CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, February 8, 2012

Rajin la betuah Ummi ni :)

Encem boy Ummi :)


Nak ambik barang kat Ummi

Excited pilih stokin kat kedai Opah

Happy main kat luar dengan Ummi pagi-pagi

Belek apa kat tapak kaki tu...

Lamanya rasa tak pegang keyboard ni n taip panjang-panjang. Dah terlalu banyak cerita yang tertangguh sampai Ummi pun dah tak tau nak cerita yang mana dulu. Yang dah lupa pun banyak. Sebab-sebab Ummi tak dapat nak update blog selalu;
1. Sibuk dengan kedai (hujung tahun + awal tahun)
2. Fateh Arraziq - nak cerita perkembangan dia la ni...
3. Terpaksa menumpang pc Abah sebab laptop Ummi rosak. Selalunya time Abah tak guna pc ni baru le Ummi boleh guna (tapi jarang sangat kot Abah tak guna :p)
4. Idea selalu datang time takleh guna pc. Bila dapat guna, mesti idea dah melayang entah ke mana.

Ok lah, cukup dulu sebab musabab untuk kali ni. Ummi nak cerita tentang Fateh Arraziq permata hati Ummi Abah. Itu yang dinanti-nanti kan? :)

Yang pertama, Fateh dah ada 5 batang gigi. 2 bawah dan 3 atas. Dan of course la dia memang suka menggigit Ummi. kat bahu, kat peha. Mula-mula buat lentok manja..pastu tetiba je NGAPPP!! Atoiii..sabo je le. Orang lain tak pulak digigitnya.

Kedua, Fateh sekarang dah tak minum susu botol. Alhamdulillah...Dah lama sangat-sangat Ummi tunggu saat ni. Dulu Ummi berjuang nak bagi Fateh susu ibu. Tapi dalam berjuang tu Ummi terpaksa pasrah yang Ummi terpaksa gunakan juga bantuan susu botol atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Alhamdulillah, Allah makbulkan juga doa Ummi utk bagi Fateh minum susu ibu sepenuhnya setelah dia berusia 11 bulan. *syukur yg tak terhingga*

Ketiga, tersangat-sangat aktif dan sangat rajin tolong Ummi mengemas. Kalau kat kedai ni usah cakap la. Ummi mengemas kat depan karang, dia pun sibuk jugak ke sana ke mari memunggah baju keluar dari rak. Ummi ambik susun karang, dia gi keluarkan balik, dan campak ke sana sini sesuka hati dia. Stokin Ummi dah gantung elok-elok kat tempatnya, dia turuuunnnkan semua sekali. Nampak cantik ye Fateh banyak2 barang atas lantai macam tu? hehehe.. Ada kawan opah cakap, budak yg rajin memunggah masa kecik ni, besar-besar esok dia akan rajin mengemas. Harap-harapnya betul lah ye :)

Keempat, peramah sangat dengan semua orang. Sometimes memang la memudahkan Ummi nak buat kerja. Tinggalkan je kat sape2, Ummi boleh settlekan kerja-kerja Ummi. Tapi risau jugak sebab kalau kat kedai, orang tak kenal datang tegur pun, dia nak ikut orang tu. Siap pegang tangan orang tu nak suruh bawak gi jalan-jalan. Bukan baru sekali dua, dah banyak kali ni..tu yang Ummi risau. Hari tu ada la sorang pakcik ni buat-buat macam nak dukung, tengok2 Fateh angkat n hulur tangan nak suruh pakcik tu dukung betul-betul. Pastu pakcik tu cakap, "aih, orang tak kenal pun nak jugak. Kamu jangan..Menangis mak kamu nanti.."

Kelima, dah mula bercakap loghat jerman dia. Mulut tu asyik pot pet pot pet je sambil tangan dok tunjuk ke sana ke mari. Konon-kononnya nak bercerita la dengan Ummi Abah. Orang sembang, dia pun nak sembang jugak..hihi.. Setakat ni Ummi belum berjaya lagi rakam video Fateh tengah bercerita. Sebab bila dia tengok Ummi pegang henpon dan halakan kat dia je, terus dia diam. Pastu excited datang kat Ummi nak tengok apa yang dibuat Ummi ni?

Keenam, dah pandai pegang henpon dan letak kat telinga. Konon-kononnya tengah cakap telifon la tu... ^^

Ketujuh, Suka main pintu almari. Buka tutup buka tutup. Lepas tu terapit tangan, menangis. Hilang sakit karang sambung main semula. Kat rumah moyang tu semua pintu almari dah kena ikat ngan tali rafia. Kalau ada orang datang tu, faham2 jela ye.. :)

Emm..Ummi rasa ada lagi. Tapi terpaksa stop kat sini dulu sebab Abah dah call suruh siap2 nak balik. Actually Ummi menulis ni sementara menunggu Abah pergi halaqah. Ingat sempat la nak tulis 3 4 entry. Tengok2 satu pun tak sempat nak habis.huhu...


No comments: