CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, July 15, 2011

Fateh Nak Adik Kembar??

Fateh nak adik kembar ke? Hehehe..takde lah.. Ummi saje je buat tajuk macam tu. Fateh mintak adik pun tak pernah, inikan pulak adik kembar. Ummi dia ni je yg teringin sangat nak dapat baby kembar..

Actually Ummi dari dulu lagi minat sangat sangat dengan kembar. Sejak Ummi sekolah rendah lagi..Taktau la kenapa. Bila ada berita, cerita, or apa-apa saja yg berkaitan dengan kembar, terus Ummi jadi teruja. Tambah-tambah lagi kalau si kembar tu mukanya seiras. hehehe...

Ingat lagi tak dulu popular pasal pembedahan pemisahan pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad? Masa tu Ummi dah sekolah menengah. Tak ingat form berapa. Ummi punya teruja dengan kisah diorang ni sampai siap gunting-gunting surat khabar bagai dan buat buku skrap.

Masa form two pulak Ummi pernah kumpul nama-nama kembar melalui kawan2 dan adik2 junior Ummi kat sekolah. Punya la gigih..Tapi puas hati la.. Dekat nak separuh buku latihan gak la Ummi dapat kumpul.

Masuk je kolej mula kumpul gambar pulak. Asal jumpa je gambar kembar mesti Ummi copy. Sampai sekarang gambar2 tu masih ada lagi dalam simpanan Ummi.

Ini sebilangan kecil gambar gambar kembar yg Ummi ada..

Kembar ni Ummi tak kenal..Jumpa dekat kenduri kawin kat rumah sedara. Ummi snap sebab teruja tengok muka diorang sama sebijik, hehe..Yg baju purple tu mak si kembar. Yg duduk kat kerusi tu pulak opahnya.

ARIB dan ALIF.
Anak murid Ummi kat KAFA. Ummi mengajar diorang ni masa awal tahun. So hari first mengajar tu memang tak tahu la yg diorang ni kembar. Pastu pulak sorang duduk depan sekali, sorang lagi duduk belakang sekali. Pintu kelas kat belakang. Bila Ummi nak keluar je dah rasa pelik, "aikk, budak ni tadi rasanya duduk kat depan.." Then bila Ummi masuk semula dan nak sambung mengajar kat depan, lagi sekali Ummi pelik. "Lahh, dah duduk depan semula. Tadi nampak dah pindah belakang. Kenapa budak ni dok pindah2 tempat??" Sekali baru perasan, ada dua orang rupanya...

ATIQ dan ATIF.
Pun anak murid Ummi kat KAFA jugak. Tapi cawangan lain.

YUNA dan YUNI.
Lagi sekali dapat anak murid kembar kat KAFA. Ummi memang happy sangat-sangat. Ummi tanya diorang camne nak bezakan kamu berdua? Diorang cakap sorang rongak gigi atas, sorang lagi rongak gigi bawah. Tapi Ummi asyik lupa je.. Yg lawaknya, karakter diorang ni bertukar-tukar. Kadang2 Yuna cepat pick up apa yg Ummi ajar. Kadang2 Yuni pulak yg cepat, Yuna lambat sikit. Kadang2 Yuna nampak independent, Yuni tak. Kadang2 terbalik pulak. So banyak kali gak la Ummi terfikir, diorang ni tukar identiti ke? Ooo mentang-mentang la aku tak kenal, diorang main tukar2 pulak.. hehehe..Padahal diorang tak tukar pun. Siap tunjuk bukti lagi Yuna ngan Yuni ni..

Yang ni Ummi curi curi ambik gambar dari tingkap bas kolej. Kat kelantan..Bas berenti isi minyak. Yg kereta oren ni berenti sebelah bas. Memula Ummi nampak budak yg kat depan tu, "Eeee comelnya.." Pastu tetiba ternampak sorang lagi kat belakang. "Eh, ada sorang lagi. Kembar rupanya!" Terus bawak keluar henpon, snap gambar banyak2 kali. Tapi gambar blur sebab Ummi zoom..

Yang ni adik kawan masa kat kolej. Nama dulu dah tanya, tapi lupa..

FARHANA dan FAHADA.
Senior masa Ummi sekolah menengah. Diorang ni kembar seiras, tapi Ummi dah boleh bezakan. Cuma ada masa-masa tertentu Ummi tetiba jadi confuse balik..Sebab stail bercakap sama, cara bergerak, dan ada part2 yg memang akan membuatkan Ummi confuse.. Sekarang dua2 dah kawin dan ada anak. Tapi diorang still maintain slim macam masa zaman anak dara dulu.

IJLAL dan IJMAL.
Junior sekolah Menengah Ummi. Kalau tengok gambar boleh la beza sikit-sikit. Tapi kalau jumpa yg real mesti kena tanya, "ni Lal ke Mal?"

HASHAHANA dan HASHAHIDA.
Junior Ummi masa dekat kolej. Tapi sorang je yg belajar satu kolej ngan Ummi. Sorang lagi study kat Penang.

ZILA dan LELA.
Yg ni dua-dua junior kolej Ummi. Tapi diorang ni sebenarnya kembar 3.. Sorang lagi lelaki. Ummi tak kenal sebab dia belajar kat tempat lain. Kembar yg ni pun selalu mengelirukan orang jugak, terutamanya yg kenal salah sorang je dan tak tahu dia kembar.

ZULHAIRI dan ZULHAILI.
Sepupu kawan Ummi.

HAFIZ dan HAZIQ.
Anak buah kawan Ummi. Macam kembar 3 kan? Sebenarnya yg kembar cuma 2 orang yg baju biru tu je. Tapi abangnya pun dah macam kembar skali ngan diorang.

Nota: Ummi berangan je nak anak kembar. Peluang nak dapat tu mungkin tipis or takde terus kot sebab keturunan Abah ngan Ummi takde kembar..

3 comments:

Sitisifir10 said...

huhu..mcm tu sekali minat dgn kembar... tabik2...semoga dapat satu hari nnt

Ibnu Ibrahim said...

kat sekolah nie pon ada cikgu anak kembar..baye2 adam jugak..fuh..penat jugak nak jage time kecik2..time dah besau, sedapla..

~: nisa :~ said...

semoga termakbul impian fateh nak adik kembar...