CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, March 7, 2014

Resepi Ayam Masak Phat Phet

image

Bahan-bahan:-

1/2 ekor ayam (saya guna ayam kampung, so saiznya kecil sedikit) - potong kecil2
5-7 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang besar - hiris bulat
3 batang serai - ketuk
1 inci halia - hiris tebal dan ketuk
5-10 biji cabai melaka - tumbuk (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
Asam keping - 2 @ 3
10 helai daun limau purut
Sedikit kunyit hidup (saya guna serbuk je) - tumbuk
Garam dan gula

Cara-cara:-

1) Panaskan minyak dalam kuali. Minyak jangan terlalu banyak atau terlampau sedikit. Tumis bahan yg ditumbuk dan diketuk sampai naik bau.

2) Masukkan ayam, daun limau purut, asam keping dan setengah cawan air. Kacau bagi sebati semua bahan kemudian biarkan sampai menggelegak.

3) Kacau lagi dan perhatikan kalau ayam belum masak boleh biarkan lagi sehingga isi ayam empuk. Tambah air sedikit-sedikit jika perlu. Bila isi ayam dah empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api.

4) Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

nana zarina said...

Boleh cuba ni. Selalu ayam dok masak sambal dan kari jer.. blh cuba resepi ni. Nak cuba resepi nasi kerabu blh ke sini. Nana ade share resepi tu
www.villavitaminibu.com