CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, March 16, 2013

Selamat Hari Lahir Suamiku :)

15/3/2013

Plan asalnya kami nak panggil adik beradik dan jiran terdekat datang makan makan kat rumah. Tapi Mak cakap better gi makan kat kedai. Belanjanya lebih kurang sama je. Mujur je tau.. Allah izin semalam Ummi tetiba demam pulak lepas buat kek. Sampai tak nak ikut pergi makan lah memula tu. Pastu tengok2 maghrib tu dah rasa larat sikit, ikut jugalah malam tu.

Kami gi makan kat Happy Owl Cafe. Yg join sekali Mak, Abi, Abang Issam ngan kawannya sorang, Wafi dan Munirah, Naman, Nur Muhammad, Opah. Menu ikut citarasa masing2 je nak order apa. Tapi takde sorang pun order western food. Semua order nasi ngan lauk. Hihi. Ummi tengah tak sihat memang tak lalu la nak makan western2 nih.

Memula sampai terus je potong kek. Sebab Fateh dari kat rumah lagi dah berulang kali mintak "nak kueh..nak kueh.." hihihi.. Kek Ummi buat sendiri. Memang tak cantik langsung. Tapiii..yang penting PUAS HATI dapat buat kek sendiri sempena birthday Abah. Sape yg kata cantik tu..tau dah, saja nak ambik hati. Hihi. Tapi tak cantik tak cantik pun tetap kena tunjuk jugak. Kenangan kan..

Di kesempatan yg ada ni, Ummi nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 29 kpd Abah. Semoga dengan pertambahan usia ni akan menambahkan lagi keimanan kpd Allah, dan bahagia hidup bersama anak2 dan isteri tersayang. Hehehe. Semoga menjadi anak dan suami yg soleh, bapa yg mithali, dannn WE ALL LOVE YOU SOOO MUCH!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: