CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Wednesday, October 27, 2010

Ambil Darah (FBC)

Assalamualaikum.

Hari ni saya ke klinik lagi utk ambil darah. Minggu lepas dah kena, minggu ni kena lagi. Sebabnya? Doktor risau darah saya low, dah berapa bulan masih tak naik2 lagi. Dari awal mengandung lagi saya dah disahkan mengalami anemia semasa mengandung. HB darah sangat rendah. Daripada 10.4 turun ke 10.3, pastu turun lagi 9.6...

Dari semasa ke semasa HB darah saya hanya turun @ maintain je. Tak naik2 pun. Macam2 ubat yg saya makan, tapi still macam tu jugak. Takde perubahan. Rabu minggu lepas doktor cadangkan saya makan ubat dengan air jus oren supaya badan dapat menyerap khasiat ubat dengan cepat. Selepas 2 minggu doktor kata nak tengok hasilnya. Kalau tak naik juga, saya akan dirujuk kepada doktor pakar.

Maka dalam seminggu ni macam2 lah ikhtiar saya buat utk nak bagi HB darah cepat naik. Minum air ribena, susu segar, makan ubat dengan jus oren @ ribena, makan buah delima, ratah sayur bayam. Dan alhamdulillah result lepas ambil darah tadi buat saya tersenyum. Minggu lepas darah saya 8.8, tadi tengok dah naik 9.9.. Alhamdulillah... Terima kasih kepada kawan-kawan yg bagi bermacam-macam cadangan kepada saya. Moga Allah berkati kalian. Actually HB tu masih rendah. Tapi saya akan berusaha supaya darah tu naik lagi sampai 11 ke atas. Moga Allah permudahkan segala urusan saya. Doakan saya ye!

8 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

akak x prnh kena masalah cmni... aisyah makan salindah tak?

Unknown said...

x makan pun k.shira.. makan ubat klinik n ubat yg doc suggest beli kat farmasi je.

layla_elyas said...

salam..selamat berblogging..he..kak laila pun sekarang hadapi masalah yg sama..baru nk try mkn salindah..kalu mkn salindah xyah makan ubat2 doktor dh..kan kak shira? selain ubat2 yg doktor bg tu, akak amal kerang, tempe, ikan tongkol,ikan cencaru, limpa, sayur kangkung, bayam, tauhu...ni antara mknn yg ada banyak zat besi...insyaAllah..doa moga2 kita sama2 naik balik hb ni..masa bersalin dzaatin, hb rendah jd kena paksa bersalin walaupun xturun tanda..kali ni harap sgt tak dipaksa dh..serik..

Laiyyinur Harir said...

semoga syah n baby selamat dan sihat sejahtera, insyaAllah. miss u!! =)

Unknown said...

K.Laila: kena paksa bersalin? awal brp hari? takut la plk. Kena usaha lebih lg la ni... masa tu hb akak brp ye?

Ummi Shira (AshAnas) said...

akak dulu makan salindah. mmg akak xamik ubat2 klinik dah... nurse pun ok je. takde plak die paksa akak amik ubat klinik jugak2. mgkin sbb die tgk hb akak ok kot... memule akak amik tu nurse dok bising gak, takut hb turun la ape la... tp last2 diorg tpaksa terima la yg mkn salindah xturun hb...

layla_elyas said...

ecah: sebenarnya mmg lebih due..3hari lebih..tapi ikut polisi boleh tangguh sehingga seminggu..tapi bila hb asyik rendah n diorg syak amnemia, diorg xbg lebih due lama2..terus dipaksa bersalin jugak walaupun xturun tanda..masa tu hb area 10 lebih je..skrg makin menurun lagi..tu risau jugak..
kak shira: sy selalu cri opinion ttg salindah fi tenet..ramai ckp xyah amik ubat dr. dh sbb dh lengkap supplementya..

Anonymous said...

You should be a part of a contest for one of the most useful blogs online.
I'm going to recommend this site!

Feel free to visit my web blog :: woodwork plans