CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, March 27, 2011

Jalan-jalan KL

14 march hari tu Ummi, Abah, dan Fateh ke KL. Hantar 3 orang adik ipar Ummi nak gi Syria. Diorang nak sambung belajar kat sana. Diorang naik flight 15 march. Kami bertolak dari perak sehari awal, takut tak sempat. Flight pukul 10 pagi. Pukul 8 adik2 abah dah kena check in.

Kebetulan 14 hb tu jugak ulangtahun perkahwinan Ummi ngan Abah. 15 hb tu pulak birthday Abah. So Ummi ingat nak ajak la Abah jalan2 kat sana. Siap bawak baju lebih senyap2, hehe...


Pak Ude dan Pak Chor..
Ada lagi sorang takde dalam gambar. Pak Chor la yg paling semangat sekali.
Ate dah lame benor dia berhajat nak gi Syria. Baru ini la dapatnye..


Masa kat airport Abah yg dukung Fateh. Dah hantap bebenor..
Tak larat Ummi nak dukung lama-lama, hehe.. Tidooo je anak Ummi ni sepanjang menunggu kat sana. Dah nak balik baru nangis2 nak susu.


Lepas adik2 semua dah naik flight, Abah bawak Ummi gi makan nasi arab kat Restoran Saba kat Cyberjaya. Actually Abah dah biasa gi makan kat situ ngan kawan2 dia. Tu yang Ummi teringin nak merasa.. First time Ummi makan nasi arab. Ummi pilih nasi + chicken grill. Sedapppp.. Sampai sekarang Ummi teringinnnn sangat2 nak makan nasi arab tu lagi. huhu...


Lepas makan, Abah bawak Ummi ngan Fateh gi tengok ikan dekat dengan Wet World. Kat sini ada kisah lucu berlaku. Memang Ummi tak dapat lupakan lah!

Sebelum turun dari kereta, Ummi tukar pampers Fateh dulu. Pastu bancuh susu. Susu spare tu Ummi bubuh dalam beg plastik sekali dengan pampers spare dan kain lap utk Fateh. Ummi mintak Abah tolong bawak beg plastik tu sebab Ummi nak dukung Fateh. Sebelum masuk dalam nak tengok ikan, Abah suruh Ummi tunggu kat depan sekejap. Abah pergi kat hujung bangunan tu. Bila Abah datang balik kat Ummi, Ummi tengok beg plastik tadi dah takde kat tangan Abah.

Ummi: Awak letak mana plastik tadi? (hairan)
Abah: (diam sambil ambik Fateh dari Ummi)
Ummi: Yang..Awak letak kat mana plastik tadi...?
Abah: Ada la.....
Ummi: Tak boleh bawak masuk ke?
Abah: (diam lagi. Malas nak layan Ummi kot)

Pastu kami pun masuk la dalam....


Ikan ni la ikan first yg kami tengok. Arapaima. Besar! Tapi yg Ummi tak puas hati nye, bila ambik gambar mesti tak nampak macam besar. huhu...


Abah tolong dukung Fateh sebab nak bagi Ummi peluang tengok ikan puas-puas.


Masa Ummi tengah seronok tengok ikan2 yg Abah tunjuk kat Ummi, Ummi terkejut tengok Fateh pun macam teruja je tengok ikan-ikan kat situ. Ralit dia dok tengok ikan kat dalam akuarium tu. Ummi pun terus la snap gambar...


Banyak jugak ikan yg Ummi tak penah tengok. Yang pelik-pelik pun ada.


Besar jugak tempat ni. Makin dalam kami masuk, makin besar ikan-ikan yg dipamerkan. Tengah Ummi excited tengok ikan yg besar2 tu, tiba-tiba Fateh nangis nak susu..

Abah: Awak bawak susu spare utk dia tak?
Ummi: Bawak. Ada dalam plastik tadi.
Abah: Plastik mana?
Ummi: Plastik tadi. Yg saya bagi kat awak tu...
Abah: Awak bagi kat saya? Plastik mana?? (muka hairan + tak ingat)
Ummi: Laaa yg saya bagi kat awak tadi la.. Awak simpan kat luar plastik tu.
Abah: Hah, plastik yg tadi tu ke?? Ya Allah! saya dah buang! Ingatkan sampah, hahaha..

Pastu Ummi ngan Abah pun cepat2 la keluar dari tempat tu sambil dok gelak2. Haha buat lawak betul Abah ni. Tak tahan betul Ummi. Sebenarnya masa Ummi dok tanya pasal plastik tu sebelum masuk, Abah heran.. Pasai apa Ummi duk sibuk tanya pasal sampah. Bior le Abah nak buang kat mana2 pun. Yg Ummi plak dok ingat Abah simpan plastik tu kat tempat simpan beg. Rupa-rupanya dah selamat disimpan kat tempat pembuangan sampah. hehehe... Nasib baik Abah ikat dulu beg plastik tu sebelum buang. Ummi gi ambik semula la. Sayang tu... Botol baru je beli dari kawan Ummi kat sini...

P/S: Nak ajak Abah gi makan dekat Saba lagi bila ada peluang nanti insyaAllah... :)

3 comments:

AshAnas said...

haiyyaa si abu ni, leh plak ingat sampah... huhu...

Mohamad Fakhruddin said...

Pak chor fifi dah tinggalkan teman. sedih benor teman. takpa la. rezeki dia awal nak pi sana.

layla_elyas said...

huhu seb jumpa eh...putih mata kot kalu ilang tamitipi tu, kakak dzaatin ngan wafiqa hntar dgn penuh kasih syg pd fateh tu...heeee..btw, fateh ok ke guna botol tu? macam kakak dzaatin guna tak, hee..aa nk ty, wetworld tu di putrajaya eh? nk g gak lah..abi n kakak dzaatin peminat ikan..he