CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, February 6, 2011

Saat Kelahiran Fateh

Assalamualaikum anak ummi abah tersayang.

Agak lama juga ummi tak berblog sejak kelahiran anak soleh ummi abah ni. Maklumlah, ummi berpantang di kampung. Usah kata internet, line handphone ummi pun takde. Boleh dikatakan sepanjang berpantang ni, ummi terputus hubungan terus dengan dunia luar. Bila abah bawa ummi ngan Fateh gi klinik baru la ummi dapat contact keluarga n kawan2.. Dapat gi klinik pun dah cukup seronok bagi ummi sebab dapat jugak tengok dunia luar. Kalau tak, kena perintah berkurung dalam bilik jela..hehe..

Sekarang ni ummi, abah n Fateh ada kat Pahang sebab adik ummi kawin. So dapat la ummi update blog yang dah penuh dengan sawang ni.. Di kesempatan yang ada ni ummi nak ceritakan pengalaman ummi saat nak melahirkan Fateh hari tu. Rasanya dah tak boleh tangguh. Isnin ni ummi dah nak balik ke Perak semula. Bermakna ummi akan terputus hubungan dengan dunia luar semula. So ummi cerita lah sikit2 setakat yang ummi ingat sebelum cerita ni basi ye...

2 hari sebelum Fateh lahir, semua orang dah bising2 sebab diorang dah tak sabar nak tunggu ummi bersalin..(Ni kesan daripada adik ipar ummi bersalin awal la ni..hehe..) Masa ni ummi masih lagi ikut abah gi kedai. Bukan tolong buat kerja sangat pun..Tapi ummi takut boring kalau duduk kat rumah je. Petang tu balik je dari kedai, moyang Fateh terus tanya kat ummi, "kamu takde rasa sakit2 lagi ke?" Ummi geleng kepala sambil senyum. Pastu moyang bagitau dia ada buat air surah Waqi'ah untuk ummi. Bagi mudah bersalin. Moyang suruh ummi minum air tu, tapi ummi tak nak. Bukan apa, ummi risau sangat takut jadi apa2 kat anak ummi ni. Bagi ummi, biarlah Allah je yang tentukan bila2 pun anak ummi ni nak lahir. Ummi ada baca tentang air selusuh kat dalam novel "Denyut Kasih Medic". Kat dalam novel tu ada diberitahu air selusuh kebiasaannya akan membuatkan baby lemas kat dalam perut. Itu yang membuatkan ummi risau n tak nak minum air tu. Takut kesannya sama macam air selusuh.


10 Januari --> 6 pagi

Ummi bangun untuk solat subuh, tengok2 dah turun tanda (darah). Terus ummi bagitau abah. Abah suruh ummi solat subuh dulu, pastu siap2 untuk gi hospital. Lepas solat ummi pun keluar dari bilik. Masa tu semua orang kat rumah dah heboh pasal ummi. Masing2 excited betul ummi tengok. Mak long Raihanah suruh ummi sarapan dulu sebelum gi hospital..Takut tak sempat makan masa kat hospital nanti. Masa makan tu ummi belum ada rasa sakit lagi. Siap sembang2 ngan ipar duai sambil gelak-gelak. Lepas habis makan tu boleh duduk melepak kat luar rumah pulak. Moyang dah bising suruh gi hospital cepat-cepat.

9 pagi

Tengah sembang-sembang kat luar rumah tu, tiba2 je ummi rasa sakit lenguh yang teramat sangat kat belakang pinggang sampai ummi nak pitam. Abah pun kalut la dah tengok ummi sakit camtu. Terus abah siap2 nak bawak ummi gi hospital. Allah izin masa tu kereta abah takde sebab rosak..So kami ke hospital dengan Wah Umar n ayahnya. Sampai hospital terus daftar kat bahagian emergency. Masa ni ummi steady lagi sebab sakit datang 45 minit sekali.

10.30 pagi

Doktor cek bukaan dah 4cm.. So ummi kena masuk labor room terus. Sebelum masuk labor room tu doktor bagi ummi peluang untuk makan dulu, takut takde tenaga masa meneran nanti. Ummi gi jumpa abah. Abah bagi ummi makan kurma n minum air zam-zam. Punya la banyak ummi makan kurma tu, nervous punya pasal.. Selalunya ummi nak makan kurma 7 biji pun susah. Tapi masa tu maunya 20 biji kot ummi makan. Air zam-zam dekat nak sebotol air mineral ummi minum. Betul-betul nak kumpul tenaga la ni..

11.30 pagi

Ummi masuk labor room.. Sekali lagi doktor datang cek bukaan, masih 4cm. Pastu doktor pecahkan air ketuban n masuk ubat kat tangan untuk nak bagi cepat bersalin. Lepas masuk ubat tu mula la ummi rasa sakit lebih kerap n lebih lama. Tak tahan betul rasanya.. Sakitnya cukup kuat. Ummi terus sms suruh abah masuk dalam. Tak lama lepas tu ada nurse datang tanya ummi nak amik epidural tak? Ummi cakap tak nak, sebab memang dah bincang ngan abah awal-awal lagi tanak amik epidural. Tak lama lepas nurse tu pegi ummi tiba-tiba rasa nak buang air kecil. Ummi bagitau dekat nurse yang jaga ummi, tapi dia tak bagi ummi pegi toilet sebab air ketuban dah pecah. So ummi terpaksa la lepaskan hajat kat atas katil je..(nurse tu bagi bekas khas untuk pee)

2.30 petang

Abah gi solat zohor sekejap.. Masa ni ummi rasa sakit bertambah kuat n lebih kerap lagi. Bila abah datang, ummi cakap kat abah yang ummi dah tak boleh nak tahan rasa sakit. Abah tak putus-putus bagi semangat kat ummi.. Bila ummi dah semakin sakit, nurse suntik ubat penahan sakit. Tapi ubat tu tak mengurangkan rasa sakit pun.. Ummi tetap rasa sakit yang teramat sangat. Cuma bila rasa sakit tu hilang, ummi rasa mengantuk n lali sangat2.. Pastu bila sakit tu datang, ummi mengerang semula..

4.30 petang

Datang sekumpulan doktor lelaki n perempuan kat bilik ummi. Sorang doktor perempuan (senior) cek bukaan, yang lain-lain semua perhatikan je.. Doktor tu cakap bukaan dah 6cm. Agak kasar jugak la cara dia cek, sampai ummi kemut (keraskan badan utk tahan rasa sakit).. Doktor tu siap marah-marah lagi bila ummi kemut camtu..Nak buat camne..Bukan ummi saja, tapi tu tindakan refleksi..

5.30 petang

Ummi dah semakin tak bermaya..Letih sangat2 menahan sakit. Ummi asyik mengerang2 mintak tolong dari nurse. Abah tak putus-putus bagi kata2 semangat n pandu ummi baca doa nabi Yunus utk mudahkan proses bersalin. Masa tu kalau ada orang keluar masuk dari bilik tu pun ummi dah tak sedar.. Baru je abah nak pegi solat asar, tiba-tiba ummi menjerit bagitau rasa nak meneran. Masa tu sakitnya hanya Allah je yg tahu. Macam nak tercabut pinggang ngan peha ummi ni.. Belum sempat nurse ngan doktor buat apa2 ummi dah meneran. Abah terus patah balik tak jadi gi solat. Doktor cek bukaan dah full.. Nurse ajar ummi cara meneran yg betul. Setiap kali lepas meneran mesti kepala ummi terkulai. Pastu abah bagi semangat n angkat kepala ummi, baru ummi sambung meneran semula.. Jam 5.55 petang, selamat la mujahid kesayangan ummi dan abah lahir ke dunia.. Alhamdulillah...


Fateh Arraziq beberapa jam selepas dilahirkan.

4 comments:

Atiqah said...

Alhamdulillah
Tahniah kak aisyah
comelnye little mujahid ni..
moga membesar menjadi anak yg soleh dan pintar..

alhuda said...

subhanallah, bestnya baca pengalaman akak ni!tahniah, kerana inilah saat2 Allah menghapuskan dosa si ibu dan moga rahmat Allah bersama kalian sekeluarga...
nnt nk tgk baby!!^_^

bintufadeen said...

subhanallah..mabruk fateh..smoga mnjd anak yg soleh dan muslih..pmata kbggaan ummi abah :)

longpai said...

assalamualaikum kak aisyah,

bercampur baur perasaan mai baca catatan ni. ngeri ada, bahagia ada. alhamdulillah atas kelahiran seorang lagi little mujahid :)