CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, February 9, 2013

Selamat pengantin baru Nadea & Azrai

Disebabkan update menggunakan henpon cap ayam katik, tak boleh nak tulis caption untuk satu2 gambar maka layankanlah gambar gambarnya dulu ya. *sadis*

Hari ahad baru ni kami ke Putrajaya menghadiri kenduri kahwin kawan baik Ummi merangkap adik beradik angkat, Nadea dan pasangannya Azrai. Ummi kenal dan mula rapat dengan Nadea semenjak kami dalam darjah 2 lagi. Rapat memang sangat2 rapat lah. Selalu ikut balik rumah cuti sekolah sabtu ahad, kalau ada aktiviti atau kelas kat sekolah petang2 pun tengahari tu ikut dia balik sekejap. Masa tu Nadea ni anak tunggal.

Disebabkan itu lah Ummi Nadea ni dah kenal sangatlah dengan Ummi. Layan Ummi pun macam anak sendiri. Bawak Ummi pergi Cameron Highlands, pergi Padang Besar, masuk Siam sana, pastu tiap2 tahun datang rumah waktu raya, bagi duit raya banyak-banyak, bawak Ummi jalan2 beraya kat Bentong, kat Kuantan ziarah rumah adik beradik. Diorang layan Ummi betul2 macam Ummi ni sebahagian daripada keluarga diorang.

Masa Ummi kahwin datang pulak bawa hadiah besar.. And even Ummi dah ada anak2, diorang masih lagi sudi datang menziarahi Ummi tak kira kat mana pun Ummi berada. Ummi Zaleha (Nadea's mom) pulak setiap kali nak balik ada je buah tangan dia nak bagi tak kira lah duit ke, makanan ke, atau apa2 sajalah. Banyak sungguh jasa diorang pada Ummi.

Berbalik pada cerita kenduri, Nadea sejak akhir tahun lepas lagi dah bagitau Ummi kenduri dia 2/2..Due date Ummi 22/12.. Bila dicongak-congak alamak, macam tak sempat je. Time tu Ummi ada lagi seminggu nak habis pantang. Kenduri belah lelaki toksah tanya la, nun jauh kat Sarawak nun, huhu. Ummi pun dok doa la kat Allah kalau boleh bagi la Ummi bersalin awal. Ummi memang nakkk sangat2 attend wedding yg sekali seumur hidup ni. And at last Allah kabulkan juga hajat di hati Ummi. Syukur alhamdulillah...

Layanan yg kami terima memang terbaik lah. Walaupun ramai lagi tetamu lain yg lebih penting dan ternama, Nadea, Azrai, and her Parents tetap luangkan masa sembang2 dengan kami sekejap dan bergambar. Terima kasih ya.

Untuk Ummi Zaleha dan Ayah,
Tahniah kalian dah dapat menantu pertama. Moga2 cepat dikurniakan cucu pula lepas ni. Hihi.

Buat Nadea dan Azrai,
Moga cinta kalian kekal hingga ke Jannah. Sangat happy utk korang berdua.

Buat suamiku yg tersayang,
Terima kasih sebab bawakan saya ke majlis tu. Ianya amat bermakna pada saya. Love u till Jannah insyaAllah!

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

teh susu said...

jelousnye..teh xdpt g pn walimah bestpren...sadisnyee...