CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, July 2, 2011

Ujian Tanda Allah Sayangkan Kita

Semalam Ummi dapat mesej dari Aki yg mengatakan ada sekeluarga kenalan rapat keluarga kami telah ditimpa musibah. Rumah mereka terbakar pagi semalam. Mereka kini sehelai sepinggang. Tiada apa yg tinggal. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. *syukur*

Ummi agak tersentak juga tika mendapat berita tu.. Maklumlah..Hubungan kami rapat sejak Ummi kecil lagi. Memang terasa sangat-sangatlah bila mereka ditimpa musibah besar begini.

Ummi harap mereka semua dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian yg maha hebat ini. Benar, ujian itu tanda Allah sayangkan kita..

Ummi masih ingat lagi..Saat kedai Abah terbakar dulu. Hampir hilang punca rasanya. Nanti Ummi cerita lebih lanjut tentang kedai terbakar ni dalam entry yg lain ye.. Kedai kami yg tak terbakar habis pun dah terasa beratnya ujian yg Allah beri, inikan pula mereka yg kini tinggal sehelai sepinggang. Tentu lebih berat nak menanggungnya kan?

Bersabarlah duhai saudaraku sayang...

Buat readers-readers sekalian,
Jom sama-sama kita hulurkan bantuan kepada mereka!

CIMB 06060055172523
MOHD ZHAFRAN B. NASRUDDIN

SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU


1 comment:

wardah syuhada said...

moga Allah mudahkan dan beri kekuatan pada mereka sekeluarga.. ameen..