CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, August 1, 2012

Cerita Ummi: DADIH


 

Saya mengenalinya ketika berusia sekitar 4 atau 5 tahun. Dadih pada ketika itu agak berbeza dengan dadih yang ada pada masa sekarang. Ia diperbuat 100% daripada susu segar dan hanya dijual di kedai-kedai kecil berbentuk botol susu segar. Rasanya juga berbeza dengan dadih zaman sekarang, namun saya amat menyukainya.

Setiap kali melalui kedai susu segar bersama Abah, Abah pasti membelikan saya sebekas dadih dan saya akan menikmatinya dengan penuh rasa bersyukur dan gembira yang tak terhingga!

Ketika bersekolah menengah di perlis, seorang pakcik penjual dadih berkopiah sering datang berjual di luar kawasan asrama selepas waktu asar. Saya merupakan salah seorang pelanggan setianya. Dadih pakcik itu adalah antara dadih homemade tersedap yang pernah saya rasa. Susunya tidak kurang, pewarnanya tak terlalu banyak, dan rasanya amat enak sekali sehingga saya merasakan tidak cukup jika hanya makan sebekas! Saya sanggup berhabis duit membeli dadih pakcik itu yang berbagai perisa setiap minggu. Dahsyatnya penangan dadih...

Habis sekolah, saya cuba membuat dadih sendiri. Sekadar untuk makan adik-beradik, bukan untuk dijual. Hanya menggunakan agar-agar, susu cair dalam tin, gula, dan pewarna. Hasilnya alhamdulillah menjadi. Walaupun bukanlah sesedap dadih pakcik itu, namun sudah cukup membuatkan saya berpuas hati memandangkan kesukaran mendapatkan dadih di kedai-kedai berhampiran.

Kisah hidup saya memang tidak dapat dipisahkan dengan dadih. Selepas berkahwin, saya diberitahu oleh suami bahawa dia dulunya pernah menjadi seorang pembuat dan penjual dadih secara besar-besaran!

Nota: Saya dan suami tidak pernah kenal sebelum berkahwin :)

4 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

akak ada resipi dadih abu, abu bg kat mak mertua akak, hehe... klu jual mmg laku...

Laiyyinur Harir said...

angah dulu penah jgk jual dadih tp dadih segera jee..hee~

tp klau jual dadih mmg laku sbb org x penah jemu lg2 dgn cuaca negara kita yg panas nie kn, bila dpt dadih tue rasa mcm sejuukkk jee tekak nie..heehee~

zahra_wardah said...

kitorang kat sini, tiap kali blk dr langkawi, bwk balik susu kerbau. dadih dr susu kerbau laaaaagiiii sedappp!!! try la. kat pahang banyak kerbau kan... :)

oh, lupa.. paksik tu pakai serban ke kopiah? rasa mcm serban. betul, kat matri smua sedap. dr masakan p.lah, kantin, sampai la penjaja kat situ pun, smua jual sedap... tengok la kita dulu belanja mkn saje berapa habis;)

Unknown said...

K.shira: hehe resepi rahsia tu. aisyah pun blm cuba buat guna resepi tu :)

Angah: betul2..sy klu tgh dahaga nmpk dadih je haruss beli. x tahan tgk..hehe

Teh: ye kot pakcik tu pakai serban. igt2 lupa dah