CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, February 23, 2013

Teknik Somalia

Rasa-rasa Ummi lah kan, fenomena biasa kot budak2 seusia Fateh susah nak makan. Ummi pernah dengar seseorang cakap, sesetengah budak ni bila sampai 1 tahap umur, dia akan jadi susah nak makan dan hanya terima certain2 makanan je. Yang taknak makan langsung pun ada.

Macam Fateh, dia start susah nak makan masa umur cukup setahun. Sua lah apa pun, memang dia tolak. Nasi usah dikabo la kan.. Kadang2 makan ikan saja, kadang2 makan sayur saja, dan kadang2 makan nasi putih kosong je.. Yang dah tentu2 dia nak makan ialah buah. Bagi lah buah apa pun. Yang manis ke, yg masam ke, semua dia bedal.

Ummi ngan Abah dah tentulah risau kan bila Fateh taknak makan. Tambah-tambah kadang2 tu sampai seharian dia taknak makan. Main dahla aktif. Tenaga banyak habis, tapi tak dapat nak ganti dengan yg baru. Kalau tak berapa nak sihat lagi la.. Sampai shaking badan. Risaunyaaa..

Sekali ada 1 pagi tu, bangun dari tidur terus Fateh mintak nak makan. Ummi ingat, betul ke Fateh ni nak makan? Tak percaya tau sebab tak penah2 pun dia mintak nak makan. Tapi takpe la, Ummi bawak dia gi kat meja makan. Baru je nak amik roti atau biskut, tetiba tengok Fateh buka tudung saji pastu amik je apa yg ada dan makan dengan penuh berselera. Telur dadar pun habis dimakannya. Terkejut wehh.. Bukan Ummi je. Abah pun terkejut.

Tapi dari situ lah Abah dapat idea. Kita takyah paksa anak makan. Biar je kalau dia taknak makan. Tak payah susah-susah nak kejar ke hapa sebab kalau suap karang dia luahkan balik. Lagi bazir. Biaaarrr je dia nak main ke, nak buat apa ke. Budak2 ni kalau tiba masa dah lapar sangat, automatik dia akan makan apa saja yg ada. Haaa..teknik ni Abah namakan teknik somalia. Hihihi.

Setakat ni dengan mempraktikkan teknik somalia ni nampak agak berkesan juga la. Malah Fateh makan lebih banyak daripada makan kena paksa. Tambah sekarang Ummi dah jadi surirumah kan, bila masak petang2 mesti Fateh nampak macam teruja sesangat. Belum habis masak lagi dah mintak "nak suap..nak suap.." Pastu makannya memang makan betul-betullah. Kadang licin nasi yg Ummi bubuh. Good boyyy anak soleh Ummi.

Haritu masa balik dari Cameron, Abah bawak kami gi makan kat kedai. Ummi bajet nasi Ummi tu boleh la nak kongsi ngan Fateh kan.. Tengok2 dia je makan sorang-sorang. Habis tau nasik yg utk sorang tu dia makan. Macam tak percaya je Ummi nengok. Ummi nak makan terpaksa order nasi putih lagi sepinggan. Huhu.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: