CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, July 18, 2011

Berpicnic Bersama Asha's Family

Semalam Ummi mintak kat Abah taknak ke kedai. Nak duduk rumah je sebab nak settlekan kerja2 kat rumah. Tengahari tu Abah call bagitau kawan Abah nak datang 1 family. 1 family means kawan Abah yg dah jadi kawan Ummi pun ada jugak, K.shira dan anak-anaknya..Ummi excited sebab memang teringin sangat2 nak jumpa Aliff, hero kedua Asha's Family.

Lepas habis makan tengahari dan solat, Abah ajak pergi beli durian n mandi sungai kat Gopeng. Ummi terus prepare apa-apa yg patut n kami pun bertolak..Naik 1 kereta je. Abah ajak naik kembara yg dah uzur tu sebab nak masuk kawasan pedalaman.

Ni gambar-gambar kami kat sana...

Utamakan yg lebih utama. Makan durian dulu, pastu baru mandi sungai..hehehe...

Fateh menangis-nangis kena rendam dalam air sungai. Tapi at last dia suka jugak. Mandi sampai kembung pampers dia serap air banyak sangat..

Anas pulak seronok sampai taknak balik. Meraung-raung "nak main air..nak main air.."





Family potrait

Dating sekejap sementara Fateh tidur...

Solat asar berjemaah

Fateh dah bangunnnn. Dia tak nangis pun sebab perut dah kenyang, badan pun dah selesa.

Baby Aliff yg bam bam. Tercapai hajat Ummi nak jumpa si kecik ni :)

2 comments:

AshAnas said...

thanks ecah, layan kami sampai malam, hehe...

Laiyyinur Harir said...

sedaaapppnyee syah durian tue.. meleleh air liurr nie nengokk.kt sini susah nk dpt durian...huhuhu..