CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, June 6, 2015

Khas Buat Peminat Fesyen Muslim Muslimah :)

Assalamualaikum.

Saya tahu...
Di kalangan pembaca blog naif saya ini ramai yg suka shopping online.
Daripada yang shopping sikit-sikit, sampailah yang shopping segala benda secara online. Mesti ada.
Sebab nak keluar membeli di bandar bukanlah semudah menuturkannya. Walaupun kadang-kadang beli online lagi mahal dari beli kat kedai. Tapi kalau saya lah kan, saya sanggup aje. Sebab tak sanggup meredah jalanraya yang penuh sesak. Lepas tu karang masuk mall, penuh sesak dengan manusia pulak.
Tak sanggup weh.

Okaylah. Kat sini saya cuma nak bagitahu..saya pun ada jual secara online juga. Saya nak mudahkan anda semua yang saya sayang. Best tak? hihihi.

Saya jual apa?
Pakaian. Untuk lelaki ada. Untuk perempuan ada. Untuk kanak-kanak pun ada.
Tapiiii.....
Saya hanya jual pakaian yang dibenarkan syara' sahaja tau.
Mintak maaf banyak-banyak kepada yang mencari fesyen glamour yang tak syara'.
Saya sebagai penjual, pun ada saham kalau saya jual pakaian tak menutup aurat. Means, kalau awak pakai baju seksi atau tudung kecik kemetot yang saya jual, saya pun tumpang dapat dosa sama.
So....maaf ya.

Baju bajan yang saya jual ni insyaAllah semuanya cantik-cantik dan stok PASTI SUKA punya.
Ok macam ni...
Saya ni insan naif. Update blog pun guna handphone cikai ja. So segala details gambar dan penerangan, awak boleh tengok kat page PERMAI IDAMAN.
Like dulu page. Lepas tu bolehlah cuci mata. Yeayyyy...

Okeh ni senarai antara barang yang kami jual:-
√ Jubah Lelaki
√ Jubah Perempuan
√ Baju Raihan Dewasa dan Kanak-Kanak
√ Tudung Bawal best-best
Dan juga macam-macam lagi barang keperluan untuk Haji dan Umrah.
Boleh PM atau whatsapp nombor yang tertera di page kalau nak tanya ka..nak order ka..















Wednesday, April 15, 2015

Spagetti all the time

Memandangkan Ummi tak berapa boleh makan nasi, disebabkan bila masuk dalam badan dia akan jadi gula dan sangat-sangat tak elok untuk pesakit kanser sebab gula adalah makanan kepada sel kanser.

So Ummi decide untuk tukar diet Ummi. Ummi makan spagetti untuk makanan berat. Yang selebihnya Ummi hanya makan buah-buahan macam tembikai susu, rock melon, mempelam, jambu air, pear, dan lain-lain.


My spagetti.
Kuah tak cukup merah sebab buat sendiri.

Sebelum ni susah jugaklah sebab everytime nak makan i have to cook by my self. Tengah sakit-sakit ni Ummi sangat-sangatlah tak larat.

So i've train my biras to cook homemade spagetti for me. Hikhikhik. Lepas ni nak makan tak payah masak sendiri dah. Order je dari Wani :p

Tapi my biras sangat bagus orangnya. Habis je one batch terus di masak batch yang baru. So stock spagetti bolognese sentiasa ada kat rumah ni. Sampai Ummi pun dah naik jemu nak memakannya.

Kenapa Ummi pilih spagetti?
Sebab bahan-bahan yang Ummi guna untuk buat kuah dia such as tomatoes, mushroom, and carrot sangat elok untuk fight my cancer. Selain tu Ummi juga masukkan saderi and capsicum.

Rasa dia takdelah sesedap prego. But good enough la kan kat tekak Ummi ni. Orang lain pun suka je makan. Hehe...

Tuesday, April 14, 2015

Don't judge a book by its cover



Lama Ummi tak bersiaran. Hehe. Actually pada 10/3/2015 sampai 21/3/2015 Ummi dan Abah telah pergi menunaikan umrah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat Allah telah makbulkan doa Ummi.

Sejak sakit ni, Ummi rasa teringin yang teramat sangat nak pergi umrah. Ummi nak berdoa di Raudhah. Berdoa di multazam.

Dan alhamdulillah, semua tu dimakbulkan Allah. Bayangkan Ummi yang tengah sakit-sakit ni boleh masuk ke dalam Raudhah yang padat dengan umat manusia tu. Semuanya dengan kuasa Allah.

Hanya dengan melafazkan Rabbi Yassir Wala Tu'assir berulang-ulang kali, Ummi mampu sampai ke tempat paling hadapan di dalam Raudhah. MasyaAllah Tabarakallah!

Okeylah. Okeylah. Dah lari dari tajuk pulak.
Sebenarnya Ummi nak cerita perihal dalam kapal terbang.

Selalunya kalau orang naik kapal terbang, diorang suka tayang gambar menu yang dihidangkan kan?
Ummi always get craving for those foods yang ditayangkan sebab nampak wallahh gitu..hehe..
And i'm got excited menunggu makanan dihidangkan bila pertama kali naik kapal terbang.

First serve sampai dan Ummi buka..
Wauuu.....
Tengok sajalah gambar yang di atas tu. Nampak menyelerakan kan?
But when i taste it...rupanya indah khabar dari rupa. Hihihi.
Rasa macam makan plastik pun ada.

Abah cakap makanan yang dihidangkan dalam kapal terbang bukan fresh food. Bekas yang digunakan pulak bekas plastik. So when they reheat the foods, bau plastik meresap ke dalam makanan. And i'm totally can't swallow those foods.

Tapi syukur sangat-sangat bila sampai kat Madinah dan Mekah, makanan yang dihidangkan oleh pihak pakej sangat-sangatlah kena dengan selera Ummi :)


Saturday, February 14, 2015

Pengalaman pertama naik kapal terbang

Assalamualaikum.

Teruk betul sekarang. Banyak entry yang ditaip, berakhir dengan terperam dalam archive. Susah betul nak up entry baru sejak ada anak tiga plus sakit ni. Harap-harap entry yang ini berakhir dengan menekan button PUBLISH. Haha kritikal sangat bunyinya tu.

Sebenarnya cuma nak cerita. Siang tadi buat pertama kalinya Ummi dan anak-anak naik kapal terbang. Kami dari johor nak balik ke ipoh. Kalau nak naik bas tu..memang Ummi rasa berat sikitlah. Sebab dengan anak kecil. Abangnya pulak tak boleh duduk diam walau seminit.

Kapal terbang berlepas dari lapangan terbang Senai jam 10.40 pagi. Ummi memang jakun okeh. Haha. Baru naik dah kena tipu ngan Abah. Setahu Ummi selalunya kalau orang naik flight kena set mode flight kan kat hempon? So Ummi tanya la Abah. Abah cakap takpe. Tak payah. Ummi tengah semangat nak edit gambar tetiba mai pramugari kat tepi seat Ummi bagi arahan sila off hempon. Lol. Jahat Abah. Sebab dah termalu, terus simpan hempon tak bawak keluar dah sampai kapal terbang mendarat di Ipoh.

Masa kat atas udara nun gigih la Ummi tengok kat luar.

"Wahh..cantiknya awan..subhanallah.."

"Besarnya kuasa Allah.. Kapal terbang sebesar ini boleh terbang setinggi ini"

Ummi memang kagum habislah. Terasa sangat-sangat kebesaran kuasa Allah. Tengok kat bawah nampak rumah2, pokok2 sawit, bukit bukau menghijau. Lepas tu hairan sorang-sorang.

"Eh eh. Kenapa jalan raya nampak kosong je? Mana pergi kereta-kereta semua?"

Jenuh dok jegil bijik mata tetap juga tak nampak. Kadang-kadang je nampak kat jalan besar ada suatu benda halusss je sedang bergerak teramat perlahan. Bas atau lori mungkin. :)

Kapal terbang masuk sahaja ke ruang udara Ipoh terus mencari-cari eh mana Medan Gopeng? Pasti hebat jika dapat lihat dari atas. Haha. Malangnya tak nampak. Kalau tidak memang syiok habislah!

Isteri siapalah ini. Memalukan saja....


Suami dan anak perempuan nombor dua.
Dua-dua Ummi sayang.

Abang Fateh buat muka pula. Abah bagi mentos suruh dia makan kat atas. Takut bingit telinga. Gambar ni Ummi ambil sebelum kapal terbang berlepas. Dia tengah sibuk mengunyah mentos lepas satu satu. Sampai habis.


Itu saja gambar yang ada. Gambar ummi takde. Abah tak sudi nak ambil. Btw alhamdulillah habis gak menaip walaupun sakit hati menaip guna hempon asyik typo je.

Ummi.
07.02.2015

Tuesday, December 9, 2014

Irdina mengira

Assalamualaikum.

Setiap hari Ummi menikmati saat-saat indah bersama Abah dan anak-anak. Sungguh anak pada umur sekarang (2 dan 3 tahun) adakalanya punyai tantrum yang menguji kesabaran. Ummi terkadang marah-marah juga. Namun masa yang ada cuba Ummi manfaatkan sebaiknya. Menyayangi dan mengasihi, bergurau senda, beraktiviti bersama. Semua itu akan menjadi kenangan yang tersimpan indah di dalam kotak memori.

Tengahari tadi, Ummi lihat Irdina duduk di sebelah Abah sambil mengira nombor satu hingga sepuluh.

"Satu..Dua..Tiga..Empat..Lima..Enam..Tujuh..Sembilan..Sepuluh".

"Eh, lapan mana"? Ummi bertanya.

Jawab Irdina, "Hilang".

Hahaha. Ketawa Ummi mendengarnya. Bijak sungguh anak Ummi. Laju saja jawab bila ditanya. Ummi tak pernah mengajar Irdina secara fokus. Ilmu yang Irdina dapat adalah hasil pemerhatian dan curi dengar bila Ummi mengajar abang Fateh. Cekap! Alhamdulillah. Irdina juga nampak sangat berminat bila Ummi mengajar abang Fateh membaca Iqra'. Maka Ummi ajarkan juga pada Irdina bermula muka surat pertama.

image

Irdina. 1 Tahun 11 Bulan.

Ummi.
1 Disember 2014.