CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, April 9, 2012

Gaya tidur Fateh :)

Masa Abah pergi umrah haritu, Fateh ada satu tabiat tidur yang berlainan daripada biasa. Ni cerita kat kedai. Kalau kat rumah, cara tidur dia takde perubahan pun.

Biasanya kalau Fateh dah letih dan meragam, Ummi akan susukan dia sampai tertidur. Then Ummi akan letak dia kat dalam playpen, halakan kipas ke arah dia supaya dia tidur lena dan lama. Dapat la Ummi settle beberapa kerja.

Dalam 10 ke 15 minit selepas tu, Fateh akan bangun, duduk, tengok Ummi, bunyi suara sikit, then dia akan tidur semula dalam posisi camni......

Tidur sambil duduk. Tengok tu, sampai jatuh2 badannya.

The other day, tidur camtu jugak. Ummi letak bantal atas riba Fateh supaya dia tak mudah terkejut.

Close up. Nampak benor letihnya anak Ummi ni :)


Wednesday, March 21, 2012

Fateh rindu Makcik

Ini cerita haritu. Masa Abah takde, pergi umrah 2 minggu.. Minggu yang pertama, Mak ndak datang temankan Fateh n Ummi. Minggu yang kedua, Makcik pulak datang. Terima kasih Makcik, datang main dengan Fateh, bawak Fateh gi jalan-jalan...Fateh rindu saat makcik ada di sini. Nanti Makcik datang lagi ya!

Ni gambar-gambar Fateh n Makcik. Fateh suka :)

Makcik sampai je terus Fateh serang henpon Makcik.

Sampai kat kedai, serang laptop pulak.

Punya la khusyuk. Sampai termuncung-muncung mulut tu.

Tuudiaa anak Ummi menaip!

Lagi....

Dan lagi....

Dan lagi.....hehehe saborrr je Makcik ye ^^

Sikit lagi Makcik.. Sikit lagi....


Sejurus selepas mengerjakan laptop Makcik...



Zzzzzz... Tertidur keletihan :)

Close up

And the another day, kacau main laptop lagi. Makcik pun bagi la can, bagi Fateh dengar nasyid MENGENAL BINATANG puas-puas :)

And until now, Fateh sangat-sangat suka dengar nasyid tu.

Monday, March 19, 2012

Riadhah bersama Fateh

Macam mana caranya?

Camni...
Ummi baring atas lantai, pastu Fateh duduk atas Ummi. Then henyak-henyak badan Ummi guna bontot dia. Adehhh...ni riadhah betul ni Fateh. Sampai sakit-sakit badan Ummi.

Thursday, March 15, 2012

Birthday Abah..Ummi wish dari jauh je....

Hari ini, 15 Mac 2012 merupakan hari ulangtahun kelahiran Abah yang ke 28. Sekali lagi Ummi sedih sebab terpaksa wish dari jauh je..sob..sob..

Untuk suamiku yang tercinta,
Selamat Hari Lahir yang ke 28.
Semoga pertambahan umur ini akan menambah lagi keimanan kepada Allah, menjadi insan yang lebih kuat, tabah, dan sabar dalam mengharungi liku-liku di dalam kehidupan ini.
Terima kasih kerana telah memberi segala yang terbaik kepada saya.
Awak suami yang saya cinta,
Awak ayah yang Fateh sayang.
Tanpa awak, hidup kami mungkin tak sebaik hari ini (dengan izin Allah)....

Ummi and Fateh Arraziq always LOVE you!


Wednesday, March 14, 2012

Happy 2nd Anniversary Sayang~

Pagi: Saat kami selamat diijabkabulkan.

Cincin disarung ke jari manis Ummi.

Masih malu-malu :)

Tengahari: Jamuan makan di rumah Ummi.

Petang: Sesi memotong kek yang di sponsor oleh Ayah Long dan Mak Long.

Kenduri sambut menantu di rumah keluarga Abah (20-3-2010)

Syukur alhamdulillah. Hari ni (14-3-2012), genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami. Ummi bersyukur kerana dikurniakan suami sebaik Abah. Tak mungkin ada insan lain yang dapat menerima baik dan buruk Ummi sepertimana Abah menerima Ummi.

Dalam gembira, Ummi juga bersedih kerana tak dapat meraikan hari yang bersejarah ni bersama-sama Abah kerana Abah masih lagi berada di Makkah pada ketika ini. InsyaAllah pada 17-3-2012 ni Abah akan tiba di sini. Moga Allah swt memanjangkan umur kami untuk bertemu lagi. Ameeen.

Nota: Ummi menaip sambil menahan sakit perut yang teramat sangat. Abah minum susu unta kat sana, Ummi kat sini yang sakit perut memulas-mulas.