CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, March 11, 2011

Kesiannya anak Ummi....

Fateh sejak hari kedua lahir lagi, nafas dia dah berbunyi. Ummi risau jugak.. Tapi bila tanya doktor dan nurse, diorang cakap takpe, lama-lama nanti bunyi tu akan hilang sendiri. So Ummi takde la bawak Fateh gi klinik...

Hari selasa minggu lepas, Ummi pergi halakat.. Kat tempat halakat tu air condnya dipasang agak kuat la jugak. Balik2 dari halakat tu je, terus Fateh selsema teruk. Meragam-ragam la dia.. Banyak kali Abah sedut hingus dia guna mulut. Ok la sekejap, pastu nangis balik.. So hari khamis tu Ummi ngan Abah pun bawak la Fateh gi klinik untuk sedut cecair yang mengganggu pernafasan dia tu....


Doktornya yang lelaki tu. Mula-mula doktor tu tak nak sedut (guna mesin), sebab dia kata sakit, kesian kat Fateh pulak nanti.. Tapi masa nak keluar dari bilik, tiba2 doktor tu dengar bunyi Fateh bernafas agak kuat dan macam susah je.. So doktor tu kata dia nak cuba sedut sikit. Yang perempuan 2 orang tu pembantu dia...


Doktor tengah sedut hingus Fateh guna mesin.. Kesian sangat Ummi dengar anak Ummi ni menangis, sampai keras bunyinya...


Nota: Sampai sekarang pun selsema Fateh masih belum sembuh. Tolong doakan untuk permata hati Ummi ni ya!

2 comments:

Fazlinil Irma said...

aisyah.. tak cuba cara tradisional ke?

Unknown said...

Ada jugak sapu minyak zaiton+bawang kat ubun-ubun dia.. Sapu kunyit hidup pun dah...