CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, April 22, 2012

Kecil-kecil dah pandai ambil hati Ummi :)

Assalamualaikum anak Ummi sayang.

Fateh...
Kalau kamu nak tahu, di usia 1 tahun 3 bulan kamu sudah pandai mengambil hati Ummi.
Ummi tahu Fateh selalu tengok tante Ari urut kaki Ummi. Kadang-kadang Abah urut kaki Ummi dan Ummi urut kaki Abah.

Suatu hari,
Ummi tak sangka kamu tiba-tiba duduk di depan kaki Ummi dan mula menggosok-gosok kaki Ummi. Seolah-olah mengurut. Ummi terfikir...Apa yang Fateh buat ni?
Tiba-tiba kamu ambil pula mainan dan membuat gaya seolah-olah sedang menuang minyak di kaki Ummi. Setelah itu kamu gosok-gosok kembali.

Subhanallah!
Cepatnya anak Ummi belajar. Fateh tolong urut kaki Ummi rupanya :)
Terima kasih anak Ummi sayang...Walaupun apa yang kamu buat sebenarnya lebih kepada menggosok, bukan mengurut..Tapi Ummi tahu..kamu sebenarnya ingin berbakti kepada Ummi. Terima kasih Allah! kerana mengurniakanku anak yang soleh dan cerdik.

Ummi dan Abah sayang Fateh!

P/S: Ummi sebenarnya ada rakam adegan Fateh mengurut kaki Ummi. Tapi tak dapatla nak dikongsikan kat sini sebab dalam video tu Ummi tak pakai stokin. Maklumlah adegan spontan..hehehe :)

Fateh yang soleh dan Abah yang soleh. Dua-dua Ummi sayang.

No comments: