CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, July 15, 2011

Fateh Nak Adik Kembar??

Fateh nak adik kembar ke? Hehehe..takde lah.. Ummi saje je buat tajuk macam tu. Fateh mintak adik pun tak pernah, inikan pulak adik kembar. Ummi dia ni je yg teringin sangat nak dapat baby kembar..

Actually Ummi dari dulu lagi minat sangat sangat dengan kembar. Sejak Ummi sekolah rendah lagi..Taktau la kenapa. Bila ada berita, cerita, or apa-apa saja yg berkaitan dengan kembar, terus Ummi jadi teruja. Tambah-tambah lagi kalau si kembar tu mukanya seiras. hehehe...

Ingat lagi tak dulu popular pasal pembedahan pemisahan pasangan kembar siam Ahmad dan Muhammad? Masa tu Ummi dah sekolah menengah. Tak ingat form berapa. Ummi punya teruja dengan kisah diorang ni sampai siap gunting-gunting surat khabar bagai dan buat buku skrap.

Masa form two pulak Ummi pernah kumpul nama-nama kembar melalui kawan2 dan adik2 junior Ummi kat sekolah. Punya la gigih..Tapi puas hati la.. Dekat nak separuh buku latihan gak la Ummi dapat kumpul.

Masuk je kolej mula kumpul gambar pulak. Asal jumpa je gambar kembar mesti Ummi copy. Sampai sekarang gambar2 tu masih ada lagi dalam simpanan Ummi.

Ini sebilangan kecil gambar gambar kembar yg Ummi ada..

Kembar ni Ummi tak kenal..Jumpa dekat kenduri kawin kat rumah sedara. Ummi snap sebab teruja tengok muka diorang sama sebijik, hehe..Yg baju purple tu mak si kembar. Yg duduk kat kerusi tu pulak opahnya.

ARIB dan ALIF.
Anak murid Ummi kat KAFA. Ummi mengajar diorang ni masa awal tahun. So hari first mengajar tu memang tak tahu la yg diorang ni kembar. Pastu pulak sorang duduk depan sekali, sorang lagi duduk belakang sekali. Pintu kelas kat belakang. Bila Ummi nak keluar je dah rasa pelik, "aikk, budak ni tadi rasanya duduk kat depan.." Then bila Ummi masuk semula dan nak sambung mengajar kat depan, lagi sekali Ummi pelik. "Lahh, dah duduk depan semula. Tadi nampak dah pindah belakang. Kenapa budak ni dok pindah2 tempat??" Sekali baru perasan, ada dua orang rupanya...

ATIQ dan ATIF.
Pun anak murid Ummi kat KAFA jugak. Tapi cawangan lain.

YUNA dan YUNI.
Lagi sekali dapat anak murid kembar kat KAFA. Ummi memang happy sangat-sangat. Ummi tanya diorang camne nak bezakan kamu berdua? Diorang cakap sorang rongak gigi atas, sorang lagi rongak gigi bawah. Tapi Ummi asyik lupa je.. Yg lawaknya, karakter diorang ni bertukar-tukar. Kadang2 Yuna cepat pick up apa yg Ummi ajar. Kadang2 Yuni pulak yg cepat, Yuna lambat sikit. Kadang2 Yuna nampak independent, Yuni tak. Kadang2 terbalik pulak. So banyak kali gak la Ummi terfikir, diorang ni tukar identiti ke? Ooo mentang-mentang la aku tak kenal, diorang main tukar2 pulak.. hehehe..Padahal diorang tak tukar pun. Siap tunjuk bukti lagi Yuna ngan Yuni ni..

Yang ni Ummi curi curi ambik gambar dari tingkap bas kolej. Kat kelantan..Bas berenti isi minyak. Yg kereta oren ni berenti sebelah bas. Memula Ummi nampak budak yg kat depan tu, "Eeee comelnya.." Pastu tetiba ternampak sorang lagi kat belakang. "Eh, ada sorang lagi. Kembar rupanya!" Terus bawak keluar henpon, snap gambar banyak2 kali. Tapi gambar blur sebab Ummi zoom..

Yang ni adik kawan masa kat kolej. Nama dulu dah tanya, tapi lupa..

FARHANA dan FAHADA.
Senior masa Ummi sekolah menengah. Diorang ni kembar seiras, tapi Ummi dah boleh bezakan. Cuma ada masa-masa tertentu Ummi tetiba jadi confuse balik..Sebab stail bercakap sama, cara bergerak, dan ada part2 yg memang akan membuatkan Ummi confuse.. Sekarang dua2 dah kawin dan ada anak. Tapi diorang still maintain slim macam masa zaman anak dara dulu.

IJLAL dan IJMAL.
Junior sekolah Menengah Ummi. Kalau tengok gambar boleh la beza sikit-sikit. Tapi kalau jumpa yg real mesti kena tanya, "ni Lal ke Mal?"

HASHAHANA dan HASHAHIDA.
Junior Ummi masa dekat kolej. Tapi sorang je yg belajar satu kolej ngan Ummi. Sorang lagi study kat Penang.

ZILA dan LELA.
Yg ni dua-dua junior kolej Ummi. Tapi diorang ni sebenarnya kembar 3.. Sorang lagi lelaki. Ummi tak kenal sebab dia belajar kat tempat lain. Kembar yg ni pun selalu mengelirukan orang jugak, terutamanya yg kenal salah sorang je dan tak tahu dia kembar.

ZULHAIRI dan ZULHAILI.
Sepupu kawan Ummi.

HAFIZ dan HAZIQ.
Anak buah kawan Ummi. Macam kembar 3 kan? Sebenarnya yg kembar cuma 2 orang yg baju biru tu je. Tapi abangnya pun dah macam kembar skali ngan diorang.

Nota: Ummi berangan je nak anak kembar. Peluang nak dapat tu mungkin tipis or takde terus kot sebab keturunan Abah ngan Ummi takde kembar..

Thursday, July 14, 2011

Ibu ADAM Turn 24!


Hari ni ulangtahun kelahiran rakan karib Ummi sejak di kolej, Asma' aka Ibu ADAM.. Ibu ADAM sama umur dengan Ummi. ADAM pun lahir tahun yg sama dengan Fateh. Cuma Fateh tua beberapa bulan dari ADAM...

Fateh lahir 10 januari 2011..ADAM pulak lahir 1 mei 2011..

Kalau Fateh nak tahu..Ummi sayang sangat sangat dekat Ibu ADAM ni..Sepanjang Ummi berkawan dengan dia, macam-macam ujian dan cabaran yg kami tempuh sama2..Bila Fateh dah besar nanti, Fateh hormat dan sayanglah Ibu ADAM ni sepertimana Ummi sayangkan dia ye...

Untuk pengetahuan Fateh juga..Ummi dengan Ibu ADAM ni ada banyak persamaan dalam hal perkahwinan...Dan semuanya memang tak dijangka tau..

Bertunang dalam tahun yg sama. Ibu ADAM bulan berapa tah..Lupe pulak.. Ummi bulan 11..
Kahwin dalam tahun yg sama. Ibu ADAM bulan 2.. Ummi plak bulan 3..
Dapat anak pun tahun yg sama jugak.. Ibu ADAM bulan 5.. Ummi bulan 1..

Memang tak disangka sangka.. Ok, di kesempatan ni...Ummi nak ucapkan
SELAMAT HARI LAHIR YG KE 24 buat Ibu ADAM. Semoga dengan kehadiran ADAM dan Baba ADAM di sisi, kehidupan menjadi lebih bermakna dan ceria-ceria selalu.


Nota 1: Betapa susahnya Ummi nak siapkan entry ni sebab Fateh nangis2..pastu usik itu ini..kejap nak susu kejap nak main..selongkar barang2 dalam pejabat Abah ni selagi ada.. huhuu...

Nota 2: Ummi muda lagi..Still sweet 23. hehehe...Lambat-lambat la sikit datang bulan 8 ye.. (^^,)

Tuesday, July 5, 2011

JJCM: Char Kuey Teow

Khamis minggu lepas Ummi ajak Abah makan char kuey teow kat Medan Gopeng. Abah pun dengan senang hatinya bersetuju memandangkan siangnya Ummi agak rajin masa kat kedai..Siap kemas-kemas kedai dan layan customer tanpa mengganggu kekhusyukan Abah berjihad.

Actually setiap hari kami lalu kat gerai char kuey teow tu. Tapi tak pernah nak singgah. Abah ada gak cakap teringin nak rasa sebab nampak signboard dia tulis "CHAR KUEY TEOW PENANG SPECIAL". But tak singgah2 jugak..Last last Ummi jugak yg mengajak..

First time kami pergi bertiga je..Abah sibuk layan Fateh tengok kucing sementara tunggu makanan tiba...






Esoknya kami pergi lagi pekena char kuey teow kat tempat yg sama buat kali yg kedua. Kali ni Pak Chor ikut sekali. Sementara tunggu makanan tiba, Ummi macam biasa snap gambar Abah dan Fateh..

Abah ada snap gambar Ummi satu. Tapi Ummi tengok muka Ummi dalam gambar tu terlebih excited sangat. So taknak le Ummi tempek kat sini..hehehe...


Fateh dok ralit tengok Pak Chor dia


Nota: Ummi gembira sebab dah boleh update belog. Sebelum ni Ummi guna Google Crome. Susah tau bila nak update blog. Banyak benda tak function. Sebelum ni Ummi biarkan aje. Tapi sejak semalam dah sampai tahap takleh nak bawak masuk gambar, Ummi cari alternatif lain terus la.. Install Mozilla Firefox. Rupanya guna Mozilla sangat senang. Gumbira oh Gumbira~

Kenapa Dengan Blog ni???

Ummi tengah bersemangat dan membara-bara nak menulis ni..Tapi blog pulak buat hal. Nak masuk gambar takleh..Button ADD IMAGE tu macam tak function je.. Nak save pun tak boleh. Kena publish terus. Jenuh la Ummi camni..

Internet dahla kadang elok kadang tak elok..Kalau tak save karang silap haribulan buat penat Ummi menulis je. Alih alih takleh publish lak..huhu...

Tolongggglah encik blog. Janganlah anda buat hal begini..Karang saya merajuk taknak tulis belog sampai bila-bila baru tahu...

Nota: GERAM SANGAT SANGAT SANGAT. UWAAAA....

Saturday, July 2, 2011

Ujian Tanda Allah Sayangkan Kita

Semalam Ummi dapat mesej dari Aki yg mengatakan ada sekeluarga kenalan rapat keluarga kami telah ditimpa musibah. Rumah mereka terbakar pagi semalam. Mereka kini sehelai sepinggang. Tiada apa yg tinggal. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. *syukur*

Ummi agak tersentak juga tika mendapat berita tu.. Maklumlah..Hubungan kami rapat sejak Ummi kecil lagi. Memang terasa sangat-sangatlah bila mereka ditimpa musibah besar begini.

Ummi harap mereka semua dikurniakan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian yg maha hebat ini. Benar, ujian itu tanda Allah sayangkan kita..

Ummi masih ingat lagi..Saat kedai Abah terbakar dulu. Hampir hilang punca rasanya. Nanti Ummi cerita lebih lanjut tentang kedai terbakar ni dalam entry yg lain ye.. Kedai kami yg tak terbakar habis pun dah terasa beratnya ujian yg Allah beri, inikan pula mereka yg kini tinggal sehelai sepinggang. Tentu lebih berat nak menanggungnya kan?

Bersabarlah duhai saudaraku sayang...

Buat readers-readers sekalian,
Jom sama-sama kita hulurkan bantuan kepada mereka!

CIMB 06060055172523
MOHD ZHAFRAN B. NASRUDDIN

SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU