CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru~Pengantin Baru~Hari Lahir



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dengan kehadiran tahun 2011 ini, keluarga saya telah menerima seorang lagi ahli baru. Pada 1 Januari 2011, adik saya, Fatimah telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Yunus bin Hj Yusof. Orang jauh adik ipar saya ni. Setakat ni semua menantu abah n ibu orang utara. Along n saya dapat jodoh dengan orang perak. Teh (gelaran fatimah dalam family) pulak dapat orang kedah. Berjauhan la semuanya lepas ni.. :)

Tahniah kepada Teh n Yunus. Selamat hari lahir juga de ucapkan buat Teh. Tahun ni dapat hadiah besar Allah bagi. De doakan korang berdua berbahagia dan dapat bercinta hingga ke syurga hendaknya.


Gambar Sekitar Majlis Akad Nikah

Abah meminta kebenaran untuk menikahkan puteri ketiganya.


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja Teh dan Yunus selamat menjadi suami isteri.


Saat cincin disarungkan.


Bersama ibu dan abah yg banyak berkorban untuk kebahagiaan anak-anak.


P/S: Sedih tak dapat balik tengok akad nikah.. Kenduri nanti harap2 dapat la balik....

1 comment:

wardah syuhada' said...

tahniah buat fatimah dan suami..
m0ga beroleh sakinah, mawaddah wa rahmah..
m0ga sentiasa diberkati-Nya..:)

nti, take care na..
m0ga Allah mudahkan dan beri kekuatan..
salam ukhwah, salam rindu..;)