CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, August 2, 2012

Cerita Ummi: PIZZA


Salah satu makanan orang Itali yang menjadi kegemaran dan kegilaan saya sejak dulu lagi. Pernah juga saya membuat pizza sendiri. Inspirasi membuat pizza sendiri datangnya dari Abah, satu-satunya ayah terbaik yang saya ada. Suatu ketika masa arwah Ummi tidak sihat, Abah bertanya kepada kami adik-beradik,
"nak makan pizza tak? Abah mahu buat"...
"aik, pandai ke Abah buat pizza?"
"haaa..tengok dulu..." (sambil buat muka bangga)

Cara Abah membuat pizza cukup ringkas. Abah buat bancuhan tepung seperti lempeng, kemudian dibakar di dalam kuali leper. Diatas lempeng tersebut ditabur kismis hitam, kurma, karot, jagung, dan kacang hijau. Tiada sos cili mahupun mayonis. Sudah siap. Kami menikmati hidangan "chef Abah" dengan penuh keterujaan!

Ketika di sekolah menengah, Makcik Leha, ibu angkat saya yang berniaga di kantin sekolah selalu membuat pizza dan menjualnya dengan harga yang murah. Hasil air tangan Makcik Leha jarang mengecewakan saya. Selalunya apa yang dibuat olehnya pasti menjadi kesukaan saya biarpun makanan tersebut tidak saya sukai sebelumnya.

Makcik leha mengajar saya membuat doh pizza menggunakan ibu roti. Pulang ke rumah ketika cuti sekolah, saya mencari bahan-bahan untuk membuat pizza. Kali ini saya juga menggunakan keju mozarella dan membakar pizza di dalam oven. Wah, sungguh teruja!

Saya mendapat ilmu menggunakan keju itu daripada seorang kawan bernama Hafidzah. Ketika hari pendaftaran pelajar tingkatan 4, Hafidzah yang berasal dari kedah membawa beberapa keping pizza kecil-kecil. Bila dibuka bekas berisi pizza tersebut, baunya sahaja sudah cukup membuatkan saya menelan air liur. Sungguh sedap! Saya dijemput menikmati hidangan itu bersama-sama. Dalam kemalu-maluan saya bertanya kepada Hafidzah, dan dia dengan ramahnya memberitahu serba sedikit cara menyediakannya.

Moga-moga semua yang pernah memberi saya ilmu tentang hidangan istimewa ini mendapat saham setiap kali saya mengadaptasikan ilmu mereka.

Terima kasih Abah!
Terima kasih Makcik Leha!
Terima kasih Hafidzah!

Semoga kebaikan kamu semua dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda olehNya.


4 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

wahaha, kena bgtau kakcik nih...
kami adik beradik mmg suka pizza. ms kecik2 mmg ummi ajar buat pizza sendiri... hehe

Unknown said...

hehehe..igt lagi piza yg kakcik bwk tu sedap sgt2! homemade kan..

Laiyyinur Harir said...

waahhh, niee teringin nk rasa pizza dr air tgn syah nie. mestiii sedaaappp!! yelaa, gabungan 3 resepi. ^^

Unknown said...

Angah: x semestinya..hihi..yg pstinya air tgn sifu2 sy tu mmg sedap ^^