CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, February 27, 2013

Irdina @ 2 bulan

**Entry tertangguh lagi. Malas nak edit.. :)

2 hari lepas, Ummi bawak Irdina pergi check up kat Klinik Simpang pulai. Pagi-pagi lagi dah keluar dari rumah sebab kalau boleh nak settle awal. Abah nak gi kedai pulak, budak kerja cuti hari tu. Fateh kami tinggalkan kat rumah Opahnya.

Alhamdulillah perkembangan Irdina setakat ni amat memberangsangkan. Berat naik 1kg setiap bulan. Tinggi pun berada pada aras normal nurse cakap. Perkembangan Irdina setakat ni... Dia dah pandai respon bila kita agah. Sembang pun dah pandai, alhamdulillah.

Irdina mula pandai sembang pada hari ke 57. Hari yg Ummi buat majlis makan-makan 3 in 1 tu. Mak ndak adalah orang yg pertama sedar akan hal ni. Masa tu Mak Ndak tengah kemas-kemas barang nak masuk dalam beg sebab malam tu Mak Ndak nak balik Kelantan dah. Tetiba dengar suara Irdina dok sembang sorang-sorang atas katil. Terus Mak ndak berenti kemas barang gi layan Irdina sembang.

Tak aci sungguh la. Patutnya Ummi yg kena jadi orang pertama tahu perkembangan anak-anak Ummi. Huhu. Takpe la, Ummi positif. Mungkin Irdina dapat rasa aura mulut murai Mak Ndak terlalu kuat kot masa tu.

Tabiat Irdina yg Ummi nampak setakat ni, kalau nak tidur mestiii nak tidur celah ketiak Ummi. Kalau tidak dia macam susah je nak tidur. Nyaman kot kat situ. Wangi dan ber"aircond". Haha.

Pastu tiap kali mandi mesti menangis. Sebab Ummi bagi mandi ayor sejuk je. Hihi. Anak dara Ummi ni walau dah dilatih mandi air sejuk sejak awal, dia masih tetap juga menangis. Tapi kadang-kadang Ummi bagi jugak dia mandi air suam. Terutama kalau time air paip lebih sejuk daripada biasa. Kesian la kat anak kan, menggigil-gigil sejuk.

Lagi...
Irdina anak solehah Ummi ni murah senyuman laa.. Patut la semua orang dapat aura nak suruh Ummi ngan Abah bagi nama "Ibtisam" dekat Irdina. Mula-mula doktor yg scan Irdina kat dalam perut Ummi suggest suruh bagi nama Ibtisam. Lepas tu Maklong pulak. Tak lama pastu kawan Abah pulak, acik Shaakira. Huhu.

Tapi sebab Ummi tak berapa nak berkenan nama tu, maka kami decide bersama-sama nak letak nama Irdina, yg bermaksud Kehormatan Kami. Dengan harapan moga-moga Allah pelihara kehormatan si bunga kami yg satu ini. Aamiinnn.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: