CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, May 6, 2011

Hari Yang Hilang Serinya

Memiliki anak seceria Fateh membuatkan Ummi amat-amat merasai kehilangan bila Fateh kurang sihat. Sejak semalam Fateh asyik poo-poo.. Tapi Ummi tak kisah sangat sebab memang Ummi duk urut-urut betis dia.

Tapi sejak pagi tadi, Ummi mula nampak kelainan pada najis Fateh. Tahi Fateh bercampur dengan lendir hijau kekuningan beserta dengan sedikit darah (sangat sedikit). Lendir tu agak banyak jugak. Dan baunya.....Hanyir tersangat-sangat..Sampai loya Ummi menahan bau..

Tengok najis Fateh dah jadi camtu, Ummi dah mula risau. Bimbang ada apa-apa yang tak kena dalam perut Fateh. Tapi Fateh elok je aktif dan ceria macam biasa. Takde meragam-ragam pun.

Kat kedai hari ni Fateh kerja membuang je..Bekas sampah kat belakang pun dah penuh dengan pampers Fateh. Baru je tukar pampers, Fateh berak lagi. Tak berhenti-henti Ummi tukar pampers Fateh..

Sekitar selepas waktu zohor tu, Fateh mula menangis, merengek, kejap nak susu, kejap taknak, Ummi dah dukung pun dia nangis lagi. Dalam hati Ummi, bila dah mula meragam ni bermakna kondisi tubuh badan dia tak berapa bagus la. Mungkin dia rasa tak selesa..Atau mungkin dia rasa letih sebab dah terlalu banyak membuang...

Menjelang maghrib Fateh masih tak berhenti poo-poo lagi. Lepas selesai solat tadi Abah minta Ummi call nurse yang bertugas kat klinik desa tempat Fateh selalu check up. Nurse tu agak terkejut juga bila Ummi ceritakan keadaan Fateh.

bersambung.....


1 comment:

Fadlul dan Fifah said...

knp dgn fateh??cepat sambung ye..