luar

Merenung apa tak tahu la...Padahal orang penuh sekeliling dia.

Akhirnya tertidur keletihan..Sementara menanti majlis akad nikah bermula. Tok kadi datang pukul 10 lebih..huhu...

Fateh tidur siap pegang tangan Wan lagi. Sweetnya~...

Dah bangun. Mak Long yg layan. Ummi sibuk ke sana ke mari ambik gambar.

Sayang betul Ayah Long dekat Fateh

Ralit main kain lap dia. Ummi biarkan aje...

Tengah berlasak tak leh duduk diam. Alhamdulillah Mak Long rajin tolong pegang. Kalau tidak... Jenuh Ummi..hehe...

Buat muka mengantuk pulak. Picit dagu tu karanggg..

Hari kenduri. Wan Ngah tolong pegang. (bukan Ummi suruh ye..hehe..)

Nampak Ummi je terus buat muka simpati

Dah letih sangat anak Ummi ni. Ummi tidurkan dia kat dalam bilik sebab dalam bilik ada air cond. Siap tidur bergaya lagi :)


Gelagat Orang Lain

Ibu mengandung dah lapar, terpaksa makan awal dari orang lain.

Aki Long gomoi cucunya

Anak buah saya. Seronok main terbang-terbang atas tilam.

Ni sorang lagi ibu mengandung. Makan sorang-sorang kat dapur tak ajak orang. Pastu buat muka sedih..

Sempat lagi nak senyum kat camera walaupun kalut nak pi bukak pintu bilik pengantin yg terkunci dari dalam. Pengantin dok ada kat luaq. Majlis tengah berlangsung.

Ramai sangat orang. Tengok ikut tingkap pun jaaadi le....

Part ni yg paling best..hehe...Naufal kena warning ngan mama dia (^^,)

Minum ayor tok kadi. Amik berkat kot..Tak lama lagi turn yg berbaju melayu warna emas tu pulak nak walimah..

Dah letih sangat le ni....

Duta produk dR rozmey tengah tunjuk pinggang dia yg ramping tu


Tuesday, June 7, 2011

Macarons Saya Dan Mainan Baru Fateh

Macaron Oh Macaron

Akhirnya macaron yang saya order dari Lea Oven sampai juga. Terujanya jangan kata lah. Selalunya dok jamu mata kat internet je. Kali ni dah ada depan mata, alhamdulillah...Syukur Allah kabulkan hajat saya nak merasa benda alah ni :)

Bungkusan yg dinanti-nanti...

Berdebar-debar nak tengok rupa macaron dengan mata kepala sendiri..hehe...

Ganasnya posmen..sampai pecah tupperware...

Waaahhhh..macam tak percaya je tiba-tiba dah ada depan mata!

Ya Allah...warna-warna ni lah yg membuatkan saya tak lena tidur malam. Kalau tengok gambar ni, tetiba je rasa macam nak order lagi..ngeeee (^____^)

Jamu mata dulu. Sayang nak makan. huhu...

Macaron pertama yg saya cekup. Sedapnyaaaaaa~

Dah makan 3 baru ada kekuatan nak simpan dalam peti sejuk

Siap ada warning lagi. hehe..bukan apa, saya duduk rumah mertua yg ada ramai penghuni. So terpaksa tulis camtu takut tak sempat nak merasa. Lepas dah rasa semua perisa saya mention le dekat diorang, "siapa nak makan amik le.."



Mainan Baru Fateh

Masa pergi Perlis untuk sukan HALUAN hari tu Opah Long (mak sedara Abah) ada belikan hadiah untuk Fateh.

Sekotak mainan. Tak sempat balut sebab Opah Long tak tau kami nak datang. Ada 7 jenis mainan kat dalam tu. 1 dah hilang masa majlis keramaian kat kampung. Sekarang ni cuma tinggal 2 je kat dalam kotak. Yang lain semua Ummi dah keluarkan bagi Fateh main kat rumah n kedai. Dalam handbag Ummi pun ada spare 1..senang boleh tarik perhatian Fateh bila dia menangis.

Tengok tu dua-dua tangan nak pegang mainan. Mula-mula dapat dulu seronok la dia. Sekarang Fateh macam dah boring sikit dengan mainan tu. Budak-budak memang cepat boring dengan sesuatu benda tu kan? Tapi diorang sangat sukakan sesuatu yg baru...


Tuesday, May 24, 2011

Jalan Jalan Jalan~

Sukan Haluan Zon Utara

14 Mei hari tu ada hari sukan HALUAN zon utara. Tahun lepas buat kat Perak. Tahun ni Perlis pulak jadi tuan rumah. Kami sekeluarga ke sana dengan bas. Satu bas tu penuh dengan player-player Perak je...

Ummi risau jugak masa tu, takut Fateh meragam masa dalam bas..Sebab pagi tu dia mula sakit mata. Tahi mata sentiasa je keluar. Ummi tak bawak gi klinik pun..Cuma titiskan ubat semulajadi yang paling mujarab. Hadiah dari Allah :)

Ummi, Abah, ngan Fateh duduk depan sekali. Yang belakang tu semua pemain-pemain wakil Perak..

Fateh dok ralit tengok orang. Dia tak nak pandang camera. Hehe...

Ummi: Fateh main apa sampai letih sangat ni??
Fateh: Fateh main timang-timang dengan Ummi je.. Letih tau...


Coral Fishing Resort

Baru-baru ni Abah bawak Ummi ngan Fateh pergi Coral Fishing Resort, dekat dengan Teluk Batik. Ni kali kedua kami pergi. Kali pertama pergi awal bulan tiga hari tu. Bawak kawan Abah yang baru kahwin honeymoon kat situ.

Pemandangan dari atas pelantar. Betul-betul kat depan chalet kami.

Abah ngan kawannya memancing kat sini. View cukup cantik. Satu je, lantai pelantar dibuat daripada fiber.

Kata Abah, fiber ni sebenarnya adalah serbuk kaca yang sangat halus. So kalau terkena kat badan kita, kita akan rasa gatal-gatal. Itu sebenarnya kaca tu dah menghiris-hiris kulit kita. Abah dah terkena. Ummi pun terkena gak masa tengah basuh baju ngan seluar yang abah pakai masa mancing kat sini.

Ummi tak rasa gatal..But pedih dan berbisa. Macam terkena miang. Lastnya Abah suruh buang je baju ngan seluar tu. Bahaya jugak kan..Takut terkena budak-budak.


Dapur Baru

Abah dah beli dapur baru kat kedai. Senang Ummi nak masak air untuk buat susu Fateh dan air teh untuk Abah :)

Harganya biasa-biasa aje. Setakat boleh guna dan tak membahayakan. Alhamdulillah... Dengan adanya dapur ni, sehari 3 4 kali Abah order Air Teh Panas Kurang Manis kat Ummi..hehe...


Tuesday, May 17, 2011

Breakfast Tepi Sungai

Jumaat minggu lepas kami sekeluarga pergi bersarapan di tepi sungai. Abah yang pilih tempat makannya. Seronok tak terkata sebab tak pernah lagi kami gi makan-makan kat bandar Ipoh.

Sampai je kat situ, Abah gi jalan-jalan ambik angin kat tepi sungai tu (ada landskap yg cantik). Ummi ngan Fateh tunggu kat meja makan je...


Ummi bagi Fateh meniarap atas meja. Khusyuk dia dok tengok orang-orang yang datang makan kat situ.

Anak Ummi ni sebenarnya Ummi dah bagi susu siap-siap masa kat rumah. Tapi dia buat muka macam belum makan lagi je..hehe...

Baru bersemangat sikit lepas Ummi beriya-iya mengagah dia..Bertuah anak Ummi ni!

Air dah sampai. Abah minum air barli panas. Baik utk kesihatan. Ummi minum air limau ais asam boi. Pagi-pagi lagi dah minum ais. Sangat tak baik utk kesihatan.

Menu yg Ummi pesan, Kuey teow hailam..Alhamdulillah, sedappp...Yg bestnya, dia masak tak menggunakan ajinomoto :)

Menu kesukaan Abah, kuey teow goreng kerang. Siap dengan telur goreng lagi..Memula tengok Ummi dah terliur. Ingat nak mengecek sikit, tengok2 perut dah kenyang sangat. Cancel plan. hehehe...


Nota 1: Selamat Hari Guru buat semua guru-guru di seluruh dunia :)

Nota 2: Esok Mak Mertua Ummi buat kenduri baca Yasiin. Bersempena dengan beberapa orang ahli keluarga kami nak pergi menunaikan umrah.

Nota 3: Hari ni 3 orang adik ipar Ummi yang belajar di Syria tiba-tiba muncul depan kedai kami. Ooooo pandai diorang buat surprise ye....