CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, March 15, 2013

Makan malam sempena anniversary ke-3

**Catatan 14 Mac 2013, jam 11 malam.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
3 tahun sudah usia perkahwinan kami. Sepanjang 3 tahun ini, bermacam-macam ujian dan nikmat yg Allah berikan kepada kami. Namun ujian itu tidak melemahkan semangat kami utk terus melangkah maju setapak demi setapak ke hadapan. Kerana sesungguhnya kesusahan itu amat indah bila dikenang kembali.

Bulan pertama perkahwinan, Allah menguji dengan kedai terbakar menyebabkan sumber pendapatan hilang secara drastik. Makan minum dan tempat tinggal semuanya ditanggung oleh mertua. Perancangan mahu berbulan madu juga melayang pergi begitu sahaja. Tempoh 2 bulan dihabiskan dengan membaik pulih kedai menggunakan duit hasil sumbangan orang ramai.

Sebulan selepas kebakaran, Allah beri pula rezeki dengan kehadiran mujahid kecil di dalam rahim. Syukur alhamdulillah, walaupun sibuk ke sana ke mari berjual itu dan ini, mengangkat kotak-kotak berat, kurang berehat, namun dengan izin Allah si kecil ini tetap teguh berada di dalam rahim ibunya. Maha Suci Allah.

Genap usia si kecil 1 tahun, Allah kabulkan hajat kami ingin berbulan madu di Cameron Highlands. Syukur yang tak terhingga. Si kecil dibawa bersama bagi meraikan ulangtahun kelahirannya.

1 tahun 3 bulan usia Fateh, Allah hadirkan pula nyawa baru di dalam rahim Ummi. Syukur alhamdulillah. Begitu murah rezeki zuriat kami. Mujahidah kecil ini lahir saat usia abangnya mencecah 1 tahun 11 bulan.

Sambutan ulangtahun perkahwinan yg ke-3 ini diserikan dengan kehadiran sepasang cahaya mata yg sungguh Ummi dan Abah kasihi.
Fateh Arraziq dan Irdina,
Kalian penyejuk hati kami, penenang jiwa kami, penghibur hari kami.
Semoga kalian menjadi anak yg soleh dan solehah, dan sentiasa berbuat baik kepada kami, kedua orang tua kalian.

Alhamdulillah. Sebenarnya tak merancang nak ke mana-mana hari ini. Sebab esok adalah hari ulangtahun kelahiran Abah dan kami merancang nak makan besar bersama keluarga di luar. Namun Allah sebaik-baik perancang. Hampir jam 7 malam tiba-tiba Abah call Ummi suarakan hajat nak pergi makan di Radix Fried Chicken (RFC).

Ummi setuju. Dan gembira! Hehehe.. Terus simpan semula ayam yg dah defrost tadi. Lepas solat maghrib, siapkan anak-anak dan gerakkk. :)

Jauh juga RFC, di Silibin nunn. Abah cakap nak cuba menu baru, Jumbo Burger. Mujur ada. Kalau tidak... Kecewa lah kawann. Hihi. Ummi nak makan pizza, tapi RFC sini belum ada pizza. Jadi pasrah sajalah order Jumbo Burger jugak. Abah order burger ayam, Ummi order burger daging. Kami minta diorang kerat 2 burger tu. Boleh rasa dua2 sekali. Makan separuh burger ayam separuh burger daging.

Jumbo burger ni besarr rupanya. Ingatkan saiz burger biasa je. Rupa-rupanya... Sebiji tu tak larat nak habiskan. Tebal daging burger saja dah nak dekat seinci. Pastu ada cheese, mayonis, ada sos black pepper. Order kentang putar utk Fateh, sikit je dia makan. Ummi yg makan banyak sebab sedap. Hihi..

Alhamdulillah.. Seronok tengok Abah puas hati. Abah cakap Jumbo burger ni lagi sedap daripada burger bakar. Huih. Kalau macam tu kena la cari premis kat Medan Gopeng cepat-cepat ye. Nanti bila teringin nak makan takde la jauh beno nak kena ngulang.

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments: