CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, February 15, 2013

Belum boleh tidur

Petang tadi mak mertua call mintak buatkan bingka roti, mengidam katanya. Permintaan mertua, haruslah dipenuhi kan. Hihi. Actually tak janji pun nak bagi bila. Tapi sebab fikirkan mak dah teringin sangat, kalau boleh nak buat cepat-cepatlah. Esok pagi boleh mintak Abah hantarkan terus kat rumah Mak masa nak gi kedai.

Lepas makan malam tadi terus kemas2 meja, cuci pinggan mangkuk, pastu terus perah santan, sukat bahan-bahan yg diperlukan, dan buat bingka roti yg diidamkan. Now tengah tunggu bingka masak kat dalam oven, sambil 'burp'kan Irdina. Anak Ummi ni bangun sebaik saja bingka dimasukkan ke dalam oven. Sungguh menepati masa.

Mata dah mengantuk. Jelesnya dengan Abah ngan Fateh yg dah tido kat dalam bilik nun. Huhu. Takpelah, demi mertua tersayang. Bukan selalu kan..

Esok pagi kalau boleh nak bangun awal. Nak iron baju2 and seluar2 Abah yg tak sempat bergosok tadi. Takleh tangguh ohh. Pakaian setiap hari bertambah. Biar buat hari2 sikit-sikit. Takde la ambik masa banyak sangat.

Ok bingka dah masak. Nak masuk tido dulu. Hihi. Selamat malam semua. Assalamualaikum!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Surirumah

Hari ni projek mengemas rumah dan mengilatkan sinki yg dah penuh dengan pinggan mangkuk. Semalam pergi Cameron tinggalkan je kerja2 yg tak sempat nak settle kat rumah ni. Balik dari Cameron dah tentulah kerja bertambah kan. Huhu.

Antara rutin hari2 sekarang ialah berkejaran selamatkan pakaian kat ampaian sebab kerap beno hujannya. Kadang hujan lebat sampai ke petang, kadang hujan sekejap je. Tapi nak taknak kenalah jugak gi selamatkan baju2 tu semua. Pastu bila hujan dah berenti karang, gi sidai balik. Menjadi kerja sungguh.

Sekarang tengah pangku Irdina yg baru sudah menyusu. Si kecik ni kalau dah bangun menyusu bukannya senang nak tidur balik. Ummi banyak kerjaan lagi nih sayang, huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, February 14, 2013

Jalan-Jalan Cameron Highlands

Now tengah merehatkan badan jap kat rumah, baru balik dari cameron. Trip yang singkat tapi menyeronokkan. Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki utk Ummi jejakkan kaki ke Cameron buat kali yg kedua bersama Abah dan anak2.

Walaupun tak banyak berjalan, namun perjalanan singkat ni tetap memenatkan. Irdina dah pun tidur, Fateh ontheway dah tu, tengah menyusu. Abah ngan Ummi pulak tengah relax2.

Kali pertama dulu kami pergi hari bekerja. So Cameron memang lengang lah.. Seronok nak berjalan. Barang pun murah. Kali ni lupa pulak orang masih bercuti. Beratur orang nak naik and nak turun. Huhu.

Ontheway pergi tu menangis nangis Irdina kat dalam kereta sebab sejuk sangat. Ummi pulak gi pakaikan baju lengan pendek, memang terbaiklah. Hihi. Sampai kat atas terus gi beli baju sejuk utk anak dara Ummi nih. Lepas tu elok je tidur lena walaupun Ummi bawak jalan2 kat luar.

Sebelum balik kami borong strawberry dulu kat healthy farm. Pastu Abah ada beli pokok2 sikit (bukan pokok strawberry. Yg tu memang sia-sia je kalau beli,hihi). Then gi beli sayur-sayuran pulak, pastu terus turun.

Sampai kat bawah terus bawak uncle Mus, aunt Salwa ngan Iqbal bam bam gi makan kat kedai (lupa nak bagitau kami pi Cameron ngan depa). Ummi tak larat nak masak sebab dah 3 hari berturut-turut ada tetamu and Ummi betul2 tak cukup rehat. Huhu. InsyaAllah esok baru nak mengemas rumah. Malam ni tangguh dulu, tak larat ohh..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, February 9, 2013

Selamat pengantin baru Nadea & Azrai

Disebabkan update menggunakan henpon cap ayam katik, tak boleh nak tulis caption untuk satu2 gambar maka layankanlah gambar gambarnya dulu ya. *sadis*

Hari ahad baru ni kami ke Putrajaya menghadiri kenduri kahwin kawan baik Ummi merangkap adik beradik angkat, Nadea dan pasangannya Azrai. Ummi kenal dan mula rapat dengan Nadea semenjak kami dalam darjah 2 lagi. Rapat memang sangat2 rapat lah. Selalu ikut balik rumah cuti sekolah sabtu ahad, kalau ada aktiviti atau kelas kat sekolah petang2 pun tengahari tu ikut dia balik sekejap. Masa tu Nadea ni anak tunggal.

Disebabkan itu lah Ummi Nadea ni dah kenal sangatlah dengan Ummi. Layan Ummi pun macam anak sendiri. Bawak Ummi pergi Cameron Highlands, pergi Padang Besar, masuk Siam sana, pastu tiap2 tahun datang rumah waktu raya, bagi duit raya banyak-banyak, bawak Ummi jalan2 beraya kat Bentong, kat Kuantan ziarah rumah adik beradik. Diorang layan Ummi betul2 macam Ummi ni sebahagian daripada keluarga diorang.

Masa Ummi kahwin datang pulak bawa hadiah besar.. And even Ummi dah ada anak2, diorang masih lagi sudi datang menziarahi Ummi tak kira kat mana pun Ummi berada. Ummi Zaleha (Nadea's mom) pulak setiap kali nak balik ada je buah tangan dia nak bagi tak kira lah duit ke, makanan ke, atau apa2 sajalah. Banyak sungguh jasa diorang pada Ummi.

Berbalik pada cerita kenduri, Nadea sejak akhir tahun lepas lagi dah bagitau Ummi kenduri dia 2/2..Due date Ummi 22/12.. Bila dicongak-congak alamak, macam tak sempat je. Time tu Ummi ada lagi seminggu nak habis pantang. Kenduri belah lelaki toksah tanya la, nun jauh kat Sarawak nun, huhu. Ummi pun dok doa la kat Allah kalau boleh bagi la Ummi bersalin awal. Ummi memang nakkk sangat2 attend wedding yg sekali seumur hidup ni. And at last Allah kabulkan juga hajat di hati Ummi. Syukur alhamdulillah...

Layanan yg kami terima memang terbaik lah. Walaupun ramai lagi tetamu lain yg lebih penting dan ternama, Nadea, Azrai, and her Parents tetap luangkan masa sembang2 dengan kami sekejap dan bergambar. Terima kasih ya.

Untuk Ummi Zaleha dan Ayah,
Tahniah kalian dah dapat menantu pertama. Moga2 cepat dikurniakan cucu pula lepas ni. Hihi.

Buat Nadea dan Azrai,
Moga cinta kalian kekal hingga ke Jannah. Sangat happy utk korang berdua.

Buat suamiku yg tersayang,
Terima kasih sebab bawakan saya ke majlis tu. Ianya amat bermakna pada saya. Love u till Jannah insyaAllah!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, February 1, 2013

Kacang dhal bersira

Kacang dhal bersira adalah favourite Ummi sejak dari sekolah menengah lagi. Start sape ntah beli masa tu, dia ajak Ummi makan sekali, terus Ummi suka. Kacang dhal ni banyak kat belah kedah je. Ummi kalau nak beli mesti cari kat RnR Gurun, insyaAllah sentiasa ada. Pastu sekali beli mesti dua tiga bungkus. Hihi.

26hb baru2 ni Ummi gi kenduri kawin kat Perlis, singgah la kat Gurun pi beli kacang ni 3 bungkus. Bajet tahan lama la kan.. Hihi. Dah buka sebungkus, Ummi simpan la dalam tupperware. Pastu semalam makan sama2 ngan Fateh.

Fateh pegang tupperware, Ummi makan atas penutupnya aje. Bubuh sikit, makan.. Pastu bubuh lagi sikit, makan.. Sampai la dah taknak, letak penutup tu atas meja. Sambil tu Ummi tengok tv.

Tetiba Fateh hulur penutup tu kat Ummi. Tengok ada 4 biji kacang dhal kat atasnya. Ooo..nak suruh Ummi makan rupanya.. Ummi pun amikla makan. Dia bubuh lagi 3 biji. Pastu 10 biji, 7 biji, 2 biji, dan seterusnya...hehehe.

Anak Ummi ni sangat alert orangnya, sampaikan Ummi makan atas penutup bekas pun diperhatinya. Pastu sua lagi nak suruh Ummi makan. Letaknya sikit2, tapi kalau ada tertinggal sebiji je pun dah kecoh2 nak suruh Ummi habiskan jugak. Hihi..

Published with Blogger-droid v2.0.9