CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, August 14, 2011

IMBAS KEMBALI: Kedai Abah Terbakar

Ummi pernah berjanji nak cerita tentang kedai Abah terbakar dalam entry Ujian Tanda Allah Sayangkan Kita kan.. Agak lambat juga Ummi lunaskan janji Ummi disebabkan kesibukan menguruskan anak dan tanggungjawab2 yg lain. Banyak kali Ummi tangguhkan hasrat nak menulis. Tapi Allah izin masa tak mengizinkan. Alhamdulillah akhirnya Allah beri Ummi ruang untuk coretkan juga peristiwa itu di sini. Untuk tatapan Fateh apabila dia dewasa kelak, dan untuk tatapan Ummi dan Abah juga pabila kami sudah tua nanti. InsyaAllah...

Peristiwa ni berlaku pada awal perkahwinan Ummi dan Abah. Sangat awal. Masa tu lagi sehari je nak genap sebulan Ummi dan Abah bernikah. Ummi Abah nikah
14/3/2010..Kedai Abah terbakar pulak 13/4/2010..See? Actually lagi beberapa jam je nak cukup sebulan masa tu sebab peristiwa tu berlaku waktu malam.

Ok, Ummi cerita detail sikit ye...

Hari tu Ummi dan Abah berniaga macam biasa. Pekerja2 Abah pun datang kerja macam biasa. Customer pun keluar masuk macam hari hari yg lain. Takde apa yg berbeza. Takde kelainan atau perkara perkara pelik berlaku.. Cuma masa nak balik petang tu je yg lain sikit. Selalunya Ummi ngan Abah yg akan jadi orang terakhir keluar, kunci kedai, dan balik. (Utk pengetahuan, everyday Abah akan cek dulu kedai sebelum keluar, takut ada elektrik tak bertutup, sampah tak dibuang, or etc)... Tapi hari tu dengan izin Allah Ummi dan Abah balik awal sikit dari orang lain.

Petang tu pulak kami tak terus balik rumah. Abah bawak Ummi gi makan satay dulu.. Masa ondeway nak gi makan n masa kat kedai makan tu la Abah asyik ulang ulang kat Ummi, "Saya rasa macam ada sesuatu la malam ni..Tp taktau apa dia.." Ummi tanya Abah kot2 Abah ada usrah ke malam tu. Tapi Abah kata takde. Then kami pun sembang2 la sikit nak cuba ingat or fikir apa 'benda' tu kan. Tapi takde jawapan... Kami pun makan jela macam biasa. Gurau gurau. Tangkap gambar. Pastu balik...

Malam tu lepas maghrib Abah keluar gi jumpa kawan dia. Ummi stay kat rumah je, rehat2 dalam bilik. Dalam pukul 9 lebih, Opah ketuk pintu bilik Ummi. Opah tanya Ummi tau dak Abah gi mana? Ummi cakap tak sure.. Time tu Opah tak lepas pegang henpon dia. Sebelum tu memang Ummi ada dengar Opah bising bising cakap telefon, tapi tak dengar plak apa yg Opah cakap. So Ummi memang tak jangka la yg Opah akan sampaikan berita tak baik kat Ummi.

"Kamu tau dak kedai Abu terbakar!" Berderau darah Ummi bila dengar Opah cakap macam tu. Terus menggigil 1 badan. Dalam hati terfikir, "isk, betul ke apa yg aku dengar ni??" Opah cakap berkali kali Opah cuba call Abah tapi tak berjawab. Ummi yg memang kuat darah gemuruh ni terus masuk bilik, capai henpon, dan cuba call Abah. Tapi hampa sebab tak berjawab. Ummi tak putus asa. Ummi cuba call lagi, lagi, dan lagi, tapi Abah tetap tak angkat. Masa tu runsingnya Ummi hanya Allah je yg tahu. Susah hati sangat2. Rasa macam nak mintak kunci kereta kat Opah, nak drive sendiri gi cari Abah!

Dalam hati dok terfikit kenapaaaa la Abah tak angkat2 phone. Ya Allah..Ya Allah...Fikiran bercelaru sangat2 masa tu. Tiba2 Pak Chor balik dari mana tah, terus Opah bagitau berita tu. Pak Chor cakap dia rasa dia tau Abah lepak kat mana malam tu. Then sepantas kilat Pak Chor capai kunci motor gi cari Abah. Alhamdulillah jumpa. Rupa-rupanya Abah tertinggal henpon dalam kereta, sebab tu tak dengar orang call.

Lepas dapat tahu, Abah dengan tak bertangguh terus memecut ke kedai. Ummi kat rumah menunggu dengan fikiran yg kacau bilau. Susah hati sangat sangat. Mata ni toksah cakap la..Memang tak mengantuk langsung. Nak buat apa pun rasa serba tak kena. Nak tanya Abah apa perkembangan pun tak boleh. Ummi menunggu kat luar sampai pukul 1 pagi. Tunggu sorang2 plak tu! Opah suruh Ummi masuk rehat, tapi Ummi tak boleh..Rasa nak tunggu jugak.

Macam macam rasa yg datang masa tu.. Rasa nak nangis..Rasa nak mintak Opah bawak Ummi gi tengok kedai. Rasa nak gi peluk Abah n tenangkan dia. Hanya Allah yg tahu betapa terganggunya fikiran Ummi masa tu. Jantung berdegup kencang sampai Ummi rasa letih.

Akhirnya Ummi mengalah.. Ummi masuk bilik, amik wudhu', solat, baca Quran, kejap tengok henpon, pastu sambung baca Quran lagi. Ummi tunggu Abah tak balik2. Dalam hati ni "risaunya.....Apa la yg diorang tengah buat sekarang.." Dalam dok menunggu tu akhirnya Ummi tertidur gak..Tidur dalam kerisauan..

Pukul 3 pagi Abah balik. Abah gerak Ummi n tunjukkan gambar gambar kedai kami..Ummi terdiam tak terkata apa-apa. Terasa beratnya ujian yg Allah bagi...Abah pun diam. Tak banyak bercakap macam selalu. Senyum tidak. Ketawa apatah lagi.. Ummi faham gejolak dalam hati Abah. Baru nak genap sebulan Ummi berada di bawah tanggungjawab Abah. Dan cuma kedai tu sajalah satu satunya sumber pendapatan Abah selama ni....

Alhamdulillah ramai yg hulurkan bantuan..dan bagi sokongan moral pada Ummi dan Abah. 2 bulan kami tak berniaga. Tempoh membaik pulih kedai mengambil masa yg agak lama sedikit sebab Abah banyak uruskan dan settlekan sendiri proses2 tu semua. Tambahan pulak kos-kos membaiki menggunakan duit sumbangan orang ramai sepenuhnya.

Dalam tempoh 2 bulan tu, Abah bersihkan sendiri kedai, buang karpet yg dah hangus, keluarkan sisa-sisa kebakaran, tembak air kat dinding n lantai, cat dinding, panggil orang buat wiring...Ummi pulak stay kat rumah pilih stok, basuh, pastu pilih lagi mana yg boleh jual semula n mana yg kena lelong, tag saiz, bungkus semula, kelaskan ikut jenis pakaian n saiz, then ikat.. 2 bulan mengadap stok pakaian sebanyak 30 guni sampai Ummi rasa tak lalu lagi dah nak mengadap baju-baju tu semua. Proses nak memilih bukan boleh buat sambil lewa. Kena teliti betul2 yg mana masih elok dan yg mana dah rosak. Even baju tu ada line kuning sikit je kat bahagian lipatan dia, terus kena label reject. Pastu kena perati lagi satu2 yg dah reject tu. Yg rosak banyak letak harga murah. Yg rosak sikit letak harga tinggi sikit (tapi still murah). Baju reject, sape laaa yg nak beli..Sampai sekarang pun tak habis jual lagi baju baju reject tu...

Tapi syukur alhamdulillah, banyak hikmah yg Ummi dan Abah dapat daripada peristiwa tu. Allah timpakan kami dengan ujian yg maha berat kerana Dia nak berikan kami anugerah yg tak ternilai harganya. Sebulan selepas kebakaran, Ummi disahkan mengandung. Syukur alhamdulillah... Kedai pun dah bertambah luas sekarang. Boleh masuk lebih banyak barang. Dulu Abah share dengan orang lain, so ruang berniaga bagi Abah terhad sikit la..

Perniagaan pun so far alhamdulillah..Cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga. Walaupun kami tak mampu nak hidup mewah, tapi bagi Ummi bila cukup makan dan pakai kami, Ummi dah bersyukur sangat sangat.. Kasih sayang Abah pun semakin bertambah dari hari ke hari. Fateh pun membesar dengan sihat dan cergas. Takde yg kurangnya dalam hidup Ummi sekarang, semuanya boleh dikatakan hampir sempurna. Syukur alhamdulillah....

Kat sini Ummi tunjukkan gambar gambar selepas kebakaran tu..

Boleh dikatakan hampir semua stok ni rosak. Haba yg terlalu panas membuatkan plastik mencair dan melekat pada pakaian dalam bungkusan.

Yg tak berbungkus dengan plastik ada yg hitam terkena asap, ada yg kuning sebab panas sangat.

Pintu fitting room pun cair...

Hampir kesemua mesin jahit rosak

Meja pemotong kain, tempat bermulanya kebakaran. Habis hangus menjadi arang semuanya.

Papan bahagian atas meja dah luruh habis ke bawah..

Radio cair..Tak kena api pun, tapi sebab haba yg terlalu panas



Pakaian yg digantung dekat stand, totally rosak. Tak pilih dah, buang je terus semua..


3 comments:

Anonymous said...

Takziah k.aisyah n suami...dgn ujian Allah..semoga Allah limpahi dan di murahkan rezeki k.aisyah dan keluarga..

FADLUL & FIFAH said...

tau ke puncanya dari mana??

Unknown said...

Thanks Jue :)
Fifah: Startingnya kat meja potong kain tu. Maybe iron kot, sebab kat situ yg paling teruk. Tp conclusionnya bomba ckp litar pintas..